banner

Wednesday, August 1, 2012

Sultan Keturunan Lanun ?




aku ada cite lagi pasal barrua british ni... salasilah lanun temenggung yg merampas takhta dengan menjual bangsa dan agama dan negara dan masa depan Melayu kepada british laknatullah dibawah payung si raffles laknatullah...

atok moyang lanun temenggung nie lah barrua british (dan boleh dikatakan pengkhianat sebenar)... yg memerintah sebuah negeri... sampai skang keturunan lanun perangai samseng diwarisi dari bapak dia... sampai anak2 dia... sampai cucu cicit dia...

nak tanya mod boleh ke aku publish cite tu?... kang dicop anti sultan plak... walhal bukan keturunan sultan sebenar pun... keturunan temenggung bang-sat yg jual maruah bangsa dulu2...

camne?... nak publish ke idak?... sensitip wooo... 

camne arr?... kalau publish gerenti korang anak negeri tooot pun sakit hati tahu sejarah yg digelapkan ni... 





Apapun tunggu... tgh edit... panjang wooo...

PS: tekan Thanks dulu... kekekee... 
PS2: Encik Mod... boleh publish ke tak bley?... nanti aku kena penjara 1bulan lagi cam dulu... 

apapun tunggu... sensitip ni... silap2 kena OSA???... 



Pengenalan...

Kenal tak sapo ni?... garang tak?... ada rupa samseng tak?...


Ni nama betul dia... Sultan Sir Abu Bakar ibni Daing Ibrahim (3 February 1833 – 4 June 1895)... Cantik dah molek nama tu...

Tapi sayang... hilang langsung kebanggaan Melayu Islam dia...

letak dalam sejarah nama rasmi... Sir ALBERT BAKER!... ( puiiii)dok lepak kat london pun lebih lama dari lepak dalam negara bersama rakyat jelata...

Mati pun bukan dekat negara tanah tumpah darah... tapi nun jauh dikolonial bastad LONDON... (Puiii sekali lagi... ) dan akhirnya baru dibawak ngan tongkang balik ke johor...

Ada kaitan lagi ngan cite DAHAGI SI SINGAPURA... PEMBUNUHAN ASKAR MUSLIM OLEH TENTERA KEPARAT JOHOR JMF!... 
Pada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel CD bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?

Blog entry kali ini cuba membuat ulasan mengenai salah satu tulisan Uncleseekers bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62) - Johor Military Force (JMF) Relevan atau Tidak? Ditegaskan sekali lagi, semua dakwaan Uncleseekers melalui artikel-artikel di blognya bukan semuanya benar dan bukan semuanya salah. Di dalam artikel berkenaan (yang ditulis melalui e-mail oleh Kamal Hisham mengenai JMF), dinyatakan JMF diwujudkan ekoran daripada kes Mighell v. the Sultan of Johore.

"Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ? Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan 'raja berkedaulatan atau sovereign' sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers



Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893


Itu tidak benar! Kes tersebut dibicarakan pada tahun 1894, sedangkan JMF ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Sultan Abu Bakar. Bermakna JMF ditubuhkan bukan disebabkan oleh kes Mighell v. Sultan of Johore (1894) 1 QB.

Mengikut akhbar Straits Times Weekly Issue, 12 December 1893 (muka surat 5), Albert Baker dan Jenny Mighell berkenalan pada bulan Ogos 1885. Walaupun kemudiannya Jenny Mighell mengetahui Albert Baker adalah seorang Maharaja, wanita itu masih menantikan Albert Baker selama 5 tahun. Hanya pada 30 Ogos 1893 Mighell membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya pada tahun 1894, Albert Baker terlepas daripada pengadilan kerana sebagai seorang Raja negeri-negeri Melayu, baginda adalah kebal dari sudut undang-undang.
Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers. 


Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?

Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor. 

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 747x516.

Si katik cuba mengingatkan rakyat Johor belajar sejarah. Harap dia pun tahu sejarah asal-usul nenek moyangnya hanyalah Temenggung Johor yang merampas takhta dengan tipu-helah dan muslihat bersama British

Temenggung Daeng Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggung Abu Bakar merupakan pemerintah Johor de facto bukan bertaraf raja atau Sultan.
Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari Sultan-sultan yang berdaulat seperti Perak, Siak dan Lingga. Sebagai contoh Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak dan dihadiahkan sebahagian alat nobat Perak yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan alat kebesaran diraja Selangor. Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani. Alat-alat kebesaran diraja Johor Lama semuanya disimpan di Pulau Penyengat oleh Engku Hamidah (isteri Sultan Mahmud Shah III) kerana tidak mahu ianya terlepas ke tangan lanun iaitu Temenggung yang ingin menjadi raja. Untuk menampakkan Temenggung Abu Bakar setaraf raja-raja di negeri Melayu yang lain, British menyarankan Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Maharaja seperti raja-raja di India.




Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor.........


Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.


Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?


Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?



1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British 

Lagu rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri" dikatakan dicipta sekitar tahun 1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut "Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri".

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1200.
Pusara Si Bongkok yang hanya bernesankan sekeping papan diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara berkenaan. Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan nesan batu di pusara tersebut. Mana pergi kerajaan negeri?


Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali. 

Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok. 

Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh. 

Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.

Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut. 

Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah kerana Si Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.




