banner

Tuesday, March 5, 2013

Panduan Pengguna: Testimoni = Kelentong


Panduan Pengguna: Testimoni = Kelentong.




Meh sama-sama kita cakap kuat-kuat: "TESTIMONI = KELENTONG!" 
Sekali lagik... "TESTIMONI = KELENTONG!"

Isu aku hari ni bukan MLM dan skim piramid 'per se', tapi benda isu testimoni ni mesti datang sekali dalam promosi apa-apa saja perniagaan lahanat sebegini. Hari tu kecoh pasal penipuan testimonial daripada AC Mangkok yang aku utarakan di blog ini daripada bantuan para 'independent researchers' di forum CARI (hanya Allah sahaja yang membalas budi mereka - aku hanya dapat cakap "thanks, you guys"). Yang sebenarnya (oh Yuna) aku sendiri tak kesah sangat pasal testimonial tu semua, sebab aku tahu bahawa apa-apa testimonial dalam promosi produk adalah perkara yang satu-sen-tarak-guna. Sapa-sapa yang percaya testimoni dalam promosi satu-satu produk memang la lurus bendol sungguh manusianya. Tak saintifik langsung pemikiran pelanggan yang sebegini. Dalam alam perubatan pulak, takde sapa-sapa (doktor ke, saintis ke) yang akan kesah pasal testimoni  - satu isu yang takde makna langsung dalam research, no freaking meaning whatsoever.

Jadi, kalau korang nak beli barang apa-apa, fikir la sepuluh kali dulu sebelum menerima terus apa-apa testimonial yang dibentangkan. Senang cerita, kalau si AC Mang letak testimoni sebagai kenyataan seseorang untuk melariskan produk, maknanya produk yang dijajap tu tak ada kajian saintifik la tu. Oops! Tapi dalam kes gelang keramat ni, testimoni dia orang sendiri rupanya ciplak testimonial orang lain terang-terangan. Fuuhhh! Lagi cikai tu beb... CIKAI 1st class!

Testimonial adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang yang mengatakan bahawa produk sekian-sekian adalah hebat dan berkesan dalam mengubati buasirnya yang dah tersembul keluar 3 inci daripada lubang belakangnya, atau satu-satu produk dapat mengurangkan kesakitan lutut setelah dia menggunakan produk tersebut selama 2 minggu di mana diusap-usapkannya krim tu kat kepala lutut, atau dia dah makan pil julap 3 tablet sehari dan dia dapati IQ nye meningkat 3.5%... ayat-ayat something like that. Lepas tu ada gambar mamat atau minah tengah posing muka seposen dengan kasi "thumbs-up". Kadang-kadang dalam promosi satu-satu produk, sampai berjela-jela testimonial dikemukakan, tapi itu semua hanyalah kelentongan di siang hari, yang senang sungguh nak di buat oleh mala'un yang takde etika langsung dalam perniagaan. Upah aje la sapa-sapa posing, lepas tu karang aje la testimonial tu sesuka-hati (cuma dalam kes AC Mang, kemangkokkannya terlalu hebat sampai tahap cipan, hinggakan testimonial bahasa omputeh pun dia orang takleh nak reka sendiri... dia hanya boleh cakap sakai agaknya).

Macam produk-produk lain di pasaran, macam-macam orang kan ayat korang supaya korang terpengaruh untuk beli produk syarikat tu. Shampoo "Head & Shoulders" yang awek cun berkemban pakai kat TV katanya boleh menghilangkan kelemumur. Shampoo tu kan sabun? Apa sahaja kat kulit kepala tu yang bertepek-tepek tak dicuci selama sebulan sure boleh hilang kalau pakai apa saja shampoo, jadi betul ke testimonial awek cun tu tadi? Ingat kalau minah tu ada berkurap kat kepala (tinea capitis), boleh hilang ke dengan pakai shampoo tu? Kalau dia ada psoriasis yang bersisik-sisik penuh berkelemumur, tak terkincit pun psoriasis tu dengan shampoo "Head & Shoulder" tu. Kena pegi berubat dengan doktor jugak akhirnya.

