Disebabkan ada 2 orang teman bertanya akan hal ini, maka saya tuliskan dengan lengkap dan dipublish untuk rujukan teman-teman sang pejuang yang lain.
Waktu Perdana FB
1. Waktu posting FB yang bagus dilakukan pada jam 6 pagi (ramai bangun subuh, Alhamdulillah), dan jam 8 pagi (ramai orang main FB sebelum mula kerja di ofis). Kemudian, pada jam 12.50 tengahari (sebelum waktu rehat tengahari) ada yang tidak keluar rehat. Waktu petang dan malam adalah paling lembap.
2. Kalau Jumaat, waktu terbaik jam 12.00 tengahari (kerana ada perempuan yang tidak keluar tengahari dan bermain FB). Tapi lelaki kurang responsif di waktu ini.
3. Hari Sabtu Ahad tidak terlalu responsif, kerana capaian internet mereka banyak bergantung di tempat kerja. Banyak orang keluar berehat di hari minggu. Jika mahu posting status juga, gunakan teks yang ringkas sahaja, elakkan imej. Kenapa? Kerana akses internet mereka hanyalah dari telefon bimbit (iphone/ipad/dll) saja.
Waktu perdana di atas hanyalah milik saya sahaja. Waktu perdana dan hit FB setiap orang adalah berlainan, bergantung dengan siapa kita berkawan di FB. Maka, lakukan eksperimen berkali-kali bagi mendapatkan waktu perdana masing-masing yang tersendiri.
Tip Tambahan Menulis Status yang Hit:
1. Pastikan posting dilakukan sehari sekali sahaja, kerana memastikan ia di Like banyak dan akan tertera di News Feed paling atas sewaktu kawan-kawan FB kita login. Jika bertalu-talu kita update status, misalnya setiap 40 minit atau 2 jam, sistem tidak berminat menaikkan mana-mana status kita. Kata kuncinya: FB mahukan status yang berKUALITI sahaja.
2. Seperti saya yang sering mendapat 100 like ke atas, saya terhadkan posting sehari sekali saja. Jika dah selalu dapat Like, saya akan lakukan 2 hari sekali, bagi memastikan user FB tidak bosan kerana saya over-exposed. Kecuali kalau memang saya sendiri yang tidak mahu ia mencapai 100 like.
3. 100 likes daripada 3000 friends, rationya ialah 0.03%. Ini capaian yang normal. Disebabkan itu, kita biasa tengok ada Fan page artis yang mencapai 1000 likes dari 30 000 subscribers. Walaupun 0.03% adalah normal, tidak ramai orang berjaya mencapainya kerana niche statusnya tidak konsisten, tidak informatif, berbau privasi peribadi dll. Pendek kata, walaupun waktu posting adalah hit, namun jika tidak mencapai 0.03%, kita boleh katakan ia berciri MURAHAN.
4. Mekanisme Like ini selalu berubah setiap kali FB menukarkan sistem News Feednya. Mungkin jika status kita telah mencapai hit 0.03%, ia tidak lagi dipaparkan di tempat teratas. Sistem FB selalu berubah dan ia amat memenatkan kita mendapat rentak mereka. Memang banyak internet marketer di seluruh dunia mengeluh akan hal ini.
Oleh itu, pastikan kita ada target dalam setiap Like secara perlahan-lahan, supaya kita bermotivasi dan tidak cepat mengalah. Mula-mula sasarkan 40 Like, kemudian kekalkan hit 40. Seminggu kemudian naikkan ke 60. Biarlah berstrategi dan berjadual. Gunakan apps Post Planner jika ia membantu (search di FB).
5. Jika kita mencapai ratio LEBIH dari 0.03%, itu baru dikatakan amat responsif dan kejayaan yang LUAr biasa. Antara faktor pelonjak Like lebih 0.03% adalah butang SHARE.
6. Bagi mekanisme SHARE, saya belum lakukan kajian lagi. Berkesannya butang SHARE berkait rapat dengan viral marketing.Pengalaman saya, dengan banyaknya SHARE, ia telah meningkatkan Subscribers dan peminat yang tidak dikenali. Subscribers yang datang dari 'jalan' ini adalah genuine. Ini kerana mereka sudi dan sedia menerima apa saja berita yang dikeluarkan oleh kita. Malah mereka juga sanggup keluarkan wang ringgit ke jalan yang baik jika kena pada caranya. Saya telah menghadam dengan muntah darah (melampaunya!) akan ciri-ciri viral ini. Info di laman ini amat mudah difahami: http://mashable.com/2011/12/03/viral-infographic/
7. Bagi memastikan banyak Subscribers, kita mesti 'bersih'kan Wall kita. Jika kita ditag oleh seseorang, pastikan hanya kita sahaja yang dapat membacanya di Wall. (Set privasi Tagged by Friends on Wall, sebagai Only Me). Selain itu, pastikan setiap post kita adalah bermanfaat. Setiap Subscriber baru mahu menyelongkar apa yang ada dalam Wall kita. Jika berbaloi untuk suapan rohani, intelektual dan emosi mereka, barulah mereka menekan Subscribe.
