banner

Tuesday, March 5, 2013

Produk Kesihatan Berasaskan ELEKTRIK MENIPU !!


Aku Karen Ko Karang!


Sejak dua menjak ni, inbox email aku meriah. Macam-macam cite aku baca, dan banyak yang berterima-kasih dan banyak yang bagi aku kata-kata rangsangan. Kasi aku semangat meh! Dan dalam banyak-banyak email tu, the funny thing is... so far, takde la pulak orang maki-hamun (belum lagi kut). Dulu-dulu sebelum ada blog, banyak yang lepas geram kat aku melalui email kat facebook, tapi sejak ada blog ni, takde la pulak ugutan mau kasi sula bontot aku yang gebu, sampai kat inbox. Eh, jangan la hantar ugutan pulak lepas ni. Please... jangan la gitu bang... auww!

Topik kita hari ni adalah persoalan, bolehkah sapa-sapa yang tinggal di Malaysia menggunakan apa saja kaedah, termasuk berlagak jadi pakar perubatan, atas alasan free-market dan alternative medicine, untuk cari duit? Buat business jual produk herba, health supplement (which has no relationship with "health" as I know it) dan ntah apakebendanya yang tak pernah masuk dalam syllabus Fakulti Perubatan di mana-mana sahaja di dunia ini. Salah satu alasan yang diutarakan, "kalau seseorang pengguna ada duit dan merelakan pula dirinya untuk dikelentong, maka apa salahnya mamat? Aku pun nak kaya jugak".

Firstly, Prima Saujana ni kat mana? Tak pernah sampai la aku ni... eh pernah kut. Ye la, awal pagi aku sebok motong getah, balik rumah sebok mengarang kat blog, petang sket dah kena jengok kebun sayur aku pulak. Ada orang tak percaya pasal mende getah dan sayur ni... macam aku saja-saja nak kelentong korang pembaca blog aku. Takde keje yang lebih mulia pada Aidid Mu'addib, daripada berbakti kepada tanah.... kepuasan yang tak terhingga. Do it, then you will understand.


Chaiiit! Dah off-track sekejap. Anyway, ada satu bzns "alternative medicine" yang beribu-pejabat di Prima Saujana, area dekat Kajang. Tu la, aku rasa aku pernah sampai. Ada Giant, ada Tesco, ada loji kumbahan. Bunyi nama syarikatnya macam Islamic sket... tapi personally, aku musykil kenapa guna nama Al Jabbar sebagai nama brand. Bukan ke kalau nak kasi nama anak, tak leh Jabbar, mesti Abdul Jabbar, sebab Jabbar (kuat, perkasa, gagah) itu adalah salah satu sifat/nama Allah. Sama macam isu "infiniti" aku sebelum ni jugak. Kiranya, kita orang Islam, kita ada ideologi dan etika, tak boleh buat sebarangan. Ntah la, suka hati dia orang la. Dosa ko, ko tanggung. Dosa aku, aku tanggung. Tapi, itu bukan isu aku hari ni pun.


Sekejap. Nape la aku asyik dapat kes orang Melayu yang buat hal? OK... Uptrend bukan Melayu, tapi barua yang promote semua Melayu (unstobebal, iRich, Tiger group, dll). Login Facebook 100 hengget, mastermind kat Malaysia Cina-India suami-isteri, tapi bebudak Melayu yang promote gila-gila macam esok dah nak kiamat. Oh ya, Kerbausms - yang itu bzns oleh orang Melayu untuk orang Melayu 100% - orang Cina tak join, kat situ kita dah tahu satu benda... isn't it? Orang Melayu ni memang suka putar-alam ke beb?


Oh man, that is some crazy stuff! First the name Al Jabbar, then a machine called Dr. Jism? Holy mackerel... wadehole? Where the heck did these people go to school? Aku nak discuss pasal ni pun dah rasa nak malu (tapi belum lagik... meh aku belasah dulu). Sapa sini tahu "JISM" tu maksudnya apa dalam bahasa Inggeris? Cuba la google.

Daripada Worldweb Online:
Noun: jism ji-zum. Usage: vulgar. The thick white fluid containing spermatozoa that is ejaculated by the male genital tract. - semen, seed, seminal fluid, ejaculate, come. Derived forms: jisms. Type of: bodily fluid, body fluid, humor [US], humour [Brit, Cdn], liquid body substance. Encyclopedia: Jism.

Daripada YourDictionary.com:
jism (jiz′əm). noun - SLANG, VULGAR: semen.

