banner

Tuesday, March 5, 2013

MonaVie - Ko Nak Aku Mencarut?


MonaVie - Ko Nak Aku Mencarut?




Aku dah cerita panjang lebar tentang dakyah jus buah keramat buatan alkafirun dalam entry sebelum ni (yang merangkumi eXfuze, Vemma, Xango, MonaVie, Shamelin2u, dll - Cari la idea lain woi!), tapi Hafiz dah mintak aku buat entry spesifik untuk Monavie sahaja, dan ada pulak bebudak Melayu tak sedar keuntung kat forum carigold suka cabar aku. Bznsmen smart kejadahnya nak cabar aku yang ada blog Aididleaks tempat 10,000 budak Melayu melepak setiap hari, dan pageviews yang dah dekat 800K... their business rationale just escape my logical mind. Kalau dah memang taksub sebok hari-hari nak mengayakan alkafirun dengan skim piramid berproduk jus acai berry dan 18 buah lain tu, diam-diam aje sudahlah dey. Janji duit profit masuk, boleh bagi anak-bini makan. Boleh bagi emak-bapak, dan boleh jugak sedekahkan kat masjid duit shubahah MonaVie tu sekali-sekala. Macam yang sebelum ni - kalau ada orang cabar aku, aku akan potong queue produk skim piramid lain, dan aku akan duduk depan Mac, dan aku akan start mengarang pasal produk cikai tu. Akhirnya femes dan tersebarlah berita gembira pada masyarakat Melayu tentang satu lagi skim piramid made-in-USA amalan korang. Kan jadi kurang prospek orang Melayu yang dungu yang boleh dikelentong kemudian hari? Nak jadi bznsmen lahanat, buat la betul-betul dan sungguh-sungguh bang. Nak jadi dajjal, biar dajjal 105%! Haiya! Dey yenadey?

Siyes aku malas nak buat entry yang ini, malas nak ulang-ulang benda yang sama. Terasa macam aku dapat menghayati perasaan cikgu yang mengajar budak benak kat Tadika Kemas. Really nothing new here, pi mai pi mai tang tu jugak. Same 'ol story al-kisah air jus keparat MonaVie - bzns yahudi-style mau promote kat orang Melayu yang dungu, jual jus buah yang tiada bukti kajian perubatan, dengan model bzns head-hunting-pyramid-selling, dan jual air buah 5 hengget dengan harga RM135 - bangang tak bertempat 1st class gilbabs. Pastu, ko akan jumpa salesmen yang perangai putar-alam len-macam, don't forget that please. Korang boleh jumpa mat rempit penjual MonaVie satu-sen-tarak-guna kat sini - segolongan mangkok-hoyon Melayu tak sekolah tengah promote jus keramat kat carigold. Gila-gila putar-alam mamatnya memang takde tolong banding. Cuma, berkenaan permintaan yang tulus-ikhlas seorang fan  SAY NO TO MLM yang bernama Hafiz Nero (nick-name la tu kut) tu, dia dah mintak kat aku di wall SNTM (tentang isu emaknya - pasal "emak" ni aku lemah sket) dan walau pun aku tak kenal budaknya personally, dan aku sure dia bukan girl atau pondan, mamatnya main taktik kotor. Dia letak avatar facebook nya gambar minah gersang. Sampai aku pun gersang sekali dibuatnya. Ko tengok muka seposen kegersangan tu... haiisshh!

Berbalik kepada isu entry aku ni, MonaVie ni memang claim merapu macam-macam, sampai Oprah pun kena kelentong sekali, yang mana asalnya topik acai berry ni keluar kat The Oprah Winfrey Show (salah satu program yang paling senang kasi aku muntah... 2-3 ranking bawah Akademi Fantasia). Fast forward a couple of years - perkembangan terkini, Oprah nak saman MonaVie pulak dah... al-kesahnya: MonaVie distributors are spreading a rumor that Oprah endorses acai and MonaVie. She may have had a guest that hyped acai on the show once, but MonaVie and acai are surely not something she stands behind. Consumers should be aware that neither Oprah Winfrey nor Dr. Oz are associated with nor do they endorse any açaí berry product, company or online solicitation of such products, including MonaVie juice products. Attorneys for Harpo are pursuing companies that claim such an affiliation. Oprah announced yesterday that she is suing three Utah companies one of which is MonaVie... Parasite btol syarikatnya pun. Ambik kesempatan di mana sahaja dia orang boleh dapat untuk kasi produk cikai jadi gah. Somehow, tanpa disangka-sangka, aku pulak menyokong kak Oprah (remember vomit?) - sue them to kingdom come, girl!