OK... dalam pemasaran produk MLM dan skim piramid, penggunaan testimonial cikai memang sudah jadi sebati dengan sistem perniagaan tu. Takleh lari langsung, sebab itu saja cara mereka nak kelentong orang, dan kalau produk TF atau Monavie atau Vemma dibuat "double-blind study", memang produk dia orang dijamin akan kantoi punya. Dia orang sendiri pun tahu tak nak buat scientific study secara besar-besaran macam yang dilakukan kepada produk farmaseutikal seperti "Viagra" atau "Simvastatin" atau "Ponstan" yang menggunakan multi-center double-blind dengan sampel 50,000 orang (katakan). Tapi pengguna yang bukan background medikal mana tahu benda macam ni. Pegawai KPDNKK dan PDRM pun tak tahu jugak, aku rasa. Menteri-menteri yang gubal undang-undang tu semua pun sama  tak tahu. Yang aku sure tahu... Dr Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. OK... Aku bagi contoh: 


Medical Practitioner taik kucing. Kalau betul mamat ni GP, seorang doktor beretika, dia tak akan keluarkan statement macam di atas, sebab seorang doktor tahu bahawa testimonial hanyalah "hearsay" (pendapat peribadi) dan tidak boleh diterima dalam bidang penyelidikan perubatan. Lagi pulak syarikat 4Life yang mengeluarkan produk magic Transfer Factor, adalah satu syarikat kaki borak yang terkenal seantero dunia. Ada ke syarikat ni war-warkan bahawa penyokong produk TF tu adalah Russian Health Ministry? Korang rasa ada orang waras kat sini yang percaya bahawa Russian Health Ministry buat website kat blogspot? (http://russianhealthministry.blogspot.com/) Wadefungkeong? Kuasa dunia only second to US buat website kat blogspot? Kengkadang aku rasa nak buat satu surat, translate ke bahasa Russia kat google-translate, lepas tu hantar surat kat Vladimir Putin dan suruh dia "nuke" ibupejabat 4Life kat Wichita, Kansas, US... sebab 4Life senang-senang menjatuhkan maruah orang Russia.


Berbalik kepada "doktor" kita kat Bintulu tadi, mungkin jugak doktornya dah tua dan nyanyok - jadi itu kita tak boleh blame dia la kut. Sapa sini orang Bintulu, tolong cari doktor ni dan tanya berapa kupang 4Life kasi dia untuk buat testimonial ni. Ini zaman internet, bukan susah nak check-out benda ni. Kalau betul mamat ni keluarkan statement ni dan betul gambar dia kat atas tu, sila buat lapuran ke Malaysian Medical Council (MMC) dan Malaysia Medical Association (MMA), biar pegawai yang berkuasa ambil tindakan sewajarnya. Kasi suspend atau ban terus APC (annual practising certificate) doktor ni. Dia percaya alternative medicine, jadi bomoh siam sudah.

