banner

Banner Atas

Tuesday, July 31, 2012

Cinta Bai Fang Li




Namanya BAI FANG LI. Pekerjaannya adalah seorang penarik beca. Seluruh hidupnya dihabiskan di atas becanya, mengayuh dan mengayuh untuk memberi jasanya kepada orang yang naik becanya. Menghantarkan kemana saja pelanggannya menginginkannya, dengan upah wang yang kecil. 

Tubuhnya tidaklah perkasa. Perawakannya malah tergolong kecil untuk ukuran becanya atau orang-orang yang menggunakan jasanya. Tetapi semangatnya luar biasa untuk bekerja. Mulai jam enam pagi setelah melakukan rutin hariannya untuk beribadah. Dia mengayuh dijalanan, di atas becanya untuk mengantar para pelanggannya. Dan ia akan mengakhiri kerja kerasnya setelah jam lapan malam.


Para pelanggannya sangat menyukai Bai Fang Li, kerana peribadi yang ramah dan senyum tak pernah lekang dari wajahnya. Namun kerana kebaikan hatinya itu, banyak orang yang menggunakan jasanya membayar lebih. 

Mungkin kerana kasihan, melihat bagaimana tubuh yang kecil malah itu dengan nafas yang turun naik (apalagi kalau jalan berbukit) dan peluh yang bercucuran berusaha mengayuh beca tuanya.





Bai Fang Li tinggal disebuah bilik reput yang usang, bersama dengan banyak penarik beca. Pondok itupun bukan miliknya, kerana ia menyewanya secara harian. Kelengkapan di bilik itu sangat sederhana. Hanya ada sebuah tikar tua yang telah robek, tempat dimana dia merebahkan tubuh penatnya setelah sepanjang hari mengayuh beca. 

Bilik itu hanya merupakan satu ruang kecil dimana ia biasa merebahkan tubuhnya beristirahat, di ruang itu juga ia menerima tetamu yang memerlukan bantuannya, di ruang itu juga ada sebuah kotak yang berisi beberapa baju tua miliknya dan sebuah selimut tipis tua yang telah bertampal-tampal. Ada sebuah piring comel dan ada sebuah tempat minum. Dihujung ruangan tergantung sebuah lampu minyak tanah, lampu yang dinyalakan untuk menerangi kegelapan di bilik tua itu bila malam telah menjelang.





Bai Fang Li tinggal sendirian dipondoknya. Dan orang hanya tahu bahwa ia seorang pendatang. Tak ada yang tahu apakah ia mempunyai sanak saudara sedarah. Tapi nampaknya ia tak pernah merasa sendirian, banyak orang yang suka padanya, kerana sifatnya yang murah hati dan suka menolong. Tangannya sangat ringan menolong orang yang memerlukan bantuannya, dan itu dilakukannya dengan sukacita tanpa mengharapkan pujian atau balasan.

Dari penghasilan yang diperolehnya selama seharian mengayuh becanya, sebenarnya ia mampu untuk mendapatkan makanan dan minuman yang layak untuk dirinya dan membeli pakaian yang cukup bagus untuk menggantikan baju tuanya yang hanya sepasang dan sepatu tuanya yang sudah tak layak dipakai karena telah robek. 

Namun dia tidak melakukannya, kerana semua wang hasil penghasilannya disumbangkannya kepada sebuah Yayasan sederhana yang biasa mengurusi dan menyantuni sekitar 300 anak-anak yatim piatu miskin di Tianjin. Yayasan yang juga mendidik anak-anak yatim piatu melalui sekolah yang ada.





Ceritanya dimulai saat hatinya sangat tersentuh ketika suatu ketika ia baru beristirahat setelah menghantar seorang pelanggannya. Ia menyaksikan seorang anak lelaki kurus berusia sekitar 6 tahun yang yang tengah menawarkan jasa untuk mengangkat barang seorang ibu yang baru berbelanja. Tubuh kecil itu nampak sempoyongan menggendong beban berat dibahunya, namun terus dengan semangat melakukan tugasnya. 

Dan dengan kegembiraan yang sangat jelas terpancar dimukanya, ia menyambut upah beberapa wang yang diberikan oleh ibu itu, dan dengan wajah menengadah ke langit, mungkin ia mengucapkan syukur pada Tuhan untuk rezeki yang diperolehnya hari itu. Beberapa kali ia perhatikan anak lelaki kecil itu menolong ibu-ibu yang berbelanja, dan menerima upah wang kecil. 

Kemudian ia lihat anak itu beranjak ketempat sampah, mengais-ngais sampah, dan waktu menemukan sepotong roti kecil yang kotor, ia bersihkan kotoran itu, dan memasukkan roti itu kemulutnya, menikmatinya dengan nikmat seolah itu makanan dari syurga. 

Hati Bai Fang Li tersentuh melihat itu, ia hampiri anak lelaki itu, dan berbagi makanannya dengan anak lelaki itu. Ia heran, mengapa anak itu tak membeli makanan untuk dirinya, padahal wang yang diperolehnya cukup banyak, dan tak akan habis bila hanya untuk sekedar membeli makanan sederhana.





“Wang yang saya dapat untuk makan adik-adik saya” jawab anak itu. 

“Orang tuamu di mana?” tanya Bai Fang Li. 

“Saya tidak tahu, ayah ibu saya, mereka tidak pernah pulang lagi. Saya harus bekerja untuk mencari makan untuk saya dan dua adik saya yang masih kecil” sahut anak itu. 

Bai Fang Li minta anak itu mengantarnya melihat ke dua adik anak lelaki bernama Wang Ming itu. Hati Bai Fang Li semakin merintih melihat kedua adik Wang Fing, dua anak perempuan kurus berumur 5 tahun dan 4 tahun. Kedua anak perempuan itu nampak menyedihkan sekali, kurus, kotor dengan pakaian yang compang camping.

