Yanti masuk ke bilik semula. Nampaknya hasrat dia nak keluar malam tu kira tak jadilah. Rakannya sudah tidur dan berselimut, tentu dah penat sangat. Yanti duduk di atas kerusi dan kalau nak buka tv, rasa boleh ganggu tidur kawannya pulak. Yanti tengok nombor-nombor telefon kawan lamanya di JB terutama yang satu pejabatnya dulu. Nombor itu Yanti masih simpan dan Yanti rasa nak sms mereka, nak beritahu Yanti ada di JB sekarang. Tapi sekali lagi fikir, rasa macam tak perlu pulak, lagipun Yanti datang ada kursus yang aturcaranya padat di hotel tu. Yanti rasa boring sangat malam tu, nak tidur, malam masih awal. Biasa kat rumah, Yanti tidur paling awal pun pukul 11.00.
Badrol mulanya tak tahu yang Yanti ke JB, sedikit pun Yanti tak beritahu. Dari semalam, panggilan dan sms Badrol pada Yanti tidak berbalas. Akhirnya Badrol tahu juga Yanti buah hatinya itu ke mana. Bila panggilan kepada Yanti tak berjawab, Badrol telefon kakak Yanti, Azizah. Azizah pun beritahu yang Yanti ada kursus di JB. Timbul rasa cemburu pada Badrol bila tahu Yanti ke JB. Tambahan pula, Badrol fikir, apa perlunya nak berahsia kalau nak ke JB, beritahu pun tak apa. Perasaan seorang yang menaruh perasaan terhadap orang lain sememangnya begitu. Bukan nak mengongkong, tapi kalau boleh nak tahu buah hati dia ke mana.
Pada Yanti, dia tak mahu diganggu sepanjang dia di JB. Selain berkursus, Yanti anggap sebagai satu percutian percuma dan untuk mencari ketenangan di JB tu. Yanti sedang melayan perasaan dan mengingati kenangan lamanya di JB. Yanti rasa tak mahu ada gangguan dari Badrol.
Badrol terus rasa syak dan rasa cemburu pada Yanti. Tak payahlah nak korek rahsia Yanti, telefon dan sms dah tak berjawab. Selama ini pun Badrol dan Yanti kira rapat juga, tapi bila disentuh bab percintaan, Yanti nampaknya mahu mengelak. Badrol tak boleh tidur malam tu dan memaksa dirinya menelefon Azizah sekali lagi. Memang tak sesuai menelefon seorang yang bergelar isteri dan ibu pada malam-malam tu, tapi Badrol telefon juga.

"Kak, Yanti ada cakap dengan kakak apa-apa ker sebelum ke Johor ?" Tanya Badrol. Azizah semacam pelik dengan pertanyaan itu.
"Tak ada apa, cakap biasa-biasa saja. Kenapa Badrol ?" Kata Azizah.
"Tak kak, nak tanya sikit boleh tak, kak ?" Kata Badrol.
Hairan juga Azizah. Azizah kemudiannya masuk ke bilik dan meninggalkan suaminya di ruang tamu supaya suaminya tidak dengar perbualan itu. Azizah sudah rasa ada sesuatu yang Badrol nak tanya.
"Kak, masa Yanti di Johor dulu, Yanti ada teman lelaki istimewa ker ?" Tanya Badrol.
Pertanyaan itu sememangnya menjadikan Azizah serba salah dan sedikit melatah. Terlitas di fikiran Azizah, mungkin juga Yanti yang cerita sendiri pada Badrol, mungkin juga.
"Erggg, kenapa tanya soalan ni Badrol ?" Kata Azizah.
"Tak ada apa kak, tanya saja. Rasanya macam dia dah ada teman lelaki. Betul ker ?" Kata Badrol.
Azizah terdiam seketika, serba salah dibuatnya. Pada Azizah, nak berterus terang salah, tak beritahu pun macam ada salah juga. Kemudian Azizah jawab.
"Macam ni Badrol......Itu dulu masa kat JB, sekarang dah tak ada" Kata Azizah.
Mendengar kata Azizah itu, perasaan Badrol terus berubah. Keceriaannya sudah bertukar, suaranya pun sudah mula sebak. Muka Badrol dah jadi pucat.
"Okey, tak apa kak. Badrol saja nak tahu saja". Kata Badrol dengan suara yang agak mengeletar. Kemudian perbualan mereka berakhir di situ. Badrol tidak dapat meneruskan perbualan itu.
Di ruang tamu, suami Azizah bertanya sesuatu.
"Siapa yang telefon ? Badrol ker ?". Tanya suami Azizah.
"Yer, Badrol". Jawab Azizah ringkas.
"Pasal apa tu ?". Tanya suami Azizah lagi.
"Errggg....adalah cerita sikit" Jawab Azizah, seolah mahu berahsia lagi, tapi nampaknya macam dah tak boleh berahsia pada suaminya.
