This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x533. |
Eswari, 38 tahun, menjual bunga di kedainya di Apartmen Abdullah Hukum pada 28 Ogos. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 September, 2014. Rakyat Malaysia yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM6,000 masih tidak mencukupi walaupun Putrajaya mengumumkan keadaan ekonomi negara sedang meningkat naik.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Bank Negara memuji angka terkini perkembangan ekonomi Malaysia dan pendapatan negara kasar, namun tinjauan The Malaysian Insider dengan 13 isi rumah di Lembah Klang dan Pulau Pinang menunjukkan kesukaran hidup di bandar besar.
Bagi lima keluarga yang berpendapatan antara RM3,500 dan RM5,000, mereka berhenti makan di luar, cuma satu atau dua kali sebulan untuk menjimatkan wang.
Bagi lapan keluarga yang berpendapatan bawah RM3,500, makan di rumah masih mencabar.
Mereka terpaksa kurangkan daging dan makanan import untuk menampung makan minum anak-anak dan ibu bapa yang uzur.
Kebanyakan pencari nafkah dalam kumpulan terakhir ini mengakui keluarga mereka diancam kebuluran jika mereka sakit atau tidak dapat bekerja kerana tidak ada simpanan jika berlakunya kecemasan.
No comments:
Post a Comment