banner

Monday, March 4, 2013

Kisah Kesultanan Sulu MEMAJAK SABAH kepada Malaysia.


 Kisah Kesultanan Sulu MEMAJAK SABAH kepada Malaysia.


Kisah Kesultanan Sulu MEMAJAK SABAH kepada Malaysia.







Pada 09hb (kelmarin) YM Datu Albi Ahmad Julkarnain (gambar) yang menjawat Pengerusi Rumah Bichara (Council of Regents) Sultanate of Sulu dan Pengerusi Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus) telah memaklumkan kepada penulis bahawa dokumen penting telah beliau emailkan seperti yang penulis minta beberapa minggu lalu.

Dokumen tersebut beliau dapat dari pejabat Gobernor Abdul Sakur Tan di Jolo, Sulu setelah pertemuan ringkas mereka. Isunya ialah berkenaan wang hasil Pajakan Sabah. Untuk menjelaskan hal ini penulis perlu memberitahu pada pembaca blog sekalian bahawa, penulis tidak bermaksud memaparkan dokumen ini kerana ingin menunjuk-nunjuk bukti terhadap Pajakan Sabah seingga menyebabkan rasa kurang senang rakyat dan kerajaan Malaysia.

Hal ini telah pun penulis singgung dalam buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab Pajakan Sabah termasuk surat perjanjian yang turut disertakan. Pendirian penulis sama dengan apa yang tertulis dalam buku tersebut iaitu "Sabah tetap masih dalam PAJAKAN" yang sekarang selamat dalam tangan Malaysia. Tausug lebih suka Sabah berada dalam tangan Malaysia berbanding jatuh ke tangan Filipina. Itulah pendirian penulis hingga saat ini.


KEKELIRUAN TERHADAP "WANG PAJAKAN SABAH"
Berikut adalah penjelasan penulis yang mungkin boleh diambil sebagai maklumat penting kepada Kerajaan Malaysia. Dokumen ini terpaksa didedahkan di blog ini kerana penulis menganggap bukanlah satu rahsia. Sahabat-sahabat wartawan di Kuala Lumpur bolehlah menyimpan dalam arkib mereka. Banyak lagi dokumen lain yang ada di tangan penulis dan YM Datu Albi salah satunya ialah dokumen ini.

Terdapat kekeliruan yang perlu diperjelaskan berkenaan "Pajakan Sabah" iaitu,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Manakala Malaysia hanya memajaknya? Apa buktinya?
Kiranya benar masih tetap Pajak, kepada siapa Malaysia membayar sewanya? Kepada Kesultanan Sulu atau kepada "waris" Kesultanan Sulu?
Kalau sewa dibayar kepada waris siapakah waris tersebut?

Penjelasan,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Jawapannya ada dalam buku penulis "Tausug & Kesultanan Sulu". Segala bukti ada di sana termasuk salinan surat perjanjian 1878. Rasanya penulis tidak akan menjawapnya di ruangan blog ini.

Bukti pembayaran pajakan ada dalam web site Sultan Fuad di www.royalsulu.com. Membuktikan pembayaran pajakan Sabah oleh Kerajaan Malaysia masih berterusan. Di sini penulis ada beberapa persoalan yang perlu dijawap, persoalan ini rangkanya ada dalam buku "Tausug",
Benarkah "Wang Pajakan" itu dianggap "Pampasan" bukannya sebagai wang sewa?
Sekiranya Peguam Negara Malaysia mengatakan "Pampasan" mengapa dibayar setiap tahun? Sedangkan pampasan ialah dibayar sekali sahaja (Lum-Sum) bukannya dibayar setiap tahun. Dan kalau juga dianggap sebagai "Pampasan" kemungkinan akibatnya adalah besar kerana terdapat laporan Sultan Muhammad Jamalul Alam menyebutnya "sewa" bukannya "pampasan" (ruj: Tausug & Kesultanan Sulu dalam bab Sebelum dan Selepas Pajakan North Borneo).

Istilah "pampasan" tidak boleh diletak oleh kerajaan Malaysia terhadap Pajakan Sabah. Ianya tidak tepat sama sekali. Kecualilah ianya dianggap sebagai "Pampasan" kepada keluarga Sultan Jamalul Alam untuk mereka "menutup mulut".

Penulis berkeyakinan bahawa Malaysia menurut sahaja "maksud" sebenar Hakim Makaskie pada 1939 iaitu "menutup mulut" keluarga Sultan Muhammad Jamalul Kiram II dari menuntut North Borneo ketika itu. Sekiranya kita perhalusi adalah benar ianya bermaksud "pampasan" bukannya wang sewa seperti yang dimaksudkan dalam perjanjian Pajakan 1878. Nampaknya yang memulakan "pengalihan maksud" sebenar pajakan ialah Hakim Makaskie sendiri.

Mengapa ianya bermaksud "pampasan"? Penjelasannya amatlah mudah iaitu Pampasan dan Pajakan (sewa) mempunyai konotasi yang berbeza. Perbezaannya ada dalam istilah "Kesultanan Sulu" dan "Waris Sultan Sulu". Pajakan North Borneo telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad Jamalul Alam dengan Alfred Dent de Over Beck iaitu antara "penyewa tanah" dan pemiliknya "Sultanate of Sulu" (Kerajaan Sulu) yang diwakili Sultan ketika itu. Inilah yang dikatakan Pajakan.


Tetapi adalah berbeza sekiranya yang diberi hak menyambung penerimaan wang "Pajakan" itu ialah individu (9 waris Sultan) bukan lagi Kerajaan Sulu. Diulang sekali lagi BUKAN LAGI KERAJAAN SULU. Maka tidak sesuai lagi diletak dengan istilah "pajakan" maka istilah yang lebih sesuai adalah "pampasan". Nampaknya Malaysia benar dalam meletak istilah "pampasan" kepada penerima wang keluarga Kiram tersebut. Namun ianya masih keliru, kerana tiada istilah "pampasan" yang dibayar setiap tahun atau bulan kecuali dengan nama "sewa".

Pampasan membawa maksud "pemutusan perjanjian dengan bayaran tertentu sekali bayar" bukannya "berkali-kali bayar". Seorang pekerja yang diberi tawaran berhenti kerja oleh majikannya telah bersetuju untuk berhenti kerja dengan bayaran tertentu secara "lum-sum" yakni sekali bayar sahaja.


KENYATAAN YANG BENAR
Sebenarnya Malaysia "boleh" tidak membayar sekiranya ia melibatkan "Kesultanan Sulu". Kesultanan Sulu atau "Sultanate of Sulu" bermaksud Kerajaan Sulu yang terdiri dari rakyat jelata dan pemimpinnya iaitu Sultan. Ikatan ini disebut "Sultanate of Sulu". Ia tidak perlu dibayar kerana Kerajaan Sulu sudah hilang maka secara semula jadi "pajakan" juga hilang.

Oleh kerana konteks Hakim Makaskie ialah "Waris Sultan" lantaran pampasan telah diberi kepada waris-waris Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bukannya kepada Kerajaan Sulu sendiri, maka kerajaan Malaysia juga "wajib" meneruskan pembayaran "pampasan" oleh Hakim Makaskie kepada waris tersebut. Adalah kerana telah diputuskan oleh mahkamah British di North Borneo ketika itu. Sebarang kegagalan Malaysia membayarnya akan mengakibatkan 9 waris Sultan Sulu itu mendakwa Kerajaan Malaysia di Mahkamah pada bila-bila masa.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi Ahmad Julkarnain mempunyai pandangannya sendiri dari sudut Majlis Datu Diraja Sulu(Council of Royal Datus). Sebulan yang lalu beliau telah dipanggil oleh Gobernor Abdul Sakur Tan ke pejabatnya di Jolo, Sulu kerana ada berita menarik yang perlu disampaikan. Sesampai di pejabat tersebut Abdul Sakur telah menunjukkan kepada Datu Albi dua helai surat yang beliau dakwa "surat kepada kerajaan Malaysia menuntut naikkan harga bayaran sewa Pajakan Sabah". Beliau juga mendakwa baru balik dari North Borneo berbincang dengan wakil kerajaan Malaysia.

YM Datu Albi terkejut lalu bertanya siapa yang arahkan Abdul Sakur buat surat itu dan pergi jumpa kerajaan Malaysia? Abdul Sakur memberi tahu bahawa yang suruh beliau ialah Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan. Datu Albi dengan nada kecewa berkata,

"Siapa Esmail? Wakil kepada 9 waris keluarga kiram? Adakah mereka fikir mereka sahaja "waris Sultan Sulu" manakala beribu-ribu waris Sultan yang lain tidak? Kami dari Majlis Para Datu menentang pembayaran Malaysia terhadap 9 Waris ini. Mana mungkin waris sultan hanya 9 orang? Mereka ini penjual negara, jangankan negara yang mereka tidak jual, tanah kubur tempat ayahanda mereka bersemadi pun mereka mahu jual."

YM Datu Albi berkata kepada penulis bahawa Esmail Kiram telah diarahkan oleh Kerajaan Filipina mengugut Malaysia untuk menambahkan bayaran wang pajakan Sabah. Fuad dan Esmail menurut Datu Albi tidak mungkin berjuang untuk rakyat bangsa, negara dan agama tercinta bersama Tausug, kecuali mahukan habuan wang dan kesenangan hidup sahaja.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi berhajat ke Kuala Lumpur untuk lawatan silaturrahim bertemu sahabat-sahabat beliau kemudian beliau kemungkinan ke Sandakan untuk melawat keluarganya yang ramai terutama di Sandakan. Datu Albi memaklumkan bahawa ayahanda beliau sebenarnya dilahirkan di Sandakan.




SUMBER
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1080x650.


Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x678.




The Deed of Sabah Lease of 1878 [the original and the English translation]
Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 739x960.




Salah haris ke? 



 NAK INFO BEST KASIK KLIK THANKS TU!!! 



>>>Sejarah Kesoltanan Sulu........ Tiada Kesoltanan Sulu pun.....<<<


Quote:
Originally Posted by arafatprofit View Post
satu usaha yang baik oleh TT. TQ very much for the info especially tentang kenapa tentera tidak mengambil alih dari awal tugas-tugas polis di LD. Terdapat beberapa lagi sebab yang tak perlu diutarakan di sini sebab dikhuatiri ada manipulator yang akan terus menyulitkan lagi keadaan. Anyway, saya dah berjumpa satu lagi good article dari FB yang boleh dikongsi bersama.

ANALISIS: KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU OLEH TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU

1. Siapakah Yang Menceroboh?
-Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. [3] [4]

-Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
-Tidak.

-Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

-Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Suluyang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
-‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.[2]

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
-Ya.

-Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan KesultananSulu terhadap Sabah. [5]

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
-Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

-Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

-Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

-Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
-Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi. [6]

-The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

"A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues." [7]

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris SultanSulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

-ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.
The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
-Tidak.

-Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
-Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulutermasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

-Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
-Tidak.

-Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

-Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
-Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

-Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

-William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

(Article 3)

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu(Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. 



*RUJUKAN

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/20...es-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013,http://mstar.com.my/berita/cerita.as...c=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content....claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php...sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02...malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp...258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/researc...1010200400.cfm

No comments:

Post a Comment