banner

Tuesday, February 26, 2013

Negara Terkaya Di Dunia


Negara Terkaya Di Dunia



Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :
  1. #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306)
  2. #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
  3. #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
  4. #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
  5. #Brunei - KDNK per kapita sekitar AS$48,000 (RM145,252)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :

Quote:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :

Quote:
Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.

Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.

Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia

Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x532.

Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.

Harapan kami pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah kami mahu melihat :

Quote:
Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi

Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.
Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan anda pula?

Anak Kecil Main Api Haktuiihhh !!



Warisan (Anak Kecil Main Api)


Anak kecil main api ( main api la kalo nak menyimbah cat tak boleh )

Terbakar hatinya yang sepi ( korang aje lah terbakar, cacai weh, kami pemimpin tetap kaya raya rompak siang malam )

Air mata darah bercampur keringat ( korang aje lah berdarah berkeringat, kami duk dalam aircond makan lamb chop )

Bumi dipijak milik orang ( nak buat duit senang aje, masuk ameno, geng dgn cina, gadai tanah melayu, formula mudah camni takyah ada degree bai)

Nenek moyang kaya-raya ( pemimpin n kroni kaya, ko tetap merempat harapkan BRIM )

Tergadai seluruh harta benda ( tanah , harta benda , puteri ameno pun apa kurangnya )

Akibat sengketa di antara kita ( akibat rakus bolot abis hasil negara, tipu rakyat, buncitkan kroni adalah !! )

Cinta lenyap di arus zaman ( cinta jibby n semah la kot )

Indahnya bumi kita ( indahlah bagi pemimpin BN n kroni, hangpa ? )

Warisan berkurun lamanya ( ya , warisan sejak 55 tahun dulu, dan skang korang masih di dodoi lagi )

Hasil mengalir ke tangan yang lain ( puii padan muka, org atas kenyang makan, ko tetap merempat )

Kita kan merintih sendiri ( kita ? sorry la kita, korang je , Macai ..teruskanlah merintih, tapi masa ngundi pangkah BN lagi)

Jangan buang waktu lagi ( jangan buang waktu, rompak selagi boleh )

Majulah raih sebuah mimpi ( mimpi jek la korang nak pakai keta besar, duk umah besar, korang tolong mimpi utk kami yg atas2 ni )

Hapuskan sengketa ( hapus lah sangat, korang yg dok provok siang malam cina laan melayu, melayu bn lawn melayu pakatan, puii )

Teruskan usaha ( kitorang akan terus merompak, korang terus merempat !! )

Kita kan gagah di nusantara, puiii

Kita kan gagah di nusantara, puii

Kita kan gagah di nusantara, puii

Kita kan gagah di pentas dunia,puii

Monday, February 25, 2013

Bukti Negara Akan Hancur Lebur Bawah Pakatan

Ekonomi Selangor DiBawah PR Terus Meneggelamkan BN




Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus

Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.

Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.

PRSB : Dalam keadaan Ekonomi dunia mengalami krisis akibat dari krisis Zon Eropah, Kerajaan Msia, mengalami defisit, negeri di bawah BN berhutang keliling pingang,...negeri Selangor mencatat pulangan hasil yang memeranjatkan... MB Khalid terbukti pandai mentadbir urus kewangan dengan baik dan meraih keuntung an yang lumayan

Hutang kerajaan negeri kurang, bukti pentadbiran PR cekap – Guan Eng

10 October 2012



GEOGETOWN, 10 OKTOBER: DAP hari ini menjawab dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek melibatkan pertikaian laporan audit yang telah dikeluarkan oleh ketua Audit Negara berhubung pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus dari RM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011.

Disifatkan sebagai tuduhan terdesak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan yang dilakukan oleh MCA itu seolah mempertikaikan laporan serta pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Laporan Audit Negara.

“Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri kerana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan,

“Saya sudah jelaskan kepada Chua, tetapi beliau masih membangkitkan isu ini semasa debat umum pada 8 Julai lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tegas dalam tuntutan tersebut untuk melindungi kepentingan negeri dan inilah hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan lama”. ujar beliau.

