banner

Sunday, July 22, 2012

Misteri Nahas helikopter Tan Sri Yahya di Kuala Lipis! Sabotaj yang DiGelapkan!!!

Nostalgia : Nahas helikopter di Kuala Lipis




Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang.

MAC lepas, genap 14 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.



Pasukan penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.


Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.


Jenazah mangsa dibawa untuk pengkebumian.


Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.

Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.

Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.


Kronologi kejadian:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian. 



Qarun Dalangi Komplot Bunuh Tan Sri Yahya

Ingat tak dulu semasa temubual penduduk kampung selepas terhempasnya helikopter Tan Sri Yahya Ahmad yang disiarkan oleh TV3? Kesemuanya menyatakan bahawa terdapat dua letupan ketika kejadian tersebut. Satu di udara dan satu lagi apabila terhempas di tanah.

Pada akal saya seorang Jurutera Aeronautik (BSc Aero Eng. Northrop Univ, USA) ianya adalah letupan BOM yang menyebabkan ianya jatuh. Kalau terdapat permasalahan, helikopter tidak akan meletup diudara. Ianya akan meletup sebaik sahaja berlaku impak.

Tak payah belajar kat universiti. Cuba lihat filem-filem luar negara. Semuanya sama. Pokok pangkal nya helikopter ni terlalu payah nak meletup diudara. Kalau setakat komputer sistem atau flight navigation ianya akan jatuh terhempas. Bayangkan kipas helikopter bersepai pada jarak yang begitu jauh antara satu sama lain.

Satu source dari Augusta yang menyatakan bahawa para penyiasat dari Augusta telah dipaksa menukar laporan siasatan oleh pihak tertentu di Malaysia sekiranya mereka ingin terus melakukan perniagaan disini. Lantas laporan ditukar kepada komputer dan flight navigation problem.

Jelas bahawa bom telah diletak dalam helikopter tersebut.Siapa yang meletaknya? Helikopter tersebut diselenggarakan oleh syarikat kepunyaan kroni Daim. Oleh itu senang saja mereka meletakkannya kedalam helikopter tersebut. KENAPA BUNUH Tan Sri Yahya Ahmad (TSYA)?

Tan Sri Yahya merupakan org kepercayaan dan kesayangan KING DIR. Cuba lihat sebelum kematiannya kebanyakan projek dapat kepada DRB atau GADEK. Apa projek yang RENONG dapat? The last one ketika itu adalah projek yang sememangnya telah dijangka merugikan iaitu PUTRA LRT pada tahun 1994. Ini membuatkan Halim Saat begitu resah. Apatah lagi DAIM yang ketika itu sememangnya berada diluar Kerajaan.

Pengaruh TSYA ke atas KING DIR mengatasi semua menteri kabinet. Dan yang paling membimbangkan DAIM dan lain2 konspirator adalah TSYA adalah terlalu rapat dengan Anwar IBrahim. Sekiranya 50 Dalil dibentangkan ketika TSYA hidup, definitely KING DIR akan menolaknya disebabkan nasihat TSYA.

Oleh itudi mata DAIM dan balachi nya, TSYA perlu dibunuh sebelum Anwar dijatuhkan. MACAMANA NAK BUNUH YAHYA? Daim menjanjikan jawatan No 1 kepada Saleh Sulong yang pendek itu dalam DRB. Selagi TSYA hidup Saleh Pendek tidak akan merasa jadi No. 1. Ini adalah kerana Saleh Pendek sememangnya PENDEK AKAL. Beliau tidak berdaya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan perniagaan. Tugas beliau sebelum adalah sebagai 'BRAKE' bagi mengawal kelajuan perkembangan bisnes yang dibawa oleh TSYA.

Saleh Pendek adalah Akautan manakala TSYA adalah Engineer. Saleh Pendek oleh kerana ketamakannya bersetuju dengan rancangan DAIM.KOMPLOT BUNUH YAHYA.Sebagaimana yang diketahui oleh dunia korporat, pengambil alihan saham HICOM oleh syarikat keluarga milik TSYA adalah GIMMICK saja. Pemegang saham sebenarnya adalah KING DIR and Co. TSYA adalah nominee saja.