2. Perang Jementah 

Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. ***** sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.


Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ katik


Sejak itu Sultan Ali dikenali sebagai Sultan Muar. Sultan Ali meneruskan tradisi dengan mewakilkan Raja Temenggung Muar sebagai wakil Sultan dalam pemerintahan. Muar diberikan kuasa autonomi dan diperintah oleh Raja Temenggung Muar sejak zaman Sultan Ibrahim (1677–1685). Muar adalah anugerah Sultan Ibrahim kepada Sayyid Ibrahim sebagai mas kahwin semasa perkahwinan Sultan Ibrahim (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) dan adinda Sayyid Ibrahim. Keturunan Raja Temenggung Muar inilah yang memerintah Muar sehingga Maharaja Abu Bakar menjajah Muar-Kesang.

Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1877. Bermula lah pertikaian diantara 2 putera - Tengku Mahmood dan Tengku Alam. Pembesar Muar-Kesang termasuk Raja Temenggung Muar memberi sokongan kepada Tengku Alam kerana beliau adalah putera sulung Sultan Ali dari isterinya bernama Daeng Siti iaitu anak pembesar Bugis. Disebabkan pertikaian ini, British menawarkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah sementara Muar-Kesang sehingga krisis diantara 2 putera itu berakhir. 

Untuk mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar-Kesang, satu undian di Kuala Kesang dibuat. Maharaja Abu Bakar dan British menggunakan tipu muslihat sekali lagi dengan membeli dan mengugut pembesar-pembesar Muar-Kesang supaya mengundi Maharaja Abu Bakar. Jadi, British pun menyerahkan pentadbiran wilayah Muar-Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. 

Ini menyebabkan Tengku Alam tidak berpuas hati dan akhirnya tercetuslah Perang Jementah pada 25 Oktober 1879. Dengan sokongan British, Maharaja Abu Bakar telah menang dalam Perang Jementah. Muar-Kesang jatuh sebagai wilayah jajahan Maharaja Abu Bakar dan sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar yang akhirnya dihapuskan oleh British pada 1902.


Wujudkah penulis yang berani menulis sejarah yang benar?

......kamilah keturunan lanuuuunnnn... ... Daulat Wakk Luuu... 

Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA! 




1. Kebencian terhadap keturunan Temenggung yang semakin melebarkan empayar dan menjadi penjilat tegar British menyebabkan berlakunya pemberontakan dan peperangan di Johor. Oleh sebab itu, British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Tanpa kekuatan ketenteraan, penentangan dari waris yang sah bagi Kesultanan Johor mungkin boleh berlaku sama ada dari keturunan Tengku Alam ibni Sultan Ali atau dari Tengku Mahmood ibni Sultan Ali. Tidak mustahil juga waris Raja Temenggung Muar yang selama ini memerintah Muar sebagai sebuah negeri yang merdeka turut akan membuat serangan.

Hingga kini tiada lagi kedengaran tuntutan takhta daripada Sultan Johor oleh waris-waris Kesultanan Melayu Melaka kerana tiada yang berani. Semua pergi kacau negeri Melaka yang tidak bersultan seperti kes Raja Norjan Shah atau Raja Ahmad Nasir yang menuntut takhta Kesultanan Perak. Umum mengetahui selepas jatuhkan Kesultanan Melayu Melaka, warisnya menjadi Sultan Johor dan Perak.

Jadi, adalah relevan penubuhan JMF disini bagi melindungi Sultan-sultan dari keturunan Temenggung yang bukan berasal dari susur-galur raja yang sah bagi Kesultanan Johor daripada sebarang penentangan dan tuntutan takhta daripada waris yang sah. Dan kini JMF terus menjadi bodyguard anak-cucu Sultan Johor dan dibayar gaji oleh kerajaan menggunakan duit rakyat.


JMF berbangga kerana berjaya mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India Muslim dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Peristiwa yang dinamakan 1915 Singapore Mutiny (atau 1915 Sepoy Mutiny) juga dinamakan 1915 Dahagi Singapura bermula apabila British bercadang untuk menghantar pasukan tentera India Muslim dan Melayu untuk menentang Turki Uthmaniyyah. Seorang ulama tempatan bernama Nurul Alam Syah dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Pada 15 February 1915, seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar Melayu telah menyerang British menyebabkan 33 orang askar British terkorban.

British telah memohon bantuan dari JMF untuk mematahkan pemberontakan ini. Akhirnya JMF berjaya menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak British. Askar-askar India Muslim yang ditangkap oleh JMF ini akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh dengan firing squad (rujuk gambar) manakala Nurul Alam Syah dan Kassim Ali di hukum gantung.

Boleh baca tulisan Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor di link ini. Sejarah JMF menjadi tali barut British dan sanggup menyebabkan saudara sesama Islam terbunuh mungkin membanggakan mereka. Itulah relevannya penubuhan JMF sebagai sekutu British yang sanggup melebihkan British dari umat Islam.



3. Mengikut tulisan Dato' Onn Jaafar bertajuk "Tyranny in Johore" semasa menjadi wartawan Sunday Mirror (boleh dibaca buku bertajuk One Man's Will - A Portrait of Dato' Sir Onn Bin Jaa'afar di mukasurat 264, semasapemerintahan Sultan Ibrahim, askar-askar JMF dikerah sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan juga membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi untuk Sultan. Ini boleh dikatakan sebagai antara sumbangan terpenting askar-askar JMF di dalam sejarah negeri Johor kerana berkhidmat sebagai buruh paksa untuk Sultan Johor.


