banner

Wednesday, August 27, 2014

Pelaburan emas untung gila gila pakai kereta baru dengan cepat dan pantas tapi apa

Pelaburan emas untung gila gila pakai kereta baru dengan cepat dan pantas tapi apa


Pelaburan Emas Malaysia Suka Duka Sedih Pilu

pengalaman yang pelbagai oleh pakar.

Pelabur Emas semua ...............

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya…

Sejak kebelakangan ni perniagaan emas tumbuh bagai cendawan. macam2 taktik digunakan. emas fizikal la, saham la.lagi satu bab pajak gadai. hadoiii...selalunya bakal pembeli dijanjikan kenaikan bayak peratus.situasi yang terjadi :

1. penjual menjual harga emas terlalu tinggi dari harga spot.

2. pembeli tidak tahu bahawa harga buy back kurang sekitar 15-25% dari harga spot. ramai yang menyangka harga buy back ialah harga spot.

3. pembeli 'dipaksa' membeli walaupun tiada wang. dengan dijanjikan kenaikan harga emas yang tinggi, maka pembeli yang tiada wang ni buat cara pajak, bayar 30% dari poket sendiri dan 70% dari tempat pajak. upah simpan sampai 3% sebulan, tapi harga emas tak naik setinggi upah simpan, kat mana untungnya? akhirnya banyak yang tergadai dan rugi saja.

4. emas adalah untuk keuntungan jangka panjang, saya beli emas pada disember 2009 harga 148/g, sekarang harga buy back sekita 139/g, masih tidak untung dalam 3 tahun ni. jadi nak ambil untung cara pajak memang tak logik la nak untung cara pajak ni. cara pajak ni sekadar penjual nak menjual produk mereka.

5. beli emas di kedai berjenama.. ermm beli harga tinggi 198/g... padahal beli kedai mana pun sebenarnya sama, cuma kena pastikan ketulinan sahaja. kat mudah.my ramai nak jual harga terpakai 180/g ++ sebab dah beli harga tinggi kat kedai berjenama tersebut, harga yang lebih tinggi dari barang kemas baru di kedai biasa. macam mana pun dah terpaksa untuk minimize lost, untung la kalau ada yang sanggup membeli harga tersebut.

pelaburan emas

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1000x355.


syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.

Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)

tn_bestino
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group

etika_emas_dan_genneva__kena_siasat
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.

Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.

RM845 juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.

Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.

Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.

tn_skim_pelaburan_emas
Laporan The Star – Skim pelaburan emas yang diragui kesahihannya.

Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.

Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

warren_buffett

Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).

Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:

“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google google.com maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.

1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
di www.ssm.com.my/

2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.

Biasanya saya beli pakai kad kredit.

company_profile

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
maklumat-maklumat yang kritikal.

Antaranya:

1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

list_company_profile
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang saya beli dari SSM

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

dormant
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)

tn_nature_of_business
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.

laporan_kewangan
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.

Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.

Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)


Kisah pelabur tertipu -klik untuk besarkan.

Saya telah melabur dan sekarang menghadapi masalah, bagaimana nak buat?

Jika anda merupakan pelabur di dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong, sila hubungi saya melalui contact form ini (klik sini).

InsyaAllah saya akan berikan panduan menyelesaikan masalah anda.

Nyatakan bilangan gold bar yang dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.

Memandangkan setiap kes tak sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.

Kesimpulan:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

4. Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa situasi anda dan cuba berikan
panduan untuk menyelesaikan masalah anda.

5. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas.

Mari berkongsi pengalaman.

Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat tersebut disini.

Pengalaman anda akan membantu orang lain agar berhati-hati dan berwaspada.


Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

tujuan saya menulis sedemikian kerana ingin menyebarkan info sebenar tentang emas, dah penat dengar cerita mangsa-mangsa pembeli emas seperti di atas. pengajaran yang paling penting ialah jangan berhutang untuk beli emas, beli setakat yang mampu sahaja. bukan la niat saya nak memburukkan peniaga emas. tapi setiap perniagaan ada ada 2 jenis pendapat, iaitu dari sudut peniaga dan pembeli. sekian. detail klik di sini

No comments:

Post a Comment