Macam aku cerita banyak kali sebelum ini tentang apa-apa bzns MLM, MonaVie ni bukannya wujud sebab nak kasi manusia kesihatan macam superman dengan minum jus buah daripada Amazon - ianya wujud untuk mengayakan Dallin Larsen (and his all disciples from hell). Why some people insist on being naive, I really can't explain (sure I can explain... but, where's the fun in that?). Ini bukan bzns jus kesihatan, ini bzns multi-level marketing beb! Produk tu no. 2, bzns model piramid tu yang utama. Modalnya nak jual jus yang mahal ya amat ni, tak lain tak bukan, sebab produknya ada anti-oksidan yang manyak dol! Lepas tu salesmen MonaVie akan start bersyarah pasal anti-oksidan pada mat despatch, technician kilang dan Makcik Tipah dan Tok Haron - dengan presentation yang gah, mengalahkan saintis ada PhD dan doktor-doktor yang dah belajar setengah mati kat medfac selama 6 tahun.

Macam la topik anti-oksidan ni topik yang simple untuk orang yang bukan medical boleh nak faham. Saintis dan doktor perubatan sendiri tak berani nak keluar statement sebarangan, sebab isunya memang complicated. Saintis masih lagi mengkaji isu ini setiap hari, dan setakat ni ada kajian kata ianya baik, dan ada pulak kajian katanya ia merbahaya pada kesihatan manusia. Apakah kegunaan anti-oksidan itu? Pertama sekali, korang kena fahami dulu apakah free-radicals (radikal bebas). Secara ringkasnya, radikal bebas adalah satu molekul dengan satu elektron bebas yang dapat bercantum dengan molekul lain, sekaligus ianya akan mengoksidakan molekul yang baik tersebut. Ianya berlaku dalam badan kita setiap masa, dan kesan radikal bebas kepada manusia boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit dan juga menyumbang kepada proses "tua" kepada manusia.

Jadi, untuk melawan radikal bebas ini, datanglah molekul super-hero anti-oksidan. Ianya dapat mengoksidakan radikal bebas, jadi kemudaratan radikal bebas dapat dibendung - macamlah proses biokimia dalam badan manusia itu simple sebegitu sekali. Badan manusia itu sangat kompleks dan sehingga ke saat ini, ada lagi molekul yang masih tidak diketahui secara terperinci wujud dalam badan kita, dan saintis dalam bidang biokimia, fisiologi, medikal, patologi dan lain-lain bidang bersangkutan masih terus buat research tanpa henti. Oksidasi terhadap radikal bebas bukan hanya berlaku dalam mengelak penyakit dan menghalang ketuaan - sebab proses menukarkan tenaga daripada karbohidrat dan lemak adalah juga satu proses oksidasi radikal bebas dan pemusnahan bakteria juga menggunakan proses yang sama.
Ramai yang tak sedar bahawa kajian sains dan perubatan di seluruh dunia menelan belanja berbillion dollar/pound/euro/hengget setiap tahun, dan sememangnya banyak kajian telah dilakukan tentang topik anti-oksidan ni. Fakta yang diketahui setakat ini: sejumlah anti-oksidan baik untuk kesihatan, tetapi kalau telan banyak sangat boleh pulak bawak mudarat. Dan fakta yang paling penting PUNCA anti-oksidan itu yang lebih utama, dan bukan jumlahnya. Phytochemicals yang membekalkan anti-oksidan pada manusia adalah vitamin C, vitamin E dan beta-carotene, jadi untuk jus keparat seperti Monavie (juga eXfuze, Xango, Wadefart, etc.) claim ianya hebat, jus MLM leleh tu mestilah ada benda ni semua. The American Heart Association telah menilai 5 kajian berlainan terhadap kesan produk jus kesihatan dalam menghalang sakit jantung, dan mendapati daripada 5 kajian tersebut, 2 kajian mengatakan jus keparat seumpama MonaVie takde mendatangkan effect apa-apa, dan 3 lagi kajian sebenarnya kasi effect negatif. Siyes, tak tipu punya!

