banner

Banner Atas

Thursday, March 14, 2013

Edisi Perangi Wahabi : Ciri-Ciri Ringkas Wahabi

Edisi Perangi Wahabi : Ciri-Ciri Ringkas Wahabi

Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi
Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh

Wednesday, March 13, 2013

gambar & rupa sebenar 200 kalori


gambar & rupa sebenar 200 kalori

Kalori adalah unit tenaga yang digunakan untuk menyukat tenaga didalam makanan. Kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Jangan ambik berlebihan udah le.

NASIK

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 2123x1759.


TELUR
150 grams

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


SUSU

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


CHEESE BURGER (SINGLE)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


ROTI

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


EPAL

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.



BROKOLI

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


MENTEGA

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.



FRENCH FRIES

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


COKELAT HERSHEY

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


SNICKERS

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


M&M

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


CHACHOS



COCA COLA

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


MENTEGA KACANG

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


POTATO CHIPS (tak pasti cap apa)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.



JAGUNG

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


BAWANG TANPA DIGORENG

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


TUNA DALAM TIN

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


BLUEBERRY MUFFIN

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


HOT DOG TANPA ROTI

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


DONAT

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x519.


gambo BONUS:

Ayam goreng besar ni lebih kurang 310 kalori untuk seketol.



terima kasih

Tuesday, March 12, 2013

Kisah-Kisah PDRM Yang Tidak Didendang IV : Matinya Raja Laut Sabah


Kisah-Kisah PDRM Yang Tidak Didendang IV : Matinya Raja Laut Sabah

Diawal tahun 1990an, apabila masyarakat nelayan menyebut nama Moloi, ia menjadi satu kegerunan kepada mereka. Ini adalah kerana beliau telah melakukan lebih 100 rompakan dilaut disamping membunuh lebih daripada 40 orang mangsa rompakannya. Kawasan operasinya pula merangkumi perairan pantai timur Sabah, selatan Filipina hingga ke perairan Tarakan Indonesia. Ada satu ketika beliau pernah menghantar sepucuk surat kepada Pak Gito POLRI yang bertugas di Sungai Nyamuk Indonesia kerana cuba memburunya. Surat tersebut mengandungi 3 butir peluru 7.62mm.

Pada 7 Oktober 1996 jam lebih kurang 2330 hrs, telah berlaku satu rompakan diperairan Pulau Libaran Sandakan yang dipercayai dilakukan oleh Kumpulan Moloi. Dato’ Isa bin Munir yang pada ketika itu menjawat jawatan KPM Sabah, telah merancang satu operasi khas yang melibatkan penggunaan aset PX 30, PC 20 dan sebuah bot samaran bagi memburu kumpulan lanun terbabit.

Pada jam lebih kurang 0130 hrs 8 Okt 1996, Ketua Botronda PC 20 telah menerima maklumat tersebut dari Gerakan Marin Sandakan. Botronda PC 20 dikehendaki menjalankan rondaan dari Pulau Tambisan hingga ke Kuala Sg Mumiang dan dikehendaki bergerak seawal jam 0500 hrs. Pada ketika itu PC 20 berada di jeti Pulau Tambisan dan dalam tugas rondaan kawasan perairan Sandakan hingga perairan Dent Havent.

Ketua bot dan ketua jentera serta anggota yang lain telah membuat persiapan awal bagi menjalankan operasi pada subuh hari tersebut. Ketua botronda PC 20 memastikan segala peluru telah dikeluarkan disamping semua kelopak simpanan sejata M16 diisi dengan peluru. Pada jam 0530 hrs botronda PC 20 bergerak meninggalkan pulau Tambisan untuk menjalankan operasi memburu kumpulan lanun tersebut yang dikatakan menggunakan 2 buah bot dimana salah satu berwarna hijau dan sebuah lagi adalah perahu jenis jongkong. Dalam masa yang sama PX 30 yang diketuai oleh ASP Crist Goh membuat rondaan di kawasan kepulauan penyu di samping bot samaran yang diketuai oleh DSP Khairul keluar untuk memdapatkan maklumat serta membuat operasi samaran. Setelah botronda PC 20 meninggalkan pulau Tambisan, OC botnya telah menggunakan haluan 300 bergerak menyusuri dari tenggara Sabah menghala Barat Laut. Ketua jentera pada ketika itu bertindak sebagai Look Out dan duduk bersama-sama OC bot di wheel house.

