banner

Tuesday, August 7, 2012

Kisah Penjual Burger 17


Ibu Man menamani Man di sebelah katil. Tak lama kemudian, datang adik perempuan Man, Syira yang masih bersekolah  tingkatan 6 dan seorang lagi adik lelaki Man, Nizar yang tingkatan 5. Tadi ayah Man balik ke rumah sekejap untuk membawa 2 orang adik Man. Kemudian ayah dan mak Man balik ke rumah kerana adik-adik yang lain ada di rumah, tidak ada orang teman mereka di rumah. Man peluk ibunya dalam keadaan yang amat sedih.

Dalam perjalanan pulang, mak dan ayah Man berbincang sesuatu.

"Saya cadang nak masukkan Man ke hospital pakar, selesa sikit". Kata ibu Man.

"Hospital pakar ? Hospital kerajaan kan baik juga". Kata ayah Man.

"Betul hospital kerajaan baik. Cuma saya nak anak kita lebih selesa, kalau pakar seorang sebilik. Kita nak datang temankan dan melawat pun selesa juga.". Kata ibu Man.

"Terpulang awaklah. Tapi bayarannya tinggi, awak ada ke duit nak bayar ribu-ribu.". Tanya ayah Man.

"Pasal duit, kita jangan risau. Man kasi saya tiap bulan, dah tolak belanja, saya masuk Tabung Haji. Jadi kalau sesak-sesak macam ni boleh kita keluarkan." Kata ibu Man.

"Bukan apa bang, saya tengok sakit Man tu teruk, di kepala. Bimbang  pulak saya seperti kata  doktor tadi, melibatkan kepala.". Kata ibu Man lagi.

Ayah dan ibu Man seakan setuju untuk masukkan ke hospital pakar di daerah itu pagi esok selepas ke Tabung Haji. Sebelum pulang tadi, mak dan ayah Man sempat berbual dengan doktor yang merawat Man. Sekarang ni, sakit Man tu belum dapat dipastikan tapi agak bahaya kerana melibatkan bahagian kepala. Mak dan ayah Man tidak memandang ringan masalah ini.

Di hospital, Man berbual dengan 2 adiknya yang menemaninya itu. Adik beradik Man 5 orang, 3 lelaki 2 perempuan, semuanya masih sekolah kecuali Man saja.

"Syira.. Nizar... Kamu berdua kena belajar rajin-rajin, dapat keputusan SPM dan STPM tinggi-tinggi. Lepas ni masuk universiti.... Kalau umur panjang, abang akan bantu semuanya, sampai kamu semua berjaya.". Kata Man dan kedua-dua adiknya dengar dengan teliti.

"Abang dulu bukan belajar tak pandai, SPM abang baik juga. Tapi abang tak mahu tengok ayah dan mak hidup susah. Mak marah abang tak sambung belajar, tapi abang degil, tak ikut cakap mak. Bukan apa...abang sebagai anak sulung, fikirkan adik-adik yang masih kecil...." Kata Man lagi.

"Tapi hari ni abang sedikit-sedikit rasa menyesal, menyesal sebab abang tak belajar tinggi-tinggi. Orang hina abang walaupun abang tak kacau orang. Abang tak sakitkan hati orang, tapi orang sakitkan hati abang... Jadi adik-adik abang janganlah jadi macam abang, sibuk nak cari duit, nak enjoy sana sini. Belajar dulu sampai habis...". Kata Man lagi.

"Syira.. Nizar.. Kalau umur abang tak panjang, ambillah tempat abang sebagai anak sulung. Jangan susahkan mak ayah, mereka sudah lama susah payah untuk kita. ....". Kata Man lagi.

Perbualan Man terhenti apabila datang kepada Man seorang doktor lelaki dan 2 jururawat untuk membuat pemeriksaan ke atas Man. Kedua-dua adik Man diminta tunggu di luar seketika. Man menerima satu lagi suntikan di punggung. Kemudian satu wayer dimasukkan ke dalam hidung Man. Manakala segumpal kapas disumbatkan ke dalam telinga Man. Man juga diberi makan ubat makan yang banyak juga.

Man kemudian berada dalam keadaan khayal dan terlelap. Waktu tidur tu, Man mengalami satu mimpi mengerikan. Man bermimpi, Aboi pula dibelasah di Johor Bahru  di hadapan gerai burger. Man cuba manghalang dan bergelut dengan samseng itu tapi kalah. Man nampak, Aboi kena tikam dengan pisau. Man menjerit minta tolong.