Jelasnya, pengurangan hutang sebanyak 95 peratus ini mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia dan tiada negeri lain yang berjaya mencapai persetujuan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Pengurangan hutang negeri yang mencatatkan lebihan setiap tahun bukti pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Rakyat adalah cekap dan mampu mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang,” tambah beliau.

Dalam nada sinis soal Guan Eng, sekiranya MCA tidak setuju dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang, adakah MCA akan mencadangkan Pulau Pinang mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan hutang?

HASIL BALAK KEDAH!!! Meningkat 205 peratus di bawah Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.
Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000. 

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat. 

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa. 

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan. 

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan. 

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR. 

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini. 

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x1024.


Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT(daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan)menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai)Â kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Saturday, February 23, 2013

Kenyataan Terbuka Mengenai Insiden Pencerobohan oleh Pengganas Tausug di Lahad Datu

Kenyataan Terbuka Mengenai Insiden Pencerobohan oleh Pengganas Tausug di Lahad Datu

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x960.

Quote:
CATATAN: Saya buat posting ni semata-mata untuk saya pautkan di Facebook saya. Terdapat perkataan di dalam posting kali ini yang agak kesat kerana saya sebagai orang Sabah memang terasa sangat tension dengan perkara ini. So readers discretion is advised.

Tapi perkara ini juga telah diperbincangkan dengan beberapa teman di dalam the Watchers Group termasuklah seorang yang kini bertugas sebagai pegawai tinggi konsulat bagi negara dot dot dot. Memang sungguh memalukan apabila mendengar sahabat uamh bertugas sebagai pegawai konsulat di sebuah konsulat berkata sebegini dengan nada sinis

"Kenapa ya kumpulan teroris bersenjata bisa lolos masuk ke Malaysia? Malahan mau dibawa berunding lagi? Loh dulu masa zaman konfrontasi antara negara kita komando kami yang masuk ke Malaysia malah terus ditembak tanpa salam. Yang ini pula dari pilipin malahan mau dipujuk-pujuk lagi katanya. Huh.. kalau di negara kami kalau ada yang mendekat ke perbatasan kami membawa senjata tanpa ijin, pasti akan TNI hapuskan begitu aja.."

So sekarang ni mungkin negara kita menjadi ejekan tentera Indonesia dan Singapura la kot? Patutlah ramai tentera melayu Malaysia yang berkampung di Lahad Datu sekarang ni tension semacam jak kat Hisyamuddin....

Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang adalah mungkin dirancang dengan rapi bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia untuk mencapai hasrat berikut:-

1. Ancaman keselamatan di Sabah sengaja dilaksanakan pada waktu ini telah menyebabkan peralihan kekuatan Tentera dan Unit Perisikan agar bertumpu ke Sabah sebelum PRU-13. Ini boleh menyebabkan kawalan keselamatan di kawasan sensitif di Semenanjung menjadi longgar.

2. Pada tahun 2012 saya juga pernah menulis di dalam artikel PROBABLY JUST MY IMAGINATION RUNNING WILD mengenai khabar angin mengenai 'coup d etat' yang dirancang oleh sesetengah pihak didalam pasukan Tentera Melayu Diraja sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Ini hanya khabar angin yang pernah menyebabkan Mahfuz Omar pernah meroyan menuduh perkara yang sama. Namun insiden terkini menyebabkan saya terfikir samada pencerobohan dan seterusnya perang gerila oleh tentera Suluk ke atas Sabah ini sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian Tentera Melayu dan seterusnya membantutkan perancangan rampasan kuasa tersebut.

2. Pada pendapat saya, Operasi suku kaum Tausug ini adalah direncana untuk gagal semenjak awal lagi manakala ratusan wanita dan kanak-kanak yang dibawa adalah untuk menjadi tumbal korban jika berlaku pertempuran. Jika ini berlaku maka akan bangkitlah rasa benci orang Islam di Malaysia kepada perjuangan Bangsamoro dan memberi alasan kepada barat untuk mengecam Kerajaan Malaysia. Oleh itu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya maka Perdana Menteri Malaysia yang baru dengan mudah akan dapat sokongan parlimen dan rakyat untuk memberhentikan kesemua bantuan kemanusiaan, senjata dan dana pembangunan kepada wilayah bangsamoro atas alasan kaum Tausug suluk adalah bangsa yang tidak mengenang budi.