4. Apabila pasukan tentera Jepun dibawah Jeneral Tomoyuki Yamashita memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan JMF tidak langsung memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang tentera Jepun. Sultan Ibrahim terpaksa meninggalkan istana dan berpindah ke Batu Pahat. Jeneral Yamashita dan tentera Jepun menjadikan Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebagai markas tentera. Persoalannya, mengapa askar-askar JMF tidak berani melawan Jepun?

Begitu juga semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966), askar-askar dari Singapore Infantry Regiment seramai 25 orang telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas Indonesia pada 28 Februari 1965. Dalam kejadian itu, 8 orang askar telah terkorban manakala 5 orang tercedera. Sekai lagi, di mana askar-askar JMF dibawah pemerintahan Sultan Ismail pada masa itu yang hebat-hebat kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan negeri Johor? 

Masih relevan kah JMF? Ya, masih relevan sebagai bodyguard Sultan dan kerabatnya. Biar lah negara kena serang dengan musuh, yang penting Sultan dan kerabatnya selamat. Apa terjadi kepada rakyat jelata tidak penting. 



5. JMF juga memainkan peranan penting bagi kes-kes yang rakyat secara umumnya sudah pun tahu. Sebagai contoh rujuk kes-kes Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1973) Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1977), Peristiwa Gomez 1992 dan lain-lain lagi. Peristiwa Gomez 1992 sudah cukup menceritakan tugas JMF.

Menurut kisahnya, Douglas Gomez dipanggil mengadap di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Sultan Johor yang memukulnya dikelilingi 6 lelaki berseluar jeans dan berbaju-T serta antara 10-12 orang askar JMF. Itu satu contoh penglibatan JMF memukul rakyat, banyak lagi kes yang rakyat pun tahu. Begitu banyak jasa dan bakti JMF kepada rakyat jelata yang membayar gaji mereka.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 861x490.

Contoh jadual gaji askar JMF berpangkat Kapten


Jadi, berbalik kepada soalan Uncleseekers sama ada JMF masih relevan atau tidak - jawapannya mudah, YA!

JMF adalah perlu untuk memastikan keselamatan Sultan dan kerabatnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri, juga penting sebagai kuli batak dan bodyguard. Mungkin itu saja yang mampu dibuat kerana sejarah menunjukkan betapa pengecutnya mereka sewaktu negara betul-betul memerlukan mereka.


Kem baru JMF seluas 20.71 hektar dijangka siap 2014


Kerajaan Johor memperuntukkan RM118.7 juta untuk membina kem baru JMF di Jalan Datin Halimah, Johor Baharu harus dipuji. Biarlah rakyat menanggung perbelanjaan askar-askar yang menjaga Sultan Johor dan kerabatnya. Sebagai balasan kepada rakyat yang memberi askar-askar dan anak isteri mereka makan dan minum - mungkin akan ada lagi rakyat yang ditumbuk dan disepak terajang. Persetankan dengan rakyat, yang penting bayangan tuhan dimuka bumi ini dijaga dengan sebaik-baiknya. 


Sejarah di sekolah ditulis oleh orang-orang yang menang.

