banner

Wednesday, August 28, 2013

Lagi Islam Di Hina - Lukisan Anurendra Jehadeva Kini Di Publika Sri Hartamas

Lagi Islam Di Hina - Lukisan Anurendra Jehadeva Kini Di Publika Sri Hartamas

Aku copy paste dari sebuah blog

Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1196x848.


Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”.

Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for *****” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang *****) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya
yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 3072x797.


Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1438x886.


kemaskini:

Baru balik dari Balai Polis Sentul (jam 1:10 pagi) untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat … siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan
(memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan)



Mereka2 yang tengok lukisan tersebut beranggapan bahawa ;

1. I for idi0t tue merujuk kepada I for Islam.

2. Then bismillah yang terbalik di anggap menghina islam

3. Bendera malaysia mereka anggap bahawa pelukis anggap ia sebagai lanun.

Kesemua di atas ialah anggapan/persepsi beberapa pihak yang merasakan bahawa pelukis tersebut telah menghina Islam setelah melihat lukisan oleh pelukis tersebut.

Betul ke?

I for Islam takde. I for Idi0t je ada. Kalimah Allah yang terbalik [ cermin version ] tak cukup kuat untuk anggap dia hina Islam. Dan err apa bukti bendera tue bendera Malaysia? Boleh jadi ia bendera Amerika juga, kan? Bila orang Malaysia pun terkeliru antara bendera Malaysia dengan bendera Amerika, alangkah malunya kita.

Hehe.

Dan kat bawah neh pula penjelasan oleh pelukis yang melukis lukisan tersebut. Korang boleh terima dan boleh taknak terima. Juga boleh bersetuju dan tidak mahu bersetuju. Aku pun tak sure dia bercakap betul atau tidak dalam hal tersebut tapi siyes, aku tengok lukisan neh betul2 tadi, aku tak nampak tang mana hina Islam kat dalam lukisan tersebut. Bila baca keterangan2 yang depa tulis tue lagi la aku rasa cam tak betul jek. Pasal aku tak nampak pun dia tulis I for Islam, melainkan I for Idi0t jek. Sejak bila pula Idi0t = Islam mewakili frasa dan maksud yang sama?

So aku bengong sikit memikirkan isu neh. Aku tak berada di mana2 side pun. Cuma adalah amat molek untuk kita menilai semua perkara sebelum melakukan analisis akhir. Baca la penjelasan oleh dia pula. BTW, aku simpulkan lukisan tersebut tak nampak pun macam hina Islam sebelum aku membaca penjelasan dia. Then lepas baca penjelasan dia, lagi la aku rasa cam telahan aku betul jek.



Maksud ;

1. Lukisan tersebut menceritakan tentang peperangan yang berlaku di Iraq dan kesan2nya.

2. Idi0t merujuk kepada Presiden USA ketika itu. Ada perkataan Mission Accomplished di balik lukisan tue kalau korang perasan, dia warna putih.

3. Bendera tue pula merujuk kepada bendera USA. Nampak ada 4 bintang tue? Bendera USA kan berbintang2 kat situ. Malunya. Orang Malaysia pun terkeliru dengan bendera sendiri. Padan la ada orang beria2 nak tukar bendera negara kita. Hehe

4. Monyet merujuk kepada tentera USA dan tindakan tidak perikemanusiaan mereka terhadap Baghdad. Nampak tak monyet tue pakai topi? Cuba tengok betul2 apa maksud topi dan kenapa monyet tue berbasikal. Takan gabungan monyet bertopi + pakai baju + berbasikal = hina Islam kot?

4. Kalimah terbalik. Mereka kata ia menghina Islam sebab ia terbalik. Merujuk kepada pelukis ia merujuk kepada umat islam di Iraq ketika itu yang kucar kacir akibat terhimpit dengan kekejaman dan penganiayaan semua pihak, baik orang luar mahupun pemimpin sendiri. Rakyat Iraq penganut muslim, maka bahasa arab digunakan.

Kesimpulannya lukisan tersebut adalah untuk memberikan tanda solidariti kepada rakyat2 Iraq yang teraniaya ketika itu, bukan nya nak menghina Islam. Itulah maksud yang pelukis ingin sampaikan.

Ikut suka korang le nak percaya ataupun sebaliknya. Aku tak kata penjelasan dia semestinya betul oke. Kalau betul kita kena terima, kalau tak betul, kita ketuk la dia balik sebab sentuh isu sensitif. Apa pun ketika aku check berita pasal neh, kat TMI dan juga kat The Malay Online, aik, tetiba dah takde. Aku nak check sebab nak letak link kat ayat aku kat atas tue. Tadi aku siap2 ayat jek dulu. Link letak kemudian. Sekarang berita pasal neh dah takde.

No comments:

Post a Comment