Bai Fang Li tidak menyalahkan kalau tetangga ketiga anak itu yang tidak terlalu peduli dengan situasi dan keadaan ketiga anak kecil yang tidak berdaya itu, kerana memang mereka juga terbelit dalam kemiskinan yang sangat parah, jangankan untuk mengurus orang lain, mengurus diri mereka sendiri dan keluarga mereka saja mereka kesulitan.


Bai Fang Li kemudian membawa ke tiga anak itu ke Yayasan yang biasa menampung anak yatim piatu miskin di Tianjin. Pada pengurus yayasan itu Bai Fang Li mengatakan bahwa ia setiap hari akan mengantarkan semua penghasilannya untuk membantu anak-anak miskin itu agar mereka mendapatkan makanan dan minuman yang layak dan mendapatkan perawatan dan pendidikan yang layak. 

Sejak saat itulah Bai Fang Li menghabiskan waktunya dengan mengayuh becanya mulai jam 6 pagi sampai jam delapan malam dengan penuh semangat untuk mendapatkan wang. Dan seluruh wang penghasilannya setelah dipotong sewa bilik dan pembeli dua potong roti kismis untuk makan siangnya dan sepotong kecil daging dan sebutir telur untuk makan malamnya, seluruhnya ia sumbangkan ke Yayasan yatim piatu itu. Untuk sahabat-sahabat kecilnya yang kekurangan.

Ia merasa sangat bahagia sekali melakukan semua itu, ditengah kesederhanaan dan keterbatasan dirinya. Merupakan kemewahan luar biasa bila ia beruntung mendapatkan pakaian rosak yang masih cukup layak untuk dikenakan di tempat pembuangan sampah. Hanya perlu menjahit sedikit yang tergoyak dengan kain yang berbeza warna. Bai Fang Li mengayuh beca tuanya selama 365 hari setahun, tanpa peduli dengan cuaca yang silih berganti, ditengah cuaca dingin atau dalam panas matahari yang sangat menyengat tubuh kurusnya.


Quote:
“Tidak apa-apa saya menderita, yang penting biarlah anak-anak yang miskin itu dapat makanan yang layak dan dapat bersekolah. Dan saya bahagia melakukan semua ini…,”


Katanya bila orang-orang menanyakan mengapa dia mhau berkorban demikian besar untuk orang lain tanpa peduli dengan dirinya sendiri. 

Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, sehingga hampir 20 tahun Bai Fang Li mengayuh becanya demi memperoleh wang untuk menambah dermanya pada yayasan yatim piatu di Tianjin itu. 

Saat berusia 90 tahun, dia menghantar tabungan terakhirnya sebesar RMB 500 (RM247) yang disimpannya dengan rapi ddalam suatu kotak dan menyerahkannnya ke sekolah Yao Hua.

Bai Fang Li berkata:

Quote:
“Saya sudah tidak dapat mengayuh beca lagi. Saya tidak dapat menyumbang lagi. Ini mungkin wang terakhir yang dapat saya sumbangkan”

katanya dengan sendu. Semua guru di sekolah itu menangis.





Bai Fang Li meinggal dunia pada usia 93 tahun, dia meninggal dalam kemiskinan. Sekalipun begitu, dia telah menyumbangkan disepanjang hidupnya wang sebesar RMB 350.000 (RM 173,429.36) yang dia berikan kepada Yayasan yatim piatu dan sekolah-sekolah di Tianjin untuk menolong kurang lebih 300 anak-anak miskin




Foto terakhir yang orang punya mengenai dirinya adalah sebuah foto dirinya yang berkisahkan "Sebuah Cinta yang istimewa untuk seseorang yang luar biasa”.

Riwayat Hidup : SALADIN AL-AYYUBI

Riwayat Hidup : SALADIN AL-AYYUBI



Salahuddin al-Ayyubi: (صلاح الدين الأيوب ) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub. Dilahirkan pada tahun 1137 atau 1938 menurut pendapat yang lain dan meninggal dunia pada tahun 1193. Beliau merupakan pengasas Dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria.

Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan penganut Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1433x1082.

TUGU PERINGATAN SALAHUDDIN DI DAMSYIK.



Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din. Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160.

Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I.

Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima.
Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.

Salahuddin adalah orang yang bertanggungjawab mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir dari Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah lalu menubuhkan Dinasti Ayyubiah dengan mengembalikan Mazhab Ahl Sunnah Waljamaah sebagai pegangan rakyat Mesir hingga ke hari ini.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din.

Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.




"Raja Mesir, Salahuddin Al-Ayubbi" daripada sebuah manuskrip kurun ke-15; simbol "globus" di tangan kirinya ialah simbol Eropah tentang kekuasaan.


MENENTANG TENTERA SALIB

Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.

Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.

Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah.

Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.

Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.


Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.



Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam warna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin.

Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191.

Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) .

Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.


Pengiktrafan

Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825).

Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salahuddin dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Versi, 1998) karya Tariq Ali.

Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.




MAKAM


Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria.


keadaan makam almarhum Sallahudin AlAyubi...






Watak Salahuddin dimainkan oleh Ghassan Massoud dalam filem Kingdom of Heaven (2005)
Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.






PRU 13 : Pakatan kaji turunkan harga kereta


PRU 13 : Pakatan kaji turunkan harga kereta




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

"Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.

"Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut," jelasnya

Beliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.

Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing.

"Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.

"Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan," jelasnya.

Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta.

Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.

"Harga kereta dilonjakkan oleh tiga jenis cukai yang diperkenalkan iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

"Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan dan ini bermakna rakyat dibebankan sebanyak dua kali," sambungnya.

Tambahnya lagi, pengurangan harga kereta yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat nanti secara tidak langsung akan mengembalikan hak rakyat setiap bulan umpama berlakunya kenaikan gaji kepada mereka.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan isu ini adalah dasar yang sangat rasional dalam mengurangkan beban rakyat.

"Rakyat terpaksa berbelanja hampir separuh dari pendapatan mereka untuk sebuah kereta tetapi mereka tidak ada pilihan kerana ia adalah keperluan.

"Kita memandang serius tentang isu ini dan ia akan menjadi manifesto utama Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang," katanya.

