Sekarang ni, perasan tak makin ramai orang nak buat bisnes? Semakin ramai yang mencari sumber pendapatan tambahan kerana kesesakan hidup dan masalah ekonomi. Pak menteri pun dah nasihatkan buat #2kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Ramai dah mula menyahut seruan tu.
Bila semakin ramai yang mencari-cari peluang untuk buka perniagaan baru, ramai juga lah ‘jerung’ yang mencari mangsanya. Jerung-jerung ini menawarkan peluang perniagaan yang (kononnya) menguntungkan. Akibatnya, orang-orang baru ini tertipu, tersontot kerana tersilap percaturan. Diwaktu sebegini jugalah muncul banyak cikgu-cikgu bisnes ‘segera’ yang mengajar konsep bisnes yang tidak tepat. Bila peniaga baru gunakan formula ‘instant’ yang diajar ‘cikgu-cikgu bisnes segera’ ini, duitnya dapat tapi hasilnya 3 tahun tak sempat.
Puncanya, mereka tak dapat membezakan buat duit dengan buat bisnes. Ada perbezaan yang besar dan ketara antara buat duit dan buat bisnes. Buat duit, hakikatnya jauh lebih mudah dan cepat.
Salah satu contoh, beli air tin sedozen di Mydin dengan harga RM 12, kemudian jual semula dengan harga RM 2.50 setin. Maka untung bersih adalah RM 18. Nak lebih banyak duit dan untung, jual lebih banyak menggunakan medium Facebook Ads, Google, Pasar malam, stokis, ejen, dan lain-lain. Kalau satu dozen untung RM 18, anda perlu jual 1000 dozen untuk dapatkan untung bersih RM 18,000. Selepas tolak kos pengiklanan dan pengangkutan, anda boleh untung bersih sehingga RM 15,000.
Pada waktu ini, anda sudah terfikir untuk menghasilkan untung bersih RM 150,000 sebulan pula. Haa.. disini lah datangnya BISNES. Anda perlu tahu, nak hasilkan RM 150,000 sebulan tak sama dengan nak hasilkan RM 15,000 sebulan. MASALAH ramai orang orang adalah mereka TETAP menggunakan formula yang SAMA!
Anda boleh buat puluh-puluh ribu dengan menggunakan ilmu buat duit. Tapi anda tak boleh kembangkan keuntungan anda jika anda masih lagi one-man-show.
No comments:
Post a Comment