  
AC Mang dan ntah sapakenamanya Gomomonkeyskema ke apa ntah, kata aku ni orang E-Dymium (sori, dah terkentut dah pun) yang mahu kasi AC Mang tumbang sebab sejarah hitam masa AC Mang jadi duta produk E-Dymium dulu... kehkehkeh! (korang tahu kesah AC Mang dan E-Dymium? Cari la ceritanya... klalar jugak). Lanun dengan lanun bertelagah, Aidid Mu'addib yang kena blame. Dia orang ni jenis tarak baca punya olang ka? Blog aku ni hentam AC Mang aje ka? AC Mang dey... ko tu amatur sungguh la dey, tak kose aku nak layan ko sorang. Mau kasi jatuh martabat aku ka dey? Anyway, kat atas tu testimonial daripada E-Dymium tentang produk gelang keramat dia orang yang dua-kali-lima macam ACK, tetapi ada gelang magnetik tungsten (tungsten yang buat mentol lampu tu) yang lebih mahal gila babat sampai RM2600+ (pegi la tengok sendiri kat sini - website E-Dymium). Apa nak jadi la buat business sebegini? Pasal testimonial daripada calon mat rempit kat atas tu - ada lesen motor ke budak form 3 tu? Nak kena sekeh emak-bapak budak ni. Kalau mati atas jalan raya, sure blame orang lain, sedangkan anaknya bawak motor sesuka hati. Pastu, pakai gelang boleh kasi sembuh migraine ke dik? Ko biar serius? Pakai kat pergelangan tangan boleh meresap masuk ke kepala lutut yang migraine tu? Magic bin Ajaib sepupu Keramat tu dol. Sapa yang nak pastikan budak ni tak kelentong atau E-Dymium tak kasi RM200-300 kat mamat hingusan ni, untuk dia orang guna gambar encem dia? Yang lebih logik adalah testimonial kat atas tu sendiri yang kelentong gila babat, you wanna bet? You get what I'm saying? Anyone can say whatever they want, but where's the scientific proof? Itu yang nak dipercayai oleh pengguna? Pengguna low IQ yang lurus bendol boleh la kut. Sebab adanya orang Melayu yang senang kena kelentong, itu sebab la mamat-mamat E-Dymium tu semua kaya-raya... tapi kaya-raya duit laknat jual benda mungkar nak buat apa?



Ini testimoni tentang pad magic yang aku cedok daripada syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. pengeluar pad berherba pompuan terhebat abad ini (yang aku dah kupas panjang-lebar di artikel Pad Berherba Datang Dari Panet Musytari). Dalam promosi produk pad pompuan berherba berdasarkan testimonial ni, yang best nye, mesti ada mala'un yang buat mistake... sebab dia orang ni salesmen dan bukan ahli perubatan (mala'un MLM yang suka perasan doktor gitu). Kes kat atas ni, cyst apa yang ada kat rahim dan bila pecah boleh mengeluarkan banyak darah dan cairan? Dah sasau ke apa? Dalam rahim ada penyakit endometriosis, fibroid, cancer dll... tapi takde la uterine cyst per se (yang ada adalah endometrosis - bezakan dengan penyakit endometriosis, tak sama tu). Kalau penyakit cyst pada pompuan, ianya dipanggil sebagai ovarian cyst, yang menyerang ovari dan ovari itu adalah organ yang duduk di luar daripada rongga rahim. Jadi kalau ada ruptured ovarian cyst, ianya adalah kes "acute" yang memerlukan pembedahan kecemasan. Macamana pakai pad kat celah kangkang boleh kasi ruptured ovarian cyst sembuh... gua mau tanya sama itu nyonya? Wap herba dalam pad tu meresap masuk ikut pepek naik ke atas ke apa? Jadi, ini kes nyonya kat atas kelentong ke, atau penulis testimonial "buatan-tangan" pegawai Avail Beauty yang merapu tak tentu hala?

