Monday, September 22, 2014
Pegasus Bullion Menipu
Aku dah study trend. Serbuan skim ponzi ni ada kaitan dgn keadaan ekonomi sesebuah negara. Kalau gomen tak perlukan duit maka mereka akan biar skim ponzi berkembang. Bila ekonomi ada masalah mereka akan serbu dan freeze kan aset, cash company. Kat Amerika pun sama, selama berpuluh tahun si Madoff ni dibiarkan. Bukan FBI tak tahu bahawa ini Ponzi tapi sengaja mereka biar. Bila ekonomi US tenat dan Obama perlu cash, maka perkara pertama mereka buat ialah serbu sykt ponzi.
Di Msia pun sama. Ponzi hanya akan diserbu bila sampai ke peringkat tertentu spt nak bayar hutang bon gomen atau ekonomi agak gawat Sama dgn Geneva. Dah duit berbiliion baru diserbu. Padahal BNM dah lama tahu. Madey bukan bodoh pi lancar Geneva tapi tak tahu ini skim ponzi. Kalau si Azizi Ali ni boleh tahu skim mana Ponzi skim mana tak ponzi, takkan org bijak mcm Madey tak tahu? Takkan BNM boleh biar bertahun2 tak ambil tindakan? Kenapa nak tunggu berbillion baru nak ambil tindakan??
Jadi bab Pegasus jika benar ianya Ponzi maka red flag dia ialah keadaan ekonomi China. The moment ekonomi China collapse (ada bunga2 crisis kewangan) bagi mana2 pelabur yg dah masuk, withdraw cepat2 duit. Jangan tunggu crisis dah meletup baru nak keluar. Ada bunga aje terus keluar. Bila ekonomi China start collapse, inilah target pertama gomen mereka cari duit sblm buat benda2 lain spt fiskal polisi etc.
Pegasus ni ramai org Malaysia tak tahu..jadi dr satu segi ejen2 di Msia mungkin masih selamat dr tindakan BNM. Kemungkinan serbuan BNM tentu tak akan ada sebab mereka tak de office di Msia. Jadi risiko paling besar ialah keadaan ekonomi China.
So far aku google tak de lagi complain yg return tu tak dibayar. Jadi nampak masih ok. Tapi kena watch out dgn ekonomi China. Ini komen aku dgn andaian Pegasus tu Skim Ponzi. Sebab setakat ni si Azizi ni saja yg kata ia skim ponzi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment