banner

Tuesday, July 11, 2017

Lumayan..Buat la marketing online untuk company-company !!

Assalamualaikum..harap-harap nya boleh jadi inspirasi buat yang ada disini dan juga inspirasi buat saya..

kalo perasan, ramai yang advertise produk di internet untuk individu, maksudnya target kepada individu yang online..

sebenarnya, ada satu market yang tak ramai orang nak terokai, tersembunyi tapi amat berpotensi tinggi..

satu kelebihannya ialah kurang persaingan, tetapi lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh (mana ada duit datang bergolek kan)

apa tu?? itulah marketing online yang kita lakukan untuk syarikat-syarikat offline-kebiasaanya yang memerlukan servis kita ni, syarikat yang masih tak mempunyai website dan belum pernah melakukan marketing secara online..

bayaran yang mungkin anda terima adalah bergantung kepada perbincangan anda dengan syarikat terbabit-biasanya minimum charge RM500- RM1000 dan dibayar secara bulanan-means pendapatan tetap la kan…

dan anda boleh memilih untuk buat marketing online ni untuk 2-5 company atau lebih bergantung kepada cara anda promosi..tapi, kalau satu company bayar RM500, kalau 5 company dah RM2500 tetap..(kalau kita jual produk sendiri atau affiliate biasanya tak tetap-berubah ubah bergantung kepada cara kita promosi)..dan anda akan dapat lebih lagi sekiranya marketing anda berjaya menghasilkan pulangan yg lumayan kepada syarikat terbabit..kemungkinan selepas sebulan anda buat, mereka akan naikkan jadi RM1000 sebulan, kemudian RM2000 SEBULAN.. ya, ini bukan cakap tipu2..ni memang berlaku..

tapi, untuk buat marketing online, anda kena la ada company..senang je register company..online je boleh..

nama company amat penting untuk jangka panjang..kos pun RM80 setahun..pasti balik modal..insyaallah
tapi, persoalannya..HOW??? DISINILAH PENTINGNYA MARKETING OFFLINE !!

ada beberapa cara, mai saya nak bagi:..

1. anda perlu siapkan satu kertas kerja ringkas tentang servis anda-senang je ni..bgtahu je la semua cara yang anda akan gunakan untuk promosi-kaedah pemasaran forum, email marketing, letak banner diweb popular, hantar ke direktori, pemasaran melalui social marketing, blog, software referral-x dan seribu satu cara..

2.pergi kedai-kedai di premis perniagaan,shopping complex, buat personal coaching dengan pengurus syarikat terbabit..kami dah pegi jumpa hampir 20 company di ipoh

3.dapatkan majalah mingguan wanita yang terkini-disitu ada banyak sangat syarikat-syarikat baru yang masih belum ada website-ambil no phone dan email mereka-call mereka, terangkan tentang servis anda dan emailkan kpd mereka kertas kerja anda.

untuk pengetahuan, kos iklan offline sangat mahal, contoh kos iklan di mingguan wanita mencecah RM400 untuk sekali keluaran bg saiz iklan 6cmx 6cm, kalau kat suratkhabar plak- untuk 4 LINE sahaja-selama sebulan kos RM400 dan ketas-
tetapi, dengan RM500 dan keatas untuk iklan di internet, macam2 kita boleh buat untuk iklankan syarikat mereka

4.cara yg paling berkesan, bila anda offer seminar/personal coaching tentang pemasaran internet
semasa berbincang, terangkan kelebihan utama pemasaran internet

5.pergi ekspo atau mana2 pameran, festival, masa pg tu ambik name card semua company, lpas ekspo, kontek mereka melalui telefon dan email..saya ada banyak koleksi name card syarikat2

ada banyak lagi cara bagaimana anda nak dapatkan company2 ni..

ni gambar-gambar nya-

1.contoh iklan di mingguan wanita yg memerlukan agen/stokis- anda boleh setup sistem affiliate plus+ advertisekan -kena guna software canggih2 skit
[​IMG]
2. ni name card yg diambil masa ekspo/festival
[​IMG]

Apa yang anda boleh offer kepada syarikat-syarikat ni

1.tempahan website-shopping cart atau portal
2.servis seo
3.marketing company dan produk mereka
4.setup sistem mencari agen/pengedar secara online

macamane anda nak yakinkan mereka??

