Bukan susah untuk Yanti cari Hotel Grand Continental JB, dia dah biasa lalu lalang di situ. Yanti letak kereta di bahagian atas. Yanti mendaftar diri pada urusetia kursus dalam pukul 3 petang dan diberikan bilik katanya berdua tapi waktu tu baru Yanti seorang saja dalam bilik tu. Tak kisah Yanti siapa teman sebiliknya sebab Yanti seorang, tak ada kawan.
Masa ketiadaan Yanti di rumah, Azizah kerap ke rumah bapanya terutama waktu malam dan balik kerja. Kalau harapkan ibunya seorang, bimbang juga. Ayah Yanti nampaknya dah beransur pulih, hanya tangannya saja yang masih belum kuat. Berjalan perlahan-perlahan dalam rumah sudah boleh, tapi masih lemah. Suatu yang mengejutkan, ketiadaan Yanti itu diambil peluang oleh Fuad untuk menziarahi bapanya. Yer, sejak Fuad kemalangan, dia tak pernah melawat bapanya. Sudah tentu Fuad rasa tak mahu bertemu Yanti yang dah pindah ke rumah bapanya.
Fuad bukan sihat macam dulu. Dia sekarang terpaksa bertongkat dan dipapah oleh isterinya. Fuad menangis sambil bersalaman dengan bapanya tanpa mengeluarkan kata-kata. Azizah, ibunya dan isteri Fuad turut sedih melihat keadaan Fuad sebegitu. Terfikir juga, bagaimana kalau Yanti ada di situ pada waktu itu. Adakah mereka adik beradik akan berbaik semula. Pada Azizah, yang sudah-sudahlah, bergaduh panjang-panjang adik beradik ni tak akan ke mana, bisik hati kecil Azizah.
Syira ada semacam tak kena, terutama bila teringatkan Man. Lebih lagi waktu itu Syira fikir yang Yanti ada di JB. Syira rasa nak saja aturkan pertemuan Man dan Yanti di JB. Syira rasa, mak dan ayahnya sudah boleh menerima Yanti dalam keluarganya seperti mana mereka makan bersama di supermarket itu. Meronta-ronta perasaan Syira untuk berusaha merapatkan semula Yanti dan abangnya.
"Nizar, esok pagi kita pergi JB rumah abang Man nak tak ?" Tanya Syira pada Nizar malam tu.
"Pergi JB ? Boleh juga. Tapi mak kasi ker ?" Tanya Nizar semula.
Nizar sebenarnya seronok di JB, dapat juga duit bantu Man jual burger dan kehidupan di bandar ni menyeronokkan bagi Nizar.
"Tak apa Nizar, nanti kakak cakap pada mak". Kata Syira.
Alasan yang diberikan pada ibunya iaitu untuk membeli barang keperluan di JB sebelum masuk universiti meyakinkan ibunya. Ibunya mengizinkan tapi pesan ibunya janganlah lama-lama di JB, bimbang juga ibu di kampung. Jadi bersiaplah dengan beg pakaian masing-masing untuk naik bas esok pagi. Cuma hasrat itu tidak diberitahu pada Man malam tu. Syira fikir, kalau Man ada di rumah, boleh tidur di rumah Man. Kalau tak ada pun, masih sempat naik bas balik kampung hari yang sama.
Syira teringat kata-kata Yanti tadi pasal jodoh Man dan Yanti. Yer betul, jodoh itu ketentuan Ilahi, Syira tak nafi. Sesekali ada juga rasa hati Syira memarahi Man. Iaitu kenapa terus membisu dan tidak menghubungi Yanti lagi. Kalau tidak pun, kenapa abang Man tak berterima kasih pada Yanti yang sudah menyumbangkan wang ringgit RM 10,000 untuk pembedahan Man dulu. Syira percaya yang Man belum pulangkan duit itu pada Yanti. Jadi, kalau esok, kalau berjaya Syira mempertemukan semula Man dan Yanti, ada banyak yang dapat diselesaikan.
Kalau Yanti kata jodoh Yanti, biar Yanti yang fikirkan, orang lain tak payah fikir, tak apa. Syira ada alasan lain nak pertemukan Man dan Yanti. Antaranya kalau boleh Man pulangkan semula wang RM 10,000 itu. Itu pun kalau Yanti tak kecil hati, kalau Yanti kecil hati nanti susah juga. Syira faham, kalau dia berada di tempat abang Man atau Yanti, ada banyak perkara yang menyukarkan hubungan mereka.
Tak apa, malam tu Syira tidur lambat walaupun sudah masuk bilik dan tutup lampu bilik awal. Syira nak kan yang terbaik dalam hidup abang Man, sebagai membalas jasa abangnya. Syira sedih, dalam kegembiraan dia, Nizar dan mak ayah kerana kejayaan dalam SPM dan STPM, kenapa Man saja yang masih belum gembira ?
Tak apa, malam tu Syira tidur lambat walaupun sudah masuk bilik dan tutup lampu bilik awal. Syira nak kan yang terbaik dalam hidup abang Man, sebagai membalas jasa abangnya. Syira sedih, dalam kegembiraan dia, Nizar dan mak ayah kerana kejayaan dalam SPM dan STPM, kenapa Man saja yang masih belum gembira ?
Malam tu juga, Yanti tak ada program yang ketat sangat. Sekadar makan-makan dan sesi suaikenal dengan peserta kursus lain. Yanti sebilik dengan seorang pegawai dari Kelantan yang sudah berkahwin, umur sebaya dengan Yanti. Dalam jam 9.00 malam, tak ada apa-apa program lagi dan sudah boleh balik ke bilik. Perasaan Yanti sungguh kuat untuk keluar bersiar-siar melihat suasana malam di JB. Yang paling kuat adalah untuk pergi melihat gerai Man dari jauh. Tempatnya tak jauh sangat, dan tak ambil masa yang lama untuk sampai. Hasrat untuk bertemu Man atau menelefon Man, tidak sama sekali, desak hati kecil Yanti.
Selama ini Yanti sudah lontar dan buang Man Burger dalam dirinya jauh-jauh.... Yanti sudah berjaya melakukan semua itu berbulan-bulan malah hampir setahun juga dan berhasil. Tapi malam itu, suasana sejuk di bilik hotel itu telah menyentap perasaannya untuk mengintai ke gerai Man. Yanti akhirnya keluar dari hotel seorang diri setelah kawan sebiliknya tak mahu ikut sama sebab keletihan perjalanan yang jauh. Bila Yanti start saja kereta, dia terfikir balik, adakah dia perlu keluar malam itu ?....Atau dia masuk ke bilik semula menonton tv ?
Masa Yanti masukkan gear keretanya, Yanti baru sedar yang dia perlu ke kaunter hotel semula untuk mendapatkan bayaran percuma letak kereta. Yanti mematikan semula keretanya dan turun ke bawah di lobi hotel. Selepas selesai urusan itu, Yanti menuju ke lif semula. Tapi kini hasratnya untuk mengimbas kenangan lama ke tempat Man sudah mulai kendur. Tiba-tiba saja perasaannya berubah. Jam pun sudah menunjukkan jam 9.30 malam dan rasa mengantuk dan malas pun muncul. Adakah dia perlu keluar juga, atau balik ke bilik saja ?
No comments:
Post a Comment