banner

Tuesday, January 29, 2013

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia


 Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia

Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang Dunia Ketiga sebagai si *****, pasukan polisnya begitu korup, dan para pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak dibiarkan . Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa kelakuan yang bertamaddun. Fiksen Hollwood sememangnya kerap memaparkan realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah lebih pelik dari fiksyen?


Ada satu jurusan di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan panulis skrip Hollywood ialah kes pembunuah berfrofial tinggi yang telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman



1. Samad Gol

Kejadian pebunuhan Allayarham Samad Gol berlaku pada Julai 1967, iaitu pada malam majlis Maulid Nabi di bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. Sebaik sahaja selesai acara maulid pada malam itu, beliau turun menuju ke arah keretanya yang terletak di Jalan Hulu Market, Kota Bharu, di hadapan kedai makan Indonesia.

Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak Siam. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Mengingat kembali pembunuhan Allahyarham Samad Gul mengenangkan kita bagaimana trajisnya politik Malaysia pada waktu itu, terutamannya di Kelantan.

Kematian Alahyarham Dr Zulkifli umpamanya, walaupun tidak ada bukti, namun wujud kepercayaan meluas adanya unsur-unsur konspirasi. Insiden pembakaran jembatan semasa hari mengundi, “kehilangan” aktivis2 politik parti-parti tertentu menjelang pilihanraya manambahkan warna-warni pada politik Kelantan terutama di kawasan parlimen Samad Gul waktu itu.






2.Mohamad Taha Talib

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan .

Datuk Mokhtar Hashim ditangkap polis dan didapati bersalah. Dijatuhkan hukuman mati.. rayuan beliau ditolak. namun selepas bekas Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai Yang DiPertuan Agong meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup di Penjara Pudu.

kemudian dibebaskan atas perkenan Yang DiPertuan Agong Sultan Azlan Shah pada tahun 1991.

tamat tempoh penjara pada 1995.






3. Mustakizah Jaafar

Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut lapuran akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah serong wanita yang cantik dan memilikki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihanraya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihanraya Umum ke-10 pada November 1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa perbicaraan beliau.

“Martabat Kerajaan Barisan Nsional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dulu berkonspirasi untuk menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudi selalu di pejabatnya,” kata Kit siang.



4.Hasleza Ishak

Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukm penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang kayu dan si nelayn. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seroang pun yang ditangkap dan didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?

Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah merengkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dulunya dikenakan hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana baik-laku. Jadi merka mungkin merengkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.





5. Norita Samsuddin

Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamahdua orang matagelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta- merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang matagelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Mereka telah menjumpai telfon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.

No comments:

Post a Comment