9 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Masa depan kita, agama kita dan Raja kita dalam tangan kita. Bukan dalam tangan UMNO. Itu perkara pertama kita kena faham. Hentikan dari menjadi pengikut buta UMNO. Melayu menghamba abdikan diri untuk menbiayai kehidupan mewah para pemimpin UMNO. Padan muka kita kena tipu.
    Malam ini saya berceramah di Batu Kurau Perak. Kita bantu Dato Fauzi Shaari dan calun2 ADUN lain menang kawasan2 di Perak. Supaya hak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat yang tuan sebenar benar nya. Bukan Mahathir. Bukan Reezal Merican. Bukan Azeez Raheem. Bukan mamak2 padukang ini.
    Setiap rakyat yang diperkasakan dengan hak mereka, mengimbangi tamak haloba kerajaan yang korap. Apatah lagi jika semua bertekad, kita tumbangkan kerajaan UMNO ganti dengan kerajaan Melayu yang lain. Kita yang lebih Melayu dari nama2 yang saya sebut diatas.
    Orang Melayu mesti tolak mereka yang tidak faham konsep dan amalan menjadi kerajaan yang bertanggung jawab. Kerajaan itu umpire atau pengadil bukan pemain dalam suatu pertandingan. Najib membohongi rakyat Malasia bila dia kata zaman kerajaan yang tahu serba serbi berakhir. Ia tidak berakhir malah diperhebatkan lagi. Dalam setiap urusan kehidupan rakyat, Najib mahu panjangkan tangan kerajaan. Kerajaan Najib penyibuk nombor satu! UMNO mahu jaga Melayu dari buaian ke kuburan. Konon.
    Jika zaman itu sudah berakhir mengapa beritahu perwakilan UMNO semasa PAU tahun lalu, bahawa pilihlah UMNO kerana UMNO lah yang mampu menjaga orang Melayu.
    Hoi- sejak 2008, 3.7 juta orang Melayu dari 5.7juta pengundi menolak UMNO tanpa megalami kesan buruk. Adakah kita tengok malapetaka kalau tidak pilih UMNO? Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan kerana memlih PAS diKelantan? Ada kita tengok Melayu Selangor atau rakyat lain mati bergelimpangan kerana menolak UMNO?
    Ini yang sebenarnya menakutkan UMNO. Rakyat tahu dan sedar rupa2 nya boleh ada kehidupan yang lebih baik selepas dan tanpa UMNO. Hanya UMNO yang sombong dan angkuh dan bersikap dictator sanggup menggunakan air sebagai senjata menundukkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor mesti bangkit degan tegas menolak UMNO secara total supaya kerajaan Selangor boleh menubuhkan syarikat pembekal air yang baru. itu sahaja cara nya. Ujudkan syarikat milik kerajan negeri yang membekal air kepada rakyat. Biarkan Syabas mati tidak ada pelanggan.
    Keadaan yang membenarkan kerajaan campur tangan dalam urusan sesama individu ialah apabila suatu pihak menggunakan kekerasan dan mengancam kemerdekaan peribadi individu yang satu lagi itu. Tapi dalam bab itu , kerajaan UMNO yang dikepalai oleh Najib Tun Razak gagal segagal gagal nya. Pembunuh Altantuya dan mereka yang melakukan perbuatan durjana tersebut masih bebas. Pencuri wang rakyat RM250juta masih bebas. Pencuri wang dan tanah 223 ekar diBukit Raja masih bebas. Pencuri dan perompak yang berjanji membina kapal patrol masih bebas. Pembohong yang mencuri jutaan Ringgit membeli Rapid Intervention Vehicle dengan harga yang di UMNOkan masih bebas.
    Sejarah semua kaum yang maju melibatkan penterjemahan ideal diatas kedalam kehidupan seharian. Yakni kebebasan individu mesti dipertahankan dengan gigih dan kemajuan masyarakat mesti melibatkan usaha dan proses mempekasakan kebebasan individu. Dan cara yang paling berkesan ialah memberi kebebasan ekonomik kepada inidividu dalam masyarakat. Jika individu berkerjasama antara satu sama lain tanpa paksaan dari kerajaan, ianya mengurangkan keperluan kerajaan campur tangan. Bila kerajaan campur tangan, mereka gila kuasa. Kekuatan ekonomi individu pula menjadi alat mengekang kerakusan kuasa kerajaan. Ia menyekat konsentrasi kuasa politik dan ekonomi dalam tangan kerajaan. Jika tidak, maka kerajaan akan bersikap dictator.

    ReplyDelete

  3. Yang beritahu bahawa Melayu serba serbi kekuarangan selama ini siapa? UMNO. Jenerasi orang Melayu membesar dengan fikiran bahawa mereka secara kesemulajadian kekurangan serba serbi. Jalan penyelesaian mengikut pendita dan pemikir UMNO , ialah bergantunglah kepada UMNO. UMNO akan selesai semua masaalah. UMNO itu penaung dan dari nya datang semua rezeki. UMNO itu Tuan dan orang Melayu itu hamba.
    Dalam iklim pembodohan orang Melayu macam inilah, Dato Najib boleh datang dan beritahu bahawa sokonglah UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menjaga orang Melayu. PAS, bukan UMNO yang jaga orang Melayu diKelantan dan rakyat Kelantan mempunyai kuasa beli yang tinggi.
    Apa yang ditunjukkan oleh keadaan yang demikian? Ia menunjukkan duit ada dalam tangan rakyat bukan dalam tangan kerajaan. Jika UMNO yang memerintah, keadaan sebaliknya berlaku. Duit kurang dalam tangan rakyat, banyak dalam tangan kerajaan dan kroni. Lihat sahajalah apa yang sedang terjadi kepada rakyat Melayu Johor. Kuasa beli bukan dalam tangan rakyat. Kroni perniagaan dan elit yang pegang duit.
    PR memerinta negeri Selangor hanya 4 tahun. Reseb tunai dari 300juta menjadi RM2500 juta. Boleh ambil sebahagian darinya , tidak perlu berhutang beri kembali kepada rakyat.
    Boleh kerajaan Najib menggunakan reseb tunai beri rakyat BR1M? najib hanya mampu melakukan nya dengan menambah hutang. Hutang kerajaan mencecah RM503 billion dan jika dicampur dengan contingent liabilities seperti jaminan pinjaman GLCs yang selalu nya hancur, maka kerajaan hutang lebih RM600 billion. Dalam pada itu, Najib nak menipu rakyat lagi dan berkhutbah kepada kita semua, supaya belanja berhemah. Najib menambah hutang negara 2 kaki ganda daripada hutang2 PM sebelum nya. Najib lah PM yang paling boros dalam sejarah Malaysia. Jika hutang sudah menjadi structural, maka ini ibarat badan sudah kena cancer.
    Mahukah orang Melayu dan bangsa Malaysia memperjudikan masa depan dengan UMNO. Rekod rasuah UMNO terbentang luas selama 55 tahun. Mari kita tendang mereka keluar dari Putrajaya.

    ReplyDelete
  4. umno di ambang sakratul maut.