  
Satu lagi isu testimoni ni, syarikat atau promoter produk mesti buat cerita tergantung punya. Satu sebab adalah kerana sekor-sekor tak tahu apa yang dia cuba nak sampaikan dalam promosi patch ni (sebab dia hanya baca dan hafal brochure... dan memang tak abis sekolah pun, tapi mau jadi millionaire jual benda RM1 satu), sedangkan dalam isu kesihatan, mesti la belajar ilmu perubatan dulu, baru la boleh promote produk kesihatan. Itu kan kehendak agama Islam? "Dalami ilmu berniaga dulu, sebelum melakukan perniagaan" (or something like that). Dalam isu detox foot patch, sampai sekarang takde sapa yang nak jawab soalan aku, iaitu kalau pad ni dia orang cakap boleh menyerap toksin dan whatever... kat universiti mana kajian ni dilakukan dan apakebendanya toksin yang kita nak diskus ni? Adakah toksin tu.... dioxin, strychnine, arsenic, cyanide, carbon monoxide, phosgene, chloropicrin, selenium hexafluoride, beryllium, cadmium, manganese, uranium, caesium, plutonium, barium, argentinium, molybdenum, formic acid, acetone, diethyl ether, chloroform, tetrahydrofuran, toluene, benzene, styrene... what the fook man? Adakah parasite yang keluar tu... trichinella, ascariasis, onchocerciasis, filariasis, schistosoma... what dey? Jangan la main cakap aje... tapi tak tau sebenarnya apakebenda toksinnya yang keluar dari tapak kaki dia (kaki aku tarak keluar toksin apa-apa... siyes!). Sebab benda ni timbul adalah kerana dari segi perubatan moden, memang takde apa benda yang boleh keluar dari tapak kaki kecuali peluh dan sodium chloride - garam (kalau ada yang lain, boleh diabaikan - sikit bebenor yeop!). Cuba rasa air tapak kaki tu, masin tak? Sejak bila ada paip air keluar kat tapak kaki tu yang boleh merembeskan toksin? Sejak tahun 2007? Teknologi baru yang wujud sejak ada facebook? Lepas tu, mesti cerita bagai nak rak tentang selagi ada benda merapu dalam dunia ni. Dari situ kita dah tahu produknya memang kelentong gila baboon, dan mesti keje mala'un yang tak lulus sains masa SPM. Detox Foot Patch - produk yang dicipta khas untuk mereka yang akal kureennggg...
 
Setakat ni, korang yang baca artikel ni, dah faham belum apa yang aku nak sampaikan? Kalau mahu promosi produk, syarikat cikai khasnya berunsurkan MLM akan promote gila babat pakai testimonial, sedangkan dalam ilmu perubatan, testimonial adalah useless dan takde makna langsung. Untuk memasarkan sesuatu produk kesihatan yang benar-benar berguna untuk kehidupan manusia, sistem perubatan moden ada standard dan piawaian yang sentiasa kena follow. Kalau tak, semua doktor (yang beretika) tak kan kasi kat pesakit produk atau ubat tu semua... kecuali la kalau doktor tu Dr Rozmey - yang rambut hyper cun dan psycho tahap kamen rider. Itu memang dah ada pengecualian khas untuk penerbit filem 2 Alam yang baru ni mencapai kutipan 40 hengget tu. Mamatnya aku rasa memang tak pernah belajar langsung pasal etika perubatan dan dah gelap mata dengan sistem perniagaan MLM. MLM can do that to anybody, dontcha know? That kind of money tend to make people forget what is actually right or wrong.


Meh aku cite pasal Viagra. Viagra atau nama saintifiknya, Sildenafil citrate (compound UK-92,480) direka (synthesized) oleh sekumpulan saintis syarikat farmaseutikal Pfizer di Sandwich, Kent, England pada tahun 1991. Asalnya ia dikaji untuk digunakan sebagai ubat darah tinggi dan sakit jantung, tetapi semasa kajian dilakukan di kalangan pesakit di Hospital di Swansea, Wales, didapati kesannya pada sakit jantung tidak diperolehi, tetapi orang-orang tua kat spital tu semua komplen barang masing-masing mencadak naik tanpa disuruh. Ini adalah kajian yang pertama yang dilakukan terhadap ubat magic viagra - sila baca abstrak kajian di Pubmed 8858389 dan di Pubmed 8813924, yang kemudiannya dengan tangkasnya ubat ini di "patent" kan oleh syarikat Pfizer pada 1998, dan seterusnya dipasarkan sebagai ubat yang akan jadi penyelamat umat manusia lelaki yang tua tetapi masih casanova di seluruh dunia. Daripada abstrak kajian: <PATIENTS AND METHODS: Twelve patients (aged 36-63 years) with male erectile dysfunction of no established organic cause were entered into a double-blind, randomized, placebo-controlled, crossover study which was conducted in two phases... bla bla bla>. Bila lulus dan sudah ada di pasaran, tak abis lagi kajiannya tu. Pada tahun 2002, satu siri kajian yang melibatkan 27 trials (dengan bilangan sampel mamat tua-bangka yang masih ketagihan seks seramai 6659 orang di merata Amerika jadi bahan ujikaji, yang pasti memang sungguh dialu-alukan oleh 6659 orang tu... aku berani bet dia orang semua mengikik ketawa kerana dapat jadi bahan ujikaji) dan akhirnya kajian mendapati bahawa sildenafil memang kasi adik sedara dia orang jadi hebat semula dan awekz-awekz yang dah menopause tu semua start melaram balik sampai tak hengat dunia, disebabkan laki masing-masing dah kembali bertenaga dan terbukti sudah membesar sebagai johan, lepas satu malam ke satu malam. Yabedabedoo... Wilma and Betty, Flinstone and Rubbles are always ready. Membesar sasa macam batu, macam Fred Flintstone. Sila rujuk abstrak di sini - http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12076233. Akhirnya, syarikat Pfizer yang sebenarnya yang menang paling besar dalam cerita ni, dengan jualan tahunan untuk satu ubat ini sahaja mencecah lebih daripada USD 1 billion sejak 1999, dan selama lebih 10 tahun Pfizer sudah mengaut keuntungan yang lumayan (patent ubat ini akan lupus pada 2010-2013). Tapi apa pun sekarang, market-share viagra dah turun mendadak sejak adanya competition daripada Cialis (Tadalafil - syarikat Eli Lilly) dan Levitra (Vardenafil - syarikat Bayer AG)... tapi itu kesah di lain hari aje la.

