banner

Sunday, August 12, 2012

BN Pengurus Negara Tak Cekap

Gini la...

Kerajaan ditubuhkan oleh rakyat.

Ia adalah pengurusan yang dilantik untuk menguruskan negara ni.

Duit cukai, duit dari hasil balak, petroleum, syarikat-syarikat GLC, itu semua masuk ke tabung perbendaharaan, our main account.

Itu bukan duit BN.

Faham tak konteks tu?

Bukan milik parti yang memerintah, tapi milik rakyat atau milik negara.


BN bukan kerajaan. Kerajaan adalah kerajaan. BN hanya parti politik.

Ya mereka yang "running the show", tapi sampai setakat itu sahajalah.


Bolehkah seorang CEO menggunakan wang syarikat bagi kegunaan peribadi yang tidak digazetkan oleh perlembagaan syarikat ataupun yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah?

Bolehkah CEO memberikan kontrak perolehan kepada syarikat sahabat yang tidak menjamin "nilai diterima untuk kos dibayar" kepada syarikat?


Itu wang syarikat.... wang pemilik saham.

Memang pemilik saham tidak berhak untuk guna duit syarikat secara langsung. Tak bolehlah pemegang saham nak pergi bank dan keluarkan duit syarikat melainkan dia juga ada jawatan dalam syarikat dan dibenarkan untuk menguruskan wang di bank.

Tapi turun naiknya paras kewangan syarikat, buruk baiknya keputusan perbelanjaan syarikat, menentukan nilai saham dimiliki oleh pemilik saham.

Jika syarikat itu mismanaged, berlaku misappropriation of funds, etc, ia akan reflect kepada prestasi syarikat itu di masa hadapan (andai tak waktu itu juga). Andai pemilik saham nak melupuskan pegangan bukankah wang yang diperolehi juga akan menyusut atau tidak mencapai potensi sepenuhnya?




Dalam hal negara ni, mahalnya harga petroleum di masa sekarang, adalah reflection kepincangan pengurusan ekonomi di masa lalu. TIdakkah anda kerugian?

Kurangnya subsidi pendidikan (baca : biasiswa) adalah kerana kurangnya wang dalam peti negara sekarang.

Andai Selangor tidak mempunyai rizab serta sumber pendapatan yang baik, mampukah mereka menyediakan air percuma/murah?

Dulu kita negara miskin pun mampu kasi biasiswa, minyak murah, kereta murah, makanan murah (semuanya relatif kepada pendapatan rakyat waktu tu) tapi kenapa sekarang yang kononnya maju tapi kita semakin kesempitan dalam perbelanjaan?

No comments:

Post a Comment