1.anda kena buat report marketing untuk mana-mana produk yang anda dah buat dan tunjukkan hasilnya..
2.ni pun kena buat kertas kerja jugak..mesti tunjukkan dnegan jelas..

ni gambar screen shot kertas kerja

[​IMG] 

benda ni masa mula2 je susah skit..lama2 senang je

so, apa yang anda perlukan

kemahiran dan ilmu !!

1.kemahiran bina website cth-shopping cart atau portal- kalo tak pandai, kena upah orang, tapi kos jd tinggi
2.ilmu marketing yang telah anda praktikkan-ada banyak sangat kaedah marketing-ilmu ni tak semestinya dapat dengan beli ebook, kalau pinjam kat libry, bnyk jgk ilmu marketing offline yg blh kita ambik
3.kemahiran untuk setup sistem cari agen- kalo boleh cari script yg canggih2 (banyak company perlukan agen)-affiliate dsbgainya
4.software2 yg hebat untuk mudahkan kerja anda-cnth referral-X dan seductive X..


anda kena ada ilmu dan kemahiran yg dipraktikkan, barulah jadi rebutan !!

ni la faedahnya bila nada berilmu..berpraktik dengan ilmu

ni contoh sahaja servis seo yang dibuat untuk company2..saya amik dari website lain ye. ni mungkin antara bentuk servis yg boleh kita offer

Client Site Optimization – Utilize our experience to help gain top rankings through proven optimization techniques.

PPC Management – Are you sick of spending too much money on your PPC campaigns and not getting any return? We will pinpoint how much it will take to get a conversion and help reduce unnecessary spending. Pay Per Click Management helps you save you money.

SEO/SEM Website Design/Development – We offer Website design/development services with your SEO/SEM needs in mind.

Blogging – Do you have a blog? We can help you gain visibility and readership. And help make your blog SEO friendly.

Affiliate Marketing – Assist you with any current affiliate campaigns or start new ones.

Interactive Project management – You can access online real time project system that allows you to monitor the progress you are making on your account.

Comprehensive report – We offer interactive reporting that allows you to know exactly where you and your competitors on the SE’s and the progress you are making.

Promotional Website Development – We build an optimized complimentary website to help drive traffic to your online business.

Keyword Strategy Report – Choosing the right keywords to target is everything in search engine advertising. This report makes it easy.

Competition Comparison Report – Ever wonder how your competition gets those great rankings? This report will make it clear.

Keluhan Usahawan Internet Malaysia

aku buka untuk newbie dan keluhan aku..

