Azizah seakan panik melihat Yanti terus menangis dalam kereta. Tak lama kemudian, mak dan kakak iparnya, iaitu isteri Kamal datang ke kereta memenangkan Yanti. Yanti yang dari tadi mengunci diri dalam kerta akhirnya reda, dia masih waras, belum gila lagi. Yanti memeluk ibu dan kakaknya. Azizah mengajak Yanti balik ke rumahnya di Shah Alam tapi Yanti kata dia nak balik Gombak seorang diri. Walaupun berat, kakaknya terpaksa melepaskan Yanti bawa kereta seorang diri dalam keadaan yang nampak reda sikit. Yanti terus ke rumah sewanya.
Sampai di rumah sewa, Yanti nampak ada seuatu kekosongan dalam rumah tersebut. Keadaannya sangat berbeza kerana ketiadaan Nani, kawan baiknya yang baru kawin. Kawan-kawan lain, nampaknya tak ada di rumah, kalau ada pun biasa duduk di bilik mereka saja, lagi pun jarang nak berbual. Yanti yang belum makan tengahari dari tadi, pergi ke dapur makan roti saja. Itu sudah cukup untuk dia hari ni. Yanti masih mengeluarkan air mata sambil makan. Dia keseorangan sekarang, tiada siapa nak pujuk.
Yanti teringat masa dia sedang hangat bercinta dengan Man di JB, Yanti kuat merajuk. Pernah mereka bergaduh dalam telefon, semalaman bergaduh itu Yanti tak dapat tidur. Ingatkan macam dah putus hubungan, tapi esoknya Man telefon dan pujuk Yanti dan baik semula. Suatu hari tu mereka gaduh pasal Yanti kata Man tak ada masa untuknya, tapi ada masa untuk burger kesayangan Man. Yanti sampai kata, kalau Man sayangkan burger Man, Man kawinlah saja dengan Minah Burger. Yanti tengah beragin hari tu sampai dia keluarkan kata-kata macam tu. Yanti terus tutup telefon hari tu, tapi bila dia buka telefon, dia baca sms Man, hati Yanti terpujuk jua. Man adalah permata hatinya waktu itu, tapi sekarang ?
Yanti rasa dirinya kosong yang amat sangat. Dia terus menangis sehingga tidak keluar air mata lagi. Kali ini bukan menangis kerana ayahnya terlantar di hospital tapi menangis sebab perasaan marah dan benci pada abangnya Fuad. Malam itu, tidur Yanti tak lena, perbualan dan pertengkaran dengan abangnya itu mengganggu tidurnya. Tapi Yanti tak boleh ke mana juga, dia terpaksa tempuh hari esok dan seterusnya dengan kesabaran.
Syira dan Nizar menduduki STPM dan SPM hari Isnin itu. Sampai di pintu sekolah, cikgu Syikin menyambut kehadiran pelajar-pelajar. Terkejut juga Syira dan Nizar, tak disangkanya cikgu Syikin mainkan peranan seperti itu sebab hari tu dah cuti sekolah. Syira dan Nizar bersalaman dengan cikgu Syikin. Kehadiran cikgu Syikin ini benar-benar memberi semangat pada Syira dan Nizar untuk menjawab soalan perperiksaan.
Man masih berbelah bagi walaupun dia kata keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Yanti adalah muktamad. Tapi hati Man kekadang menentang keputusan itu. Ini ditambah bila Man terbayangkan muka ustaz Khalil yang berubah serta merta bila Man buat keputusan itu. Lebih menambahkan kekusutan pada Man, ke mana menghilangnya ustaz Khalil yang sebelum ini dalam seminggu ada 2-3 kali datang beli burger di kedainya. Nak kata Khalil kecil hati, tak juga, mungkin ada sebab lain. Setiap malam sepenjang perperiksaan SPM dan STPM, Man telefon adiknya Syira dan Nizar sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke medan juang.
Man kuatkan semangatnya untuk meyakinkan dirinya bahawa keputusannya berpisah dengan Yanti adalah muktamad. Cara Man nak lupakan Yanti adalah dengan bekerja dengan lebih kuat. Kali ini, Man mula jual air minuman pula untuk menambahkan pendapatannya yang dah bertambah itu. Nak kata penat, memanglah penat kerja menceduk air sedangkan kerja masak burger pun dah penat. Dari pagi lagi Man dah bersiap untuk bahan buat air seperti jus dan air batu. Tapi Man buat juga, dia tak mahu duduk rilek sekarang. Itu cara Man melupakan masalah yang sedang dihadapinya.
Ayah Yanti duduk di hospital dalam seminggu, sekali pun lepas tu Yanti tak melawat. Mak, abang dan kakak Yanti tak kisah Yanti tak datang melawat, mereka dah faham. Fuad pun sama, lepas hari tu, dia tak datang melawat, cuma isterinya saja ada datang sekejap-sekejap. Tangan ayah Yanti yang patah tu, tidak dibedah sebab adik beradik sepakat taknak dibedah. Mereka takut sebab darah tinggi dan jantung boleh memberi kesan pada pembedahan itu. Mereka mahu ubat cara tradisional saja, jumpa bomoh patah.
Yanti dapat berita ayahnya dah dibawa pulang, tapi Yanti masih tak mahu datang melawat. Bukan Yanti derhaka atau tak mahu menjaga bapanya, tapi Yanti selalu terfikir yang abangnya Fuad akan datang dan berlaku pertengkaran lagi. Tak tahulah berapa banyak caci maki yang diucapkan oleh hati Yanti pada Fuad.
