Campur Tangan Terengganu Di Dalam Perebutan Takhta Kerajaan Kelantan
Pada Tahun 1762 Baginda Long Yunus berjaya menyatukan keseluruhan kerajaan2 kecil Kelantan dan ditabal menjadi Sultan pemerintah Kelantan.
Baginda Long Yunus telah beroleh beberapa orang putera dan puteri, dan puterinya yang bernama Che Ku Tuan Nawi dikahwinkan dengan putera Yang di Pertuan Terengganu bernama Tengku Muhamad.
Pada tahun 1798 Baginda Long Yunus mangkat dan dimakam di Langgar, Kota Bharu. Oleh sebab Baginda tiada melantik bakal serta tiada meninggal apa-apa wasiat, maka dilantik menantunya Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansor, Terengganu menjadi Yang Di Pertuan Kelantan, bagi sementara. Dua tahun kemudian maka Long Muhamad putera sulong Long Yunus dengan bantuan saudaranya terpaksa menggunakan sedaya upaya untuk merebut balik takhta Kerajaan Kelantan dari tangan Tengku Muhamad kerana Baginda enggan menyerah balik.
Beberapa bulan kemudian Baginda Long Muhamad Ibni Almarhum Long Yunus ditabal menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhamad I pada tahun 1801. Baginda Sultan Muhamad I tidak ada mempunyai putera dan puteri, maka Baginda telah mengambil anak saudaranya bernama Long Senik Putera Long Tan (Temenggong Aria Pahlawan) dijadikan putera angkatnya. Baginda mangkat pada 1835). Pada masa itu Long Jenal, yang bergelar Raja Bendahara Banggol, dilantik menjadi pemerintah Negeri Kelantan atas kehendaknya. Wasiat Baginda hendaklah ditabalkan Long Senik putera angkatnya menjadi Sultan setelah Baginda mangkat.
Lebih kurang tujuh bulan Baginda Long Jenal memerintah Kelantan, berlakulah perang saudara dalam Negeri. Setelah selesai, maka Raja Maha Besar Siam bersukacita sehingga Raja Maha Besar itu menyembahkan Baginda Long Senik dengan persembahan alatan-alatan kebesaran Kerajaan termasuk persalinan dan pakaian kebesaran Negeri pada masa itu. Pada TH. 1253 (TM. 1837) Baginda Long Senik telah ditabal menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhamad II yang dikenali dengan nama Sultan Mulut Merah.
Baginda mempunyai dua (2) orang puteri dan seorang (1) putera;
1) Tengku Putri @ Long Sulong binti Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Ahmad @ Sultan Tengah ibni al-Marhum Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Shah I (Sultan Terengganu). (pemangku sementara menggantikan Tuan Long Ghaffar yang masih muda berumur sembilan (9) tahun semasa kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad II ]) ibni al-Marhum Tengku Muhammad (Pemangku dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan, 1795-1800) ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah I (Sultan Trengganu)
** Tengku Ahmad (Tengah) bukan putera Sultan Muhammad II, baginda adalah putera Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Shah I (Sultan Terengganu), menantu Sultan Muhammad II*
2) Tengku Putri Che’ @ Engku Na Nik (Tengku Raja Patani) binti al-Marhum Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Besar Long Puteh (Raja Patani)
3) Tuan Long Ghaffar (Tengku Petra Dalam Kebun) ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta yang sah)
Keturunan Tengku Muhammad Terengganu (Pemerintah Kelantan Sekarang)
Sultan Ahmad (1886-1889) Nama asal baginda ialah Tengku Ahmad, iaitu anak kedua Tengku Muhammad bin Sultan Mansur Terengganu (Marhum Besar). Menantu kepada Sultan Muhammad II. Dilantik sebagai pemangku raja Kelantan kerana Long Ghaffar bin Sultan Muhammad II masih kecil. Dengan bantuan dari Siam meminggirkan hak Long Ghaffar sebagai pewaris sah takhta Kelantan.
Diberi gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa oleh Raja Siam Rama IV. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar. Baginda turut berbesan dengan Long Mansor:
Dan seterusnya salasilah Sultan Kelantan sekarang ini adalah dari salasilah Sultan Terengganu...bukannya salasilah Long Yunus.

No comments:
Post a Comment