aku berkenalan dengan IM masa 15tahun, masuk 16tahun aku start main adsense..
Happy bila google approve akaun..
start dari tu,siang malam buat blog..
6 jam sehari mengadap PC buat blog..
sampai lebih 30 blog aku buat..
lebih 600 post aku buat
selepas 8 bulan, hasil aku $30..
aku mengeluh, siang malam keje ni hasilnya?
aku terfikir cara mudah..aku berkenalan dengan seseorang
yang ada web yang memang traffic tinggi, web die tentang gossip artis malaysia..aku YM die cakap kat die kita sama-sama main adsense..tapi hasil tetap macam tu..
dia bagi aku akses ke cpanel dia, masa tu aku terlintas untuk edit template die dan letak code adsense aku..
yer...memang ok earning, dapat la 7 usd sehari..tapi aku letak satu code adsense je, 2 lagi yang dia(boleh letak 3 ads dalam satu pages)
sampai sebulan, die tukar themes..
adsense aku belum cecah $100
aku main dada.net pulak,dapat dalam $15 dari situ dalam seminggu..
Lepas tu, ada orang bagi aku sponser hosting,aku pun create blog mp3 download dan buat yang auto-update..
adsense aku terus meningkat hingga 3 usd sehari..
lepas 2 bulan, cukup 100 usd..
cek sampai rumah aku, aku nak clear tapi tak de akaun maybank, tak de public bank..aku ade BSN je..
aku pun nak apply maybank tapi sayang chip mykad aku corrupted..
aku simpan cek tu, dan cek tu hilang...
kenapa hilang?mungkin sebab pendapatan aku dari adsense tu sebab aku makan kawan aku..
aku tak cari cek tu,biarla terus hilang..aku pun fed up sebab tak leh clear sebab mykad rosak..
masa umur aku 17tahun, aku stop sebab aku exam spm..memang stop terus sebab bagi aku susah nak dapat duit dari adsense..dalam sales letter yang jual ebook adsense senang la cakap dapat duit dari adsense tapi aku buat berpeluh sampai ke kaki baru dapat..
masuk november 2008, aku baru habis SPM
aku main affiliate, daftar CJ.com dan clickbank.com
bukan main harapan tinggi nak dapat rm300 sebulan pun jadi..bukan main buat forum marketing tapi tak berguna..
forum marketing paling teruk bagi aku sebab thread asyik berubah..aku terfikir..macam mana aku nak buat orang beli produk yang aku promote..siang malam fikir,sampai dalam bilik air pun fikir lagi..
dapat idea, tapi tak boleh apply sebab aku tak de paypal/debit card atau maybank2u..
aku mengeluh..aku memang terperangkap,
aku nak main affiliate tapi senjata aku tak de..
aku start kumpul produk mrr yang free..bercadang nak launch produk tapi aku pun terfikir, aku ni gila ke nak launch produk tapi marketing tak de..tapi aku kumpul jugak produk mrr walaupun aku tahu aku tak dapat jual balik..
sampai la 1/1/2009 aku start video marketing, hasil tetap tak ade lagi..dah dekat 40 video upload tapi aku tak masukkan annotations sekadar masukkan link affiliate dekat info box..
aku belum putus asa..
aku nak jugak berjaya..
aku berhenti keje sambilan semata-mata nak fokus IM dan kerja dengan rammel firdaus(rammfir)
apa yang menghalang aku sebenarnya?
aku tahu umur aku sebab tak leh verified paypal
aku tahu teknik aku sebab aku hanya kejar wang
sekarang aku fokus dekat video marketing, aku terus upload dan upload..
tiap2 hari masuk clickbank tapi aku tahu hasilnya 0!
aku mulakan dengan zero!tak de ebook panduan!tak de semuanya..
sampai sekarang hasilnya tetap kosong, aku tetap nak terus upload video sebab aku tahu kenapa lisa hilmi boleh dapat rm4000++ dalam masa 3 hari tapi tidak aku?youtube bukanya pakai paypal,bukanya pakai maybank2u, bukanya nak umur 18tahun..
jadi aku rasa aku di landasan yang betul
dan hari ni hasil tetap kosong tapi aku terus upload..

untuk semua newbie, jangan sangka IM ni mudah..
aku sendiri tak berjaya lagi..
jangan putus asa..
cuba dan cuba..
aku nak apply PB visa electron hari ni..
kalau pergi bank PB die nak 18tahun
tapi dalam website 12tahun ke atas..

ni nak bagi free facebook ads

pm


p/s:Update sikit...dah nampak dah salah kat mana video marketing, sekarang masa untuk perbetulkan semua..rasanya aku dah jumpa benda yang sesuai untuk aku walaupun masih belum dapat earning..aku nak fokus kat video marketing selain tu buat sikit2 adsense...

kongsila perjalanan anda dalam marketing ni, mungkin boleh menaikkan semangat orang lain...
aku cerita semua ni pun sebab nak naikkan semangat orang lain..selain tu luahan aku..

Looking For Mentor, anyone?