"Tolong ! Tolong! Pergi ! Pergi !.. Man meraung kuat di katil. Man tak sedar, itu semua mimpi. Man kemudiannya terjaga dan cuba meronta. Tapi Man baru sedar yang tangannya kedua-duanya diikat dengan kain dengan besi katil oleh jururawat tadi.  Kedua-dua adik Man menenangkan Man. Jam menunjukkan 10.00 malam.

"Bang...mengucap bang, mengucap...". kata Syira.

Man masih dalam keadaan separuh sedar tetap meronta dan cuba melepaskan tangannya dari ikatan tapi gagal. Kemudian, datang jururawat yang mendengar teriakan Man tadi. Jururawat menenangkan keadaan dan membetulkan semula wayer-wayer di hidung dan tangan Man, juga mesin untuk mengesan pergerakan nadi di tangan Man. Man kembali sedar dan mengucap panjang, adiknya mengelap peluh di muka Man. Man tidur semula.

Dalam jam 1.00 pagi, Man sekali lagi meronta-ronta dan menjerit, seakan mengalami satu mimpi yang mengerikan lagi. Jeritan Man mengganggu pesakit-pesakit lain yang sedang nyenyak tidur.

Esok pagi, jam 7.00 pagi, Syira dan Nizar ceritakan pada ibunya tentang keadaan Man malam tadi yang banyak terganggu. Maka, semakin kuatlah hasrat ibunya untuk menghantar ke hospital pakar. Man dibawa menaiki ambulan ke hospital pakar itu. Duit deposit yang dikenakan adalah RM 3000.00 yang dibayar tunai oleh ibunya. Keadaan di pakar itu nampak lebih selesa dan teliti. Katil Man seorang sebilik, maka mudahlah orang yang menunggu Man. Doktor membuat pemeriksaan di telinga dan kepala Man termasuk x-ray.

Satu berita yang mengejutkan, doktor pakar mengatakan, satu pembedahan kecil perlu dibuat di bahagian telinga Man. Ayah Man dipanggil ke bilik doktor yang menunjukkan keputusan x-ray dan lain-lain pemeriksaan, bahawa ada kecederaan serius di telinga Man. Sekiranya dibiarkan, Man boleh manghadapi masalah pendengaran. Lebih mengejutkan, sakit ini boleh berjangkit hingga ke saraf otak Man dan boleh menyebabkan gangguan mental. Mak dan ayah Man termenung mendengar berita ini. Doktor tidak memaksa pembedahan ini dilakukan tetapi terpulang kepada waris untuk memikirkannya. Kos pembedahan ini dalam lingkungan 10 ribu yang akan dilakukan oleh doktor pakar.

Di rumah, adik Man, Syira membuka beg baju Man untuk bawa pakaian ke hospital. Syira jumpa telefon Man dan dapati ada banyak miscal dan sms. Paling banyak adalah dari yanti dan Aboi. Syira kenal Yanti yang pernah datang ke rumah Man dulu. Syira rasa bersalah kalau tak beritahu keadaan Man pada Yanti. Syira telefon Yanti.

"Helo kak Yanti, ini Syira, adik Man...". Kata Syira.

"Yer Syira. Apa kabar, sihat ker ?". Kata Yanti.

"Kak Yanti, Syira nak beritahu ni, abang Man sekarang ada di hospital pakar di sini.." Kata Syira.

"Hospital ? kenapa Syira? Sakit apa ?" Tanya Yanti.

"Tak tahulah, semalam telinga abang Man berdarah, abah terus bawak ke hospital".Kata Syira.

Syira minta Yanti merahsiakan yang dia memberitahu Yanti berita ini, bimbang aangnya marah. Semalam, Man beritahu Syira supaya rahsiakan dari orang lain terutama kawan-kawannya di JB. Pada Aboi juga Syira telefon sebab dia rasa Aboi orang yang penting untuk tahu berita ini. Syira tak pernah pun jumpa Aboi, cuma setakat dengar cerita saja dari abangnya.

Di katil hospital, Man kelihatan ceria saja, walaupun tangan dan hidungnya masih ada wayer. Man boleh berbual dengan mak dan ayahnya. Ayahnya menceritakan dan mencadangkan supaya Man menjalani pembedahan segera. Man tak halang dan ikut saja. Man beritahu, akan bayar duit 10 itu guna duitnya sendiri, Man ada kad bank. Petang itu, sedang Man menunggu untuk pembedahan, Yanti tiba-tiba muncul seorang diri ke bilik Man.

No comments:

Post a Comment