Bloody crap! Gila ya amat orang Melayu syarikat Al Jabbar. Kat sekolah tak belajar English langsung ke dia orang ni? Kalau iye pun... Takde hasrat nak expand bzns ke oversea ke? Apahal tak fikir sejauh itu? Bayangkan kalau betul benda ni berkesan seperti yang diwar-warkan, lepas tu nak bukak cawangan kat New York atau Manchester atau Sao Paolo, kan ke jadi bahan lawak dalam rancangan komedi lewat malam kat sana. Sure keluar kat "Late Night With David Letterman" atau "LNW Jimmy Fallon". Atau silap-silap machine ni kena ban terus oleh FDA, sebab brand-name lucah sangat. Perkataan jism itu bukan perkataan yang digunakan dalam perbualan harian di kalangan omputeh... ianya spesifik digunakan dalam industri majalah dan filem porno. You know, masa dia orang toot! beep! aahhh! Kalau digunakan dalam perbualan harian, hanya omputeh penyangak dan orang low-class aje yang pakai. Malu meh! Takkan takde sorang daripada 5 orang di bawah ni yang cekap bahasa inggeris? Korang pandai bahasa Melayu aje... that's it? Bahasa dayak tau?


Ini aku kopipes daripada website syarikat Al Jabbar.
Pengenalan Syarikat:
Posted 16 July 2010, 6.30pm

Al Jabbar Group Sdn.Bhd adalah salah sebuah syarikat berasaskan kesihatan dimana ianya telah dibuka secara rasminya pada 5 August 2008. Perniagaan ini bermula dengan produk "Tonik Hati" oleh En. Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman kendalian syarikat, Al Jabbar semakin kukuh sehingga mampu mengeluarkan sebuah mesin terapi dikenali sebagai Dr. Jism dan ianya mendapat sambutan luar biasa dikalangan rakyat malaysia juga di Brunei dan Indonesia.
Peninggalan hasil kajian mengenai alam semulajadi telah membentuk asas kepada operasi Al Jabbar. Teknologi canggih digunakan untuk membentuk gred farmaseutikal produk. Sebagai bukti bahawa Al Jabbar Group Sdn.Bhd berdedikasi untuk menyediakan produk herba yang berkualiti tinggi, syarikat telah dianugerahkan SIRIM QAS, Sijil Halal Produk, dan Sijil Kualiti Pengurusan Sistem.
Sejak penubuhan, syarikat telah tertumpu didalam pembanggunan keselamatan, asli dan inovatif dimana ianya dapat membantu msyarakat bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat. Hari ini, produk Al Jabbar telah disokong oleh kebanyakkan pakar kesihatan dan doktor-doktor serata dunia. Pengguna di Malaysia, Indonesia, dan brunei kini telah bergantung kepada produk Al Jabbar bagi keperluan kesihatan mereka.

Suka hati ko la beb nak mengarang....


Seperti yang aku dah present sebelum ini tentang produk kesihatan dan isu testimoni dan isu kajian dan penyelidikan dalam alam perubatan, tak payah la aku ulang balik semua tu. Dan tak payah aku kupas setiap produk syarikat Al Jabbar, karang jadi macam saja nak cari pasal la pulak dengan bznsman Melayu. Sure ada orang Melayu lain yang cakap aku dengki la, tak nak orang Melayu berjaya la, apa la. Sebelum aku dapat 5 email berlainan pasal Al Jabbar ni, aku sendiri tak pasti apakebenda syarikat ni buat. Seperti biasa, kena la research dulu, baru boleh present kat sini. Kalau la benda ni semua bukan orang Melayu punya bzns, aku rasa aku lebih hepi buat keje ni. Bukan seronok nak belasah orang Melayu hari-hari, believe me. Dan satu lagi... sesetengah orang akan cakap aku anti-business orang Melayu, tapi daripada perspektif aku, aku tak mahu pengguna Melayu yang rata-rata kurang pelajaran diambil kesempatan oleh mala'un Melayu lain yang putar-alam, untuk bayar installment E240 dia.


Memperkenalkan Dr. Jism! Yabedabedoo! Glory glory Man United!

Daripada website promosi Al Jabbar tentang Dr. Jism

Dr. Jism:
Dr. Jism bukanlah nama asing. Produk yang telah berada lebih sepuluh tahun ini sebenarnya telah banyak membantu masyarakat Malaysia dalam menjaga kesihatan kita. Keupayaannya melancarkan peredaran darah melalui getaran elektrostatik yang memperbetulkan kembali saluran darah dalam badan kita dan membersihkannya agar tiada lagi darah tersumbat didalam saraf.Antara penyakit yang mampu disembuhkan melalui penggunaan Dr Jism ialah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan bagi merawat penyakit anda yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh mesin terapi ini membantu anda dengan menjalani rawatan dirumah sahaja.