Mengapa orang melayu sering kali gagal dalam perniagaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa orang melayu sering kali gagal dalam perniagaan? tidak seperti orang cina di mana kejayaan yang diperoleh sentiasa konsisten dan bertambah-tambah.Setelah dikaji dan diselidik secara mendalam,terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan orang melayu dalam bidang perniagaan.

1) PEMBERI ALASAN - "Susah la nak jual tudung ni. Ramai dah yang jual. Lagipun aku lelaki kot."

2) PEMALAS - "Malasnya nak pergi ambik stok baru dekat gudang"

3) PENANGGUH - "Esok je la pergi ambil stok baru. Sempat lagi. Lagipun bukan ada demand sangat. Hari ni nak lepak-lepak je, dating ke, tengok wayang ke."

4) PERLAHAN-LAHAN - "Nak buat bisnes ni kena relax, tak boleh kalut-kalut. Slow-slow la buka kedai. Dorang memang takde pilihan lain dah, area ni aku sorang je buka kedai runcit. Mesti cari aku gak."

5) PENUNGGU - "Aku rasa kalau aku jual tudung mesti laku, tapi tak de orang la buat lagi. Arghhh! Tunggu je la dulu, kalau dorang buat, untung besar, baru aku jual."

6) PENGIKUT - "Eh! Jual charkuetiaw macam untung la. Mudah pula nak sediakan. Nak jual juga la. Modal bukan besar sangat pon."

7) PENYIBUK - "Agak-agak berapa ye untung kedai depan tu hari ni?"

8) PENUDUH - "Ni semua kedai depan tu punya pasal, macam tak boleh jual benda lain je. Tudung juga dia nak jual. ****** la aku nk survive camni."

9) PENGKRITIK BUKAN PELAKU - "Ape la dia ni. Tu pon tak reti nak buat, senang je kot. Campur je la air campur dengan batu. Jadilah ABC. Mudah je. "

10) PERTENGAHAN JALAN - "Susah la jual tudung ni, banyak competition, nak jual seluar dalam la pula. Mudah."

11) PEMBIAWAKAN - Merujuk kepada sifat sesetengah golongan yang kuat dengki dengan kejayaan orang lain tetapi tidak berusaha untuk lebih berjaya malahan cuba menjatuhkan orang tersebut. Contoh: Seorang lelaki muda memandu kereta Audi meluncur megah disebelah seorang mamat menaiki kapcai. "Eleh! Tu mesti kereta pak dia tu, tak pon kereta company, ataupun dia tu driver VVIP. Jangan harap la muka camtu mampu pakai Audi. Aku yang kerja bertahun-tahun macam nak mati jadi despatch ni pon tak mampu nak pakai. Kerek gila dengan spek hitam segala. Minta-minta dia eksiden kat depan tu. Mati lagi senang. Nyampah aku tengok."

Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama.

Rahsia Bisnes Pasar Malam

pasar malam mempunyai nilai marketing yang tinggi.
betol percaturan, kene dengan cara jualan, produk yang bagus serta semangat yang tak mudah berputusa ada. pasar malam merupakan lubuk serta nadi usahawan yang berjaya. 
takperlu pakai baju lawa2, hanya bawak van buruk, parking, payung, dan barang dagangan, pamerkan, dan mulakan sesi promosi, layan pelanggan dengan ramah, amalkan sikap membantu, jauhi sikap cekik darah merupakan petua terbaik untuk berjaya di pasar malam.
saya merupakan peniaga pasar malam sejak berumur 6 tahun. wah biar betol 6 tahun.
yer 6 tahun, saya ikut bapa saya pegi meniaga, kuar pagi2 dalam kol 5-6, bagi tengah hari, petang get ready untuk pasar malam. pengamatan saya, pasar malam merupakan lubuk kekayaan yang amat bernilai. jual apa sahaja, sekecil2 lada, sehingga sebeso2 rumah. semua ada dipasar malam. anda berminat dengan pasar malam selepas mendengar cerita saya, he. banyak lagi kisah saya dnegan pasar malam. memang menarik, memang tak ternilai.