3. Ini juga memberi alasan kepada Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim untuk berkempen menghentikan kesemua kerjasama dan bantuan kepada kumpulan pejuang-pejuang lain di Asia iaitu PULO di Selatan Thailand dan Pejuang Palestin atas alasan yang sama. Oleh itu secara dasarnya, Kerajaan sekular yang baru akan mempergunakan sentimen kebencian rakyat Malaysia kepada suku kaum Tausug untuk menyahut seruan Amerika Syarikat untuk menghentikan bantuan kepada semua kumpulan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat yang mana HAMAS, PULO dan pejuang Bangsamoro adalah turut tersenarai.

4. Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim juga boleh mempergunakan hasil insiden ini untuk mengecam Tentera Malaysia dan memecat Jeneral Melayu yang kini sedang berkhidmat. Jika ini berlaku maka dominasi orang Islam melayu di dalam Tentera Malaysia boleh dihapuskan.

5. Perdana Menteri yang baru juga boleh mempergunakan insiden ini untuk menguasai undi di Sabah. Kini sebelum pilihanraya rudah ramai kaum suluk yang menetap di Malaysia menunjukkan kebencian kepada Kerajaan atas insiden ini. Kempen di Facebook oleh pihak tertentu berbangsa suluk sedang marak di internet. Namun boleh sahaja sebaik memenangi pilihanraya Anwar Ibrahim akan memindahkan kesalahan serta menggunakan suratkhabar untuk membangkitkan sentimen anti-Suluk dan anti-kaum imigran dikalangan suku kaum lain. Kesemua orang suluk di Sabah mungkin dicop sebagai anasir mengancam keselamatan negara dan diburu. Ini juga akan membawa kepada operasi besar-besaran menangkap dan menghalau kesemua kaum imigran lain ke negara asal termasuklah imigran berasal dari Indonesia. Ini sudah berlaku semasa isu serangan golongan pro-Nazi dan skinhead kepada kaum imigran di Eropah. Selepas PRU13 ia boleh juga berlaku di Sabah dan Semenanjung.

P/S: September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah.

6. Kita juga mungkin sedang melihat kepada insiden yang memberikan alasan kepada Anwar Ibrahim untuk mewujudkan semula undang-undang yang sama seperti Patriot Act di Amerika Syarikat. Sebelum pilihanraya mereka sibuk menyalak menuntut ISA dimansuhkan tetapi selepas pilihanraya mereka boleh mewujudkan undang-undang 'anti-keganasan' yang lebih authoritarian. Lihat saja apa berlaku keatas insiden 'racial profiling' ke atas kesemua orang Islam keturunan arab di Amerika Syarikat selepas insiden 9/11. Dianggarkan 434 ribu bangsa arab ditahan dan disiasat selepas insiden tersebut. Saya rasa di zaman pemerintahan Anwar Ibrahim 'racial profiling' juga akan dilakukan ke atas kesemua keturunan filipina dan indonesia di Malaysia.

Saya merayu kepada Perdana Menteri agar mendengar nasihat daripada Jeneral-Jeneral di dalam Tentera Melayu Diraja dan bukannya mendengar nasihat daripada Hishamuddin. Berikanlah lebih kepercayaan kepada Jeneral Tentera kita yang mempunyai pengetahuan luas mengenai ancaman daripada luar ini. Sekiranya dinasihatkan bahawa perlu serangan bersenjata dilakukan sekarang ke atas kumpulan militan pengganas di Lahad Datu itu, maka nasihat tersebut sebaiknya diterima.


Quote:
(P/S: Sebagai orang Sabah saya memahami profil sikap kaum ini di Sabah terutama yang baru datang dari Filipina. Mungkin patut Kerajaan offer bounty RM10 juta kepada sesiapa yang dapat menangkap (atau memenggal) ketua pengganas yang mengaku waris Sultan Sulu di Lahad Datu itu sekarang. RM10 juta adalah lebih dari mencukupi untuk menyebabkan dikalangan kumpulan militan itu mengacu senjata sesama sendiri untuk mendapatkan wang tersebut. Ini kerana mereka bukan pejuang kebebasan. Mereka cuma join sebab mereka sangka Kerajaan Malaysia akan sanggup bayar wang tebusan sekiranya mereka bersedia balik ke Filipina)
Bagaimana untuk menangani?????????????