Disatu kisah yang lain, pada pagi itu juga KPM Sabah dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Davo Filipina kerana urusan tugas. Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang beliau telah memaklumkan kepada pemandunya mengenai kejadian rompakan yang telah berlaku. KPM Sabah seterusnya mengarahkan pemandunya menggunakan walkie talkie VHF untuk menghubungi PC 20 untuk memastikan mereka berada dikawasan yang ditetapkan iaitu dikawasan laut Meruap hingga Kuala Muminang.

Setelah hampir 2 jam perjalanan meninggalkan Pulau Tambisan, pada jam 0710 hrs ketua jentera PC 20 telah mengesan 1 sebuah bot laju yang bergerak laju antara laut Kinabatangan dan laut Segama. Kedudukan PC 20 pada ketika itu di Lat 05 33.3 N, Long 118 45.15 E dan jarak bot laju tersebut lebih kurang 2 batu dari botronda PC 20. Ketua jentera PC 20 kemudian telah keluar dari wheel house dan telah memberi isyarat lampu disamping melepaskan 2 das tembakan peluru “Very Light” kepada bot tersebut supaya datang ke botronda PC 20 untuk tujuaan pemeriksaan. Ketua Jentera PC 20 kemudian telah bergerak menuju ke haluan botronda PC 20. Sebelum meninggalkan wheel house, beliau telah mencapai senjata M16nya kerana diskripsi bot laju tersebut sama seperti maklumat yang disampaikan oleh Gerakan Marin.

Dalam jarak 300 meter, bot tersebut kelihatan menambahkan kelajuannya menuju ke arah botronda PC 20. Dalam situasi berhadapan tersebut, ketua jentera PC 20 ternampak beberapa cahaya api dari bot laju tersebut. Perkara tersebut tidak diendahkan oleh ketua Jentera PC 20 sehinggalah sebutir peluru memecahkan Wind Screen PC 20. Barulah ketua jentera PC 20 sedar yang botrondanya telah diserang oleh kumpulan lanun yang diburu itu. Tanpa berlengah lagi beliau telah terus melepaskan tembakan auto ke arah lanun yang menyerang itu. Ketua Bot kemudian telah membunyikan loceng amaran Defnd Station bagi mengejut semua anggota botronda. Dalam masa yang sama tembakan terus dilepaskan ke arah botronda PC 20. Dan berlakulah pentempuran yang sengit. Kumpulan lanun tersebut juga telah melepaskan sebutir peluru M203 namun ia tidak menepati sasaran dan jatuh dihadapan haluan botronda PC 20. Dalam kejadian kejar mengejar itu, Moloi juga didapati terpelanting jatuh ke laut dipercayai terkena tembakan namun tidak mengelami kecederaan dan berjaya naik semula ke dalam bot tersebut. Pentempuran yang belarutan selama 15 minit tersebut berakhir apabila kedua-dua lanun tersebut berjaya ditembak mati dan salah seorangnya adalah Moloi Wuah berdasarkan tahi lalat dipipi kanannya. Dalam pentempuran tersebut, pihak PGM telah menggunakan sebanyak 700 butir peluru 7.62 mm dan 450 peluru 5.56 mm. Jika diperhatikan pada mayat kedua-dua lanun tersebut didapati baju mereka mempunyai banyak kesan koyak akibat tembakan namun hanya 3 butir peluru sahaja berjaya menembusi badan mereka yang menyebabkan mereka menemui ajal. Turut ditemui dibot yang digunakan oleh kumpulan lanun tersebut, selaras M16 AR15 berserta pelancar roket M203, 3 kelopak, sepucuk pistol Colt .45, 1 laras granted launcher , 3 butir bom tangan dan satu biji bahan letupan.

Kumpulan bantuan yang terdiri daripada kapalronda PX 30 dan sebuah bot samaran tiba ditempat kejadian pada jam 1000 pagi. Mayat serta semua barang kes kemudian dibawa balik ke Pangkalan Marin Sandakan dan satu laporan polis telah dibuat. Atas keberanian anggota botronda PC 20, ketua bot dan ketua jentera telah dianugerahkan Pingat Keberanian Polis manakala anggota yang lain menerima Bentara Pasukan Polis.

Anggota PC 20 yang terlibat dalam pentempuran tersebut.

Kpl Abdullah Ahmad
Kpl Abdulah Ibrahim
L/Kpl Omar Yaakob
L/Kpl Ahmad Nazri Yaakob
L/Kpl Mohd Salleh Ibrahim.




Moloi Wuah


Senjata yang digunakan. M16 Carbine + M203


Pistol Colt .45


Pingat Keberanian Polis ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan keberanian sewaktu menjalankan tugas tetapi tidak layak mencapai kelayakan bagi menerima bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) dan Panglima Gagah Berani (P.G.B.).


Bentara Pasukan Polis dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai- Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.


Peta Kejadian