ala kalau kita pergi pasar malam...macam2 benda ada orang jual...sampaikan topup pun ada jual, kalau setakat makanan jgn cakap la.pening nak memilih.

ni kisah member aku kat pasar malam. dia jual start kol 5 sampai 9malm.dia menjual benda orang paling ramai jual kat psar malam tu. jual air. ramai yg komplain dia. apsal ko nak jual air jugak, kan berpuluh2 orang orang jual air. dia jawab...ala, orang lalu lang bukan pk pun nak beli air kat gerai sape2, nampak sedap, terus beli, so dia pon wat ape dia palan. tapi strategi dia jual lain sket. dia jual macam2 air...,macam soya, milo, n lain, tapi, setiap tong air, dia isi penuh2, tong dia pulak beso2. member2 dia ckap. ko giler aper, nak bazir ke jual air tong2 beso, banyak, kalu tak habis kan bazir. dia tersenyum ajer. aku perati aker cara dia jual. orang lalu lang, datang singgah beli air dia. nak cakap sedap sangat takder la, tapi mesti orang beli. yang pelik nye, habis meniaga, dalam 1 ke 2 tong ajer habis, yang lain separuh, kadang2, gerak pun. jadi, yang lebih dia bagi member2 pasar malam, x habis jugak, dia pas kat aspe2, yang baki dia buang. aku try tanye dia satu hari, income dapat berape, dia cakap, satu tong modal dalam sepuluh ringt je, kalau habis ader la dalam 50 ker seratus. aku cakap mak aih....banyak nyer untung, dia jual 7 tong air. banyagkan la berapa dia dapat satu malam. so moral story. jagn takut jual ape orang jual. kedua, kaji prospek pasar mlam tu, dekat sekolah ke, dekat perumahan ke, ketiga, kalau jual makanan, pamerkan dengan pelbagai jenis, dan jgn bagi nampak berselerak,serta bersih. jagn lupa, jagan kedekut nak melebh2 kan bagi pelanggan. :)

cadangan aku kalau nak mula2 d pasar malam, dengan modal yang sedikit, boleh try dengan makanan. tetapi jgn tiru bulat2 ape orang sudah buat, cube modified resipi, dan buat tawaran harga menarik. kalau tak berminat dengan makanan, boleh cuba dengan menjual barangan tak basah. tak semestinya stoking, beg duit, kasut dll. tapi macam2 lagi ada. menjual pasu bunga pun laku tau, member aku penah jual anak2 pokok, tapi bukan jual biasa, siap demo menanam lagi,..so banyak kan potensi pasar malam. memang agak letih sikit, tetapi, ini lah tapak kita untuk belajar cara meniaga dengan mudah, percayalah
hehehe

kalu satu malam kita buka 5 gerai jual burger di beberapa tempat. pakat la dengan member. satu gerai untung bersih Rm100 semalam. jadi RM100x5=RM500...lumayan tu...keje isi masa kosong. jadi kalu geng2 mat rempit ni, ada inisiatif nak berjaya, buka gerai burger bayak tempat satu hari...and ada orng monitor serta jaga, mesti paling kurang sebulan lebih RM1000 gaji...ambik idea OTAI BURGER...siap francais lagi.he

saya juga ada pengalaman berniaga di pasar malam dan pasar pagi. sejak umur 7 tahun lagi family saya berniaga. Parents saya ada kedai makan, tapi apa yang paling special adalah nasi lemak kukus kami.

ayah saya ni, pelik sikit bab branding. dia dengan bangga nya letak brand NASI LEMAK MAK AKU.haha. konon nya, dia dah muak dengar NASI LEMAK MAK LONG, NASI LEMAK MAK TEH dan sebagainya.haha.

memang ok sangat lah kan, kalau pagi boleh jual 1000 bungkus, kami ada dalam 5 atau 6 gerai. malam boleh jual dalam 1500 bungkus.