OK... do u all get me? Untuk memasarkan sesuatu produk kesihatan memerlukan kajian terperinci dengan kaedah statistik yang jitu, yang dilakukan oleh doktor dan researchers/scientists di merata pusat kajian tanpa ada bias. Salah satu kaedah statistik perubatan untuk membuktikan sesuatu produk atau ubat itu berkesan adalah seperti yang dilakukan dalam kes viagra - double-blind, randomized, placebo-controlled, crossover study. Maknanya kajian dilakukan dengan membahagikan sampel pesakit kepada dua, secara rawak, dengan satu kumpulan diberi ubat kajian dan satu lagi diberi placebo (pil bentuk dan warna yang sama tapi hanyalah tepung kosong), di mana pesakit dan doktor itu sendiri tidak tahu kumpulan yang mana satu yang dapat ubat atau placebo, sehinggalah kajian selesai. Jadi masalah bias dapat dielakkan dan mutu kajian tidak dapat disanggah oleh saintis lain kemudian hari. Kalau kejituan ini tidak dilakukan dengan rapi, seluruh kajian akan hancus. Dan sampel kajian adalah besar... ratus-ratus, ribu-ribu, puluh-puluh ribu manusia, malah lebih lagi pun pernah dilakukan. Lagi besar sampel, lagi jitu hasil kajian. Ada juga bentuk kajian yang lain seperti "randomized controlled trial", "open trial", "placebo-controlled study", "longitudinal study", "cohort study" dan lain-lain, tapi karang kompius pulak sesetengah orang.

Sekarang, aku nak beritahu pada korang pengguna yang bijak dan berwawasan, ini rahsia perdagangan yang ramai orang tak sedar. Kalau sesuatu syarikat tu ada satu produk yang dia orang rasa berkesan dan pasti laris kalau dipasarkan, tak payah disuruh, syarikat ini akan berkejar buat double-blind studies untuk produk masing-masing. Bila hasil kajian tu keluar mengatakan bahawa gelang tangan magnetik itu boleh kasi berak lancar dan kasi encem gila babat macam Justin Bieber... (uik! psycho ka?) eerrr macam Brad Pitt atau George Clooney (definitely not AC Mang), percayalah E-Dymium dan ACK akan canangkan fakta kajian statistik yang penuh saintifik dan dramatik tu pada semua orang di internet dan TV dan dia orang akan pasang signboard setiap 50 km di sepanjang highway PLUS dari JB sampai Bukit Kayu Hitam... biarlah sampai 207 signboard sekalipun. Tengok kes viagra... billion hengget punya untung beb! Biar la kalau 27 trials sekalipun, dia orang akan buat.