Pernah dengar nama Dr. Stephen Barrett? Stephen Joel Barrett (born 1933) is a retired American psychiatrist, author, co-founder of the National Council Against Health Fraud (NCAHF), and the webmaster of (Quackwatch). He runs a number of websites dealing with quackery and health fraud. He focuses on consumer protection, medical ethics, and scientific skepticism. Numerous sources have cited Quackwatch as a useful source for online consumer information. He is a scientific advisor to the American Council on Science and Health, and a Fellow of the Committee for Skeptical Inquiry (CSI). From 1987 through 1989, he taught health education at Pennsylvania State University. Apa katanya pasal jus buah kesihatan ni? "There is widespread scientific agreement that eating adequate amounts of fruits and vegetables can help lower the incidence of cardiovascular disease and certain cancers. With respect to antioxidants and other phytochemicals, the key question is whether supplementation has been proven to do more good than harm. So far, the answer is NO, which is why the FDA will not permit any of these substances to be labeled or marketed with claims that they can prevent disease." Oi! Orang Melayu... makanan supplement kesihatan yang dijajap oleh mala'un MLM dan farmasi dan ntah sapa-sapa lagik kat korang tu semua, secara amnya mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan, dan benda yang lebih banyak pekdah adalah makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar tu dengan jumlah yang mencukupi. Bukanlah produk yang diproses di kilang tu semua yang elok sangat nak ditelan saban hari. Kalau nak dengar cerita pasal ilmu perubatan, jangan la didengar cakap salesmen atau mat despatch tu semua bang, kak. Dia orang nak jual barang (yang rata-rata teramatlah cikai), dan bukannya nak kasi pelanggan macam korang tu sehat walafiat. Yang dia nak buat sebenarnya nak kasi poket dan akaun bank dia sehat. Takde misterinya kat sini.

OK, soalan seterusnya - adakah jus keparat seperti MonaVie mengandungi jumlah anti-oksidan yang bermakna untuk kasi manusia sehat macam monkey yang bergayutan dalam hutan kat belakang kebun getah aku? Ini isu penting neh... sebab kempen marketing MonaVie memang menjurus kepada claim ini secara spesifik. CHOICE, sebuah penerbitan Australian Consumers Association telah melakukan kajian besar-besaran tentang isu ini pada tahun 2007. Mereka beli semua jus superfruit yang ada kat pasaran dan kasi test satu-satu terhadap kapasiti anti-oksidan produk-produk tersebut dengan menggunakan kaedah Oxygen Radical Absorbance Capacity Assay Test (ORAC), dengan menerangkan metodologi kajian dengan terperinci (sesuatu yang tidak pernah diterangkan oleh mana-mana syarikat yang memasarkan jus superfruit, baik MonaVie atau apa sahaja syarikat lain yang suka cakap berdegar-degar tentang produk masing-masing - they just love kelentonging in daylight like crazy!).  

Sebagai baseline, Choice mengukur Total Antioxidant Capacity (TAC) untuk buah epal (Red Delicious Apple, to be precise) dan dia orang dapat bacaan sebanyak 5900. Lepas tu Choice bandingkan TAC untuk setiap buah yang dikaji. Buah-buahan yang diwar-warkan oleh syarikat-syarikat seperti MonaVie sebagai SUPERFRUIT. Sebagai contoh, produk MonaVie katanya ada 19 jus buah-buahan yang berbeza (semua hebat macam gaban tapi tak cakap pulak proportion/peratusan buah tu semua dalam produk - trade secret katanya - tapi pada aku, trade kelentong jeerrr tu beb). Buah-buahan tu termasuklah white grape, apple, acerola, aronia, purple grape, cranberry, passion fruit, prune, kiwifruit, blueberry, wolfberry (goji), camu camu, pomegranate, lychee, pear, banana, cupuaçu, bilberry and açai. But anyway, Choice buat test tentang jumlah TAC untuk setiap superfruit, dan hasilnya:

Goji (wolfberry) - kajian terhadap 4 jenis produk yang 100% puree goji mencatatkan bacaan TAC daripada 570 hingga 2,025, iaitu 10% hingga 34% TAC epal tu ha!
Manggis - eXfuze, Xango dan kejadah yang seangkatan dengannya suka claim manggis ada dua kali ganda antioksidan berbanding dengan goji. Hasilnya - 2 jus yang dikaji mencatat TAC sebanyak 1,020 dan 1,710, atau 17% dan 29% daripada buah epal.
Noni (mengkudu) - dia orang test pada 2 jenama jus noni, hasil kajian mengatakan TAC produk tu hanyalah 540 dan 525, 9% berbanding dengan epal merah. Dalam kata lain, secawan jus noni dengan harga AUD7.00 mengandungi anti-oksidan yang sama dengan sehiris epal berharga 5 sen (sen Australia).
Acai (bunyinya a-sa-ee) buah hebat daripada Amazon yang Oprah s'ka (pada mulanya) sebab ianya diwar-warkan dapat melambatkan proses ketuaan (dan Oprah takmo jadi tua cepat-cepat - duit manyak maaa!). Acai ni la yang dicanang oleh MonaVie sebagai buah "head-liner" dalam produk cikainya tapi peratusannya tak pernah diketahui pulak. Monavie got something to hide I supposed. Kajian Choice mencatat TAC 1,800 atau 31% daripada buah epal. There goes intelligence out of the window!
Perbandingan lain yang Choice lakukan - sebiji Oren Navel mengandungi TAC sebanyak 2,540, satu cawan strawberry 5,988, secawan raspberry 6,058. Pemenang dengan jumlah TAC yang tertinggi adalah blueberry dengan kandungan TAC sebanyak 9,019. 

Dah tu, pehal la pulak MonaVie promote produknya dengan membesarkan cerita pasal kehebatan acai, sedangkan produknya jugak mengandungi blueberry? Blueberry tak glemer dey, not good for marketing. Tak hebat la kalau war-warkan benda yang senang didapati. Puter-alam no. 1! Lepas tu, kalau korang rajin, cuba study apa yang diwar-warkan oleh pengeluar jus superfruit tu semua - goji kata mereka mengandungi 10 kali ganda kandungan anti-oksidan blueberry dan acai pulak 6 kali ganda. Puter-alam lagik. Senang cerita, buah keramat tu semua memang la boleh jadi sumber anti-oksidan... jika kita bandingkan dengan mee maggi atau Big Mac. Cuma, pada dasarnya kalau korang nak anti-oksidan, makan aje la semua buah-buahan yang ada jual kat super-market dan pasar buah tu ha... buah-buahan yang ada >100 kali ganda lebih banyak anti-oksidan, dengan harga yang sama dengan sebotol MonaVie. Korang percaya produk MonaVie lebih hebat daripada apa yang Allah dah jadikan dengan banyaknya dan murahnya untuk manusia? Seriously beb? 

Dalam mempromosi jus hebat bak kamen rider ni, penjajap MonaVie sure akan keluarkan cerita yang produk mereka diimport khusus daripada planet Uranus (di sebelahnya kilang susu tepung, dan di depannya mini-market... your-anus la MonaViecreep!) dengan khasiat yang "out-of-this-world". Siap ada penjual yang kata anaknya yang lahir terencat akal sekarang dah berfungsi dengan lebih baik dan naik IQ sket (seriously - it happens in the US) dan kasi kiasan yang jus keramat tu boleh kasi sembuh diabetes, meningkatkan tenaga dan jugak siap kasi cerita dongeng Sang Kelembai yang MonaVie boleh turunkan tekanan darah tinggi dan kasi kolesterol level turun. Ada sekali aku dengar dengan telinga aku sendiri yang jus MonaVie telah berjaya kasi barang mamat sekor ni mencadak naik! Fark man! Taksub al-gilbabs! Kehebatan kelentongannya pun hebat bak kamen rider jugak. Lepas satu-satu hearsay keluar dari mulut penjual MonaVie, tapi bila mintak bukti kajian, mintak link kat mana research tu dibuat, siap melenting cakap ada orang hasad-dengki dengan bzns dia. Bahalol takleh direpair langsung Melayunya puuuun. 

