banner

Tuesday, August 27, 2013

Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013


Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013

“Kepimpinan merupakan satu kapasiti untuk menukarkan visi kepada satu realiti..” - Warren G. Bennis

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO, merupakan satu jawatan yang sangat dimahukan oleh semua orang khususnya yang terlibat dalam dunia korporat. Ini kerana selain menjadi orang penting, anda juga akan dikenali ramai serta berpotensi untuk dibayar dengan gaji yang tinggi.

Namun begitu disebalik kemegahan jawatan CEO ini, tergalas sebuah tanggungjawab yang besar kerana CEO merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Ini bermakna CEO mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan ataupun menjadi penyebab kepada kegagalan sesebuah perniagaan.

CEO yang berjaya merupakan individu yang mempunyai kepimpinan dan visi yang cemerlang. Berikut merupakan antara 10 CEO disegani terkaya di dunia pada tahun 2013 ini.

#10. Leonid Mikhelson


Berumur 57 tahun dari Rusia.
Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syarikat gas & minyak, Novatek.
Berada pada kedudukan ke-47 di dunia.
Jumlah Kekayaan: $15.4 Billion


#9. Aliko Dangote



Berumur 55 tahun dari Nigeria.
Merupakan CEO dan Pengerusi Dangote Group.
Berada pada kedudukan ke-43 terkaya di dunia.
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion


#8. Lakshmi Mittal



Berumur 62 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal
Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion


#7. Mukesh Ambani


Berumur 55 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan Managing Director (CEO) Reliance Industries.
Berada pada kedudukan ke-22 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $21.5 Billion


#6. Lawrence “Larry” Page


Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan CEO Google Inc.
Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $23 Billion


#5. Jeff Bezos



Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com
Berada pada kedudukan ke-19 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $25.2 Billion


#4. Sheldon Adelson


Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands
Berada pada kedudukan ke-15 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $26.5 Billion


#3. Bernard Arnault


Berumur 63 tahun dari Perancis.
Merupakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH)
Berada pada kedudukan ke-10 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $29 Billion


#2. Larry Ellison


Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle.
Berada pada kedudukan ke-5 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $43 Billion


#1. Warren Buffet


Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $53.5 Billion

No comments:

Post a Comment