banner

Tuesday, September 3, 2013

Mamat Luar Mana yang Buat Page Judi Ekor Ni ?


Landing Page HaramJadah 4D Formula.Com



image
Perniagaan berasaskan Online ebook serta software di negara kita ni semakin mendapat sambutan hebat yang teramatlah menggalakkan….  Macam-macam la servis jualan dan ebook yang sudah terjual dan dijual di pasaran website, di mana sasarannya mereka ialah bagi mereka yang mahu mendapatkan wang yang amat segera, terutamanya orang-orang muda dan bodoh cam kita…
Malam tadi ni saya ada la terjumpa sebuah landing page ni.. Tajuk pun alahai macam menarik, 4DFormula.com.
Pertama kali bila saya menjengah dengan bernafsunya ke landing page ni.. bila saya terbaca dia punya tagline.. JALAN PINTAS MENJADI JUTAWAN ingatkan buat direct selling ke,jual mangkuk hayun ka… cara jual burger ke… tapi rupanya landing page ni menjual servis FORMULA NOMBOR RAMALAN 2012? Kira dah macam jual mapioww kat tepi jalan le ni?

Benda-benda banghal macam ni le lagi menggalakan orang kita yang solat pun sekadar cukup syarat dan dapat duit yang cukup panass……!!!!

Kononnya la kan 4D Formula.com ni menjual formula hebat (senang cerita dia orang ni menjual software sebenarnya) untuk diguna pakai oleh si tahi judi untuk meramal nombor ekor, seterusnya pergi beli nombor ke Sports Toto, tak pun beli kat Magnum.

image

image

Bagi saya la kan, Landing Page sebegini hanya menambahkan lagi barah kanser masalah sosial di kalangan umat Islam di Malaysia ni, khasnya orang-orang melayu bangang cam kita dengan budak-budak sekolah. Bila beli software ni.. confirm tiap-tiap hari diaorang ni akan beli nombor kat Magnum.. Jika tiada tindakan susulan dari pihak berwajib, maka kita tengok berapa ramai orang melayu yang akan ke kedai main kuda beli nombor…

Nak tanya sikit kat ahli yang kononnya terhormat le sangat ( yang kononya buat kerja?). Apa kata anda tentang kes ni..? Tak kan tak de komen kot?

No comments:

Post a Comment