Untuk maklumat, 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan 71.9 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta.

Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan iaitu RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012, berbanding RM118 bilion pada November 2010.


Kita dapat lihat bagaimana hutang sebuah isi rumah melambung tinggi disebabkan harga kereta. Justeru, rakyat sila tunggu!
Tumbangkan BN dahulu baru beli kereta.
Kah Kah Kah~


Sumber

http://www.malaysiakini.com
http://tukanglawan.blogspot.com
http://wargamarhaen.blogspot.com


Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan


Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. 



APA PANDANGAN ANDA...??
Bagaimana dengan Sektor Automotif PROTON....
Setuju... Atau Tidak...???





Update 25/7/2012

KJ mengaku ianya menguntungkan Jutaan Rakyat


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bimbang janji PKR untuk menjadikan harga kereta lebih murah akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

Langkah itu walau diakuinya akan memberi keuntungan kepada jutaan rakyat, namun dasar seperti itu akan memberi kesan kepada puluhan ribu pekerja Proton dan juga golongan yang terlibat dalam industri automotif, katanya.

"Bukan saya nak maksudkan kita nak lindungi Proton selama-lamanya, ..tapi jika tiada perancangan rapi alamatnya adalah malapetaka dari segi ekonomi," katanya lagi ketika bercakap kepada pemberita di Bangsar malam tadi.

Katanya lagi, tindakan menghapuskan duti eksais dan import itu akan menjejaskan sehingga RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan.

"Walau dasar ini baik, tapi kena (Pakatan Rakyat) kena jelaskan bagaimana hendak bayar janji tersebut," katanya lagi.

Beliau mengulas rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.


Update 25/7/2012

Kenapa anda perlu sokong manisfesto pakatan rakyat merendahkan harga kereta? - Baca ini.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/...#ixzz21cNDJ8ub

Sistem pengangkutan jalanraya teruk bhai. Lue nak turunkan harga kereta? Baik lue suruh pr tingkatkan kualiti sistem pengangkutan awam larh beb.

Jalanraya jammed! Idea semak. Aku penyokong PR tapi buat apa ko nak turunkan harga kereta? Harga kereta mahal pun ramai jek mampu pakai kereta ini kan pula harga kereta murah. Lagi lah bersepah2 atas jalanraya !!!

Aku penyokong PR. Tapi aku langsung tak sokong idea neh. Harga kereta sekarang dah oke. Tingkatkan kualiti sistem pengangkutan jek sudah.

Jalanraya berlopak, sempit dan teruk. PR patut focus kat situ. Bukan isu kereta.


Antara komen2 yang aku baca. Sebenarnya pendapat korang tue separa tepat. Separa tepat kenapa? Sebab korang tak faham bagaimana ini berlaku. Senang cakap korang tak reti buat kek, korang reti makan jek, tapi bila orang cakap nak murahkan harga kek, korang komplain bagai hey yooo.. kek murah low quality yooo.. tapi satuhapa cara nak buat kek korang tak reti tapi komplain macam good2 pula.

Lainkali, faham dulu cara nak buat kek. Baru ko boleh komplain. Sama juga dalam isu manisfesto PR mengenai harga kereta. Fahamkan dulu apa yang ingin PR sampaikan. Baru komplain. Taktahu hujung pangkal jangan main serbu der.

Jangan lupa, setiap idea2 yang PR salurkan datangnya dari rakyat. Bukan dorang main sembrono jek bercakap. Macam isu ptptn. Mereka mendengar keluhan mahasiswa. Sama juga macam harga kereta. Mereka mendengar rintihan rakyat. So no point la untuk korang kritik idea PR. Tak puas ahti, kritik jek masyarakat yang bawa idea neh. Salah seorang nya aku. Aku antara orang yang banyak kali meluahkan yang PR kena buat sesuatu mengenai harga kereta di malaysia dan good, ini inisiatif yang bagus dari PR.

Meh sini aku nak bagitau korang apa yang perlu korang tahu dan apa peranan yang korang kena buat.

Kenapa harga kereta perlu murah?

1. Kerana rakyat perlu diberikan hak untuk membeli kereta yang setimpal dengan harga nya.

2. Ko tak expect modal sesebuah kereta berjumlah rm40k jual sampai rm400k kan? Nak untungkan golongan kapitalis hanya semata2 ko taknak jalan jem? Kemon, ko tak se***** tue bhai.

3. Ko rela bayar pelbagai cukai = jalanraya tetap teruk seperti biasa? Atau, bayar cukai rendah = jalan tetap teruk seperti biasa? [buat masa sekarang] Kemon, ko juga tak se***** neh bhai.

4. Untuk memantapkan sistem pengangkutan awam, ko tak expect ia adalah kerja sehari dua kan? Hari neh PR tadbir, esok seme sistem pengangkutan awam jadi efisyen? Dan sebulan selepas tue seme tempat ada bas? Dan setahun selepas tue, bas pergi ke mana2 sahaja? Dan bas ada pada setiap jam, minit, saat dan waktu? Ataupun sana sini ada monorel?

Kemon.

Fikir dalam2. Nak bina monorel jek berapa tahun? Nak rangka pelan jek berapa tahun? Nak kumpul modal jek berapa tahun? Nak bina jek di beberapa banyak kawasan? Nak bina jalanraya jek berapa tahun? Nak cari syarikat usaha bas jek berapa tahun? Sehingga saat itu tiba, ko expect seme orang haii jom jalankaki, biarkan harga kereta mahal sebab? Taknak jalan jem bhaiii.

Ringkasan nya begini geng. PR akan turunkan harga kereta yakni = nilai cukai dan duti yang membebankan rakyat marhaen supaya kita semua lebih mampu memiliki kereta yang berkualiti lebih baik pada harga yang munasabah.

Tujuan?

Supaya kita senang nak travel ke mana2.

Risiko?

Jalan jem mesti ada punya. Di bandar. Di luar bandar tak teruk macam neh.

Kesan?