5 fungsi utama iaitu:
High VoltageBagi menggalakkan penyembuhan tulang dan mengurangkan hakisan kalsium tulang serta meningkatkan ion kalsium dlam badan.
Negative VoltageMembantu menambahkan ion negatif dan juga tenaga biologi dalam badan serta membuang mambran sel yang tidak sihat.
Low VoltageBerfungsi melancarkan korteks celeral, sistem saraf dan juga fungsi endokrin, mengurangkan ketegangan stress serta mempercepatkan pemecahan gula dalam darah.
Negative Ionizer: Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga meningkatkan potassium dalam darah.
Light Wave Energy: Membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan berat badan.

Komentar aku: Mamat dan minah kat atas tu semua memang tak sayang harta betul agaknya. Ayat yang aku merahkan tu boleh bawak dia orang masuk jail atau paling kurang kena saman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tu. Di bawah akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976: Sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang mengatakan produk itu boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti: penyakit buah-pinggang, penyakit atau kecacatan jantung, kencing manis, epilepsi, paralysis, tuberkulosis, asthma, kusta, pekak, ketagihan dadah, hernia, darah tinggi, penyakit mental, ketaksuburan, penyakit kelamin dan beberapa penyakit lagi. Itu belum masuk bab... berkesan ke benda alah ni?

Bak sini aku cite sket pasal alam perubatan moden. Takde ubat, metformin ke, glibenclamide ke, gliclazide ke, actrapid ke, monotard ke.... yang boleh sembuhkan penyakit kencing manis. Diabetes mellitus itu bila dah hinggap, ia akan terus lekat sampai mati. Ubat yang doktor bagi dan suruh makan setiap hari sampai selama-lamanya tu semua (selagi manusia itu bernyawa) hanyalah bertujuan untuk mengawal kandungan gula dalam darah, sebab sistem kawalan glukos orang yang diabetes sudah hancus dan haywire, disebabkan oleh bla bla bla.... karang panjang cerita berbelit. Aku harap korang faham kat situ jadi la. Lagi pun, ini bukan kuliah subjek physiology, endocrinology atau internal medicine.

Bayangkan alat yang kasi ntah apemende yang elektrostatik boleh kasi penyakit-penyakit tu semua sembuh. Korang baca email kedua daripada doktor tu kat atas, marah bunyi emailnya... betul? Bayangkan perasaan dia pasal bacaan gula (glukometer) pesakit yang dia dah jaga dengan baik selama 3 tahun jadi punah-ranah disebabkan oleh DrJism hasil kerja cari rezeki halal Al Jabbar ni. Sure... orang Al Jabbar mesti tak nak mengaku, apa nak dikenang beb. Dah besa sangat la tu. Pesakit tu yang bongok, katanya... percayalah. Bukan orang Al Jabbar yang suruh pakcik tu berhentikan ubat dia.

Kat mana la dia orang ni dapat ilmu perubatan sebegini? Professor ntah sapa-sapa kat Jepun dengar cerita. Nanti aku selitkan link kat sini (link tu aku save kat Mac aku kat ofis, sekarang aku kat bawah pokok manggis tengah lepak mengarang). Aku pun sebenarnya tak pasti nak explain kat korang pasal teknologi canggih yang tak pernah jejak kat mana-mana fakulti perubatan, mahu pun klinik kesihatan dan hospital-hospital di seluruh dunia. This freaky situation we got here today is just astounding. Senang-senang keluar statement yang boleh menghancurkan kesihatan manusia, dan senang-senang la pulak nak pakai perkataan DOKTOR (Dr. Jism, Family Dr, Dr. Jabbar), sedangkan sepatah haram tak tahu pasal ilmu perubatan dan takde sekor pun ada MD, MBBS atau yang ada PhD. Is that ok wahai pihak KPDNKK dan KKM? Dan aku tak pasti yang kerajaan Malaysia memang benarkan ke bzns sebegini berleluasa? Atas dasar free-market? Sama macam isu pad berherba Avail Beauty, detox foot patch, gelang keramat AC Mang/Edymium.... what the hell is going on?

