banner

Tuesday, August 7, 2012

Kisah Penjual Burger 36



Esoknya, sebelah petang di pejabat, Razali masuk bilik Ustaz Khalil.

"Tuan. Empat orang penguatkuasa tu dah ada kat luar. Semua dah sedia. Boleh masuk ke tuan ?" Tanya Razali.

"Okey, nanti dulu, kamu duduk dulu". Kata Khalil.

Razali duduk, sambil mengeluarkan buku catatan dan pen. Pada anggapan Razali, sudah tentu ada sesuatu yang ustaz Khalil mahu terangkan.

"Malam ni kita nak buat risikan, kes nikah Siam ni. Saya nampak ada beberapa aduan, siap nama dan nombor telefon agen nikah ni. Sampai mereka berani letak iklan di kereta dan di kedai makan. Dah jadi macam bisnes pulak....." Kata Khalil memulakan bicara. Razali mendengar dengan penuh teliti apa yang disampaikan itu.

"Sasaran orang ini adalah orang lelaki yang nak kawin dua, juga orang yang ada masalah berkaitan wali dan orang yang dah terlanjur....Saya rasa orang ini adalah orang yang sama atau rakan mereka juga. Ada satu aduan yang saya terima baru-baru ini, saya dapat nama dan nombor telefon dia.  Dan bila saya tengok aduan yang kita terima sebelum ini, nombor telefon orang ini sama saja, cuma nama saja yang lain....."Kata Khalil. Razali dengan penuh teliti mendengar dan membuat catatan.

"Jadi kita nak 4 orang ini menyamar untuk dapat cerita lanjut mengenai kegiatan orang ni. Berlakon nak pergi bernikah, katakan wali tak izin. Kita tengok apa yang orang ini tawarkan. Saya nak dua perempuan dan seorang lelaki yang pergi jumpa secara berdepan. Kamu dan seorang lagi duduk jauh sikit di tempat tersembunyi sikit. Saya pun akan ada, tapi mungkin duduk dalam kereta saja, taknak nampakkan muka...." Kata Khalil

"Lagi satu..orang ini dikatakan rapat dengan pejabat agama. Tak mustahil juga kalau dia staf pejabat agama, bukan saya menuduh, tapi kita siasat dulu, kemungkinan itu ada. Ataupun, dia ada kawan rapat dengan orang di pejabat kita. Atau mungkin juga dia tak ada apa-apa hubungan dengan orang kita, tapi menggunakan nama kita saja. Jadi, saya nak kamu pastikan dan camkan muka orang ini..."Kata Khalil.

"Okey tuan. Saya akan minta  Puyoh, Salmah dan Zarah yang pergi jumpa orang tu. Saya dan Kamal akan duduk jauh sikit". Kata Razali.

"Puyoh ? Siapa puyoh ? orang kita ke ?" Tanya Khalil macam terkejut.

"Maaf tuan, puyoh tu Faiz. Maaf tuan, puyoh tu gelaran dia jer ". Kata Razali.

"Ohh yer ke, kenapa pulak orang panggil dia puyoh ?". Kata Khalil.

"Kawan-kawan yang beri gelaran kat dia masa sekolah sampai sekarang. Dia ni mulut banyak sikit, sebab tu orang gelar dia puyoh". Kata Razali.

"Okey, baguslah orang mulut banyak. Kamu ajar dia cara nak berlakon kejap lagi. " Kata Khalil.

"Baik tuan.". Kata Razali.

"Tadi saya dah telefon orang ni, saya guna nama Hairul. Jadi nama si puyoh tu kamu tukar jadi nama Hairul. Saya tak cakap panjang tadi, cuma saya kata saya ada masalah wali dan nak jumpa malam ni di kedai mamak Osman pukul 8.00 malam. Pergi jumpa dan dapatkan maklumat saja, bukan nak buat apa-apa tangkapan malam ni". Kata Khalil.

Razali kemudian keluar dan bertemu keempat-empat penguatkuasa untuk menjalani latihan berlakon. Malam itu, jam 8.00 malam, mereka sudah bersiap sedia menunggu di stesen minyak petronas seperti dijanjikan.  Tak lama kemudian, ustaz Khalil telefon dan meminta mereka berada di kedai mamak Osman dan menunggu kedatangan lelaki itu. Ustaz Khalil sekali lagi menelefon orang itu yang dikenali sebagai 'Ustaz Salleh'. Tak lama kemudian, Salleh datang ke kedai itu seorang dan bertemu dengan seorang lelaki dan dua perempuan itu.

Khalil yang berada di tempat letak kereta, melihat lelaki itu memandu kereta berwarna merah dan mencatatkan nombor pendaftarannya. Setahu Khalil, Salleh yang dia lihat itu bukan bertugas di pejabat agama dan dia tak pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Manakala Razali dan Kamal duduk di kedai itu di meja lain yang berjauhan sikit. Razali nampak, aksi dan gaya puyoh yang berbual panjang dengan gaya dan pergerakan tangannya. Lebih kurang 30 minit, perbualan mereka tamat dan lelaki itu balik dengan menaiki kereta semula.

Khalil memberi arahan yang tugas sudah selesai dan meminta semua berkumpul di pejabat. Dari rakaman suara dan penjelasan ketiga-tiga penguatkuasa itu, betul dan sama seperti yang diceritakan oleh Man Burger. Orang itu menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran 5,000. Urusan pendaftaran di pejabat agama, itu urusan sendiri.

Dalam jam 12.00 malam, Khalil ke gerai Man dan mengajak Man minum. Kenapa Khalil nak jumpa Man ?

BERSAMBUNG KE EPISOD 37

No comments:

Post a Comment