Perkara yang agak mengejutkan mengenai persiapan pengganas Tausug ini ialah apabila mereka awal-awal lagi sudah mempunyai 'contact person' dengan media barat. Baru 2 hari mendarat di Lahad Datu dan artikel yang menceritakan wanita serta anak kecil mereka dikepung oleh anggota keselamatan Malaysia sudah disiarkan di media barat.

Saya tidak mencadangkan agar wanita dan kanak-kanak ini disasarkan oleh tentera kita. Namun saya sangat mencadangkan agar satu tindakan decisive diambil bagi memberi petunjuk bahawa kerajaan kita tidak akan berunding dengan pihak yang membuat tuntutan sambil mengacu senjata.

Saya sempat berbual dengan beberapa orang anggota keselamatan yang terlibat di dalam operasi di pantai timur sabah ini. Cadangan mereka (dan saya) adalah seperti berikut:-

(a) Agar Kerajaan mengistiharkan sekatan laut ke atas kemasukan kapal-kapal yang tidak berdaftar dari Filipina. Kekuatan maritim Malaysia digerakkan dengan 'standing order' untuk menghapuskan mana-mana kapal yang disyaki menyeludup masuk pasukan militan sokongan yang cuba menyertai pasukan pengawal diraja sultan Sulu di Sabah. Maksud menghapuskan disini adalah mudah. Sebaik saja militan di Sabah mendengar ada anggota pasukan mereka menemui maut di laut, mereka akan sedar bahawa Tentera Malaysia sanggup bertindak tegas sekiranya perlu.

(b) Agar Kerajaan Malaysia mengumumkan tempoh dateline kepada penceroboh ini kembali ke tempat asal mereka atau menyerah diri. Apabila tarikh dateline itu telah tamat, maka serangan jarak jauh (mungkin maksudnya menggunakan pesawat, artileri atau roket) dilancarkan ke atas kumpulan pengganas yang sedang terkepung tersebut. Penyelesaian secara bersenjata harus mengambil masa tidak lebih dari 48 jam bagi menutup kesan negative tersebar terlalu jauh di media perdana dan internet.

(c) Agar sekatan makanan dan minuman disekat sepenuhnya ke atas kumpulan tersebut.

(d) agar disebarkan berita (khabar angin?) bahawa terdapat bounty wang yang lumayan akan diberikan ke atas mana-mana pihak tidak kira di Malaysia mahupin di Filipina yang mampu menamatkan nyawa Raja Muda Azzimudie Kiram dan Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan. Ini serta merta akan menyebabkan kedua-dua individu ini terpaksa menyembunyikan diri atau berkurung.

(e) Agar kerajaan Malaysia meminta bantuan pejuang bangsamoro yang menyokong Malaysia (serta mengharapkan dana bantuan dari Malaysia) untuk mengambil langkah extreme memberikan tekanan kepada waris Sultan Sulu.

Melewat-lewatkan penyelesaian krisis ini (yang sudah masuk minggu kedua) memberi akibat buruk kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang. Secara dasarnya tentera upahan yang berlakon sebagai pengawal diraja tersebut mengharapkan agar Kerajaan akan membayar jutaan ringgit kepada mereke sekiranya mereka setuju beredar. Tapi jika wang ini dibayar maka Sabah ditakdirkan akan menjadi sasaran lanun dan pengganas dari Filipina dan Indonesia yang akan bermaharajalela melakukan serangan gerila keatas Sabah sekiranya tuntutan mereka untuk dibayar 'wang perlindungan' tidak dipenuhi.

