"Sebelum tu, kakak suka kalau Badrol berterus terang" Kata Azizah.
Badrol terdiam seketika, seakan kurang faham apa yang dimaksudkan Azizah.
"Begini Badrol.... Kakak nampak Badrol dan Yanti sesuai sebagai pasangan hidup. Tak ke begitu Badrol ?" Kata Azizah.
Badrol tersenyum kerana seakan tak menyangkan Azizah kata begitu pada Badrol yang malu-malu kucing tu.
"Tapi kak, Badrol risau kalau cinta Badrol tak berbalas" Kata Badrol ringkas.
"Apa maksud Badrol ? Tak berbalas ?" Kata Azizah.
"Yer, sepanjang Badrol kenal Yanti, dia sering menolak kalau diajak berbual pasal cinta. Apatah lagi cerita pasal nak jadikan sebagai pasangan hidup" Kata Badrol.
Aziazah senyap seketika kerana tekaannya tak berapa tepat. Dia sangka Yanti dan Badrol sedang bercinta, rupanya bukan begitu. Azizah terdiam seketika dan memikirkan yang cinta Yanti pada Mat Burger tu masih kuat. Tapi sikit pun Azizah tak cerita pasal Mat Burger pada Badrol, bimbang Badrol tawar hati. Kemudian Azizah berkata.
"Badrol taknak masuk meminang Yanti ?" Kata Azizah
"Meminang ? Haha... mengarutlah. Persetujuan dari Yanti pun belum, takkanlah nak masuk meminang". Kata Badrol.
Terdiam sekali lagi Azizah, betul juga. Nanti boleh jadi malu rombongan meminang kalau pinangan ditolak. Orang sekarang meminang bukan macam orang tua lama. Dulu lain, dulu main pinang-pinang saja kalau berkenan. Kekadang perempuan tak kenal pun bakal tunang, cuma tengok gambar saja.
Pertemuan Azizah dan Badrol hari tu seakan tidak ada yang dapat dibawa balik. Azizah buntu juga dan macam kurang berjaya juga untuk membuka jalan supaya menjodohkan Badrol dan Yanti. Cuma Azizah masih berharap kalau Badrol dan Yanti lama kelamaan akan semakin rapat dan bercinta, kemudiannya berakhir di pelamin. Entah bila, lama ke sekejap, itu tak tahulah.
Keadaan Fuad terus koma dalam seminggu tu. Dia dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur. Walaupun dekat, Yanti lansung tak jenguk. Sebulan lepas tu, Fuad dibenarkan keluar tetapi dia tak boleh berjalan. Kedua-dua kaki dan tangannya yang patah masih belum sembuh. Percakapan Fuad sudah bukan macam biasa lagi, kesan kecederaan pada kepalanya. Fizikal Fuad sudah banyak berubah, dari seorang lelaki yang garang dan bengis, sekarang jadi pendiam kerana perkataan yang keluar dari mulutnya sudah seakan tidak difahami orang lain. Kekadang terutama semasa tidur, Fuad sentiasa meracau, mungkin akibat kesan kecederaan di kepalanya.
Cikgu Syikin dan Man masih meneruskan hubungan intimnya setiap hujung minggu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Syikin ada cerita pada Syira yang dia jumpa Man di JB tapi tak cerita lebih dari itu. Oleh kerana rapatnya Syira dan Syikin di sekolah, Syira tidak ada rasa marah lagi pada Syikin dan Man.
Keputusan perperiksaan SPM dan STPM akan diumumkan serentak beberapa hari lagi. Syira sudah berhenti mengajar sebagai guru ganti sebab tiada kekosongan lagi. Nizar pun sudah balik kampung seminggu lebih awal dan berhenti sekejap menjual burger. Hampir setiap malam Syira dan Nizar solat hajat, moga dikabulkan cita-cita untuk dapat kejayaan yang besar dalam peperiksaan mereka. Tidak ketinggalan, Syira dan Nizar mohon doa semoga abangnya bahagia dunia akhirat dan mendapat dijodohkan dengan seorang isteri yang baik.
Hari keputusan SPM dan STPM pun tiba. Nizar dan Syira naik moto kapcai ke sekolah pagi-pagi lagi. Mulanya Syira tertanya-tanya, di mana cikgu Syikin ? Mungkin ada kelas. Bila masuk ke bilik guru, seluruh guru ucapkan tahniah pada mereka. Syira dan Nizar hairan juga sebab masih belum tahu keputusannya. Berdebar sungguh rasanya bila masuk ke pejabat tu.
Bila tengok keputusan, yahoooooo, sungguh menakjubkan. Keputusan itu di luar jangkaan sekali, kejayaan luar biasa buat Nizar dan Syira. Betul, mereka pelajar paling cemerlang dalam STPM dan SPM. Sejarah tercatat kepada kedua-dua adik beradik itu. Nizar dan Syira berpelukan sambil diperhatikan dengan gembira oleh guru dan beberapa pelajar lain.

"Nizar... Kakak nak telefon abang Man dulu. Nak sampaikan berita gembira ni" Kata Syira sambil keriangan.
Baru saja Syira nak telefon Man, dia dihampiri dan diserbu kawan-kawannya yang mengucapkan tahniah padanya. Sehingga Syira terlupa nak telefon Man kerana sibuk melayan kawan-kawan dan guru-guru. Lepas tu, Syira dan Nizar melangkah ke luar pagar menuju motosikal yang diletakkan dekat dengan pintu masuk pagar sekolah. Tiba-tiba, Syira dan Nizar terkejut, terkejut yang amat sangat.....Kenapa terkejut ?

Dilihatnya Man dan Cikgu Syikin berdua menyambut Syira dan Nizar dengan senyuman di luar pintu pagar sekolah. Syira dan Nizar terdiam, terkejut dan terpaku.
"Tahniah !" Kata Cikgu Syikin. Man pun turut senyum bersebelahan Syikin.
Man pula tak kata apa-apa terus tersenyum keriangan. Syira tak jawab lagi, dia masih tertanya-tanya. Kenapa Man ada di situ ? Kenapa balik di kampung tak singgah rumah ? Yang sangat menghairankan, Cikgu Syikin dan Man bajunya sama warna iaitu biru tua. Syira tahu, itu baju baru Man sebab dia tahu semua baju lama Man. Apa ini semua yer ? Sungguh hairan.
Syira dan Nizar memeluk Man sambil menangis, menandakan kepuasan yang amat sangat atas kejayaannya. Selepas itu Syira memandang ke arah Cikgu Syikin dan Syira masih tertanya-tanya kenapa ada bersama Man di situ, baju pun sama. Kenapa ? Sungguh menghairankan.

Penulis Cerita "kisah penjual Burger" apa kesudahan di episode 50 nih...please la buat sambungan nyer.....aku baca sampai dah takde nak d baca....sangat sedih cerita nih....especially watak Man,Yanti....please ... mazreemi@yahoo.com add my FB.....
ReplyDeleteSalam, insyaAllah akan disambung lagi harap sabar ...
ReplyDelete