Syira berfikir panjang juga sama ada hendak serah hadiah yang Yanti kasi itu pada Man atau tidak. Kalau dikasi, belum tentu Man gembira menerimanya, fikir Yanti. Lagi pun, kalau nak kasi pun, kena tunggu man balik kampung atau Yanti ke JB. Maka didiamkan saja cerita hadiah tu dan sisimpan baik-baik dalam almari bajunya tanpa pengetahuan ibunya.
Man hairan kenapa Ustaz Khalil sudah lama tak datang ke kedainya. Fikir Man, mungkin Ustaz Khalil ada merajuk pada pertemuan terakhir itu. Man tanya Aboi, ada ker nampak Ustaz Khalil, Aboi pun kata dah lama tak datang. Jadi tandatanya besar pada Man juga. Man nak telefon Ustaz Khalil macam tak sesuai, lagi pun Man rasa mungkin Ustaz Khalil boring nak dengar cerita Man yang tak sudah sudah itu. Lagi pun, Man kata keputusannya berpisah dengan Yanti adalah muktamad. Tapi Man tetap rasa ada suatu yang tak kena dan dia perlu jumpa Ustaz Khalil lagi lepas ni.
Yanti terus memecut keretanya tapi jalan sedikit sesak kerana banyak kereta dari Seremban ke tol Sungai Besi. Dalam pukul 4.00 petang, Yanti selamat tiba di hospital, terus pergi ke bilik ayahnya setelah menelefon kakaknya Azizah untuk mendapat alamat dan bilik yang tepat. Yanti buka saja lif tingkat tiga, bila buka, dilihatnya kakaknya bersama anak kakaknya itu.
"Kak, bagaimana keadaan abah ?" Tanya Yanti.
Seakan soalan itu tidak terjawab, Azizah terus membawa Yanti ke bilik ayahnya ditempatkan. Ibu Yanti menyambut dengan memeluk Yanti. Yanti menangis, seolah menyesal kerana dalam adik beradik, dia yang paling lewat sampai. Di bilik itu juga ada abang sulungnya Kamal, Yanti bersalaman dengan Kamal dan kakak iparnya. Alhamdulillah, ayah Yanti sudah boleh buka mata walaupun masih menggunakan alat pernafasan. Yanti diberitahu, ayahnya patah tangan sebelah kanan akibat terjatuh dan terkena sinki bilik air. Darah ayahnya meningkat tinggi. Ayah Yanti cuma mampu membuka mata dan kelihatan gembira melihat kehadiran Yanti.
Yanti sedih, dia anak bungsu dalam adik beradik dan dia adalah anak kesayangan bapanya itu. Dulu hampir ke mana-mana ayahnya pergi termasuk ke kedai, bersiar-siar, pasti Yanti yang dibawanya berbanding adik beradik lain. Segala kehendak dan kemahuan Yanti, ayahnya tunaikan, termasuk kereta Satria Yanti ayahnya belikan waktu menuntut lagi di universiti. Cuma yang Yanti sedihnya, dua perkara besar dalam hidupnya, ayahnya menentang iaitu hasrat Yanti nak belajar ke luar negara setelah dapat tawaran dan juga untuk Yanti berkahwin dengan lelaki pilihannya.
Sekarang, usia ayahnya, Yanti rasa sudah tidak panjang lagi, ayahnya sedang terlantar sakit dalam usia 70-an. Yanti memangis teresak-esak sambil memegang tangan bapanya. Hati Yanti terus berkata, bahawa Yanti memaafkan apa yang telah bapanya lakukan sehingga Yanti terasa hati sangat. Yanti maafkan bapanya sekiranya bapanya ada buat salah pada anaknya itu. Sebagai anak juga Yanti harap segala dosa dan kesalahannya pada bapanya, semoga bapanya sempat maafkannya. Yanti rasa, sebagai anak, dia banyak buat ayahnya terasa hati dan gagal ambil hati bapanya.
Paling Yanti kesal kerana sejak dia bekerja, dia dan bapanya sudah semakin jauh dan ada kerenggangan. Lebih lagi apabila bapanya menentang perhubungannya dengan 'Man Burger', jejaka pilihannya itu. Yanti sedar, semua ini adalah kemahuan Yanti sendiri yang ingin membalas dendam kerana halangan dari bapanya itu. Yanti tetap mempunyai sangkaan buruk pada bapanya dan menuduh bapanya merancang pertukarannya dari JB ke KL. Air mata Yanti tidak boleh berhenti mengalir, sedih kerana perasaan Yanti yang terbuku di hati. Ayah Yanti yang melihat Yanti menangis, turut mengalirkan air mata, jatuh membasahi alat bantuan penafasannya. Ibu Yanti membantu mengesat air mata dengan tuala dan ibunya menenangkan Yanti.
Ke mana perginya Fuad, abang kedua Yanti. Fuad, isteri dan anak-anaknya pergi makan seketika di tingkat bawah dan belum mengetahui kehadiran Yanti. Selesai makan, Fuad naik ke bilik bapanya dan terkejut melihat Yanti sudah ada di situ. Bila Yanti melihat Fuad, mukanya berpaling ke tempat lain, kemudian segera hendak keluar dari bilik itu. Dia ada suatu perasaan yang kurang senang terhadap abangnya itu. Sebaik hendak melangkah keluar dari pintu, Fuad menengkin Yanti.
