banner

Tuesday, July 11, 2017

Rahsia Bisnes Pasar Malam

pasar malam mempunyai nilai marketing yang tinggi.
betol percaturan, kene dengan cara jualan, produk yang bagus serta semangat yang tak mudah berputusa ada. pasar malam merupakan lubuk serta nadi usahawan yang berjaya. 
takperlu pakai baju lawa2, hanya bawak van buruk, parking, payung, dan barang dagangan, pamerkan, dan mulakan sesi promosi, layan pelanggan dengan ramah, amalkan sikap membantu, jauhi sikap cekik darah merupakan petua terbaik untuk berjaya di pasar malam.
saya merupakan peniaga pasar malam sejak berumur 6 tahun. wah biar betol 6 tahun.
yer 6 tahun, saya ikut bapa saya pegi meniaga, kuar pagi2 dalam kol 5-6, bagi tengah hari, petang get ready untuk pasar malam. pengamatan saya, pasar malam merupakan lubuk kekayaan yang amat bernilai. jual apa sahaja, sekecil2 lada, sehingga sebeso2 rumah. semua ada dipasar malam. anda berminat dengan pasar malam selepas mendengar cerita saya, he. banyak lagi kisah saya dnegan pasar malam. memang menarik, memang tak ternilai.

ala kalau kita pergi pasar malam...macam2 benda ada orang jual...sampaikan topup pun ada jual, kalau setakat makanan jgn cakap la.pening nak memilih.

ni kisah member aku kat pasar malam. dia jual start kol 5 sampai 9malm.dia menjual benda orang paling ramai jual kat psar malam tu. jual air. ramai yg komplain dia. apsal ko nak jual air jugak, kan berpuluh2 orang orang jual air. dia jawab...ala, orang lalu lang bukan pk pun nak beli air kat gerai sape2, nampak sedap, terus beli, so dia pon wat ape dia palan. tapi strategi dia jual lain sket. dia jual macam2 air...,macam soya, milo, n lain, tapi, setiap tong air, dia isi penuh2, tong dia pulak beso2. member2 dia ckap. ko giler aper, nak bazir ke jual air tong2 beso, banyak, kalu tak habis kan bazir. dia tersenyum ajer. aku perati aker cara dia jual. orang lalu lang, datang singgah beli air dia. nak cakap sedap sangat takder la, tapi mesti orang beli. yang pelik nye, habis meniaga, dalam 1 ke 2 tong ajer habis, yang lain separuh, kadang2, gerak pun. jadi, yang lebih dia bagi member2 pasar malam, x habis jugak, dia pas kat aspe2, yang baki dia buang. aku try tanye dia satu hari, income dapat berape, dia cakap, satu tong modal dalam sepuluh ringt je, kalau habis ader la dalam 50 ker seratus. aku cakap mak aih....banyak nyer untung, dia jual 7 tong air. banyagkan la berapa dia dapat satu malam. so moral story. jagn takut jual ape orang jual. kedua, kaji prospek pasar mlam tu, dekat sekolah ke, dekat perumahan ke, ketiga, kalau jual makanan, pamerkan dengan pelbagai jenis, dan jgn bagi nampak berselerak,serta bersih. jagn lupa, jagan kedekut nak melebh2 kan bagi pelanggan. :)

cadangan aku kalau nak mula2 d pasar malam, dengan modal yang sedikit, boleh try dengan makanan. tetapi jgn tiru bulat2 ape orang sudah buat, cube modified resipi, dan buat tawaran harga menarik. kalau tak berminat dengan makanan, boleh cuba dengan menjual barangan tak basah. tak semestinya stoking, beg duit, kasut dll. tapi macam2 lagi ada. menjual pasu bunga pun laku tau, member aku penah jual anak2 pokok, tapi bukan jual biasa, siap demo menanam lagi,..so banyak kan potensi pasar malam. memang agak letih sikit, tetapi, ini lah tapak kita untuk belajar cara meniaga dengan mudah, percayalah
hehehe

kalu satu malam kita buka 5 gerai jual burger di beberapa tempat. pakat la dengan member. satu gerai untung bersih Rm100 semalam. jadi RM100x5=RM500...lumayan tu...keje isi masa kosong. jadi kalu geng2 mat rempit ni, ada inisiatif nak berjaya, buka gerai burger bayak tempat satu hari...and ada orng monitor serta jaga, mesti paling kurang sebulan lebih RM1000 gaji...ambik idea OTAI BURGER...siap francais lagi.he

saya juga ada pengalaman berniaga di pasar malam dan pasar pagi. sejak umur 7 tahun lagi family saya berniaga. Parents saya ada kedai makan, tapi apa yang paling special adalah nasi lemak kukus kami.

ayah saya ni, pelik sikit bab branding. dia dengan bangga nya letak brand NASI LEMAK MAK AKU.haha. konon nya, dia dah muak dengar NASI LEMAK MAK LONG, NASI LEMAK MAK TEH dan sebagainya.haha.

memang ok sangat lah kan, kalau pagi boleh jual 1000 bungkus, kami ada dalam 5 atau 6 gerai. malam boleh jual dalam 1500 bungkus.

kalau total 2500 bungkus, untung bersih ada lah dalam RM1200 satu hari.
memang ok sangat.kalau hujung minggu, tempahan untuk majlis, TV3 punya breakfast lagi, macam-macam.

income sebulan dalam RM30000 minimum.

kawan kawan kat sekolah semua kata saya pembohong. mana taknya, family hidup mewah, rumah kereta mewah, mana ada orang nak percaya jual nasi lemak boleh kaya zaman tu.

masuk tahun ke lima, kami dapat tempahan untuk cafe2 di genting. harga diorang ambil, RM2.20 sebungkus. diorang order 500-1000 sehari. memang bonus beb.

siapa kata jual nasi lemak tak kaya? 

Salam semua.

Aku pun pernah niaga pasar malam... tapi bukan semua perniagaan pasar malam boleh jadi kaya. Pasar malam yang strategik cukup penting untuk mendapatkan income yang lumayan. Kalau di KL & Selangor tu tempat ramai orang maka tak hairan setiap hari boleh dapat min RM200.

Saya niaga ni Seberang Perai. Di sini kalau niaga hari bekerja orang agak kurang terutama hari selasa dan rabu. Tapi kalau hujung minggu memang tak menang tangan. Kalau pasar malam tu area ramai orang, memang la masyuk... kalau tempat tak ramai orang, sedih melihatnya... orang hanya datang beli lauk mentah dan sayur jer.

Since ada yang komen balik kat thread nie, saya pun nak berkongsi juga walaupun.

Pasar malam memang best, dan memang untung.
Cuma sekadar berkongsi pengalaman untuk sesiapa yang mahu mula berniaga pasar malam.

1) kene sabar untuk dapatkan tapak, kalau ditempat saya, semua tapak memang dah penuh, nak nak kalau jual makanan, memang takde tapak kosong, kita hanya mengharap tapak orang yang tak datang. jadinya kene tunggu kadang2 sampai pukul 5, baru ketua tapak bagi buka kanopi, saya jual air, kalau pukul 5 baru nak bukak kanopi alamatnya jenuh la..orang dah ramai. Nak dapatkankan no telefon ketua tapak kene dapatkan di majlis perbandaran. diorang akan bagi list pasar2 malam beserta no ketua tapak.

2) kalau nak buat, kene buat grand terus, tak boleh nak buat kecik2, contoh kalau nak start jual air, kene terus beli balang banyak2 jual banyak jenis air terus, sebab psikologi yang saya perhati, dekat pasar malam, kebanyakkan orang (tidak semua) mereka macam takde hala tuju, macam tak tahu nak beli apa, jadi mereka just sambar apa yang menarik perhatian diorg pada ketika itu, so first impression memang penting.

3)kalau nak start menjaja kene jadi orang yang berani dan proaktif, contoh kalau ada ceramah ke apa2 event ke, cuba apply untuk dapatkan tapak, kalau kita tunggu, tapak tidak akan datang dengan sendiri hehe. sebab once dah dapat tapak..memang best. contoh kalau ada perlawanan bola sepak ke, bukak je kanopi kat tepi stadium, cari ketua tapak..kene berani bertanya. Palaing best kalau dapat join bazar ramadhan.

4)daftar dengan persatuan pasar malam di tempat anda. bila dah daftar senang, jika diorang nak rombak tapak atau ada tapak baru nak buka, diorang akan inform kita.

5)Kene tahan penat, berniaga mana tak penat kan? even buat bisnes online pun penat kepala berfikir dan menaip.

itulah sekadar pengalam saya :)

No comments:

Post a Comment