Begitu juga pengambilalihan LOTUS. Syarikat tersebut adalah milik MOKHZANI King Dir yang kemudiannya memaksa Proton membeli balik Lotus serta meraut keuntungan. KING DIR pula tidak berminat dengan HICOM. Beliau cuma berminat dengan saham PROTON yang di kontrol oleh HICOM. Sebab itu bila ekonomi merundum, beliau cuba memaksa Petronas membeli Saham tersebut. Duit itu akan pergi ke dalam lubang bontot KING DIR. Hasan Marican pula diugut supaya beli Proton. Bila beliau enggan, kontrak Presiden Petronas dengar khabarnya tidak akan disambung lagi.

Sambung balik pasal TSYA. Bila TSYA mati, harta beliau kebanyakan pergi kepada anak perempuannya iaitu Yatina bagi pihak adik2 beliau. 1/10 lagi dapat kepada abg beliau iatu Dato' Sulaiman ***** kerana emak TSYA belum meninggal lagi ketika itu (kepala mayat kata org Trg).Yatina telah dipaksa menyerahkan harta tersebut kepada KING DIR dan Daim. Apabila Yatina enggan mereka pun mulale mengugutnya.Akhirnya pada tahun 1998 Yatina mendapat perkhabaran bahawa helikopter TSYA bukannya terhempas, tapi adalah kerana bom yang diletak/rancang oleh DAIM/Saleh Pendek.

Beliau cuba memanggil wartawan utk menghebahkan cerita ini. Perkara ini sampai ke pengetahuan DAIM. YATINA telah diugut BUNUH dan terpaksa diseludup keluar oleh rakan2 baik TSYA menerusi Thailand sebelum berhijrah ke AUSTRALIA.SUNGGUH KEJAM ORANG YANG BERNAMA DAIM NI. KERANA KUASANYA BAKAL DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM MAKA SEORANG USAHAWAN MELAYU YANG BERKALIBER SANGGUP DIBUNUHNYA.

SUNGGUH PILU MENGENANGKAN SEORANG KAWAN KARIB SEPERTI SALEH PENDEK YANG SANGGUP BERSENGKOKOL DENGAN DAIM SEMATA INGINKAN GELARAN PRESIDEN DRB-HICOM. Berdasarkan cerita benar saya yang dirujuk dari kakitangan DRB, syarikat menyelenggara helikopter, kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, jurutera dari Augusta, dan juga temubual para penduduk kampung ditempat hellikopter TSYA terhempas, saya merasa yakin TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA boleh terselamat sekiranya KING DIR dan bala tenteranya inginkan sesuatu.

Tragedi TS Yahaya - Rahsia Dibongkar

Telah berlalu 20 bulan tragedi yang telah mengemparkan negara dimana Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad (TSYA) terbunuh bersama isterinya dan juruterbang helikopter peribadi beliau. Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1996 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya.

Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya. Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya. Dengan menunggang sendiri motosikal "cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu). Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.

Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis. Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali. Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut.

Pelbagai andaian telah dibuat tentang punca kemalangan. Laporan rasmi kerajaan menyatakan TSYA sendiri yang memandu pesawat tersebut dan akibat ketidakcekapan beliau memandu di waktu malam menyebabkan pesawat tersebut jatuh menjunam. Namun tidak ramai yang tahu rahsia yang terselindung disebalik tragedi tersebut.

Yang amat jelas di mata masyarakat ialah TSYA amat disenangi oleh PM DrM. Hampir setiap bulan kalau akhbar menceritakan pelbagai projek yang diusahakan dan juga diperolehi hasil hubungan rapat beliau dengan Dr. M.

Tetapi beliau turut juga rapat dengan DS Anwar Ibrahim. Telah diketahui ramai juga bahawa TSYA, sebelum berlepas ke Kuala Terengganu, telah menhadiri majlis jamuan di rumah DSAI. Jamuan yang dihadiri oleh rakan sedarjah MCKK berlarutan melampaui jam 10.00 malam. TSYA meninggalkan majlis tersebut menuju ke Helipad Segambut untuk menaiki pesawat yang malang dan berlepas pada jam 10.45 malam.