Cikgu Syikin sedang buat master dalam bidang kaunseling di sebuat pusat pengajian tinggi di JB. Biasanya hari Jumaat Syikin dah ada di JB kerana ada kelas hampir setiap Sabtu dan Ahad. Syikin teringat kisah abang Syira dan Nizar yang katanya berjaya sebagai penjual burger itu. Kebetulan, kalau di JB, Syikin tidur di rumah kakaknya di sebuah taman yang tak berapa jauh dengan tempat Man berniaga. Bila sampai di JB tu, Syikin nak cari gerai Man berdasarkan lokasi yang diceritakan Syira padanya. Dia pun masih ingat lagi dengan muka Man.
Syikin cikgu berijazah, baru kerja 3 tahun sekarang buat master. Syikin rasa, gajinya yang RM 2,000 lebih itu belum cukup untuk dirinya kalau ditolak duit kereta, sewa rumah, yuran pengajian dan lain-lain. Dia rasa nak sangat tengok Man berniaga yang katanya cukup mewah itu. Dalam hati Syikin, boleh juga dia berniaga kat depan rumah ker petang-petang jual burger kalau betullah pendapatan lumayan Man seperti diceritakan Syira. Sesekali terfikir juga Syikin, betul ker apa yang Syira cerita, ker temberang saja lebih. Oleh kerana dah dekat dengan kedai Man, Syikin keluar malam itu dengan anak sedaranya yang masih sekolah.
Sekali lalu, Yanti tengok ada 4 gerai burger dan keretanya tak berhenti. Dia pusing kretanya sekali lagi dan kali ini berhenti di salah satu gerai burger itu. Dari jauh, Syikin percaya yang itulah kedai Man yang penuh dengan pelanggan itu. Kebetulan hari itu awal bulan, kerja kerajaan dan swasta baru gaji. Syikin pergi ke kedai itu untuk beli burger macam pelanggan biasa. Ada dalam 7-8 pelanggan waktu itu, masing-masing oder 3-4 bungkus seorang.
"Mak Ikin, kedai ni burger dia sedap, adik selalu beli kat sini". Kata anak sedara Syikin.
Syikin oder 4 burger ayam untuk dibawa balik. Nak rasa juga, apa yang dikatakan sedap tadi. Syikin tengok, Man buat burger pantas macam lipas kudung, kira memang dah banyak pengalaman. Walaupun orang ramai tapi burger yang ditempahnya siap tak sampai 10 minit. Syikin yakin, Man tak perasaan atau tak kenal yang dia tu cikgu pada Syira. Lagi pun hari masa jumpa kat sekolah dulu, Man bukan tengok sangat pun.
Betul kata anak sedaranya itu, burger Man memang sedap, rotinya lembut dan dagingnya masak elok saja. Sepuluh minit berada di situ, Syikin kira-kira, keuntungan Man sudah lebih RM 50 malah mungkin lebih. Syikin pecaya apa yang diceritakan Syira tu benar. Esoknya lagi, Syikin keluar ke gerai burger seorang diri dalam jam 11.00 malam seakan tak boleh tidur kalau tak rasa burger Man. Kali ini tak ramai orang sangat, ada dalam 2 orang saja. Bila dua pelanggan tu dah balik, tinggal Syikin seorang saya menunggu Man masak. Man pula peramah juga dan menegur Syikin.
"Tak pernah nampak pun, baru pindah sini ker ?" Tanya Man memulakan bicara.
Syikin seakan terkejut dan terkedu pada mulanya tak boleh berkata apa-apa.
"Erg taklah, datang rumah kakak" Kata Syikin.
"Ohhh.. patutlah, dari mana ? Kerja mana ?" Tanya Man lagi.
Soalan itu memerangkap Syikin. Nampaknya dia tak boleh berselindung lagi, dia perlu berterus terang.
"Erggg... ini Man abang pada Syira dan Nizar ker ?" Tanya Syikin semula secara spontan.
Man terkejut yang amat. Dia tenung muka Syikin tapi masih belum dapat jawapan yang pasti. Tapi sipi-sipi juga ada jawapan hasil tenungan itu. Hati Man berkata, ini mungkin juga cikgu Syira dan Nizar. Syikin yang bercermin mata dan cara berpakaian, nampak pun macam kerja cikgu.
"Yer, Syira dan Nizar adik saya. Ni siapa yer ?" Tanya Man.
"Saya Syikin, cikgu Syikin, cikgu pada Syira dan Nizar" Kata Syikin.
"Cikgu Syikin ?" Kata Man macam terkejut juga.
Apa taknya, nama tu selalu disebut oleh Syira. Man ingat, cikgu Syikinlah yang datang wawancara mak ayahnya sampai buat video. Timbul rasa hormat Man pada Syikin lepas tahu Syikin cikgu pada adiknya. Mereka terus berbual panjang hari tu, di kerusi yang tersedia di sebelah gerai Man tu. Bermula dari topik pengalaman Man mula kerja niaga burger hingga pada cerita sekolah adik-adik Man, lama juga mereka berbual sampai jam 12.00 malam, Syikin minta diri dulu.
Syikin memang seorang yang peramah dan tak berat mulut. Man nampaknya cepat mesra dengan Syikin, maklumlah Syikin mengajar di kampung Man. Habis diceritanya, kecualilah cerita pasal percintaan dengan Yanti, itu Man tak cerita. Hubungan Man dengan Syikin terus rapat dan mesra. Hampir tiap minggu Syikin ke JB, pasti singgah dan berbual dengan Man. hubungan mereka secara senyap juga, Syira di kampung pun tak tahu yang cikgu Syikin ada jumpa Man.
Bagaimana hubungan Man dan cikgu Syikin seterusnya ? Sampai ke mana hubungan ini ? Syikin masih anak dara, masih single minggel lagi, umur dah nak masuk 27.
No comments:
Post a Comment