Monavie suka kasi istilah "dose" untuk satu serving jus keramatnya... nak pecah perut aku ketawa, pertama kali aku baca promosi produknya. Dia orang suka claim yang jus ni kasi energy, tapi satu "dose" yang diperkatakan tu hanya mengandungi 30 kalori... 30 aje beb! Nak angkat sebelah tangan pun dah pakai lebih-kurang 30 kalori, seriously I kid you not! Dan pulak, Monavie sendiri takmo kasi claim yang bukan-bukan sebenarnya. Kalau korang pegi kat website Monavie, klik katTHE SCIENCE, dia akan cerita benda yang am tentang free-radicals dan anti-oxydants, dan sepatah haram tarak pasal clinical studies tentang produk Monavie tu semua. Ada kat bawah sekali link ini - View Clinical Studies On Monavie Products, yang mana page ni akan keluar: 


HAHAHAHAHA! Dan kalau ada yang rajin, korang boleh pergi ke website komersial AIBMR tu dan search "Monavie" - ada satu sahaja research yang ada, dan sekali tengok, korang boleh pasti yang ianya takde kualiti langsung dari segi nilai saintifik dan perubatan. Main cakap aje, tapi takde metodologi, abstrak atau apa saja yang diperlukan dalam journal saintifik atau perubatan. Apa kejadahnya promote benda kesihatan tapi takde research yang bermakna langsung tentang produknya? Lagi pulak, ada research perubatan yang lebih utama yang perlu diketengahkan sebenarnya. Ada satu kajian mendapati bahawa terdapat masalah penyakit jantung pada anak yang dilahirkan jika ibu itu meminum jus MonaVie semasa mengandung, di mana anak itu boleh mendapat penyakit "cardiac hypertrophy and pulmonary hypertension"... atau dalam bahasa Melayu - pembengkakan otot jantung dan peningkatan tekanan salur darah di paru-paru. Free-free aje baby yang tak berdosa dapat penyakit yang kemungkinan besar boleh membawa maut. Dan untuk pesakit jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit yang dirawat dengan warfarin, plavix, aspirin dan coumadin, perubahan kadar pembekuan darah boleh berlaku jika mereka minum jus keparat tersebut. Maksudnya? Boleh mati beb kalau minum jus MonaVie ni kerana isu fluktuasi dalam pembekuan darah (prothrombin time) dapat menyebabkan perdarahan otak atau perdarahan di mana sahaja dalam badan. Triple gilbabs!

Of course, benda yang sebesar gajah yang selalunya salesmen yang menjajap produk jus superfruit ini tak mau ketengahkan adalah sistem penjualannya yang rata-rata adalah MLB - "multi level bullshitting". Bzns model yahudi yang penuh riba' dan putar-belit sepanjang zaman. Betui? Apekebenda yang nak dijual jus buah dengan harga beratus sebotol? Nak dapatkan komisen kat upline dan downline 7-level deep both ways, bahalol gilbabs jugak la tu. Dan jus keramat ni selalunya dijual oleh salesmen yang takde background medikal langsung dan tidak tertakluk kepada medical-ethics, atau pun jugak dijual oleh doktor yang tak pernah minat pasal etika perubatan whatsoever.... sebab etika duit lagi best. Contohnya MonaVie ni, di mana kalau ada kawan korang promote jus ni kat ko, dia buat duit, upline dia buat duit, upline-upline-upline dan upline kat atas lagik pun buat duit sama-sama. Gotong-royong menyamun pengguna-pengguna yang lurus-bendol gitu. Jadinya sebotol RM135.00! Sapa yang pernah beli produk MonaVie ni, korang patut tahu satu benda neh - you've been screwed kow-kow baybeh! Benda macam MonaVie ini adalah pertamanya model bzns, keduanya jual sepaling mahal dan ketiganya (dan no. 3 jauh-jauh gitu) ia ada kesan kebaikan ntahapakebendanya untuk kesihatan.


Tengok aje la kat atas tu. MonaVie memang takde modal nak gunakan isu acai berry sebagai pelaris produknya dengan harga jualan RM135.00 sedangkan produk Peel Fresh yang juga ada acai berry dijual dengan harga RM5.30. Think about it. Apa acai berry yang ada kat dalam produk Peel Fresh tu buah ciplak made-in-Guangzhou ke bang? Bukan itu sahaja. Produk RM5.30 tu jugak ada anggur, blueberry, cranberry, mulberry dan kalau nak manggis - pun ada dalam produk satu lagi, yang dijual dengan harga RM5.30 jugak (hari tu aku beli kat The Store). Dan modal pengeluar jus manggis pulak adalah dia orang kisar sekali kulit manggis yang banyak anti-oksidan (yang pahit tu) - tapi produk jus manggis Peel Fresh pun juga ada kulit manggis sekali dey... korang pegi la beli kalau tak percaya cakap aku ni. Ingat harganya tu - RM5.30! Percayalah, walaupun dengan harga seciput, Peel Fresh dah buat untung dah tu. Korang rasa harga RM135.00 tu berbaloi ke tak? Sapa sini masa SPM dapat matematik G?

