banner

Tuesday, January 29, 2013

Piya ketua berwibawa

OKS: Piya ketua berwibawa
Ong Kim Swee, satu-satunya jurulatih yang telah memilih Badhri Radzi untuk mengharumkan nama negara berkongsi pendapat tentang pemain Kelantan itu.

Oleh Aysha Ridzuan dari Australia bersama pasukan Harimau Muda.

Penyokong Harimau Malaya sekali lagi tertanya-tanya tentang situasi Badhri Radzi yang tidak dipanggil untuk ke skuad Harimau Malaya bagi aksi persahabatan antarabangsa dan juga Kelayakan Piala Asia bulan depan.

Sebagai satu-satunya jurulatih yang telah memanggil Piya bagi mewakili skuad negara untuk menentang Chelsea pada tahun 2011, Ong Kim Swee telah berkongsi pendapatnya dengan FOX SPORTS MY.

"Pada masa itu, skuad kebangsaan dalam misi kelayakan Piala Dunia mementang Singapura. Semestinya kami sasarkan kemenangan walaupun menghadapi Chelsea tetapi saya hanya mampu memilih pemain Harimau Muda dan pemain yang tidak dipanggil ke skuad Harimau Malaya." katanya selepas diberi tanggungjawab mengurus pasukan Malaysia dalam perlawanan persahabatan itu pada bulan Julai 2011.

"Saya telah membuat keputusan untuk memanggil pemain yang berpengalaman dan antaranya adalah Hairuddin Omar, Badhri Radzi dan Shahrulnizam Mustapha.

"Kombinasi pemain muda dan senior berkesan walaupun kami tewas 1-0 kepada Chelsea." katanya apabila mengenang kembali tendangan percuma Didier Drogba pada minit ke 79.

"Piya amat menyerlah pada perlawanan itu. Lihat sahaja personalitinya ketika beraksi. Dia sentiasa memberikan yang maksima dari mula hingga tamat perlawanan.'

Apabila ditanya jika usia Piya adalah penghalangnya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi, Ong Kim Swee berkata: "Usia bukan satu masalah jika pasukan sedar akan keutamaan mereka. Piya boleh beraksi di mana-mana di bahagian tengah dan dia melakukan tugasnya dengan baik.

"Antara sebab mungkin orang meragui keupayaannya adalah kerana dia kurang mahir berbahasa Inggeris tetapi itu bukan satu masalah besar di Malaysia. Dia telah mengetuai Kelantan dan merangkul banyak trofi"

Kim Swee yang kini dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA bersama Harimau Muda turut ditanya jika beliau pernah mengalami keadaan dimana terdapat pemain yang menolak tawaran untuk beraksi untuk negara.

No comments:

Post a Comment