Cara Malaysia mengangani insiden ini kini sedang diperhatikan serta 'diprofile' oleh musuh negara (dan tentera Singapura). Pendekatan terlalu berlembut oleh Hisyamuddin yang sebenarnya takut berkonflik lebih banyak membawa keburukan kepada keselamatan negara. Ia juga menjatuhkan reputasi anggota keselamatan negara dan menjejaskan moral angkatan tentera kita.
__________________

Saya setuju bahawa ini MUNGKIN adalah lakonan.. Persoalannya ialah siapakan sutradara disebalik skripnya

Jika tujuannya untuk memancing undi BELUM Pilihanraya maka dalangnya kemungkinan besar adalah UMNO. Tapi jika lebih memberi manfaat SELEPAS PILIHANRAYA, maka dalangnya kemungkinan besar negara asing yang menyalurkan dana kepada PEMBANGKANG.

Setelah 2 minggu ketibaab pengganas tersebut di Negeri Sabah saya dapati Menteri Dalam Negeri serta Menteri Penerangan masih lembab nak mampus. Tiada sebarang usaha dipihak Kerajaan untuk mempergunakan insiden ini untuk menaikkan populariti Pemerintah. Malahan apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana insiden ini semakin tidak mempopularkan Kerajaan. Tindakan Menteri Dalam Negeri yang masih mahu berunding dengan pengganas serta tindakan cover up oleh Kementerian Penerangan menyebabkan kerajaan BN semakin tidak popular di Sabah. Ramai rakyat Sabah mempertikaikan kredibiliti anggota keselamatan yang dilihat gagal mengesan kemasukan pengganas ke perairan negara serta keputusan kerajaan untuk berlembut dan berunding dengan pengganas bersenjata. Daripada point pemarkahan propaganda Tindakan Najib yang pernah mendapat +10 markah apabila berani bertandang ke Gaza kini kehilangan 7 mata apabila berlembut pula dengan pengganas Filipina ini. Menteri Dalam Negeri jangan cakaplah. Dia yang selama ini -50 mata sudah merundum ke -150 mata pula. Tak lama lagi kalau dia turun Sabah mungkin kena maki.

Oleh itu saya menyimpulkan bahawa ini bukanlah bertujuan untuk memancing undi populariti oleh BN dan sudah tentu bukan konspirasi BN.

Dalam masa yang sama PKR juga tidak mewar-warkan isu ini sangat secara terbuka tetapi sudah wujud gerakan propaganda di media social seperti Facebook, Twitter dan Blog yang jelas memperkecilkan fungsi anggota keselamatan dan ketidak tegasan Kerajaan. Terdapat juga kaum Suluk yang warganegara Malaysia secara terang-terangan menyokong tuntutan pengganas ini dan mengajak kaum suluk untuk menyokong PKR.

Perkara ini agak membingungkan saya pada awalnya kerana PKR selalunya akan cepat melompat menyokong mana-mana kaum sahaja yang mengalih sokongan kepada pembangkang. Kalau golongan murtad dan LBGT pun PKR sokong dan pertahankan tuntutan mereka, kenapa kaum suluk tidak disokong atau at least ditunjuk tanda simpati?

Bagi saya jawapannya mudah, kerana skrip ini diolah bukan untuk tujuan pra-pilihanraya tetapi sebaliknya untuk tujuan pasca pilhanraya selepas Pakatan membentuk Kerajaan.

Ini samalah keadaannya dengan presiden Bush semasa bertanding pilihanraya Amerika. Walaupun tidak pernah menyokong secara terbuka warga Islam Arab-Amerika, namun Bush pernah melawat dan berdialog dengan golongan Arab-Amerika dan malahan pernah berjanji akan lebih liberal dan bertolak-ansur dalam perihal Palestin dan isu-isu dunia arab. Tetapi sebaik saja memenangi pilihanraya beliau flip 180 darjah.

Nasihat saya kepada suku kaum Tausug di Malaysia adalah agar berhati-hati. Bangsa suluk di Malaysia dan Bangsa Moro di Filipina sudah menerima banyak manfaat semasa pemerintahan BN/UMNO. Malahan sehingga kini immigran Bajau dan Suluk dari Filipina masih menerima suaka politik IMM13 walaupun hakikatnya kelayakan itu sudah terhapus semenjak pertengahan 80-an.