    Hari berkabung untuk UMNO
    Beberapa hari sebelum penubuhan rasmi UMNO pada 11 Mei 1946, pertubuhan2 Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Mereka bersepakat mengujudkan satu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan melantik Dato Onn Jaafar sebagai Pengerusi, kemudian Presiden, UMNO yang pertama. Pertubuhan2 Melayu yang mewakili keseluruhan bangsa Melayu di Malaya ketika itu, bersatu menyokong penentangan Malayan Union. Salah satu tindakan yang di ambil ialah orang2 Melayu memakai lilitan putih di songkok menandakan kematian kedaulatan bangsa Melayu.
    Hari ini, orang Melayu bersugul kerana sebab yang lain. Hari ini, kita mungkin berkabung diatas kematian parti UMNO, parti yang menyelamatkan bangsa Melayu. Kita berada dalam tahap sejarah orang Melayu dimana usaha menyelamatkan parti ini, mencapai tahap yang amat penting dan getir. Ianya mesti selamatkan dari kepimpinan yang lemah, tidak cekap dan tidak dapat lagi mengawal keadaan dalam negara. Hanya beberapa orang yang taksub sahaja yang akan berkata bahawa keadaan seperti biasa. UMNO sebetulnya berada di ambang kehancuran. kenapa UMNO menerima nasib malang ini? Pada pendapat saya, sebab2 utama keruntuhan UMNO mesti di cari dalam batang tubuh UMNO itu sendiri. untuk melakukan demikian, kita mesti mempunyai jiwa merdeka yang amat tinggi dan keberanian bersuara dengan jujur. Jika sebab2 keruntuhan UMNO berpunca dari dalaman UMNO, itu mesti di perakui. jangan kita bertarung dengan kincir angin yang di sangka naga durjana.

    Selamatkan UMNO!
    Mesyuarat bahagian bahagian UMNO akan bermula tidak beberapa lagi. Perhimpunan Agung UMNO akan berlansung pada bulan Disember 2008 ini. Tengku Razali Hamzah sudah pasti menawarkan diri untuk memimpin UMNO. UMNO mesti di selamatkan daripada kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Sementara, sebahagian besar kelemahan UMNO berpunca dari kelemahan kepimpinan peribadi Pak Lah sendiri, kepimpinan tertinggi UMNO mesti turut sama memikul tanggung jawab kelemahan UMNO. UMNO juga mesti diselamatkan dari tangan mereka.
    Aneh nya, hari ini, rata rata ahli UMNO sudah tidak teruja untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat bahagian. The running joke atau jenaka yang tersibar hari ini, ialah bilakah kita semua mahu keluar dari UMNO?. TUn Mahathir adalah hero bangsa Melayu. dia menunjukkan jalan kepada semua orang. walaupun ianya jenaka , tapi ini mengambarkan betapa ingin nya ahli UMNO kembali kepada kepimpinan yang berani, tegas, teguh dan bersungguh. UMNO sebenarnya memerlukan seorang lagi Tun Mahathir atau pemimpin yang ' made of sterner stuff'.Dan kita tidak perlu menghadkan pandangan kita kepada the present crop of incompetent leaders. Secara peribadi, saya merasakan ianya mungkin gabungan Tengku Razali dan Muhyidin Yassin. Tun Mahathir silap dan Tun mengakui nya, dalam pilihan nya keatas Pak Lah. Ada keberangkalian juga bahawa mungkin Tun juga silap dengan pengharapan yang di taruh diatas Dato Najib Tun Razak. atas basis apa pengharapan ini di buat? najib tidak menunjukkan apa apa selain dari jiwa yang tunduk. seperti kata Tun sendiri, Najib seorang penakut. Tun mesti tahu kerana Tun merupakan boss kepada Najib dahulu. saya sendiri menyifatkan Najib sebagai political invertebrate.
    Tengku Razali telah membuktikan bahawa dia konsisten dengan kemerdekaan jiwa dan tidak terikat dengan kebijaksanaan konvensional pimpinan UMNO hari ini. kebijaksanaan konvensional atau conventional wisdom yang merasakan there is nothing wrong within UMNO or its leadership. sebaliknya, mereka terus menyalahkan faktor2 luaran sebagai penyebab keruntuhan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Muhyidin Yassin telah menunjukkan kesediaan dan keberanian 'of distancing himself with the current docile thinking' dalam UMNO hari ini. dalam keadaan bejat yang di lalui oleh UMNO sekarang, kita memerlukan kepimpinan seperti ini.

    Rawatan Dr Najib.
    Adalah ironik suatu masa dulu, 'Dr'. Najib Tun Razak berkata, ini tahun merawat Kelantan. PAS telah menangkis tawaran rawatan tersebut dengan mendedahkan sakit yang ada dalam parlimen Pekan. satu masa nanti, kita akan dedahkan apa yang ada di Pekan. Hari ini yang sakit tenat ialah UMNO. Malah, kain kafan sudah di sediakan. para ustaz ahlus sunnah wal jamaah bersedia untuk mentalqinkan UMNO. Walaupun para ustaz dari fahaman Wahabbi tidak mahu mentalqinkan UMNO, mereka pun turut suka menguburkan UMNO tanpa susulan talqin. tidak perlu tahlil. tanam seperti tanam bangkai. cara mana pun, UMNO hampir mati. kematian UMNO disebabkan kepimpinan yang lemah dan incompetent.

