Janda telan pil tidur kecewa cinta terbarai
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal cuba membunuh diri dengan menelan 55 biji pil tidur selepas kecewa ditipu RM90,000 oleh seorang lelaki kacak yang menyamar sebagai ahli perniagaan.
Mangsa yang berusia 33 tahun turut kecewa selepas sanggup menyerahkan tubuhnya kepada suspek dikenali sebagai Zhu, 37, yang mengaku berasal dari China dan datang melancong ke negara ini.
Mangsa bagaimanapun memuntahkan semula semua pil tidur yang ditelan selepas memikirkan nasib tiga anaknya berusia lima hingga 10 tahun.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Betty mendakwa mengenali suspek melalui aplikasi ‘Wechat’ April lalu ketika berada di Genting Highlands.
Katanya, suspek yang mempunyai wajah kacak persis pelakon Hong Kong kemudian mengajaknya ke berjudi di pusat peranginan ini dengan membelanjakan wang RM2,500.
“Pada keesokan harinya, saya dipujuk meminjamkan RM2,000 lagi kepadanya selepas dia mendakwa berdepan masalah untuk mendapatkan wang tunai,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
Menurutnya, lelaki itu kemudian memperdayakannya untuk meminjam wang daripada ceti haram (along) sebanyak tiga kali membabitkan jumlah RM54,500’.

No comments:
Post a Comment