Lebih ramai rakyat dapat beli kereta. Dan sudah tentu kereta2 lama akan automatik terhapus sebab dah mampu tukar yang lebih baik dari sedia ada. Mengalakkan perniagaan jual beli kereta dan of course, kurang bankrupsi akibat tak mampu tanggung beban hutang kereta yang mahal beb.

Kebaikan?

Rakyat dapat memiliki kereta yang lebih baik pada harga patut. Rakyat juga dapat travel ke sana sini dengan mudah di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk terutamanya di luar bandar. BAS 2 jam sekali. Korang mesti suruh orang2 kampung jalankaki jek kan? Sebab? Takmo jalan jam ma. Pfttt.

Bukan seme tempat bas boleh masuk or mampu masuk. Bukan seme tempat teksi mahu pergi dan akan pergi. Lagipun jika sejumlah wang boleh dijimatkan dengan menggunakan kenderaan sendiri, apa masalahnya disitu?

Penting ke?

Penting. Sekurang2nya pada masa kini ia penting di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk. Dan setelah ia diperbaiki, lama kelamaan, masyarakat juga akan menghentikan penggunaan kereta geng. Kalau ko jalan kaki lima minit boleh dapat tren, then keluar dari tren, jalan kaki lagi 5 minit then boleh sampai tempat kerja, sapa taknak? Semua orang nak. Jimat duit minyak, jimat tenaga, bahkan jimat masa. Tapi seme orang ada tren kah di depan rumah?

Jadi sehingga saat itu tiba, maka harga kereta yang rendah boleh membantu kita sedikit bersabar dengan masalah sistem pengangkutan di malaysia neh geng. Ramai rakyat malaysia terpaksa spent duit untuk beli kereta bukan sebab mereka mampu tetapi sebab mereka terpaksa beli disebabkan sistem pengangkutan yang sangat teruk di malaysia.

Jika mereka bear dengan sistem pengangkutan tersebut maka alamatnya you getlost. Jangan datang kerja lagi. Hari2 lewat. Buang masa i bayar gaji you. Ini akibat yang mereka dapat.

Bahkan kita lagi suka jika menggunakan kenderaan sendiri ketika bercuti jek. Ataupun ketika bershopping. Sebab nak bawa barang. Tetapi sayangnya kita tak boleh nak melakukan itu seme sebab majoriti kawasan di malaysia, sistem pengangkutan nya sangat teruk.

Di sesetengah tempat yang ada tren mungkin mereka rasa syok sebab boleh cutikan kenderaan sendiri dan gunakan kenderaan awam. Tetapi bagaimana pula dengan aku? Bagaimana pula dengan orang lain? Kami seme tak bertuah seperti korang oke. Oleh itu fahami dulu masalah kami.

Nak wujudkan jaringan sistem pengangkutan yang efisyen bukan semudah ABC. 55 tahun memang mencukupi tetapi bn terbukti gagal sebab taknak buat bukan tak boleh buat. Jika mereka mahu buat, sudah pasti sekarang neh kita tak menghadapi dilemma neh.

Jadi jika PR amekalih putrajaya, mereka dapat merendahkan harga kereta dan dalam masa yang sama akan menambahbaikkan sistem pengangkutan awam yang juga sebenarnya adalah sebahagian daripada manifesto mereka. Dan jika ini seiringan, maka lama kelamaan selepas negara kita mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen, kita juga akan tinggalkan kenderaan sendiri di rumah dan menggunakan pengangkutan awam.

Siapa kata orang korea dan jepun tidak suka berkereta? Mereka juga suka. Siapa kata di korea dan jepun tiada jalan jem? Ada, musim cuti beb. Tetapi mereka juga ada sistem pengangkutan yang efisyen. Pemikiran mereka mudah sahaja. Kerajaan merendahkan harga kereta, menambahbaik sistem pengangkutan awam dan buat jalanraya yang betul, hasilnya? Rakyat ada dwi pilihan.

Nak jalan kaki? Oke, seme tempat ada lampu. Kadang2 lampu rosak. Tapi still, ada lampu ada cctv dan still rasa oke lagi di sini. Nak naik kereta? Oke, harga kereta pun tak mahal mana. Nak naik tren or bas? Dipersilakan lah.

Dwi pilihan inilah yang penting bagi rakyat macam kita. BN tak bagi kita pilihan neh. BN paksa kita menghadapi seme masalah. PR akan bagi kita dwi pilihan. Ya, memang ya akan makan masa. Terutamanya bab sistem pengangkutan awam yang efisyen dan bab jalanraya yang baik.

Tetapi itu tetap lebih baik sebab lama kelamaan dwi pilihan yang wujud di negara sana juga akan berlaku disini. Dan sehingga saat itu tiba, maka idea rendahkan harga kereta sudah semestinya relevant.

Nota : Nyatakan pandangan anda mengenai manisfesto terbaru PR. Nyatakan dengan ilmiah supaya pemimpin PR boleh memahami apa yang ingin anda sampaikan. Jangan mencarut dan expect pemimpin PR nak senyum2 sambil menerima pakai idea dan kritikan ko pula. Bai.


Read more: 
http://amenoworld.blogspot.com/

UPDATE
27/7/2012
Perkasa kutuk PROTON.


BAGUS.

Memang BAGUS.

Sangat-sangat-sangat BAGUS.

Tahniah diucapkan kerana tampil dengan begitu BERANI memerli PROTON melalui kenyataan kepada PRESS semalam ;

Mula2 aku nak tepuk tangan dulu tanda aku menghargai ketidakcerdikkan PERKASA membalon idea PR akhirnya menjerumuskan PERKASA ke dalam satu senario yang memalukan.

Menurut perkasa ;


“Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana?
“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.
“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI-


Alhamdullilah kata perkasa. Kenapa Alhamdullilah? Sebab menurunkan harga kereta di malaysia memang merupakan satu keputusan yang bijaksana. Sebab tue perkasa dalam sedar tak sedar tersebut Alhamdullilah. Ada orang sebut Alhamdullilah time dia sedang angin satu badan? Takdak. Time sabar + bersyukur jek dia sebut Alhamdullilah bhai.