8. TAG: Buang segala apa yang ditag orang lain kepada kita. Kita juga jangan selalu tag teman-teman kecuali perlu sahaja. Diulangi, jangan selalu, maksud saya 2,3 bulan sekali misalnya. Fungsi Tag mempunyai ciri-ciri Annoying Marketing - ada pakar marketer menyebutnya Force Marketing. Jika kena cara, Force Marketing ini amat bagus, tapi ia berisiko tinggi. Pakar Marketer mengatakan teknik ini adalah DO, OR DIE. Jika laris, ia sangat laris. Jika lembab, boleh membunuh imej dan populariti.
9. Dalam isu politik, banyak pengundi baru dan remaja di dalam jemaah kita ini dikatakan mengalami kecelaruan Fikrah. Sebetulnya, mereka tidak celaru. Cuma mereka amat berhati-hati dalam posting berbau politik. Mereka cenderung menunjukkan dirinya sebagai Atas Pagar. Mereka bimbang menunjukkan mereka ini PAS, PKR, atau UMNO. (oh saya tertinggal PERKASA dan PATRIOT). Inilah isu panas di kalangan Gen-Y, iaitu isu DO OR DIE.
p.s: Sebaliknya, saya secara peribadi, amat berani dalam posting hal politik, kerana saya lakukan dengan penuh strategi.
10. Senaraikan apa tujuannya kita mendapat Like/Share/Subscribers yang hit. Mungkin kita mahu produk kita terjual? Kita mahu dikenali dalam niche apa? Kita mahu gerakan dan pemikiran kita mendapat perhatian?
-Contoh: Seperti Puan Ainon, hit FB beliau banyak membantu dana air perigi di Kemboja. Ia turut menarik duit sumbangan teman-temannya yang banyak ke usaha pengislaman di Sabah. Nilainya sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Seperti saya, saya dan rakan-rakan ada gerakan membangunkan perpustakaan di sekolah/ anakyatim/ madrasah yang kurang kemampuan. Hit FB telah menarik sumbangan ke dalam usaha kami. Sekali lagi, senaraikan misi dan tujuan. Tiada tujuan, bagai kapal tidak bernakhoda, bagai perjuangan yang tiada destinasinya (syurga).
11. Kaji kenapa status kita tidak responsif. Muhasabah kenapa ia tidak disukai orang? Adakah ia berbau terlalu menunjuk-nunjuk, riak, membosan, BIASA-BIASA, atau tidak bermanfaat?
12. Jangan MENYURUH-NYURUH rakan kita menekan Like/Share. Memang ada kursus internet marketing yang menasihatkan kita supaya menyuruh-nyuruh pengguna BERTINDAK menekan butang BUY. Tapi itu untuk jualan di laman web yang ada Sales Letter. Ekosistem FB amat berlainan.
13. Baca tip-tip Teknik Psikologi Hadith. Banyak teknik Nabi yang dapat membantu FB menjadi hit. Contohnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengkritik, atau menyalahkan si pesalah. Saya sendiri secara peribadi, tidak suka dengan status orang yang kerjanya asyik mengkritik saja, bukannya berikan solusi. Saya pasti kalian pun begitu juga, kan? Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengkritik dan MENYATAKAN kesalahan orang. Apatah lagi mengorek punca masalah orang. Baginda cuma beri solusi saja.Nabi juga suka memuji, tapi bukan memuji pada fizikal dan peribadi. Nabi suka memuji pada perlakuan. Saya sendiri memang sering menjauhkan diri dari orang yang suka memuji-muji, contoh pujian yang kurang baik adalah begini, "Kacaklah kau." "Pandailah kau." "Terbaiklah status ini (apa yang terbaik pun tidak spesifik)"
Nabi Muhammad SAW suka memuji PERILAKU yang baik sahaja. Saya banyak baca kajian teknik nabi di sini: http://hadithpsikologi.blogspot.com/
14. Soal ikhlas dan pahala tidak perlu kita ceritakan di sini. Hanya kita dan Allah saja yang mengetahuinya. Jika FB hit, tapi hati tidak ikhlas, amatlah ia merugikan. Dengan kunci ikhlaslah punca saham akhirat ini berterusan.
Sekian saja, sedikit perkongsian daripada saya. Ada sesiapa lagi ingin berkongsi?
p.s: Minta izin, saya tag teman-teman yang bertanya.
Tulisan ini adalah rentetan daripada status saya, "Mengapa Saya Menulis Kerana Like?", bertarikh 5 April 2012. Link:
I'm a Facebook promoter, You have just created a Facebook page?No one likes to ''like'' a page with few likes. This is the solution for that, I will get you 700+ facebook fans in 12 hrs. No admin access is required. I will also tweet your page or website to 140k+ twitter followers. Fans are just to boost your page and are not real humans but look 100% real, they will stay forever. Only 1 gig per page.
ReplyDelete