    Kepimpinan UMNO.
    kepimpinan Pak Lah di serang bertubi tubi. Anehnya, serangan ini di terima oleh rakyat sebagai wajar. bukan kerana mereka benci Pak Lah. Ok lah, saya hanya menyebut ini kerana ianya politically correct to say so sedangkan sebenarnya, ramai ahli UMNO meluat tengok Pak Lah. Rakyat melihat Pak Lah sebagai incompetent bungling fool yang tidak dapat mengawal persekitaran nya. UMNO tidak berdaya membersihkan diri nya sebagai bebas dari cengkaman budak budak tingkat 4 atau pun mengawal meriam meriam liar dalam parti. kerana itu, pimpinan UMNO bercanggahan sesama sendiri.
    UMNO janganlah melihat masaalah dalaman sebagai masaalah UMNO per se. masaalah dalam UMNO bererti masaalah dalam parti komponen BN. Bila UMNO lemah, ia akan menghantar isyarat bahawa parti lain boleh membuat desakan yang lebih agresif. parti komponen lain akan melihat adanya pilihan lain daripada UMNO. JIka UMNO cannot put its house in order, besar kemungkinan ini akan berlaku. parti2 komponen yang merupakan the BN's weakest link akan cenderung ke arah itu dan melakukan perkara mengikut suara hati atau conscience. malah kita sudah pun melihat beberapa pimpinan Gerakan melakukan ini.
    Rakyat juga meluat tengok Najib. Najib sebagai presiden UMNO menjanjikan perkara yang serupa dalam jumlah yang lebih.Apa yang UMNO perlukan hari ini, ialah rombakan ke akar umbi, pencetusan misi perjuangan yang baru dan barisan pemimpin yang komited melaksanakan nya. Jika pak lah mengundur diri memberi laluan kepada Najib, tidak ada jaminan bahawa keadaan UMNO akan berubah.
    Ahli UMNO dan bangsa Melayu yang berteduh di bawah UMNO mempertanggungjawabkan Pak Lah. Pak Lah kena dengak kami, jangan dok dengak depa yang menjilat tangan Pak Lah dan bahagian anatomi Pak Lah yang tidak di sinaq matahari!. jika tahun 2004, Pak Lah ketawa besaq menikmati kemenangan yang terbaik dalam sejarah UMNO, maka kali ini, Pak Lah jugalah yang menanggung kesalahan malang yang menimpa UMNO. UMNO menerima kekalahan yang paling teruk dalam sejarah nya dan hilang kawalan 2/3 suara dalam parlimen. UMNO berada dalam ledakan yang lebih hebat dari letupan C4!. Keadaan tidak di perabaiki kerana UMNO di penuhi dengan bozos yang tidak tahu punca kekalahan UMNO.

    ReplyDelete

  6. mari kita lihat komedi yang berlaku. ada yang mengeluarkan suatu laundry list atau senarai dhobi faktor faktor yang menyebabkan UMNO kalah. Cuba kita lihat penjelasan yang di beri oleh pemikir2 UMNO. Antara nya:- UMNO kalah kerana pemimpin UMNO memberi penyapu kepada seorang pegawai yang cuai dan incompetent. kalau di negeri China, pegawai ini kena tembak. jadi mengapa isiu penyapu boleh membawa padah kepada UMNO? adakah pimpinan UMNO merasakan lebih wajar dan tidak menjadi liability politik, kalau pegawai yang incompetent tersebut di tembak? Ianya tidak memerlukan minda seorang saintis ilmu roket untuk mematahkan hujjah ini. kenapa di negeri yang tidak berlaku episod menyerah penyapu, UMNO turut kecundang? UMNO kalah kerana kovil Hindu di roboh. mengapa dalam negeri dimana tidak ada kovil yang di roboh, UMNO turut kecundang? malah di dalam negeri yang tidak ramai orang India, UMNO tetap kalah. UMNO kalah kerana kritikan Tun Mahathir Mohamad. Helo- Tun Mahathir tidak lagi PM atau presiden UMNO. UMNO sebenarnya kalah, kerana orang Melayu benci cara pimpinan UMNO hari ini memperlakukan bekas pemimpin yang di sanjung oleh majoriti orang Melayu. Musa Hitam tidak sabar untuk melabelkan Tun Mahathir sebagai duri dalam daging. Duri dalam daging inilah yang menjadikan Malaysia yang hari ini kita nikmati. ertinya, tanpa Musa bin Hitam dan konco2 nya, Malaysia tetap boleh. Pada pendapat saya, UMNO mula hancur apabila UMNO bahagian di larang daripada menjemput Tun Mahathir berucap. Bayangkan kekurangajaran pimpinan UMNO hari ini- bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO selama 22 tahun tidak di benarkan untuk berucap dalam majlis UMNO? Hoi- separuh kepala Mahathir bersamaan dengan semua kepala otak pimpinan UMNO yang ada hari ini. Otak Najib sendiri umpama baby carrot.
    Pimpinan UMNO biadab dan kurang ajar dan tidak memuliakan Tun Mahathir dengan cara yang bersopan. mengapa kita menghina mantan presiden UMNO iaitu seorang dari kalangan kita sendiri dengan melepaskan rottweilers untuk menyalak akan Tun Mahathir? apabila Mahathir di serang oleh benggali Karpal Singh, tidak seorang pun pimpinan UMNO mempertahankan Tun. termasuk Najib Tun Razak, the father of all opportunists. Ada juga yang mengatakan bahawa UMNO kalah kerana Tun Mahathir telah mengujudkan perkara perkara yang memudharatkan UMNO. jika demikian, kita ada masa dari 2004 untuk membetulkan keadaan. tapi kita di buai oleh mimpi indah yang mengkhayalkan. Adakah pimpinan UMNO kita tidur?
    kecuali mereka yang buta, hakikat nya UMNO kian hampir maut. Rata rata nya menyalahkan Pak Lah kerana prestasi UMNO yang paling buruk dalam sejarah. UMNO hilang kuasa dalam 5 negeri. Calun UMNO hanya mendapat 2.4 juta undi. Jumlah ahli UMNO ialah 3.5 juta. Ertinya, 1.1 juta ahli UMNO tidak menyokong calun UMNO. UMNO bertanding 109 kerusi parlimen dan menang hanya 79 kerusi. Orang yang paranoid tanya, seperti di nyatakan oleh Bernard Lewis- keadaan yang bejat ini siapa yang bikin? orang yang rasional tanya- apa yang menyebabkan UMNO jadi begini.