Kereta proton tiada siapa nak beli kata perkasa? Kenapa perkasa keluarkan statement macam tue? Hina sangat kah proton di mata perkasa? Teruk sangatkah proton di mata perkasa sehinggakan perkasa memperkecil-kecilkan kemampuan proton untuk bersaing di pasaran terbuka? Itu lue tanya dia sendiri sebab pandangan wa sangat2 berbeza dari perkasa neh beb.

Rakyat lebih berminat nak beli kereta import kata perkasa. Kenapa? Apa yang bestnya kat kereta import tue perkasa? Apa yang tak best kat kereta proton tue?

kah kah kah

Sekarang, akhirnya satu malaysia dah faham bagaimana proton menjalankan operasi perniagaan mereka. Baik penyokong bn mahupun penyokong pembangkang bahkan bebas sekalipun memang sudah tiada ahti dan nafsu untuk memandang tinggi terhadap proton. Sebegini rendah dan hina martabat proton di malaysia. Bahkan pengasas proton bernama mahathir tue pun tak pakai proton. Kenapa?

kah kah kah

Lue tanya soklan tue sendiri pada mahathir dan menteri2 di malaysia. Proton di malaysia standard kereta rasmi or kereta untuk orang yang terdesak. Bukan sekadar tuduhan kosong bahkan terbukti dengan faktanya sekali beb. Lue fikirlah sendiri.



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/





PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

31 July 2012


PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.

PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.

Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.


Isu cukai kereta - RM8 billion akan dipulangkan kepada rakyat bukan kepada kroni umno
Update 31/7


PEMOTONGAN CUKAI EKSAIS KERETA: PENGURUSAN PERMIT IMPORT (AP) YANG LEBIH BAIK JANA SUMBER KEWANGAN NEGARA MENGGANTIKAN CUKAI EKSAIS 
Kebimbangan yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dan sesetengah pihak bahawa penghapusan cukai eksais kereta demi menurunkan harga kereta akan mengurangkan hasil kerajaan dan menjejaskan ekonomi adalah tidak tepat.

KEADILAN telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat.

Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu. Kesan berganda kepada ekonomi negara jika jumlah RM8 billion ini dipulangkan kepada rakyat adalah lebih tinggi berbanding jika ia berada di dalam poket kerajaan.

Malah, pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik juga akan menambahkan lagi pendapatan negara.

Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak hasil dari penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

Perlu diingatkan, Umno/Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Janji Umno/Barisan Nasional supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati. Di dalam ucapan belanjawan 2010, Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa setiap AP akan dijual pada harga RM10,000 dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk membantu usahawan Bumiputra.

Bagi tahun 2011, sebanyak 600,123 unit kenderaan didaftar. Dari jumlah itu, 533,515 unit dikeluarkan dan dipasang di Malaysia, bermakna sejumlah 66,608 AP telah dikeluarkan dalam tahun 2011 bagi kenderaan import. Jika benar hasil AP yang bernilai RM10,000 setiap satu ini telah dimasukkan ke dalam satu tabung untuk usahawan Bumiputra, sepatutnya pentadbiran Dato' Seri Najib telah membelanjakan RM666 juta setiap tahun untuk membantu usahawan Bumiputra dalam sektor automotif seperti yang dijanjikan.

Sehingga kini, kita masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tabung ini atau pun hasil AP yang telah dibelanjakan untuk rakyat.

Sebab itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan akan datang kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang tahun 2015 supaya tidak melanggar peraturan WTO dan AFTA yang telah dipersetujui.

Dalam tempoh 3 tahun di antara 2013 dan 2015, langkah-langkah berikut wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan:

1. Penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api, demi menggalakkan lebih banyak kereta yang menjimatkan bahan api diperkenalkan;

2. Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih;

3. KEADILAN percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan

4. Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.


Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.

Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga dijangka akan meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara.

KEADILAN merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

Fakta HUDUD untuk Karpal Singh

Reformasi Undang-Undang Islam Aceh

Tajuk :
REFORMASI MAHKAMAH SYARIAH
DI NANGGROE ACEH DARUSSALAM ( NAD ) : DARI SEGI BIDANG KUASA


Pensyarah :
PROF. DR. AHMAD HIDAYAT BUANG
Disediakan oleh:
SAIFUL AZHAR BIN ILYAS
Syariah & Law
Academy of Islamic Studies
University Of Malaya


Reformasi Mahkmah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam :
dari segi bidangkuasa


Pendahuluan

Keinginan untuk melaksanakan syariat islam secara kaffah dan terwujudnya Mahkamah Syariah yang melaksanakan semua hukum islam merupakan cita-cita lama masyarakat Aceh . Namun keinginan tersebut tidak dikabulkan oleh kerajaan Indonesia. Pihak kerajaan yang mempunyai paham sekular, tidak ingin negeri dibawah kekuasaanya mempunyai aturan hukum yang berbeda dengan aturan hokum nasional.

Sebenarnya Mahkamah Syariah telah ada di Aceh sebelum penjajahan masuk. Dan ketika bergabung dengan kerajaan Indonesia, Mahkamah Syariah juga dibentuk di Aceh . Namun Mahkamah Syariah bentukan kerjaaan tidak menyenangkan masyarakat Aceh, kedudukan dan bidangkuasa mahkmah syariah tersebut sangat sedikit dan tidak berwibawa.

Wujudnya mahkamah syariah yang mempunyai kedudukan dan bidangkuasa yang luas serta dihormati setelah dikeluarkan Undang-Undang republik Indonesia Nombor 44 tahun 1999 tentang penyelenggaraan keistimewaan Aceh dan undang-undang kerajaan Indonesia nombor 18 tahun 2001 tentang otonomo khusus. Dan peresmian pembentukan mahkamah syariah yang khas dilakukan setelah keluar keputusan presiden republik Indonesia nombor 11 tahun 2003 .

