Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.
Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?
PTPTN atau Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasioanal ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.
Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta. Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama? Siapa yang benarkannya? Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?
Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?
Di pihak yang lagi satu? Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini. Apakah nasib mereka? Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun. Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan. Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.
Siapa yang untung? Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta. Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain. Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?
Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.
Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya? Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera. Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun. Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?
Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10. Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah. Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti. Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).
Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan. Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka. Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut. Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).
Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".
kepada yang tidak suka pendidikan percuma untuk anak-anak mereka, bolehlah terus sokong PTPTN..
ReplyDeletesekiranya PTPTN berjaya dimansuhkan, dan anak-anak anda dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, jangan terhegeh-hegeh nak mintak percuma yer..
sila bayar sendiri yuran pengajian guna duit anda sendiri, atau pergi pinjam mana-mana, atau suruh anak anda bekerja sambil belajar.
ok?
kami di sini menyokong dan memperjuangkan pendidikan percuma untuk anak-anak kami dan termasuk anak-anak anda juga.
tapi apa boleh buat, anda tidak suka anak anda belajar percuma.
kami tidak boleh paksa anda menerima sesuatu yang percuma melainkan anda sendiri yang mahu.
Semestinya nak Melayu berubah. Kalau nak Melayu berubah,orang Melayu tu kena berusaha. Guna pendekatan yang bagus. Akhlak perlu sopan bukan macam mahasiswa yang perjuangkan pendidikan percuma ni.
ReplyDeleteSemestinya nak anak-anak hidup tanpa hutang tetapi lagi bagus kalau anak-anak yang pinjam PTPTN ni tahu kalau taknak bayar PTPTN mereka kena usaha. Belajar sungguh-sungguh.
Semestinya hendak anak-anak belajar percuma tapi kalau "kail dah diberi tetap tak mahu memancing mereka tetap akan mintak ikan." Hari-hari mahu suap.
Sekolah rendah,sekolah menengah pun kerajaan dah bagi percuma tapi tengoklah berapa ramai anak muda nak hargai??
Dan ketahuilah bahawa PTPTN tu PILIHAN!
Baiklah. AKu mengalah lah. Nah! Bagi la pendidikan percuma. Duit poket pun percuma. Yang malas belajar pun dapat percuma. Yang malas ni bila dapat kerja pun nak gaji percuma. Usaha takdak? Pasai apa? Demi kesenangan? Demi dunia? Semua kerajaan tanggung. Habis tu,takyah belajar pun takpa sebab gerenti dapat kerja percuma. Terima kasih pejuang-pejuang percuma!
Mat rempit dapat motor percuma.
Mat ganja pun dapat dadah percuma.
Mat Nyah pun dapat pelangga percuma.
Pensyarah pun kerja percuma.
Cikgu-cikgu kerja percuma.
Penjawat awam pun kerja percuma.
Buku-buku pun bagi percuma.
Semua benda pun pencuma.
Macam tadah tangan ke langit,semua benda dapat. Terima kasih pejuang!
Demi membantu mereka yang mahukan segalanya percuma.
Saya sokong perjuangan anda! Demi kelansungan anak bangsa Melayu Percuma.
- aku akan ingat perjuangan kalian dan sedia untuk membina sebuah tugu di dataran merdeka. Terima kasih.. Terima kasih!
pilihan?
janganlah naif sangat..
apa sangat pilihan yang ada pada ketika itu?
PTPTN adalah "pilihan" yang TERPAKSARELA untuk memilih "pilihan" tersebut..
sudah saya katakan..
jika anda tidak mahu pendidikan percuma untuk anak-anak anda, maka anda boleh teruskan menyokong PTPTN..
dan satu lagi..
pendidikan percuma lain isunya dengan pekerjaan percuma..
tiada siapa yang mahukan pekerjaan percuma..
yang kita mahu ialah pendidikan percuma..
tak perlu nak kaitkan benda yang tidak berkaitan, ok?
janganlah naif sangat..
Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;
ReplyDelete1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.
2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.
3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.
4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.
5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.
7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.
8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.
9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.
10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.