Memang benar, TSYA selalu memandu pesawat tersebut, tetapi pada malam tersebut beliau telah keletihan dan tidak bersedia untuk memandu kerana inginkan untuk berehat dalam perjalanan satu jam ke rumahnya di Marang.

Agenda beliau pada hari tersebut adalah antara yang tersibuk di hari-hari akhir beliau hidup dimuka bumi ini. Dalam seminggu tersebut beliau telah berulangkali terbang di antara KL-KT kerana ingin berbakti dengan ibu beliau di saat-saat akhir hayat ibunya dan menyempurnakan tugas perniagaan yang makin berkembang.

Siasatan yang dikumpul dan laporan yang dibuat menyatakan bahawa pesawat tersebut berlegar kerana masalah teknikal sebelum terhempas. Dan bukannya menjunam kerana kegagalan pemandu memandu dalam suasana gelap. Pesawat telah meletup sebelum jatuh ke bumi. Kalau seseorang yang cekap pun pasti tidak dapat berbuat apa-apa apabila injin pesawat berhenti dan meletup di udara walaupun kalau ianya dipandu oleh komputer sepenuhnya. Pesawat Augusta 109 turut dilengkapi dengan sistem instrumentasi ILS yang membolehkannya terbang dengan mudah di waktu malam.

Ingin saya bahawa pemerhatian pembaca ke beberapa perkara untuk difikirkan bersama:

1. TSYA tidak memandu pesawat tersebut pada masa tersebut (suatu percanggahan dengan laporan rasmi kerajaan). Beliau dilihat menaiki pintu penumpang dan bukan pintu pemandu. Beliau amat keletihan dan memerlukan kerehatan.

2. Pemandu pada masa itu adalah Mej Azlizan. Di kalangan rakan beliau semasa di TUDM, Mej Azlizan memang terkenal dengan kecekapannya dan pengalamannya. Sebab itu lebih mudah untuk mempersalahkan TSYA yang memandu ketika itu kerana "track record" kemahiran Mej. Azlizan.

3. Pesawat tersebut berlabuh dan di simpan di Segambut dan diservis oleh sebuah syarikat yang miliknya dikaitkan dengan tokoh ternama di Malaysia. (Saya ingin membiarkan pembaca mencari maklumat ini)l Tempat tersebut memang dikawal rapi - dan hanya perkeja di situ sahaja yang dibenarkan keluar masuk.

4. Suatu yang tidak dihebohkan sebelum ini ialah - Pada 4hb Mac DSAI dan TSYA dijadualkan terbang bersama di dalam pesawat yang malang tersebut. Nasib menyebelahi DSAI kerana pesawat tersebut jatuh sebelumnya. Pada malam yang malang itu, ketika di rumah DSAI, DSAI bersungguh merayu TSYA agar tidak terbang pada malam itu kerana terpaksa pulang ke KL untuk jadual mereka bersama keesokkannya. (Perbualan itu didengari oleh beberapa orang pada malam tersebut malah dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

5. Masih ramai yang ingat akan peristiwa pesawat VIP TUDM yang dalam perjalanan untuk mengambil DSAI dari lawatan ke utara terhempas di Kepala Batas membunuh beberapa kakitangan TUDM. Ajal belum tiba untuk DSAI pada ketika itu (yang pada ketika itu telah menjawat sebagai TPM hampir nyata bahawa beliau akan mengambil alih tapuk pemerintahan negara).


Kesimpulan:

Kalaulah benar bahawa DSAI memang tidak dikehendaki sejak sekian lama, saya tidak dapat menyangkal bahawa telah ramai korban yang digugurkan demi untuk menjaga kepentingan beberapa kerat manusia di Tanah Air yang tercinta.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah Azzawajala agar bala dijauhkan dari kita dan bersembahyang hajat beramai-ramai (jika dihalang buat sendirian di masjid mahupun di rumah).

1 comment:

  1. Menurut kisah rakan rapat TSYA, kes ini bukan sabotaj politik/bisnes seperti yang ditulis di atas.Wallahualam.

    ReplyDelete