Kehadiran mahkamah syariah khas memberi pengaruh besar pada pelaksanaan undang-undang islam. Yang sangat penting disini adalah mahkamah syariah yang telah ada sebelumya mengalami banyak perubahan dengan mereformasi kedudukan, bidangkuasa, prosedur, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan mahkamah.


Objectif Kajian.

Kajian tentang Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) ini dibuat dengan beberapa objectif :
1. Mengetahui keadaan Mahkamah Syariah sebelum dan setelah kedatangan penjajah asing.
2. Mengetahui keadaan Mahkamah Syariah ketika Aceh bergabung dengan Republik Indonesia
3. Mengetahui keadaan Mahkamah Syariah setelah Aceh diberikan bidangkuasa melaksanakan syariat islam secara kaffah termasuk bidang kehakiman.
4. Untuk mengetahui reformasi-reformasi yang terjadi pada Mahkamah Syariah sehubungan dengan pergantian status Aceh dari zaman ke zaman, terutama sekali bidangkuasa.


Mahkamah Syariah di Aceh dari zaman ke zaman

A. Pada Masa Kerajaan Aceh

Aceh mempunyai latar belakang yang berbeda dengan daerah lainnya di Indonesia, khususnya pada pelaksanaan undang-undang islam. Di Aceh pelaksanaan Undang-undang Islam bukanlah hal baru, sudah sejak sebelum kemerdekaan Republik Indonesia telah melaksanakan Syariat Islam.

Pada zaman kerajaan dululunya, kekuasaan Mahkamah Syariah dibawah kekuasaan Qadli Malikul ‘Adil, sedangkan untuk daerah dibawahnya dipegang oleh Qadli Uleebalang .

Qadli Malikul ‘Adil adalah adalah mahkamah paling tinggi yang ada di Kerajaan Aceh, ia juga berfungsi sebagai Mahkamah Rayuan. Apabila perakara-perakara yang telah diputuskan oleh Qadli Uleebalang masih belum memuaskan berbagai pihak, maka boleh mengajukan banding ke Qadli Malikul ‘Adil. Keputusan Qadli Malikul ‘Adil merupakan keputusan akhir dan harus dipatuhi dan dijalankan oleh semua pihak.

Pengaruh Ulama saat itu sangat kuat di Aceh, ini terlihat dari pengangkatan hakim pada mahkamah. Qadli Malikul ‘Adil dan Qadli Uleebalang diangkat dari golongan ulama yang cerdik dan berpengaruh.

Qadli Malikul ‘Adil selain berfungsi sebagai hakim, ia juga bertugas memberi nasehat kepada kerajaan dan mengerusi daerahyang langsung dibawah Sulthan. Lembaga Qadli Malikul ‘Adil sangat berwibawa dan sangat berperan dalam menjalankan hukum Islam juga menjaga stablitas kerajaan.


B. Pada Zaman Hindia Belanda

Indonesia pada masa penjajahan belanda diberi nama Nederlandsce Indie ( Hindia Belanda). Pemerintah Hindia Belanda membagi Indonesia dari satu segi menjadi dua daerah, yaitu Jawa-Madura dan daerah-daerah Luar Jawa-Madura. Pembagian tersebut mempunyai pengaruh terhadap pengaturan hukum, serta keadaan mahkamah.

Pemerintah Belanda tidak menghapuskan sistem mahkamah yang telah ada, baik di Indonesia maupun di Aceh. Khusus di Aceh Hal ini boleh dilihat dengan adanya peraturan yang terdapat dalam Staasblad 1869 No. 47 dan Staasblad 1871 No. 129 yang menetapkan bahwa ketua-ketua Landraad harus seorang Yuris. Setiap mereka harus mesti mendapatkan pelajaran dalam hukum Islam.

Khusus untuk Aceh, di tiap wilayah Uleebalang terdapat sebuah mahkamah yang diketuai Controleur,dan Uleebalang serta orang-orang khas yang dilantik. Mahkamah Syariah ketika itu merupakan bagian dari mahkamah tersebut. Untuk memutuskan permasalahan hukum islam di ketuai oleh Qadli Uleebalang. Sedangkan permasalah lain diketuai oleh Uleebalang dengan didampingi oleh Qadli Uleebalang.


C. Pada Zaman Jepang

Jepang mulai memasuki Aceh pada tanggal 12 mac 1942. Saat mereka datang, Ulama di di Aceh masih dihargai oleh Jepang, ini dikarenakan Ulama telah berjasa mengusir belanda dari Aceh. Sehingga atas permintaan ulama, Jepang meningkatkan status .mahkamah Syariah .

Saat itu Jepang menubuhkan Aceh Syu Rei (Undang-undang Daerah Aceh) pada tanggal 1 januari 1944. Undang-undang itu menjelaskan tentang penubuhan dua mahkamah, iaitu Tihoo Hooin ( Mahkamah Sivil) dan Syukyo Hooin ( Mahkamah Syariah)

Mahkamah Syariah untuk tingkat Kabupaten di pimpin oleh Kepala Qadli serta dibantu oleh beberapa anggota majlisnya, dan untuk tingkat Kecamatan dipimpin oleh Kadli Sort.

Persatuan Ulama Aceh ( PUSA) ketika sangat mempunyai peranan peting pada penunuhan dan pengawasan Mahkamah Syariah. Jepang pada satu sisi memberi kebebasan kepada rakyat Aceh untuk melanjutkan Mahkamah Syariah yang telah ada sebelumnya. Tetapi pada sisi lain kita juga mengetahuiBahwa Jepang telah menjajah rakyat Indaonesia termasuk juga Aceh.


D. Saat Indonesia merdeka

Ketika Rakyat Indonesia memproklamirkan kemerdekaan pada tanggal 17 Agustus 1945, Mahkamah Syariah di seluruh wilayah Indonesia belum seragam, baik dari undang-undang yang dipakai maupun bidang kuasa. Sedangkan Mahkamah Sivil telah diseragamkan melalui Undang-undang Darurat No.1 tahun 1951 .