    ReplyDelete
  7. The Root of the problem.
    Pokok masaalah UMNO ialah kepimpinan nya. namun bukanlah kita memaksudkan bahawa Abdullah Badawi sahaja yang bertanggung jawab diatas nasib malang UMNO. kesalahan nya mesti di pikul oleh keseluruhan pimpinan UMNO, dari peringkat cawangan sehingalah ke peringkat atasan. terutama oleh peringkat atasan. kerana mereka yang membuat dasar dan menjalankan wawasan UMNO, barang apa sahaja yang di fikirkan. maka oleh yang demikian, kesalahan besar nya mesti di pikul oleh kepimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat, kepimpinan UMNO di peringkat bahagian di bahagian masing masing.
    UMNO tiada ideoloji.
    untuk sekian lama, pimpinan UMNO bangga kerana parti keramat ini tidak mempunyai ideoloji. Bagaimana sebuah parti politik boleh panjang umur tanpa isian perjuangan? lebih mendukacitakan, bagaimana UMNO boleh panjang umur jika isian perjuangan tidak di suarakan dengan jelas, berani dan tegas? . Pimpinan UMNO bacul menyuarakan kepentingan orang Melayu. Sejak bilakah pihak majoriti di tundukkan oleh tyranny minority seperti yang berlaku hari ini? kaum cina dan india nampak nya mendapat simpati dari masyarakat dunia, sedangkan orang Melayu yang merupakan majoriti dalam negara ini, nampak bertahan.
    pemimpin kita lemah dalam fikiran mereka, kerana membiarkan UMNO berfungsi tanpa roh perjuangan. pilihanraya umum ke 12 membuktikan kecelakaan yang menimpa jika tidak ada ideoloji. ideoloji UMNO mesti bersandarkan kebangsaaan Melayu. ia mesti mengartikulasikan secara berkesan dan dengan penuh keyakinan, semua yang terhampir dengan bangsa Melayu. agama mereka, bangsa, budaya dan bahasa mereka dan tanah air untuk bangsa Melayu. tanpa ini semua, maka UMNO itu kosong.
    semua orang tahu fungsi universal seorang pemimpin dan kepimpinan. pun begitu, kerana pimpinan UMNO ramai yang bebal, elok kita mengulangi nya. ianya ialah mencetuskan wawasan yang jelas mengenai hala tuju bangsa Melayu dan mengembelingkan usaha dan komitment yang serius daripada semua pihak untuk mencapai nya. fungsi universal ini di ketahui semua mereka yang mempratikkan ilmu kepimpinan. bolehkah pencetusan ini di lakukan dengan lemah lembut? jawab nya, secara pratikal, mengartikulasikan kepentingan bangsa Melayu memerlukan ketegasan dan keberanian. jika tidak, sepanjang jalan, kesahihan kepentingan Melayu akan di persoalkan. dan ia mula di persoalkan ketika Lee Kuan Yew mempertikai pengakuan bahawa orang Melayu penduduk asal negara ini! cabaran tersebut, sejak dari itu tidak di jawab secara serius oleh pimpinan UMNO. kerana mereka tidak mempunyai kebolehan minda untuk menjawab cabaran pihak lain. Mempertahankan kepentingan, menagartikulasikan nya dan mengembangkan nya memerlukan kebolehan dan kepandaian. ini syarat yang sejagat yang hanya tidak disedari oleh Najib Tun Razak.