Pengguna yang budiman, wahai orang Melayu yang senang kena ayat semua yang tengah baca blog Aididleaks: Kalau korang nak tanya pasal isu jus buah yang baik untuk kesihatan, tanyalah pada orang yang takde kepentingan wang-ringgit dan sebok kerjanya hari-hari merawat dan menyelamatkan nyawa manusia, tanpa komplen pasal gaji yang kecik atau pasal masa yang tak fleksibel - cuba tanya doktor perubatan yang berdedikasi. Tanya dia pasal produk jus keramat MonaVie... aku pasti 99% doktor kat Malaysia tak tahu menahu pasal produk tu pun. Fikirkan... kalau jus keparat ni bagus untuk kesihatan, pehal doktor tak terkincit pun? Pehal guru BM, technician kilang TV, kerani pejabat dan mat rempit terencat akal yang sebok promote mendenye pun?

Kalau ada yang tuduh aku ni anti MonaVie atau eXfuze atau Xango sebab aku nak promote produk kesihatan yang lain daripada dia orang, fikirkan ini pulak - syarikat farmaseutikal seperti Glaxo, Pfizer, Merck, Eli Lilly dan lain-lain tu semua lagi lintah-darat kalau dia orang dapat satu produk untuk dipasarkan kat semua manusia dalam dunia ni. Satu ubat farmaseutikal seperti viagra sahaja dah kasi Pfizer billion dollar setahun. Satu ubat sahaja beb! Pehal dia orang takde berminat nak hasilkan jus buah sebagai rawatan kepada banyak "potential sick people the world over"? 

MonaVie sekarang ni memang terkenal sebagai sebuah syarikat putar-alam seantero dunia. Mala'un yang join suka cakap company ni dapat pendapatan billion dollar setahun, sebab syarikat induk suka kelentong fakta yang ntah iye ntah idak ni. Mana bukti auditnya? Tak pernah diketahui langsung. Pastu, adakah pendapatan ini datang daripada jualan kepada end-customer atau termasuk dengan pendapatan daripada sales-force nya sendiri (tak diketahui jugak) - sebab MonaVie memang menggalakkan salesman nya sendiri untuk telan produknya - korang faham? Rata-rata penjual Monavie juga minum jus keramat ni, sebabnya satu, mangkok-hayon tu semua percaya dengan kelentong anti-oksidan tu, dan kedua, itu satu cara dia orang boleh tingkatkan PV or whatever, dan itu caranya dia orang boleh dapat lagi banyak bonus maaa!

Syarikat MonaVie memang berharap sungguh sipenjual tak pass matematik masa SPM, sebab daripada data yang dicatat melalui Monavie 2009 Global IDS (Income Disclosure Statement), dan dengan mengambil-kira penjual juga adalah pelanggan jus keramat ni, kita boleh lihat bahawa jumlah semua penjual adalah 713,139 (dengan 620,431 atau 87% daripada keseluruhan ahli tidak layak untuk dapat komisen). Pangkat Royal Black Diamond ke atas sehingga Bronze Executives (2,570) adalah bersamaan dengan 0.36% jumlah penjual. Untuk 0.36% ini, dia orang dapat 53% daripada jumlah komisen - gilbabs yahudi betul punya perangai. Untuk pangkat Star1000 hingga ke distributor level (90,138) atau 12.64% daripada semua ahli, mereka mencatat jualan sebanyak USD37.33 seminggu. Of course, kalau korang ambil-kira duit minyak penjual, duit makan dia, duit nak belanja prospek dan macam-macam lagi semasa menjajap produk ni, USD37.33 tu dah dikira LOSS. Ingat yang 620,431 tadi tu dapat ZERO. Jadi, untuk mengayakan 0.36% ahli Monavie, kita perlu merugikan 99.64% daripada semua penjual jus keramat ni. That's the beauty of MLM (oops! MLB maaa! Bullshit without compromise!) according to Monavie! Quadruple gilbabs man!

Uik! Belum abis lagi neh. Kita tengok Monavie Kanada pulak. Terdapat 5,261 pemjual Monavie di Kanada pada 2008-2009 (itu tak termasuk ahli yang join tapi tak mencapai jualan yang secukupnya untuk layak dapat komisen).