kalau total 2500 bungkus, untung bersih ada lah dalam RM1200 satu hari.
memang ok sangat.kalau hujung minggu, tempahan untuk majlis, TV3 punya breakfast lagi, macam-macam.

income sebulan dalam RM30000 minimum.

kawan kawan kat sekolah semua kata saya pembohong. mana taknya, family hidup mewah, rumah kereta mewah, mana ada orang nak percaya jual nasi lemak boleh kaya zaman tu.

masuk tahun ke lima, kami dapat tempahan untuk cafe2 di genting. harga diorang ambil, RM2.20 sebungkus. diorang order 500-1000 sehari. memang bonus beb.

siapa kata jual nasi lemak tak kaya? 

Salam semua.

Aku pun pernah niaga pasar malam... tapi bukan semua perniagaan pasar malam boleh jadi kaya. Pasar malam yang strategik cukup penting untuk mendapatkan income yang lumayan. Kalau di KL & Selangor tu tempat ramai orang maka tak hairan setiap hari boleh dapat min RM200.

Saya niaga ni Seberang Perai. Di sini kalau niaga hari bekerja orang agak kurang terutama hari selasa dan rabu. Tapi kalau hujung minggu memang tak menang tangan. Kalau pasar malam tu area ramai orang, memang la masyuk... kalau tempat tak ramai orang, sedih melihatnya... orang hanya datang beli lauk mentah dan sayur jer.

Since ada yang komen balik kat thread nie, saya pun nak berkongsi juga walaupun.

Pasar malam memang best, dan memang untung.
Cuma sekadar berkongsi pengalaman untuk sesiapa yang mahu mula berniaga pasar malam.

1) kene sabar untuk dapatkan tapak, kalau ditempat saya, semua tapak memang dah penuh, nak nak kalau jual makanan, memang takde tapak kosong, kita hanya mengharap tapak orang yang tak datang. jadinya kene tunggu kadang2 sampai pukul 5, baru ketua tapak bagi buka kanopi, saya jual air, kalau pukul 5 baru nak bukak kanopi alamatnya jenuh la..orang dah ramai. Nak dapatkankan no telefon ketua tapak kene dapatkan di majlis perbandaran. diorang akan bagi list pasar2 malam beserta no ketua tapak.

2) kalau nak buat, kene buat grand terus, tak boleh nak buat kecik2, contoh kalau nak start jual air, kene terus beli balang banyak2 jual banyak jenis air terus, sebab psikologi yang saya perhati, dekat pasar malam, kebanyakkan orang (tidak semua) mereka macam takde hala tuju, macam tak tahu nak beli apa, jadi mereka just sambar apa yang menarik perhatian diorg pada ketika itu, so first impression memang penting.

3)kalau nak start menjaja kene jadi orang yang berani dan proaktif, contoh kalau ada ceramah ke apa2 event ke, cuba apply untuk dapatkan tapak, kalau kita tunggu, tapak tidak akan datang dengan sendiri hehe. sebab once dah dapat tapak..memang best. contoh kalau ada perlawanan bola sepak ke, bukak je kanopi kat tepi stadium, cari ketua tapak..kene berani bertanya. Palaing best kalau dapat join bazar ramadhan.

4)daftar dengan persatuan pasar malam di tempat anda. bila dah daftar senang, jika diorang nak rombak tapak atau ada tapak baru nak buka, diorang akan inform kita.

5)Kene tahan penat, berniaga mana tak penat kan? even buat bisnes online pun penat kepala berfikir dan menaip.

itulah sekadar pengalam saya :)

Kawal kolesterol secara semula jadi

Kawal kolesterol secara semula jadi


PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.   

Rahsia Mengenali " Potensi Diri " Anda Melalui Tarikh Lahir

Anda mempunyai tarikh lahir ??? Mestilah ada kan... Tetapi tahukah anda, di sebalik tarikh lahir tu tersembunyi KEKUATAN dan KELEMAHAN anda yang belum dibongkar sepenuhnya. Nak saya bongkar ??? Kalau nak, syaratnya anda mesti FOKUS kepada KEKUATAN... kemudian "PERBAIKI" apa yang patut pada KELEMAHAN anda... selepas dibongkar.

