Makna Tarot
Ini adalah penjelasan agak dasar makna daun tarot. Makna ini bukan makna tepat untuk Tarot. Tradisi berbeza diikut di negeri lain dan di antara pun potong yang berbeza. Makna yang mengikut kesesuaian untuk daun Tarot yang berasal daun Marseilles dan daun Rider-Waite. (Peringatan untuk pengguna daun Rider-Waite: Kekuatan muncul sebagai daun 8 dan Keadilan sebagai daun 11.)
Apa namanya kad tarot dari Arkana Utama dalam lebih daripada 35 bahasa lain?
Tebaran
Tebaran Tiga Daun: Tebaran ini memberi jawapan tepat pada sesuatu persoalan. Deretkan tiga daun dari kiri ke kanan.
1 2 3
Daun ini menggambarkan masa lampau (kad 1), kini (kad 2) dan depan (kad 3).
Tebaran ini boleh juga dilanjutkan ke Tebaran Sembilan Daun menggunakan tiga daun untuk masa lampau (barisan atas), tiga daun untuk masa kini (barisan tengah) dan tiga daun untuk masa depan (barisan bawah).
1 2 3
4 5 6
7 8 9
Tebaran Ladam: Tebaran ini memberi pemandangan lebih umum hidup anda dan menggunakan 21 daun. Letakkan tujuh kumpulan mengandungi tiga daun dalam bentuk ladam atau lengkung.
Setiap kumpulan meliputi kategori.
Tujuh kategori ianya:
1 Situasi masa lampau.
2 Situasi masa kini.
3 Kemajuan pada masa depan dekat.
4 Apa yang tidak dijangka.
5 Orang di sekeliling anda.
6 Halangan.
7 Akibat.
Pangkah Keltik: Tebaran ini memberi pemandangan lebih umum hidup anda dan menggunakan 10 daun.
10
3 9
5 1/2 6 8
4 7
1 Situasi masa kini.
2 Halangan. (Daun ini diletakkan silang pada daun pertama)
3 Situasi masa depan (dalam masa dua minggu).
4 Asas situasi, mungkin tidak dikenali.
5 Situasi masa lampau.
6 Situasi masa depan (dalam masa dua bulan).
7 Keadaan perasaan atau keadaan pikiran anda.
8 Orang atau keadaan di sekeliling anda.
9 Harapan dan kebimbangan.
10 Akibat (dalam masa 6-8 bulan).
Tebaran Gypsy: Dari kiri ke kanan, letakkan tiga deret mengandungi tujuh daun. Deret tujuh daun di atas menggambarkan masa lampau. Deret di tengah masa kini dan deret di bawah masa depan. Tebaran berdaun 21 ini memerlukan kemahiran.
Makna Daun Tarot
Arkana Utama
0 Si Tolol (Fool): Kemajuan baru, permulaan baru, menanggung risiko.
1 Ahli Silap Mata (Magician): Peluang, bekerja dengan tangan anda, kemahiran komunikasi.
2 Sang Pendita Perempuan Atasan (Sang Paus Perempuan) (High Priestess): Intuisi, motivasi bersembunyi, kebijaksanaan dalaman.
3 Sang Maharani (Empress): Kreativiti dan kelebihan.
4 Sang Maharaja (Emperor): Kekuasaan.
5 Sang Pendita Atasan (Sang Paus) (Hierophant): Nasihat baik dan menurut undang-undang.
6 Si Kekasih (Lovers): Pilihan penuh perasaan, perhubungan.
7 Kereta (Chariot): Kelakuan garang, kemajuan.
8 Keadilan (Justice): Keputusan, jelas pikiran.
9 Sang Pertapa (Hermit): Berada bersendirian, mendengarkan nasihat diri sendiri.
10 Roda Nasib (Wheel of Fortune): Perubahan.
11 Kekuatan (Strength): Kekuatan tenang, kesihatan baik, masalah kecil.
12 Si Digantung (Hanged Man): Pengorbanan, menunggu.
13 Mati (Death): Akhir situasi.
14 Kesederhanaan (Temperance): Keseimbangan.
15 Syaitan (Devil): Kebendaan, ketamakan, nafsu, pengabdian, kemarahan.
16 Menara (Tower): Perubahan mengejut dan katastrofik.
17 Bintang (Star): Harapan untuk masa depan, petanda baik, pendidikan.
18 Bulan (Moon): Kekeliruan, kehilangan kontrol.
19 Matahari (Sun): Kejayaan, kemasyhuran.
20 Kiamat (Judgement): Ganjaran, karma, keputusan.
21 Dunia (World): Penyempurnaan, kesempurnaan, melihat gambaran menyeluruh.
Arkana Kecil
PIALA
Sat: Surat cinta, permulaan percintaan. Membuat sesuatu untuk percintaan. Kreativiti.
Dua: Perhubungan atau perkongsian berbahagia.
Tiga: Majlis atau perjamuan.
Empat: Kebosanan dan sikap tak peduli.
Lima: Kesedihan dan kesesalan.
Enam: Kebahagiaan sederhana, sesuatu atau seorang dari masa lampau.
Tujuh: Kekeliruan, terlalu pilihan, khayalan.
Lapan: Sesuatu ketinggalan, perubahan kehidupan.
Sembilan: Berkeinginan dan impian menjadi benar.
Sepuluh: Nasib baik dan kebahagiaan, kepuasan.
Biduanda: Persahabatan baru. Khabar berita berkenaan sesuatu atau seorang yang disayangi.
Satria: Cadangan atau perjemputan. Seorang muda baik hati.