Jadi, kalau syarikat tu hanya ada testimoni untuk menyokong produk masing-masing, senang cite, produk tu memang sah cikai le tu. TF atau ACK atau E-Dymium atau Detox Foot Patch atau Avail Beauty semua pakai testimoni - dari situ kita dah tahu, produknya memang tak saintifik dan hanyalah kelentongan di siang hari. Dia orang sendiri takut nak buat double-blind study sebab kalau result keluar kata takde pekdah whatsoever, maka berkuburlah produk tu. Ini kesah catch-22 atau dalam bahasa kita... satu kes "diluah mati emak, ditelan mati bapak". Kalau buat statistical study, pekong akan terbongkar, tapi kalau promote pakai testimoni - orang yang berpelajaran tinggi tak kan beli. So... dia orang mesti pilih cara testimoni la beb! Tak kesah la orang cerdik-pandai tak beli, orang yang dungu ramai kat dunia ni boleh kasi dia orang kaya. Jangan la pulak terkejut, ramai manusia dalam dunia ni tak kesah menipu orang untuk mengisi poket sendiri dan beli rumah besar dan pakai BMW 2nd hand dan kasi anak-bini makan. Apa nak dikenang beb?

OK... kepada sesiapa yang bertanya apakah agenda Aidid Mu'addib tu sebenarnya? Well, I'm a consumer advocate and antiMLM/pyramid-scheme fighter... but mostly, I am a TEACHER. Makna perkataan Mu'addib itu dalam bahasa arab adalah "educator"/"guru". I guess I'm teaching you all by writing everything I learn and know, that I have collected in this short life of mine. Adakah korang nak dengar dan terima apa yang aku luahkan ke atau tidak? Itu terpulang. Dan aku jugak harap korang tak terima bulat-bulat setiap benda yang aku tulis... double-check dulu fakta aku tu semua. Iye ke idok yeop? Pasal korang percaya ke tidak... that is up to you. I just write whatever I know.

Akhir kata, korang semua adalah consumer... PENGGUNA. Jadi kalau nak beli apa-apa produk, terpancut aje testimonial begitu-begini, tinggalkan aje la produk tu (kecuali kalau korang nak beli sofa ke, nak beli TV ke, itu suka hati la nak dengar cakap jiran). Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu supaya takde orang MLM atau sesiapa sahaja memperlekehkan korang. Sekali lagi mari kita sama-sama cakap: TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! I gotcha there!


>>>>>>>>>>   <<<<<<<<<<


Perkara-perkara berbangkit:

Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan 'testimonials'. Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:

5.5.3 Criteria for testimonials
(a) Testimonials are allowed for products registered under category ‘X’ with the Drug Control Authority.
(b) Testimonials should not:
i. Contain any statement(s) which is exaggerated by the improper use of superlatives.
ii. Contain any medical statement(s) which refers of implies that the use of the product may be used for the purpose of diagnosis, treatment or prevention of disease(s) or condition(s) of human beings.
iii. Contain any statement(s) that indicates or implies its effectiveness or superior quality and that good health is endangered because diets are not complemented with health supplements.
Berdasarkan Akta Ubat (Jualan & Iklan) 1956, sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang kata produk tu boleh sembuhkan penyakit2 seperti kat dalam senarai bawah ni:
- Diseases or defects of the kidney
- Diseases or defects of the heart
- Diabetes
- Epilepsy or fits
- Paralysis
- Tuberculosis
- Asthma
- Leprosy
- Cancer
- Deafness
- Drug addiction
- Hernia or rupture
- Diseases of the eye
- Hypertension
- Mental disorder
- Infertility
- Frigidity
- Impairment of the sexual function @ impotency
- Venereal disease (eg: AIDS, Hepatitis etc)
- Nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual
intercourse

>>>>>>>>>>>>>>>   <<<<<<<<<<<<<<<<<






....idup Makcik Tipah! Screw Uptrend!

No comments:

Post a Comment