Boleh ???

Masalah sekarang... tidak semua orang tahu "potensi diri" masing-masing. Oleh kerana itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi rahsia ini di sini. Harap-harap dapat membantu...​
:>

Secara asasnya, genetik kita dapat dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu:
  1. Logam - 1,6
  2. Air - 2,7
  3. Api - 3,8
  4. Kayu - 4,9
  5. Tanah - 5

Cara nak kira....

Contoh:[I] 12 12 1982 [/I]
= 1+2+1+2+1+9+8+2
=26
=2+6
=8

Maknanya, tarikh lahir ini menunjukkan UNSUR API.

Selamat mencuba...

P/S: Percaya 100% kepada kiraan ini boleh membawa kepada syirik khafi. Hanya Al-Quran dan hadis Nabi SAW sahaja yang kita boleh percaya 100%. Sekadar buat panduan bolehlah... Yosh!:)

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui....

  • [*]apakah warna yang serasi dengan genetik anda
    [*]siapa yang anda boleh kawal
    [*]siapa yang anda tak boleh kawal
    [*]dan siapa yang pasti menyokong anda

Jangan lupa tinggalkan tarikh lahir anda di sini. Nanti saya akan tolong buat kiraan secara PERCUMA untuk anda. ;)

- Ikhlas daripada Jutawan Tak Terpandang

Sihat di Usia 40an - Jom kongsi tips di sini!


Aku dah menjejak usia 41... tapi alhamdulillah dgn menjaga kesihatan takat mampu aku rasa macam umoq 30an

Melalui thread ni, khusus utk warga 40an mcm aku, jom kita pakat2 kongsi rutin senaman & pemakanan yg hampa amalkan utk menjaga kesihatan, tak kisahlah makan apa, senaman kat mana & pelbagai kaedah yg hampa gunakan utk stay fit at 40

Jom kita kongsi rutin senaman, aku mulakan dgn diri aku;

a. Pagi antara 8am-9am lps hantar anak2 sklh ;
- joging di tasik 30 minit @ senaman cardio setempat 15-30 minit
c. Paihtu aku mandi makan2 & Pi kerja laaaaaaaaaaaa hahahhahaha
b. Petang lps balik kerja & amik anak skolah ;
- weight training di rumah dgn dumbell & barbell, 1 hari target 1-2 muscle group spt dibawah;
Isnin - bicep/tricep
Selasa - shoulders
Rabu - Chest & back
Khamis - legs workout
Jumaat - cardio
Sabtu - cardio di tasik dengan anak2
Ahad - rest jalan2 dgn family

Kadang2 aku switch buat weight training waktu pagi & cardio waktu petang....

AMARAN - kalau ada injury spt sendi2 bahu/lengan/lutut maka aku akan stop workout & rest 2-3 hari atau buat senaman kardio ringan shj

MAKAN ;
- simple aja aku makan semua yg halal kecuali udang/sotong & kurangkan gula/garam,
- ikut pesan Nabi SAW, makan waktu rasa lapar & berhenti sebelum kenyang (ikut cara ni aku makan banyak kali 5-6 kali makan sehari cuma dlm jumlah yg kecik)
- elak makan bersulam air supaya tak buncit
- banyak mkn teloq/ayam/daging lps workout utk sumber protin yg ori
- makan nasi 1kali sehari sukat 2 senduk shj
- banyak makan sayoq2 & lauk
- banyak makan buah2an

SUPPLEMEN - madu tualang ori yg mahal gila

Ok takat ni apa2hal hampa tanya aku akan update... jom kongsi rutin kesihatan hampa pulak!

UPDATE 26/4/2015 ; gambaq aku tepek atas permintaan peminat & awek2 cun dlm CG hehehe, sila jgn trauma yaaaaa...


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1278x681.