Waris Sultan Sulu di Filipina tidak pernah ada agenda memajukan suku kaum Suluk di Malaysia dan diwilayahnya sendiri. Yang dia tahu sejak dulu ialah membangkit-bangkit tuntutan ke atas Sabah dan menuntut tambahan bayaran. So secara ringkasnya kesemua waris Sultan Sulu yang tiada seorangpun berminat melanjutkan pelajaran itu hanya befikir mengenai harta, duit, harta, duit sahaja.

Kesemua bangsamoro juga harus berhati-hati. Di Malaysia hanya ada satu parti sahaja yang menyokong penuh tuntuan Amerika Syarikat agar Kerajaan Malaysia menghentikan segala bentuk bantuan kepada 'pengganas' yang disenaraikan oleh US.. dan parti itu adalah parti PKR. Janganlah akibat ke*****an dan ketamakkan waris Sultan Sulu maka satu-satunya negara sekutu bangsamoro bertukar menjadi musuh.

Wednesday, February 20, 2013

ISU LAHAD DATU> ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE Sabah.......

ISU LAHAD DATU> ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE Sabah.......



ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE SABAH

Ini bukanlah versi sebenar FUCH COMMJAM milik tentera kita (sekadar gambaran)



NOTA PENULIS : HIKAYAT INI MENGANDUNGI SERBA SEDIKIT CERITA FANTASI, ANDA DILARANG MEMPERCAYAINYA

1. Macam biasa, banyak cerita panas dari blog ni

2. Macam biasa, selalunya terkeluar dari otak pemikiran rakyat Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakkan benda-benda baru dan orang tidak tahu.

3. Macam selalu, ada yang akan mengutuk bahawa apa yang saya ceritakan tidak benar dan mulalah mencari kesalahan ejaan, satu dua fakta saya yang tersilap…untuk menunjukkan mereka lebih tahu dan saya yang sudah masuk ke medan perang ini, tidak tahu macam mereka tahu.

4. Kalau cerita piramid orang tidak percaya, saya faham.

5. Bila saya buat umumkan pasal Palekbang, ada puak mendabik dada bahawa saya tertipu kerana sebenarnya tidak ada terowong atau bunker, lubang masuk sebenarnya perigi air (petikan dari interview dengan seorang tua oleh Sinar Harian).


6. Fikir lojiklah…tak akan orang buat perigi tepi sungai?

7. Dan orang tidak tahu, pegawai tentera berjumpa saya supaya saya tidak mendedahkan operasi tentera yang sedang berjalan.

8. Sebagai sebahagian dari strategi perang, saya bergantung dengan Kelab Pecinta Sejarah Kelantan untuk membuka rahsia penemuann Palekbang dan anda bolehlah pergi ke laman web persatuan tersebut.

9. Dahulu bila saya buat cerita Vera E, ada orang tidak percaya tetapi akhirnya benar.

10.Bila saya buat cerita MIG 29 akan dipencenkan, orang kutuk saya tetapi akhirnya panglima tentera udara dan Menteri Pertahanan sendiri mengakui kebenaran penarikkan itu.

11.Bila saya beritahu saya jumpa Menteri Petroleum Taliban di Afghanistan, orang pertikaikan saya, apa…mereka ingat Taliban sengkek dan ***** sangat kot…adakah mereka tahu, Sabah pun ada Menteri sendiri dan timbalan menteri sendiri.

12.Bila saya comfirmkan EC725 akan menjadi pilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), orang tidak percaya tetapi akhirnya ia terbukti menang tender.

13.Bila saya tulis pasal Operasi Sabah Selamanya, orang kata ianya adalah cerita fantasi dan akhirnya terbukti…tuntutan Filiphina terhadap Sabah adalah “REAL” dan artikel itu sepatutnya ada sambungan.

14.Bukankah saya sudah tulis dalam artikel itu bahawa akan ada lebih banyak pendedahan yang akan keluar?

15.Pendedahan itu termasuklah sokongan MNLF terhadap tuntutan Sabah dan wujudnya ancaman dari sayap militari Kesultanan Sulu serta jangkaan tempoh masa serangan.

16.Malangnya, semasa saya bersantai-santai di Bagan Lalang, tiba-tiba kumpulan sayap militari Kesultanan Sulu ini menceroboh Sabah dan tidak sempatlah saya “mengupdate” blog saya untuk mendedahkan ancaman mereka.

