Assalamualaikom otai2,
Kita penah dengar pepatah yang famous iaitu...
"There is no other place like home"
...selalunya diluahkan oleh mereka2 yang merantau ke luar Malaysia untuk bekerja, belajar dan macam2 urusan. Bila diperantauan pulak, luahan rindu pada nasi lemak, kuih, mee rebus dan macam2 lagi juadah Malaysiana berkumandang tanda betapa indahnya Malaysia, tanah air kita sekarang ni.
Ok...
Aku tak taw laa mana silapnya aku punya mentality atau pandangan aku terhadap Malaysia, tapi aku rasa ramai jer yang ada perasaan macam aku iaitu Malaysia bukanlah segalanya.
Dalam bulan lepas, keluar dalam mesyuarat Parlimen di Singapura, salah sorang MP kata ada 900 orang rakyat telah berpindah ke negara lain dan membatalkan kewarganegaraan Singapura. Tapi ramai plak rakyat2 dia kata ntah2 jumlah 900 tuh tipu jer.
Sikit pasal diriku ini...
Aku ni baru 2 bulan keje kat Singapore, kalo convert gaji aku ke Ringgit, lebih RM3k jugak laa. Keje tak berat pun, biasa2 jer laa.
Hujah2 lepas ni akan membincangkan kualiti dan harga makanan di Singapura berbanding Malaysia.
Aku perhatikan, orang yang gaji S$ 1000, boleh makan yang mewah serendah S$2.50 . Kalo regular customer, silap2 S$2.00 boleh dapat. Tapi kat Malaysia, terutamanya lembah Klang, gaji RM 1000,
RM 2.50 punya makanan, rasa2nya kenyang ke?
Ok kalo ada yang nak pertikai pasal harga, kita tengok plak kuantiti sepinggan nasi plak. Kita citer Nasi Goreng Biasa jer laa. Aku makan sepinggan nasi goreng, harga S$3.00 , boleh kongsi 2 orang taw. Teh ais S$1.30 plak sebesar 2 kali cawan kat Malaysia ni.
Kalau kat Malaysia, nasi goreng biasa dah RM 3.50, besar 1 scoop mangkok kecik. Teh ais RM 1.50, cawan biasa jer.
Ok kalo ada plak nak pertikai duit diorang mahal, duit Malaysia murah, meh menungkan ni..
Cuba tanya orang2 Malaysia yg keje kat Singapore, roti GARDENIA kat sana ada berapa perisa? Aku kira2 ada Butterscotch, Banana Walnut, Raisin, Milky, Wholemeal, dan macam2 lagi..
Kat Malaysia ada berapa jer jenis roti GARDENIA?
Adakah sebab duit kita murah, so kita cuma dapat 2 jenis jer?
Itu baru roti Gardenia, belom citer brand Bonjour, Quickbites.
Roti Quickbites ni, ada satu faveret aku nama dia "Margerine and Kaya". Dia punya besar, separuh stereng kete Kelisa. Harga? S$1.50 jerrrr siot!
Come on!!! Apa jadik dengan Malaysia???
Kenapa kita yang kaya dengan macam2 source of income, kualiti hidop rakyat tak up to the par??
Mungkin di Malaysia, kita menang dengan harga hartanah yang jaoh lebih murah dari Singapore, tapi tanah Malaysia lagi besar, rakyat lagi ramai, kenapa quality makanan kita jaoh dari Singapore yang kecik lagi dari Selangor????
Benda2 kecik macam ni laaa kekadang membuatkan rakyat biasa macam aku rasa negara orang jaoh lebih baek. Mak aku pun cakap nanti kenal2 dengan sedara kat Australia, boleh pindah sana..
Aku taknak laa sentuh mana2 parti politik, cuma kepada sesiapa laa yang ada kuasa untuk mengubah benda2 ni, harap amek laa perhatian!
Kalo macam ni laa kan, tak kisah laa berapa percent pun meningkat FDI (foreign direct investment), berapa banyak sekalipun peluang pekerjaan yang tercipta, aku tak nampak harga barang akan menurun.
Kat Singapore tade taw subsidi2 ni. Minyak, pelajaran, semua sendiri2 ok! Kita yang ada PTPTN pun budak2 **** persoalkan. Minyak yang dah diberi subsidi, barang tetap naek harga, so?
Apa masalahnye ni?
Apa penyelesaian?
Aku rasa mana2 rakyat yang keje dengan gaji RM 3000 ke bawah, elok fikir2kan laa nak berhijrah ke negara2 yang tinggi nilai matawangnye. Bukan laa sebab aku dah keje Singapore, aku pun suroh laa orang ikot cara aku. Tapi tengok laa orang2 Indon, Bangla..
Bila korang keje kat Singapore, tapi tinggal kat Johor, korang akan sedar yang korang masih boleh makan mewah, dan boleh menyimpan dengan banyak.
Contoh macam sekarang ni, bulan2 aku cuma belanja S$ 700, tapi aku punya savings dan tanggungan di Malaysia lebih dari RM 2000.
Dan duit belanja sebanyak S$ 600 tuh memang banyak, siap boleh save S$ 150.
Isu2 yang aku citer ni blom masok lagi penyalahgunaan duit Zakat, dan isu2 yang laen.
Aku rasa, citer yang aku sampaikan ni baru celah gigi jer berbanding dengan dunia ALLAH yang luas ni. Orang2 yang hijrah kat Australia, Europe mungkin ada citer yang lebeh menarik.
Kalo ada, kongsi2kan lah.
Kesimpulannya: Ada banyak benda yang tak kena dengan ekonomi Malaysia. Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui. Semoga orang2 yang menjahanamkan ekonomi Malaysia mendapat petunjuk dari ALLAH agar rakyatnya tidak menderita.
No comments:
Post a Comment