Level           #ofPpl   %ofTotal   High       Low    Weekly Avg
Distributor     2,572     49%       $175       $0        $24
Star            1,914     36%       $297       $0        $38
Star 500          457      8%       $461       $53       $87
Star 1000         185      4%       $1,060     $106      $189
Bronze Exec        59      1%       $1,060     $212      $17,684
Silver Exec        38      1%       $1,590     $318      $29,091
Gold Exec          21     <1%       $2,650     $530      $57,397
Ruby Exec           6     <1%       $5,300     $1,114    $109,636
Emerald Exec        3     <1%       $7,950     $1,720    $142,437
Diamond Exec        2     <1%       $10,600    $2,363    $196,991
Blue Diamond Exec   2     <1%       $17,531    $3,704    $587,371
Hawaiian Blue D     1     <1%       $17,672    $6,945    $603,554
Black Diamond Exec  1     <1%       $20,360    $12,353   $832,436

Dan ini yang paling best - 2.5% daripada distributor/penjual di Kanada dapat 40% daripada hasil semua jualan jus keramat MonaVie. Kalau dikira daripada jumlah executives dan purata pendapatan tahunan, level semua executives dapat pendapatan sebanyak $7,443,991 sedangkan 97.5% yang bukan pangkat executives dapat $18,365,535. Boleh nampak cerita sebenarnya di sini? Plan pemasaran MonaVie direka-cipta untuk mengayakan seciput jumlah leader dengan hasil komisen daripada beribu foot-soldiers atau apa yang aku selalu istilahkan sebagai kuli-batak (yang bukan orang batak). Seeloknya penjual yang 97.5% tu buat bzns jual surat-khabar atau jual gorpis tepi jalan - sebab bzns sebegitu lagi baik dan lagi banyak untung daripada join lintah-darat MonaVie dan daripada mencuba untuk jual sebotol air buah dengan harga $45 (dollar Kanada) atau RM135 kat Malaysia. Pehal begitu sekali? Ini sebabnya:


Apa nak jadi ntah? Tak sudah-sudah la benda macam ni timbul, dan tak sudah-sudah la orang Melayu tu nak join jugak buat kerja yahudi-style untuk cari duit. Siap keluar hadith 9 daripada 10 punca rezeki tu datang daripada perniagaan, tapi nak berniaga cara lintah-darat omputeh alkafirun. Kejadahnya dol?

OK, apa-apa yang selepas ini aku copy-paste aje daripada wikipedia, malas nak translate. Bendanya pun simple sangat, tak perlu penerangan sangat pun.

Pyramid scheme allegations:
In spring of 2008, Larsen formed a business partnership with former Amway distributor (Quixtar in the US)Orrin Woodward, founder of an Amway distributor sales network company known as TEAM. Woodward subsequently became a distributor and speaker for MonaVie, mixing his TEAM organization structure and distributor sales tools (e.g. sales brochures, audio/video recordings, etc.) concept with MonaVie's compensation plan. In 2008, Forbes magazine reporters Emily Lambert and Klaus Kneale noted: “TEAM is one step ahead of all these juice selling schemes. It is a pyramid atop a pyramid. It is selling motivational aids to help MonaVie vendors move the juice. But wait. If you can't earn back the $258 you've spent on the motivational lectures by selling $39 juice bottles, you could earn it back in another way—getting people to buy $258 motivational lectures. If you're good, you flog the lectures to other people, who sell them to yet others. Everybody gets rich. Everybody, that is, except the last round of buyers. That's the theory, anyway. The reality is that a mere 1% of Team members make any money from involvement with the firm.”
Regarding pyramid scheme issues, Lambert and Kneale elaborated: ”In a 1979 regulatory action involving [Amway], the Federal Trade Commission attempted to draw lines between legitimate and fraudulent pyramids. The ones that are legit focus on getting revenue from consumer goods sold to retail customers. The FTC did not, however, define ‘retail’ in that case. That leaves plenty of wiggle room for guys like Orrin Woodward; he counts the vast majority of people in his pyramid, who seemingly try but fail to make money, as retail customers.”