Kenapa Bangsa Cina kaya di Malaysia walaupun tidak bersekolah? Satu Kenyataan

Assalamualaikum

Semoga diberkati Allah

Topik kali ini amat sensitif maka saya harap thread ini saya bina untuk buka fikiran saya dan melayu dan niat saya bukan anti perkauman cuma saya nak bantu Bangsa melayu saya hebat dan bangun dari segi ekonomi dan pendidikan

Cuba anda lihat sekeliling kamu siapa yang menguasai ekonomi kita bangsa Cina dan mengikut statistik di keluarkan kerajaan 85% ekonomi Malaysia dimonopoli bangsa cina bukan kita 

Pelikkan setelah merdeka 1957 hingga sekarang juga bangsa melayu mempunyai Agung dan sultan berdaulat serta ada hak istimewa kenapa kita masih ketinggalan dari segi ekonomi?????????

Ini adalah kajian saya semata mata kenapa bangsa cina ini memonopoli ekonomi kita

1) Majoriti bangsa Cina terlibat diri dalam perniagaan baik halal dan haram.Seperti kata Nabi Muhammad 9 per sepuluh rezeki adalah dari Perniagaan.Tapi malangnya Bangsa cina yang kebanyakan bukan islam merebut sunnah nabi manakala melayu kebanyakannya bila dipelawa untuk bisnes dan buat duit akan berkata bisnes nie penipu ada yang berkata sakit kepala la buat bisnes baik kerja saja

Majoriti berkata tak payah la kita nak buat duit banyak banyak bukan duit itu boleh masuk kubur pun

Akibat dari ayat di atas kita makin mundur dan ke belakang

Tahu kenapa??

Jika bangsa kita cari banyak duit dan kita mati duit itu boleh dijana bangsa kita masa akan datang dan boleh terus maju

Ini adalah kenyataan tahukah anda bangsa cina mempunyai pertubuhan kongsi yang menjaga bisnes dan pendidikan bangsa

Bila ada bangsa nya ingin meniaga atau teruskan perniagaan pertubuhan kongsi ini akan terus menyalurkan bantuan tahu sebab apa sebab bangsa nya tak berhenti cari duit bila mereka masuk kubur pun duit orang yang usaha masuk kubur tue bantu bangsa nya berjaya

Memang gila fakta saya tapi fikirkan jika anda dapat cari RM1juta dalam hidup anda dan tiba tiba anda mati anda boleh fikir untuk wakafkan duit anda untuk pendidkan bangsa melayu dan bila banyak bangsa kita berpendidikan maka ekonomi kita meningkat juga dengan wang kita cari itu bila kita mati kelak kita boleh beri pada bangsa kita yang ingin memulakan perniagaan

Jadi perlukah kita cari duit sebanyak mungkin walaupun kita akan masuk kubur.Jawapannya amat perlu 

Lagi satu bangsa cina mempunyai semangat bangsa yang begitu tinggi untuk meningkatkan bangsanya.Ia tidak akan membiarkan bangsanya hidup susah

Ini adalah kenyataan di Pulau Pinang kebanyakan bangsa cina di sini bila dah kaya mereka akan buka pelbagai perniagaan untuk bagi bangsa mereka pekerjaan dan duit

Manakala kita melayu yang kaya bukan semua yang bantu akibatnya bangsa kita banyak menganggur dan masalah sosial melayu makin teruk

Yang paling best saya lihat bangsa Cina mereka suka merebut bidang kemahiran dan sukakan subjek yang mencabar

Lihat sekeliling anda jika nak buat rumah nak apa pun bangsa ini yang senang dihubungi manakala bangsa melayu kita hanya sedikit yang ada

Teruskan berusaha dan jangan gentar

Saya berpesan pada diri saya dan juga anda

Kita harus bangkit dan usaha jangan pernah putus asa

Usaha tangga kejayaan cari kelemahan anda dan perbaiki untuk jadi lebih hebat

Semoga berjaya amin

Doa Murah Rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. 

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. 

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH



Subhanallah... SELAMAT BERAMAL...