Oh ya... ingat apa cerita adik yang tulis email pertama tadi? Ayahnya nak beli mesin DrJism ni dengan harga 13,000 hengget! Wadehelicopter? Gila-gila ambik kesempatan ni. Dan adik tu smart... dia buat research sendiri dan dia sertakan sekali link tentang orang lain yang sama psycho macam CEO Al Jabbar, promosi mesin yang sama made-in-China dengan harga RM4,300!



Frankly, I'm a bit tired of all these shit. Really.... Dalam blog aku ni, aku ada tulis macam-macam pasal MLM dan skim piramid, tapi Al Jabbar bukan dalam kategori itu. Ini kes termasuk dalam kategori... "suka hati aku la nak jual apa saja, dan cakap merapu apa saja, dan nak promosi apa saja, dan terpulang la kalau pesakit nak bunuh diri pakai alat porno ni". Tak kesah la benda ni doktor tak sokong, ini "alternative medicine", dan Malaysia adalah free-market, dan ini bzns orang Melayu yang ada nama Islamik dan ada buat sedekah dan makan-makan kat rumah anak yatim masa raya puasa hari tu.

Ada jugak pengunjung blog aku yang attack aku, kata aku macam tahu semua benda (astaghafirullah... aku tulis apa yang aku tahu sahaja, bukan aku tahu semua... u can judge for yourselves). Dan ada yang attack kata aku riak dengan ilmu yang aku tulis... sedangkan sapa la yang tahu apa yang bermain dalam hati aku ini, kecuali Allah sahaja. Allah yang boleh judge sama ada aku riak ke tidak. So that is my business, not anyone else. Aku takut orang yang tuduh aku riak tu pulak yang jadi riak - sebab dia terer sangat sampai perasaan dalam diri aku ni pun boleh dibacanya (itu pun, hanya Allah sahaja yang tahu - I'm just theorising here). Adakah untuk mengelakkan riak, aku elok berdiam diri sahaja, dan biar dajjal MLM dan skim piramid dan psycho alternatif buat onar di muka bumi Melayu ni? Is that it people?

Selama aku menyelami ilmu perubatan sini sikit, sana sikit... aku faham satu benda pasal umur manusia, macam ni. Kalau seseorang itu ada penyakit, contohnya diabetes, dan dia perlu makan ubat untuk jaga supaya paras glukosnya stabil dan normal. Pesakit itu sendiri perlu jaga makan (kena kurang gula dan karbohidrat lain), dan tidak hanya bergantung kepada ubat. Jadi kalau Pak Berahim ada kencing manis, dia makan metformin dan daonil, dengan izin Allah, dia akan meninggal dalam umur 63 tahun 4 bulan dan 21 hari. Tapi kalau dia kejap makan ubat, kejap tidak, dia akan meninggal umur 59 tahun 6 bulan dan 13 hari. Kalau pulak dia tak makan ubat langsung, dia akan buta mata umur 52 tahun 7 bulan 3 hari, potong kaki umur 54 tahun 8 bulan 17 hari dan akan meninggal umur 55 tahun 2 bulan dan 28 hari. You all get my theory here? Dengan izin Allah, kalau manusia itu berusaha mengubat dirinya dengan makan ubat, dengan bantuan doktor yang kasi ubat-ubatan (yang telah dibuktikan berkesan dalam confidence-limit yang tinggi daripada double-blind studies serta open-trials yang dilakukan berulang-kali selama 12 tahun) - maka, umurnya dapat diperpanjangkan.... dengan izinNya dan ketentuan qada' dan qadar yang hanya Allah sahaja yang tahu. That is the way my philosophy goes concerning medicine.

OK... dengan alat Dr. Jism (yeurgh!), selama 3 bulan pesakit di atas mengalami keadaan kesihatan yang meruncing di mana kestabilan glukosnya sangat teruk dengan bacaan glukometer 18 hingga ke 23 (patut dah masuk wad tu). Sapa yang bertanggung-jawab tentang kemungkinan pakcik tu potong kaki lebih awal, buta lebih awal atau juga mati lebih awal. Pakcik tu ke, atau CEO Al Jabbar? Korang jangan ambik kesempatan untuk attack aku sebab cakap benda sakit dan mati ni semacam ini. Ini aku punya pandangan sahaja... Yes! Hanya Allah yang tahu! Tapi perlukah kita orang Islam, gunakan alasan "hanya Allah yang tahu" untuk cari rezeki dan untuk dapat wang-ringgit dengan amalan perniagaan sebegini?

I don't have that kind of answer, my dear readers.


>>>>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<<<<<<



You all think this guy know anything about medicine? Or English?





No comments:

Post a Comment