10 minit kemudian Ajis pomen tu datang dengan seorang lelaki, mungkin pekerjanya. Man rasa cepat sangat Ajis dah sampai, belum lama lagi rasanya Man berbual tadi. Ajis tengok enjin dan dapati ada air.
"Tadi ada cuci enjin ker ?". Tanya Ajis.
"Yer. Tadi cuci enjin dah lama tak cuci enjin". Kata Yanti.
"Ermmm, enjin ni jangan selalu cuci, kekadang kedai cuci kereta ni tak mahir sangat. Habis masuk air dalam 'distributer atau alternater atau stater'. Tempat tu sensitif. Atau pun, air masuk dalam plak, nanti saya cek dulu". Ajis.
Ajis periksa satu persatu dan sekali sekala pembantunya start tapi masih belum hidup. Ajis kata kereta tu kena bawa ke bengkel untuk buka alternater atau distributer, susah sikit kena guna alat.
"Macam ni lah Man. Jam pun dah dekat pukul 7 ni, dah mula gelap. Nanti saya panggil kereta tarik datang, ni kena buat kat bengkel saya". Kata Ajis.
"Oklah Ajis. Agak-agak ni bila boleh siap, sempat ke hari ni ?" Tanya Man.
"Macam nilah. Saya cuba buat malam ni. Tapi kalau tak sempat kena pagi esok". Jelas Ajis.
Man setuju dan ajak Yanti naik kereta wajanya berdua sahaja. Manakala Ajis dan pekerjanya mengiringi kereta tarik yang datang ke situ. Maka sempatlah lagi Man berdua dan berbual dengan Yanti. Maka kenallah Man, siapa dia Yanti yang dipanggilnya Shiela majid sebelum ni.
Yanti, berusia 26 tahun berasal dari sebuah negeri di Utara tapi mak ayahnya sekarang duduk KL. Dia belajar sehingga ijazah di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. Yanti hampir setahun berkhidmat dengan sebah jabatan kerajaan di JB dan duduk menyewa dengan seorang lagi kawannya yang satu pejabat. Man juga menceritakan latarbelakang dirinya tanpa berselindung. Yanti memuji Man yang lurus dan jujur dalam persahabatan.
"Yanti suka seorang yang jujur dan ikhlas. Sebelum ini Yanti pernah kawan dengan seorang tu tapi suka menyembunyikan sesuatu. Rupanya menipu pekerjaan, mengaku jadi kontraktor tetapi kerja biasa saja". Cerita Yanti yang Man rasa Yanti pernah ada sejarah kecewa dalam percintaan sebelum ini dengan seseorang.
"Sekarang masih kawan lagi ke dengan lelaki tu". tanya Man.
"Sekarang ? Tak apalah, itu cerita lama, tak perlu dikenang lagi". Jelas yanti.
15 minit lebih perjalanan, Man hantar hingga ke rumah. Barulah Man tahu, duduk di blok A tingkat 4, nombor rumah pun Man tahu.
"Ok. Yanti, nanti kalau kereta siap Man telefon." Kata Man sebelum Yanti balik.
Tak lama kemudian Ajis telefon, kereta dah siap. Upah semuanya RM 80 termasuk upah tarik kereta, Man yang bayarkan. Kemudian Man ajak Ajis hantar sehingga ke rumah Yanti, Man naik waja, manakala Ajis bawak satria. Man telefon yanti dan Yanti terkejut bila tengok keretanya dah siap, sekejap saja.
"Kereta ni tadi masuk air dalam distributer, tadi dah bukak dan cuci. Sekarang semua dah ok". Kata Ajis pada Yanti.
"Terima kasih yer, berapa upah semuanya ?" Tanya Yanti.
"Tak apa. Man dah bayar". Kata Ajis.
Yanti hulur duit pada Man tapi Man taknak ambil.
"Tak apa. Sikit saja ni, tak aper, tak aper". Kata man dan terus start kereta dan jalan.
Beberapa minit kemudian, di gerai burger, Man dapat satu sms dari Yanti.
"Terima kasih kerana sudi membantu saya. Maaf kerana sanggup luangkan masa bantu saya". Sms Yanti.
"Terima kasih kembali". Man sms pendek saja sebab masih malu-malu.
Dari situ, bermulanya perkenalan mereka seterusnya menjadi pasangan kekasih. Bagaimana perhubungan mereka ? Yanti seorang pegawai kerajaan yang ada ijazah. Man cuma seorang penjual burger, cuma ada SPM dan tak sambung lagi lepas tu. Beberapa bulan mereka berkawan rapat, akhirnya mereka rasa ada keserasian untuk membina rumahtangga bersama.
Yang Yanti pilih bukan harta dan jawatan, tapi kesetiaan dan kejujuran. Yanti percaya, Man boleh menjadi suami yang baik dan dapat membimbing isteri. Suatu hari, anak kepada mak sedara Man buat majlis kerja kahwin di kampung, iaitu di sebelah rumah Man. Man jemput Yanti dan Yanti datang dengan kawan serumahnya. Sempat Man perkenalkan Yanti dengan ibunya dan sempat minum, kopi di rumah Man.
Ibu Man tak menghalang akan pilihan anak sulungnya itu. Sebagai seorang ibu, yang penting adalah hendak melihat anaknya hidup bahagia. Yanti pula seorang yang peramah dan cepat mesra. Walaupun baru sehari berjumpa, seakan sudah kenal lama. Yanti boleh sesuaikan dirinya dengan suasana kampung walaupun yanti orang bandar.
Keesokan harinya, masa Man dah balik JB, Man telefon ibunya. Ibunya nampak ceria dan gembira dapat berkenalan dengan Yanti. Malah ibunya memuji Yanti sebagai gadis yang cantik dan pandai mengambil hati orang tua serta tidak sombong. Man juga menyatakan hasrat kepada ibunya untuk meminang Yanti tak berapa lama lagi dan ibunya setuju.
Tapi... bagi Man bukan semudah itu. Ada banyak lagi jalan dan halangan yang perlu ditempuhi.
No comments:
Post a Comment