17.Tapi mungkin ada hikmahnya, kalau saya tulis perkara itu, saya sukar nak buktikan dan keberangkalian untuk saya dikutuk oleh “jeneral kerusi malas” yang bergantung dengan bahan bacaan dalam internet ini tinggi serta satu atau dua maklumat yang mereka baca dalam majalah pertahanan berbahasa Melayu.

18.Apa pun biasanya saya sengeh jeeeee…hehehe. Macam biasa, tak percaya tak pe, percaya pun takpe.

19.Apa pun ada juga perkara yang salah dalam blog saya, pasal itu saya tidak kisah orang tidak percaya. Yang saya mahukan, adalah supaya anda berfikir….bukan menolak mentah-mentah, bab percaya tu nombor 3 atau 10.

LAGI TIDAK LOJIK DAN COMFIRM GOOGLE TAK JUMPA (AYAT FAVOURITE SAYA)

20.Kali ini saya nak beritahu lagi benda yang tidak lojik dan sudah pasti orang akan kata saya mereka-reka.

21.Maklumlah orang kampung, blog pun tahap kampung dan tidak profesional banyak blog-blog lain.


contoh sahaja : kalau bergerak atas jalan, beginilah keadaannya

22.Kisahnya…ada peralatan perang kita yang tidak pernah dihebah dan anda tonton selama anda akil baligh sehingga dewasa iaitu kereta perisai Peperangan Elektronik dalam ketegori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman yang kita beli dalam dua-tiga tahun lepas.

23.Kenderaan yang buruk tahap buaya air masin ini telah dihantar ke Sabah untuk memberikan bantuan sokongan terhadap operasi menangani pencerobohan askar-askar diraja kesultanan Sulu.

24.Kita tidak boleh memandang “cikai” terhadap mereka ini kerana manalah tahu ada negara luar yang berdiri di belakang mereka.

25.Seperkara lagi, tentera diraja Sulu ini diperhatikan sentiasa menghantar maklumat ke Manila, Filiphina dengan menggunakan telefon satelit.

25.Kereta perisai EW COMMJAM atau “Jammer” pacuan 6×6 FUCH ini merupakan sistem Peperangan Elektronik sangat canggih dan tidak dimiliki oleh negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Filiphina.

26.Kebanyakkan aset peperangan elektronik negara-negara yang saya maksudkan bersifat portable (tenaga insani), statik dan sudah ketinggalan zaman.

27.Sistem-sistem Peperangan Elektronik yang mereka pasang dalam kenderaan ini tidak perlulah tanya saya, sulit hendak diceritakan tetapi dari negara Eropah dan Amerika Syarikat.

28.Softwarenya pula dalam bahasa Jawi, bahasa lain dilarang pakai.

29.Unit-unit FUCH 6×6 ini biasanya bergerak pada waktu di antara 12 hingga 4 pagi untuk membuat operasi ELINT dan SIGINT ke atas negara-negara yang bermasalah dan dalam setiap operasi biasanya disokong oleh dua kenderaan yang serupa.

30.Malam-malam buta bila orang sudah tidur, SOFTWARE BAHASA JAWI ini dihantar untuk mengelirukan pelbagai peralatan elektronik milik negara bermasalah termasuk menganggu sistem perisian mereka, radar, komunikasi dan sebagainya.

30.Jumlah berapa banyak kita ada pun, tidak perlulah tanya pada saya…Use Your Imagination, Okeiii?

31.Kalau anda terdengar bunyi ini “Goblok, mengapa ini seh, radarnya pusing”, “Waduhh..apa ini, ada bogeyyy” “Mana ada pak, bukankah kita sahaja yang ada di udara” atau “Fuck..fuckk…tett…tettt” atau “No alert…system failed, we are now at stage 2″….ketahuilah, SOFTWARE BAHASA JAWI sedang mengodam anda.

32.Kenderaan milik kita ini mempunyai keupayaan untuk merosakkan komunikasi pada frekunsi “ALL BAND ALL MODE”.