"Yanti...dah puas hati kau buat abah sampai jadi begini! Sekarang baru nak datang tengok abah, dulu kenapa taknak balik rumah jenguk abah!" Tengking Fuad.
Suasana sudah bertukar menjadi hingar bingar dengan jeritan yang sangat tak sesuai berlaku di hospital. Azizah dan Kamal turut menyampuk.
"Fuad! Kenapa cakap macam tu, inikan hospital". Kata Azizah
"Bertenang Fuad! Jangan nak mulakan pertengkaran di sini". Kata Kamal.
Yanti sudah tak tahan, perasannya sudah tak dapat dikawal lagi. Secara spontan, tangannya menolak meja dekat pintu keluar dan terjatuh gelas dan pinggan makan. Mujurlah gelas dan pinggan itu bukan kaca tapi semacam zink. Keadaan itu menyebabkan keadaan semakin kecoh dan tidak terkawal, seakan ada pergelutan.
"Tidak, Fuad bukan lagi abang Yanti! Samseng dan kaki pukul bukan abang Yanti !......Tidak!... Tidak!" Yanti terus meninggikan suaranya.
"Apa ? Samseng ? Kaki pukul ?..... Anak sial, tak mengenang jasa mak ayah! Kerana Mat Burger tu kau sanggup buang mak ayah dan adik beradik. Pergi berambus dari sini Yanti..... pergi berambus !" Kata Fuad lagi. Sambil tangannya menunjukkan arah keluar supaya Yanti pergi berambus segera.
Fuad semakin hampir kepada Yanti seolah-olah mahu memukul atau menampar Yanti. Abangnya Fuad menghalang, mengadap Fuad dan Yanti di belakangnya. Tangan Kamal memegang tangan Fuad.
"Sudah, sudah. Fuad, Yanti.....inikan hospital. Kita kan tengah melawat abah sakit ni. Kenapa perlu bertengkar". Kata Kamal.
Tak lama kemudian, datang tiga orang pengawal keselamatan ke bilik itu kerana mendapat tahu, ada kekecohan berlaku. Azizah membawa Yanti keluar dari bilik itu dan menenangkan Yanti yang terus teresak-esak menangis.
Bagaimanapun, kehadiran pengawal itu sedikit pun tidak menggentarkan Fuad untuk terus membuat kecoh di situ. Fuad terus pergi ke arah Yanti dan terus mengeluarkan kata-kata yang menyakiti Yanti.
"Tak apa Yanti, sebab Mat Burger sial tu, kau sanggup buang keluarga sendiri. Tak apa, kau tengoklah nanti apa kesudahan hidup kau, perempuan tak guna !" Kata Fuad.
Fuad sebenarnya amat terasa dengan perkataan samseng dan pembunuh itu. Apatah lagi perkataan itu diucapkan di depan adik beradik lain termasuk isteri Fuad sendiri. Kalau betul Fuad kaki pukul, dia tak pernah tunjukkan depan keluarga sendiri, lebih lagi isteri dan anak sendiri. Fuad sudah semakn hilang sabar dengan Yanti, nak saja dia penampar mulut Yanti semahunya tadi. Nasib baik abangnya Kamal menghalang tadi.
"Sabar Yanti, sabar". Kata Azizah dan terus menemani Yanti ke bawah meningalkan Fuad dan lain-lain.
Yanti terus menuju ke keretanya dan cuba menghidupkan enjin tetapi dihalang Azizah, hanya sempat membuka pintu saja. Tapi Azizah berjaya merampas kunci kereta Yanti dalam usahanya menghalang Yanti memandu dalam keadaan macam tu. Yanti tetap masuk ke dalam kereta dengan menghempas pintu kereta dengan kuat. Tangan Yanti memukul mukul stereng kereta dan membaling kotak tisu dan alat pewangi lalu jatu ke bawah kerusi. Azizah memerhatikan saja dari luar dan mengharapkan Yanti akan kembali tenang sebentar lagi.
Di bilik rawatan, semua yang hadir termasuk mak dan adik beradik sungguh kecewa terhadap apa yang berlaku. Ayah Yanti yang terlantar di katil itu sebenarnya sedar, mendengar dan melihat di depan matanya tadi keadaan anak-anaknya yang bercakaran. Amat tidak sesuailah bergaduh di situ, hancur lebur hati seorang ayah. Pernafasan bapanya terus tidak menentu dan mak Yanti memanggil jururawat untuk memeriksanya.
Kemudian, doktor dipanggil ke situ dan doktor mengarahkan pengawal keselamatan tidak membenarkan orang lain melawat bapa Yanti kecuali ibu Yanti. Pengawal keselamatan menutup pintu dan berkawal di depan pintu, melarang orang lain melawat tanpa izin doktor. Ini menimbulkan kemarahan dan protes dari anak-anak terutama Kamal dan Azizah dan bertemu doktor semula. Doktor tetap melarang orang lain melawat semasa ayahnya belum pulih sepenuhnya supaya kesihatan bapanya tidak terganggu dengan perkara lain.
No comments:
Post a Comment