    ReplyDelete
  8. Dato Najib merasakan UMNO hanya perlu pemimpin yang tahu hadhir kenduri dan lawat orang mati. jika ini nilai yang Najib pegang, maka kita tidak rasa hairan Malaysia terpaksa melepaskan pulau batu putih. sementara Singapura menghantar pasukan top guns yang di ketuai oleh Hakim Besar Singapura untuk menunjukkan kesungguhan mereka, Malaysia hanya hantar pasukan yang tahu hadhir kenduri dan lawat orang mati. itu falsafah Najib. dan orang ini kita harap memimpin negara?
    sayang nya, fungsi asas kepimpinan jadi kabur dalam tangan pimpinan UMNO. kenapa? pertama kerana pimpinan UMNO meremehkan kesungguhan melaksanakan fungsi ini. cara mereka meremehkan nya antara lain ialah mempersendakan kemestian mempunyai kepimpinan yang competent. kemucak kebobrokan sendaan ini datang dari Dato Seri Najib Tun Razak apakala dia mendeklarasikan bahawa UMNO tidak memerlukan barisan pimpinan yang mempunyai digri. UMNO hanya memerlukan pimpinan yang boleh dan rajin pergi kenduri dan melawat orang mati. bolehkah kita menaruh keyakinan kepada kebolehan seorang pemimpin yang mempunyai fikiran seperti ini? dan aneh nya, ramai mereka yang 'untutored' mengenai kebolehan Najib menyifatkan anak Tun Razak ini sebagai accomplished person. accomplished compared to whom?
    Amat memelikkan dan mengajaibkan parti yang memperjuangkan demokrasi, tidak mempratikkan demokrasi. selama 62 tahun, UMNO tidak berubah. sistem memilih pemimpin nya masih cara lama. walaupun dengan kemajuan komputer dan peningkatan pendidikan, UMNO masih memilih pemimpin nya cara lama. bermula dari cawangan, memilih pemimpin bukanlah suatu proses yang serius. cara nya ialah mengangkat tangan. sedangkan prinsip pengundian yang paling asas, ialah ianya suatu rahsia. dan banyak sebab mengapa ia mesti di rahsiakan terutama dalam masyarakat kita. orang Melayu tidak selesa dengan pernyataan pilihan secara terbuka kerana memelihara air muka. jika pengundian di lakukan secara rahsia, ini akan mengelakkan bermasam muka. kadang kali, pemanggilan untuk bermesyuarat tidak di lakukan mengikut perlembagaan. ketua UMNO cawangan dan pakatan nya mahu mengekalkan kuasa. kerana itu mereka bersidang sesama sendiri. malah ada yang buat di rumah ketua cawangan di sahkan oleh wakil bahagian yang sebulu dengan mereka.

    ReplyDelete
  9. Hal ini di pandang sepi oleh pimpinan pengurusan UMNO bahagian. tapi apa kah yang boleh kita harapkan jika SU Bahagian hanya lulus darjah 6? UMNO mesti memandatorikan pengundian secara rahsia dan mengharamkan persidangan di rumah sendiri. pentadbiran UMNO mesti menyediakan kertas pengundian kepada setiap perwakilan yang hadhir dan membenarkan mereka mencatat siapa yang mereka mahu memimpin UMNO cawangan.dari cawangan kita memilih perwakilan. itu juga di lakukan secara di permudahkan. sedangkan kita mahu membentuk kepimpinan UMNO yang komited terhadap memperjuangan kepentingan Melayu. pemilihan wakil cawangan ke bahagian mesti juga di lakukan secara rahsia.
    hanya di peringkat bahagian, peraturan mesyuarat di ikuti. kadang kadang tidak di ikuti. kompromi di lakukan atas alasan permuafakatan dan harmoni. namun, walaupun harmoni di istiharkan, keadaan dalam UMNO tidak pun aman dan damai. ertinya, ianya tidak menjadikan perubahan apa apa, jika alasan harmoni di ketepikan.
    keseluruhan proses pemilih pimpinan UMNO rosak sebermula nya kerana menyekat kemunculan pimpinan yang berani, telah di uji, tegas dan komited. pemilihan melalui sistem geng sebulu, hanya menghasilkan pimpinan lembik yang mementingkan diri sendiri dan kempentingan kumpulan. pemilihan wakil cawangan secara main main, mengukuhkan lagi pengekalan kepimpinan yang lemah. dan secara umum nya, pemilihan di peringkat bahagian dan penentuan wakil bahagian ke persidangan UMNO yang di kawal oleh ketua bahagian, menjamin hanya suatu jenis perwakilan di pilih. jenis ini ialah jenis yang menerima kebejatan UMNO tanpa penyuaraan dan bantahan. pada masa berlakunya, pemilihan di peringkat pusat, ketua bahagian akan menentukan siapa boleh di calunkan dan siapa tidak. sebagai contoh, di UMNO bahagian Pekan, apa Najib Tun Razak mahu, dia dapat. Najib hanya cakap besar mengenai demokrasi. jika betul, mari kita mulakan dengan mengamalkan demokrasi di UMNO bahagian Pekan. benarkan pencalunan jawatan tertinggi UMNO secara rahsia.
    UMNO hari ini mempunyai kepimpinan yang lemah. simbol kepada kelemahan ini ialah Pak Lah sendiri. sebagai seorang personaliti, Pak Lah memang orang yang lemah dan lembut. Tapi ini kualiti tidak releven untuk memimpin parti yang mempunyai 3.5 juta ahli dan rakyat yang berjumlah 26 juta. fungsi asas seorang pemimpin ialah memimpin. ini memerlukan ketegasan dan halatuju yang terang. kita bukan disini untuk mencipta semula roda yang sudah ada. tugas kita bukanlah untuk merombak semula legasi Tun Mahathir Mohamad. merombak semula bukan kerja pimpinan yang matang kecuali desakan merombak semula datang dari jiwa anak muda. desakan dan obsesi merombak apa yang sudah di ujudkan mesti datang dari golongan muda atau kuasa baru yang akan muncul.

    ReplyDelete