"Pasal apa ? Pasal Yanti ker ?" Kata suami Azizah.
"Erggg... yer" Jawab Azizah seakan menggelabah sikit.
Suami Azizah terdiam seketika sambil baring menonton tv. Azizah duduk di sofa mengadap tv. Anak-anak mereka masa itu sedang di bilik masing-masing.
"Kenapa kita tak jodohkan saja Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata suami Azizah sambil meperlahankan suara tv . Perkataan itu mengejutkan Azizah sehingga Azizah tak dapat berkata-kata.
"Sampai bila kita nak tahan jodoh Yanti tu.... Kalau dia dah suka sama suka, kenapa perlu kita nak halang ?". Kata suami Azizah. Azizah terdiam lagi, kemudian jawab juga.
"Abang.... kita nak tengok Yanti bahagia dalam perkahwinannya. Sebab tu kita nak ambil tahu juga siapa bakal suami dia. Ramai-ramai lelaki, kenapalah Mat Burger tu yang dia pilih ? Yanti kan cantik, ada ramai orang nak berkenalan. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari Mat Burger tu, tapi Yanti tolak". Kata Azizah.
" Sekarang siapa nak kawin ? Yanti ke orang lain ? Boleh ker perasaan seseorang itu diubah dan kita pula yang menentukan perasaan cinta mereka ? Ingat senang ker" Kata suami Azizah.
" Yer betul. Tapi Yanti kenalah pandang banyak perkara, jangan disebabkan cintakan seseorang sampai membelakangkan keluarga. Lelaki tu nanti akan jadi sebahagian dari keluarga kita juga. Kalau Yanti kawin dengan Mat Burger tu, nanti ada masalah, kita juga dia cari. Ingatlah, perkahwinan ini bukan sekadar main-main. Yanti belum matang dalam hal ini". Kata Azizah, suaranya sudah mula tinggi.
"Janganlah kita pandang rendah pada Yanti. Betul dia adik bungsu tapi jangan anggap dia tak matang. Dia pun belajar sampai universiti juga dan kerja pegawai kerajaan, takkanlah dia tak matang lagi.... Kenapa kita pandang rendah pada Mat Burger dan orang-orang yang kerja biasa. Seolah-olah kita dan keluarga kita rasa berada dalam kedudukan tinggi." Kata suami Azizah.
"Tak, saya dan adik beradik saya tak pernah pandang rendah pada Mat Burger, tidak". Kata Azizah menyampuk.
"Azizah...dari mula lagi abang dah tak setuju kita adik beradik menentang jodoh Yanti dengan Mat Burger tu. Sebab tu abang tak mahu masuk campur dalam hal ini.....Kita belum sempat tanya latar belakang Mat Burger tu. Bagaimana keluarga dia, ibadat dia, ekonomi dia, pergaulan dia dan sebagainya. Terus kita tolak tanpa usul periksa disebabkan dia Mat Burger. Patut ke begitu..." Kata suami Azizah.
Azizah terdiam dan mula mengesat-ngesat air mata. Dia tak mahu melatah dengan mengeluarkan perkataan yang boleh memulakan pertengkaran. Dia dah faham dengan suaminya itu, kalau jadi pertengkaran sudah tentu suaminya saja yang nak menang. Kekadang pertengkaran kecil boleh berlarutan hingga dua tiga hari. Maka berdiam diri adalah baik bagi Azizah. Suaminya meneruskan kata-kata.
"Azizah...Abang bukan datang dari keluarga kaya. Mak ayah abang dulu kerja kampung yang tak seberapa. Abang cukup sensitif kalau seseorang dihina kerana pekerjaannya. Kita yang hidup senang ni belum tahu lebih mulia dari mereka. Tak kiralah dia kerja apa, tukang pungut sampah ker, cuci longkang ker, penjaja tepi jalan ker, janji dia cari rezeki cara halal. Bukan dia perompak atau hisap dadah. Di sisi Allah Taala, belum tentu kita ni lebih mulia dari mereka. Mungkin kita ni yang lebih hina. Ingat, hari ini orang pandang mulia pada kita, tapi esok lusa belum tahu...." Kata suami Azizah.
Azizah terus diam walaupun kalau dia nak jawab, dia banyak benda nak jawab.
Jam 10.00 malam, Yanti baring dan cuba untuk tidur tapi seakan tak boleh tidur. Perasaan Yanti meronta-ronta mahu keluar ronda-ronda malam itu. Pada Yanti, kalau di JB pukul 10 tu perkara biasa kalau nak keluar. Paling tidak pun, dia dapat tengok gerai burger Man dari jauh. Itu pun sudah cukup untuk malam itu.
Yanti salin baju semula dan keluar dari bilik menuju ke tingkat atas di tempat letak kereta. Ke mana Yanti pergi ? Adakah rancangan Yanti nak keluar itu adalah yang terbaik ? Lagi satu, jadi atau tidak Yanti keluar ni ?

No comments:
Post a Comment