Saat itu Mahkamah Syariah boleh dikelompokkan kepada tiga iaitu :

1. Pengadilan Agama ( Mahkamah Syariah ) di Jawa – Madura.
2. Kerapatan Qadli di sebagian karasedenan Kalimantan Selatan dan Timur.
3. Pengadilan Agama( Mahkamah Syariah) diluar Jawa – Madura dan luar sebagian Kalimantan Selatan dan Timur.

Sejak tahun 1980, melalui Keputusan Menteri Agama No.6 Mahkamah Syariah mulai diseragamkan. Diantara penyeragamannya adalah penyebutan nama , iaitu :

a. Untuk tingkat pertama namanya Pengadilan Agama ( Mahkamah syariah)
b. Untuk tingkat kedua namanya Pengadilan Tinggi Agama ( Mahkamah Syariah Tingkat Tinggi).

Mahkamah syariah tingkat pertama mempunyai kuasa atas daerah Kabupaten/ Kota ( salah satu struktur pemerintahan di Indonesia). Sedangkat Mahkamah Syariah Tinggi mempunyai kuasa pada tingkat negeri.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah sebelum ditubuhkan Mahkamah Syariah khas Nanggroe Aceh Darussalam.


a. Zaman kemerdekaan .

Sejak Kemerdekaan Republik Indonesia sistem Mahkamah di Nanggroe Aceh Darussalam mengikut sistem mahkmah Indonesia. Bidangkuasa pada mahkamah syariah ketika itu sangat terbatas dan tidak berwibawa berbanding mahkamah sivil.

Bidangkuasa mahkamah syariah sejak terbentuk 1 august 1946 iaitu memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, thalaq, rujuk dan mawarist . Ketika itu kedudukan mahkamah syariah masih dalam proses penubuhan dan pengamatan oleh pihak kerajaan.


b. setelah keluar Undang-undang nombor 7 tahun 1989

Berdasarkan Undang-undang kerajaan Indonesia nombor 7 tahun 1989 mengenai mahkamah syariah disebutkan bahwa mahkamah syariah bertugas dan berkuasa memeriksa, memutuskan dan menyelasaikan perkara-perakara antara orang-orang yang beragama islam di bidang :

1. Perkawinan ( ahwal syahhsiah )
2. Kewarisan, wasiat dan hibah yang dilakukan berdasarkan hukum Islam.
3. Waqaf dan Shadaqah.

Sampai berpuluh-puluh tahun kemerdekaan bidangkuasa mahkamah syariah Indonesia masih lagi terhad kepada hal-hal yang sama seperti sejak awal penubuhannya, mahkamah syariah tidak mempunyai bidangkuasa pada jenayah dan sebahagian mu’amalah



Penubuhan Mahkamah Syariah khas Nanggroe Aceh Darussalam.

Usaha Masyarakat Aceh untuk mewujudkan sebuah Mahkamah Syariah yang mempunyai kredibliti tinggi akhirnya terwud. Untuk mendapatkan semua ini bukanlah semudah membalikkan telapak tangan, tapi dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Ini dikarenakan sistem kerajaan Indonesia yang berpihak pada sekularizm, dan tidak setuju untuk mentatbikkan syariah islam secara kaffah.

Mahkamah Syariah yang khas ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Presiden Republik Indonesia nombor 11 tahun 2003, yang ketika itu Megawati Soekarno Putri memegang jawatan Presiden . Sedangkan perasmiannya dilakukan oleh ketua mahkamah agung republik Indonesia pada tanggal 4 maret 2003. ketua mahkamah agung ketika itu adalah Bagir Manan.

Dasar Hukum Pelaksanaan Syariat Islam ( termasuk penubuhan mahkmah syariah khas ) di Nanggroe Aceh Darussalam.

Terwujudnya Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam setelah usaha yang panjang dan melelahkan, hingga pada akhirnya usaha-usaha kearah tersebut membuahkan hasil dengan disetujuinya pembentukan Mahkamah Syariah khas dengan dikeluarkan beberapa undang-undang sebagai dasar hukumnya.

Dasar-dasar hukum tersebut ialah sebagai berikut :

1. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 44 tahun 1999 .

Pada pasal 4 didalam undang-undang tersebut menyatakan:

(a). Penyelenggaraan kehidupan beragama di Daerah diwujudkan dalam bentuk pelaksanaan Syariat Islam bagi pemeluknya dalam masyarakat.
(b). Daerah mengembangkan dan mengatur penyelenggaraan kehidupan beragama, sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dengan tetap menjaga kerukunan hidup antar umat beragama.

Sedangkan mengenai cakupan pelaksanaan Syariat Islam boleh kita lihat pada pasal 1, iatu:

Pada poin 8 disebutkan, Syariat Islam adalah tuntunan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Pada poin kelapan ini sangat jelas dinyatakan bahwa pelaksanaan syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam meliputi semua aspek kehidupan. Ini salah satu bentuk reformasi Mahkamah Syariah yang dulunya hanya meliputi sebahagian aspek kehidupan sebagaimana masih berlaku di Negeri-negeri lain di Indonesia.


2. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 18 tahun 2001 dalam hubngannya dengan Pelaksanaan Syari’at Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam .

Undang- undang ini merupakan lanjutan dari Undang-undang Nombor 44 tahun 1999 yang telah dijelaskan diatas.

Dalam pasal 25 Undang-undang tersebut menyebutkan:

(1). Peradilan Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sebagai bagian dari sistem peradilan Nasional dilakukan oleh Mahkamah syar’iyah yang bebas dari pengaruh pihak manapun.

(2). Kewenangan Mahkamah Syar’iyah sebagaimana dimaksud pada ayat (1) didasarkan atas Syari’at Islam dalam sistem hukum nasional, yang diatur lebih lanjut dengan Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam.
(3) kewenangan yang dimaksud pada ayat diatas diberlakukan bagi pemeluk agama islam sahaja.