Litigation:
The company, its executives, and various senior distributors were involved in 5 lawsuits between 2007 and 2009. MonaVie was the plaintiff in trademark infringement suits against rival companies Fruitology (2007) and Amazon Thunder (2007) and was the defendant in false advertising suits filed by Amway (2008), Imagenetix (2008), and Oprah Winfrey/Mehmet Oz (2009).
On July 11, 2007, Monarch Health Sciences, the company that launched MonaVie, filed a lawsuit with the federal district court in Utah against rival açaí juice manufacturer Amazon Thunder, alleging that owner/founder Todd Reum had made “harmful, false, and defamatory statements" about MonaVie which "purportedly injured Monarch’s reputation”. The suit sought $75,000 in damages. On November 15, 2007, the Utah district court ruled to dismiss the case against Reum.
On November 8, 2007, MonaVie, Inc. filed a trademark infringement suit against Fruitology, a rival acai beverage (Fruitavie) manufacturer, in Utah District Court. MonaVie voluntarily dismissed the suit on March 20, 2008.
On March 17, 2008 MonaVie preemptively filed a lawsuit with the Utah district court asking for a ruling as to whether Quixtar Inc. and Amway Corp. had been over-reaching the boundaries of its non-compete agreements and address whether or not such agreements are enforceable for independent distributors.
On March 18, 2008, Quixtar North America filed a multi-count federal court complaint against the MonaVie company and 16 of its distributors (John Brigham Hart, Lita Hart, Jason Lyons, Carrie Lyons, Lou Niles, Farid Zarif, and 10 anonymous defendants) for unfair competition. The complaint alleged that MonaVie competed unfairly by making false claims about its products. According to a company press release, MonaVie filed to dismiss the Amway/Quixtar lawsuit on April 15, 2008. On November 12, 2008, MonaVie et al. filed a lawsuit in the Colorado District Court against Quixtar.
On May 5, 2008, the MonaVie company, its board of directors, and several of its senior distributors were sued by Imagenetix, Inc. for $2.75 billion over trademark infringement arising from false claims that Monavie Active juice contained the ingredient Celadrin. The case was settled out of court and the lawsuit was dropped on May 20, 2008.[46] On June 2, 2008 Imagenetix announced that it had entered into a new business relationship with MonaVie, the terms of which were not disclosed.
An August 20, 2009 article in the Chicago Sun-Times reported that television celebrities Oprah Winfrey and Dr. Mehmet Oz filed suit against 40 companies that are either selling açaí or related products, with their name endorsements on them." According to their complaint, such companies are "fabricating quotes or falsely purporting to speak in Dr. Oz's and/or Ms. Winfrey's voice about specific brands and products that neither of them has endorsed." MonaVie Inc. was one of the companies named as a defendant in the lawsuit. Winfrey’s website elaborated that “consumers should be aware that neither Oprah Winfrey nor Dr. Oz are associated with nor do they endorse any açaí berry product, company or online solicitation of such products, including MonaVie juice products."


RUJUKAN:
1. Barrett, Stephen. "Antioxidants and Other Phytochemicals: Current Scientific Perspective." Quackwatch. Stephen Barrett, M.D., 3 Jun. 2005. Web. 15 Jan. 2008.
2. Carroll, Robert Todd. The Skeptics Dictionary. Hoboken, N.J.: John Wiley & Sons, Inc., 2003. 235.
3. FDA. "FDA Warning Letter." Cyber Letters 2007: July 6, 2007. US Department of Health and Human Services, 5 Oct. 2007. Web. 1 Nov. 2007.
http://www.fda.gov/downloads/Drugs/GuidanceComplianceRegulatoryInformation/EnforcementActivitiesbyFDA/CyberLetters/ucm056937.pdf
4. Jarvis, William T. "Both Buyers and Sellers Should Be Wary of Multilevel Marketing."MLM Watch. Stephen Barrett, M.D., 2 Jul. 2006. Web. 15 Jan. 2008. 
http://www.mlmwatch.org/13Victims/wary.html
5. Seeram N.P., Aviram M., Zhang Y., Henning S.M., Feng L., Dreher M., Heber D. "Comparison of antioxidant potency of commonly consumed polyphenol-rich beverages in the United States." Jounal of Agriculture and Food Chemistry. 26 Jan. 2008, Volume 56, Number 4: 1415-1422.


Flyer yang aku buat 7-8 bulan lepas untuk SAY NO TO MLM

>>>>>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<<<<<<

U see beb, mana ada abang mencarut?

No comments:

Post a Comment