banner

Tuesday, January 19, 2016

Nama bayi paling popular 2014 di Israel ialah Mohammed

Nama bayi paling popular 2014 di Israel ialah Mohammed




Seramai 2,650 bayi dinamakan sebagai Mohamammed pada 2014, 650 lebih banyak daripada nama Noam. - Gambar hiasan / REUTERS/Michaela Rehle                                                                                                                        
MOHAMMED menjadi nama bayi paling popular digunakan di Israel sepanjang 2014, dan ia merupakan kali pertama nama Arab dibenar untuk berada dalam senarai nama bayi paling popular di Israel, lapor media tempatan.

Sebelum ini, Lembaga Penduduk di Israel mencetuskan kontroversi apabila ia tidak menyenaraikan sebarang nama Arab dalam senarai nama bayi paling popular di Israel pada tahun lepas.

Dalam laporan tahun lalu, nama Yosef dinyatakan sebagai nama yang sering diberikan kepada bayi lelaki sepanjang tahun 2013, tanpa menyatakan nama Mohammed turut memberi saingan sengit bagi tempat pertama nama bayi paling popular.

Tahun ini Biro Pusat Statistik Israel (CBS) mendedahkan laporan pertama senarai nama bayi biro berkenaan, yang menyatakan bahawa nama bayi yang paling popular pada 2014 ialah Mohammed.

Jelasnya, nama ini sering digunakan dalam kalangan penduduk, iaitu dengan purata satu daripada tujuh bayi lelaki Islam.

Seramai 2,650 bayi dinamakan sebagai Mohammed, 650 lebih banyak daripada nama Noam.

Selepas Noam, antara nama bayi yang popular adalah Ori, David, Yosef, Eitan, Areil, Daniel, Yehonatan dan Moshe.

Nama Noa kekal berada di tempat pertama bagi nama bayi perempuan paling popular bagi 15 tahun berturut-turut.

Dalam kalangan penduduk Islam, satu daripada lima bayi dinamakan sebagai Mohammed atau Ahmed (14.5 peratus Mohammed; dan 5.5 peratus Ahmed).

Nama-nama berkenaan diikuti dengan Yusuf, Omar, Abed, Adam, Ali, Ibrahim, Mahmoud, Amir dan Khaled.
Bagi bayi perempuan Islam pula, nama bayi yang sering dinamakan adalah Maryam, diikuti Jana, Lian, Malak, Alin, Lyn dan Nur.

Sementara itu, nama Yosef sering digunakan dalam kalangan bayi-bayi Yahudi terutama di Baitulmaqdis dan Bnei Brak, manakala nama Ori lebih popular di Tel Aviv dan Modi'in. 

No comments:

Post a Comment