33.Sekarang apabila negara kita ada krisis macam di Lahad Datu ini, dua kenderaan Peperangan Elektronik 6×6 FUCH ini dihantar ke Sabah dengan pesawat Charlie.

34.Tujuannya….hehehe…cuba check talian handphone anda kalau anda ke Lahad Datu.

35.Sebenarnya pihak polis pun ada pakai peralatan-peralatan peperangan elektronik ini tetapi ia bersifat “portable” malahan kalau tidak silap saya, Jabatan Perdana Menteri juga memiliki aset dan keupayaan yang serupa tetapi pada tahap yang lebih rendah dari Angkatan Tentera Malaysia.

36.Kalau tidak silap saya, Suruhanjaya Koridor Multimedia Malaysia (SKMM) juga mempunyai kenderaan yang canggih dalam kenderaan Mercedes Benz berwarna putih.

37.SKMM mempunyai lebih kurang empat buah dan setiap satu harganya mencecah RM7 juta.

38.Baiklah setakat ini sahajalah hikayat teknologi ajaib milik ATM digarap oleh saya, moga-moga anda tertidur membacanya.

Tuesday, February 19, 2013

Lima Orang Bayar RM 20,000 Untuk Makan Kemaluan Lelaki Jepun


Lima Orang Bayar RM 20,000 Untuk Makan Kemaluan Lelaki Jepun

Lima Orang Bayar RM 20,000 Untuk Makan Kemaluan Lelaki Jepun

Seorang lelaki Jepun telah membuat pembedahan untuk membuang kemaluannya dan kemudiannya memasaknya untuk lima orang pelanggan yang berbayar. Dia telah membuat pengiklanan secara online di Twitter yang berbunyi :

"[Please Retweet] I am offering my male genitals (full penis, testes, scrotum) as a meal for 100,000 yen ($1,250).
I'm Japanese. The organs were surgically removed at age 22. I was tested to be free of venereal diseases. The organs were of normal function.
I was not receiving female hormone treatment. The length at full erection was 16.1 cm [6.3 inches]. First interested buyer will get them, or I will also consider selling to a group. Will prepare and cook as the buyer requests, at his chosen location. If you have questions, please contact me."


Pada hari kejadiana, lelaki tersebut Sugiyama, yang telah membuat bayaran sebanyak $12,000 untuk membuang kemaluannya, memasak di hadapan orang ramai termasuk lima orang yang berbayar. Dia masak dengan cendawan dan sayur. Tetapi pada hari kejadian, seorang daripada lima orang ini tarik diri. Lima orang ini terdiri daripada dua orang wanita dan tiga orang lelaki pada usia 22 sehingga 32.

# kalau astrok...... pegi jahanam!!!!






































Monday, February 18, 2013

Gambar: Objek Harian Di Bawah Mikroskop Yang Sangat Pelik



Gambar: Objek Harian Di Bawah Mikroskop Yang Sangat Pelik

Quote:
Berus Maskara

Quote:
Bulu Berus Gigi

Quote:
Benang Pada Bahagian Mata Jarum

Quote:
Bulu Mata Manusia Yang Dizoom 50 Kali

Quote:
Butiran Kopi Segera

Quote:
Coklat

Quote:
Hard Disk Komputer

Quote:
Darah Beku

Quote:
Flos Gigi Yang Telah Digunakan

Quote:
Debu Yang Dibesarkan 22 Juta Kali

Quote:
Garam dan Lada Hitam

Quote:
Permukaan CD

Quote:
Gula Kasar dan Gula Halus

Quote:
Jahitan Luka Pada Badan Seekor Anjing

Quote:
Jersi Bola Sepak

Quote:
Kapilari Darah Yang Terpecah

Quote:
Bahagian Kepala Seekor Kutu Pada Badan Manusia

Quote:
Kutu Pada Badan Kucing

Quote:
Lalat

Quote:
Larva Seekor Langau

Quote:
Pelekat Velcro

Quote:
Permukaan Piring Hitam Yang Dibesarkan 1000 Kali

Quote:
Setem Yang Terkoyak

Quote:
Tahi Telinga Pada Pencungkil Telinga

Quote:
Tahi Telinga

Quote:
Tali Gitar