Permaisuri: Wanita berbudi dan intuitif.
Raja: Orang lelaki baik hati. Seorang penyembuh. Penasihat yang baik.
BATANG
Sate: Permulaan baru. Fikiran perniagaan baru. Kekuatan.
Dua: Merancangkan untuk masa depan. Kebimbangan. Perkongsian.
Tiga: Kejayaan perniagaan, membimbing sebuah kumpulan.
Empat: Perpindahan rumah, kejayaan.
Lima: Kesukaran dan kekacauan, khususnya perkelahian remeh-temeh.
Enam: Kejayaan di mata umum.
Tujuh: Memperjuangkan wawasan anda, bersaing.
Lapan: Komunikasi, gerakan cepat.
Sembilan: Kesukaran saat-saat akhir, perlindungan diri sendiri.
Sepuluh: Kejayaan yang membawa (terlalu) kebebanan.
Biduanda: Khabar berita pekerjaan atau perniagaan, minat baru.
Satria: Perjalanan dan tindakan. Seorang pemuda.
Permaisuri: Ahli perniagaan wanita atau wanita aktif.
Raja: Seorang lelaki aktif dan berpengaruh.
WANG atau "PENTACLES"
Sat: Wang dan kesejahteraan, kesihatan.
Dua: Melambung-lambung masa dan wang, berwaspada.
Tiga: Pekerjaan baru, kejayaan dalam pekerjaan.
Empat: Kejayaan tetapi ketidakrelaan hati memajukan atau berubah.
Lima: Kesihatan buruk, kerugian kewangan, kehilangan harga diri.
Enam: Menerima dan memberi pertolongan, kewangan dan yang lain.
Tujuh: Mengubahsuaikan rancangan anda dan bersedia bekerja keras.
Lapan: Pekerjaan baru, pelajaran, bekerja dengan kegemaran.
Sembilan: Kejayaan dari usaha anda sendiri, kesejahteraan.
Sepuluh: Wang dan harta, luar bandar, pusaka.
Biduanda: Khabar berita berkenaan wang atau pekerjaan, belajar untuk pekerjaan.
Satria: Bertujuan kepada matlamat dengan berwaspada dan sabar. Seorang pemuda yang serius.
Permaisuri: Wanita praktik yang yakin pada diri.
Raja: Orang lelaki jujur dan praktik.
PEDANG
Sat: Sudut krisis, kejayaan menerusi kesukaran.
Dua: Bertangguh-tangguh keputusan, imbangan, penungguan.
Tiga: Kebimbangan, kedukacitaan, perpisahan.
Empat: Istirehat, rumah sakit, penarikan.
Lima: Memperjuangkan hal yang tersilap, pertengkaran, terpaksa mengakui pembatasan diri.
Enam: Bergerak jauh dari kesukaran.
Tujuh: Tipu muslihat, pencurian, non-konfrontasi.
Lapan: Merasa terperangkap, terhenti, merasa terbatas.
Sembilan: Kebimbangan teruk.
Sepuluh: Nasib tidak baik dan perakhiran, kegagalan.
Biduanda: Pengintipan, emel atau panggilan telefon, fikiran baru yang mengejutkan.
Satria: Perubahan yang merosakkan, pertengkaran. Orang pemuda yang tidak dipercayai
Permaisuri: Janda perempuan. Wanita tidak bermoral.
Raja: Orang lelaki bercita-cita tinggi dan diberi kuasa. Seorang peguam atau doktor.
Daun Songsang
Makna boleh dibaca seperti makna berlawanan daripada makna di atas, ataupun daun songsang boleh bererti makna di atas tetapi dengan penangguhan, halangan atau pengurangan kekuatannya.
Makna Tambahan
Pengalaman akan menunjukkan makna peribadi yang lagi. Ingat bahawa kunci untuk ramalan yang berjaya iaitu mempercayai makna itu dan jangan mengubah-ubahnya.
Pelbagai Potong Daun Tarot
Thoth
Potong ini dicipta oleh Aleister Crowley. Kekuatan ditukar kepada Nafsu, Kesederhanaan kepada Seni, Kiamat kepada "Aeon". Raja, Permaisuri, Satria dan Biduanda ditukar kepada Satria, Permaisuri, Putera dan Puteri. Arkana Kecil mempunyai kata kunci di atas setiap daun. Berada berbezaan makna seperti:
4 Piala: Kemewahan
7 Cakera: Kegagalan
Ancient Minchiate Etruria
Potong ini (1725) mengundungi 97 daun. Daun tambahan mengundungi 12 tanda zodiak dan 4 unsur. Kepercayaan (Faith), Pengharapan (Hope), Kecermatan (Prudence) dan Kemurahan (Charity) ditambahkan ke Kekuatan (Strength), Kesederhanaan (Temperance) dan Keadilan (Justice). The Tower muncul seperti Rumah Syaitan, Sang Maharani, Sang Paus Perempuan (Sang Pendita Perempuan Atasan) dan Sang Paus (Hierophant) ditukar kepada Sang Maharaja Timur, Sang Maharaja Barat dan Grand Duke.
Makna yang berbeza mengundungi:
2 Kelawar (Batang): Kemalangan, kesihatan buruk, halangan.
4 Piala: Ingatan berbahagia, penyinaran, impian firasat.
7 Pedang: Projek, perundingan berhasil, ketika positif.
2 Wang: Bertindak membabi buta, bahaya yang datang, khabar berita yang memalukan, kesukaran, pengacuman.
No comments:
Post a Comment