Dari isi isi fasal ini terlihat ada tambahan keistimewaan pada mahkamah syariah, dimana mahkamah syariah tidak boleh dipengaruhi oleh pihak lain. Dan yang lebih penting bidangkuasa mahkamah syariah diperluas, iaitu semua hal yang berkaitan dengan syariat islam, termasuk jenayah yang dulunya dibawah bidangkuasa mahkamah sivil.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah setelah ditubuhkan Mahkamah Syariah Khas


Mahkamah syariah Nanggroe Aceh Darussalam adalah mahkamah khas yang ada dalam linkungan mahkamah syariah republik Indonesia. Dikatakan khas karena ia mempunyai bidangkuasa yang berbeda, tidak sama dengan mahkamah syariah lainya di seluruh Indonesia.

Bidangkuasa mahkamah syariah khas ini tidak lagi hanya mengurusi masalah ahwal syahksiah dan mawaris dan hibah saja, tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Baik ia yang menyangkut masyarakat umum atau privat, semuanya menjadi kewanangan mahkamah syariah.

Dalam Qanun no. 10 tahun 2002 tentang pelaksanaan syariay islam disebutkan bahwa Mahkamah Syariah bertugas mempunyai bidangkuasa memeriksa dan memutus dan menyelesaikan perkara-perkara berikut :

1. al – ahwal al – syakshiyah
2. mu’amalah
3. jinayah


penjelasan ketiga hal diatas sebagai berikut :

1. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang al- Ahwal al – syakhshiyah meliputi hal-hal yang diatur dalam fasal 49 undang-undang nomor 7 tahun 1989 tentang mahkamah syariah beserta penjelasannya, kecuali wakaf, hibah dan sadakah.
2. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang muamlat meliputi hukum kebendaan dan perikatan seperti :
a. Jual beli, hutang piutang
b. Qiradh ( pemodalan)
c. Musaqah, muzara’ah, mukhabarah ( bagi hasil pertanian).
d. Wakilah (kuasa), syirkah (perkongsian).
e. Ariyah ( pinjam meminjam). Hajru ( penyitaan harta), Syuf’ah dan rahnu ( gadai).
f. Ihyaul mawat ( pembukaan lahan), ma’din (tambang), luqathah (barang temuan)
g. Perbankan, ijarah (sewa menyewa), takaful.
h. Perburuhan
i. Harta rampasan
j. Wakaf, hibah, shadakah, dan hadiah

3. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang Jinayat iaitu sebagai berikut :

a. Hudud yang meliputi:

i. Zina
ii. Menuduh berzina (Qadhaf)
iii. Mencuri
iv. Merompak
v. Minuman membukkan dan Napza.
vi. Murtad
vii. Pemberontakan (Bughat)

b. Qishash diat, meliputi:

i. pembunuhan
ii. Penganiayaan.

c. Ta’zir iaitu hukuman yang dikenakan kepada orang yang melakukan pelanggaran syariat islam selain hudud dan Qishash seperti:

i. Judi.
ii. Khalwat.
iii. Meninggalkan sembahyang fardhu dan puasa Ramadhan.

Mahkamah tinggi syariah mempunyai bidangkuasa memeriksa dan memutuskan perkara yang menjadi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam tingkat banding. Mahhkamah Tinggi Syariah juga menpunyai bidangkuasa mengadili dalam tingkat pertama dan terakhir perselisihan yang timbul antara Mahkamah Syariah yang ada di Nanggroe Aceh Darussalam. Sedangkan perselihan yang timbul antara mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil atau mahkamah lainnya menjadi bidangkuasa mahakmah Agung Republik Indonesia.

Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam tidak mempunyai mahkamah rayuan. Ini dikarenakan Mahkamah Syariah khas ini tidak berdiri sendiri, ia masih dalam lingkungan mahkamah republik Indonesia, hanya saja ia berbentuk khas. Apabila ingin merayu hasil keputusan mahkamah syariah yang khas ini maka mereka masuh tetap merayu kepada Mahkamah Agung.



Penutup

Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam telah mengalami banyak reformasi yang berlaku sejak awal penubuhannya sebelum penjajahan dating ke Aceh. Zaman sebelum dating penjajah merupakan zaman kemuncak mahkmah syariah.

Setelah kedatangan penjajah perubahan mulai terjadi, hingga Aceh menjadi bagian republik Indonesia perubahan telah terjadi beberapa kali. Perubahan yang terjadi ketika itu bukan untuk kemajuan mahkamah, tetapi sebaliknya. kedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dipersempit, hanya pada urusan tertentu sahaja.

Tahun 2003 M merupakan masa bersejarah bagi mahkamah syariah di Nanggroe Aceh Darussalam.Mahkamah Syariah telah dikembalikan sebagaimana semestinya. Bidangkuasa mahkamah pun sangat luas, hingga bidangkuasa yang ada pada mahkamah sivil sebagian besar telah dialihkan kepada mahkamah syariah khas.

BIBLIOGRAFI

1. Prof. DR. H. Al Yasa’ Abubakar, MA ( 2006) “ Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam” Banda Aceh: Dinas Syariat Islam NAD
2. M. Karjadi (1975) “ Peradilan di Indonesia” Bogor : Politeia
3. Litbang ( lembaga penelitian dan pengembangan Dinas Syariat Islam Aceh) “ Himpunan Undang-undang Keputusan Presiden” 2006, Banda Aceh: Dinas Syariat Islam
4. M. Fajrul Falaakh, S.H., M.A.,M.Sc. et.al. (2004)“ Membangun Peradilan Syariah Di Nanggoe Aceh Darussalam” Jakarta: Komisi Hukum Naional Republik Indonesia
5. Ismuha, “Sejarah dan Perkembangan Peradilan Agama di Aceh” dalam Sinar Darussalam: Majalah Pengetahuan dan Kebudayaan, No. 131, Banda Aceh , 1982

TGK H SAIFUL AZHAR Lc.
Kelahiran Buloh Berghang, Kuta Makmur Aceh Utara
Mahasiswa University of Malaya


Sekian...Tammat