Monday, April 8, 2019
Isteri Mati dibelasah suami
Brasilia: Seorang peguam mati dibelasah suaminya yang juga pakar seni mempertahankan diri jujitsu selepas dikejar di dalam tempat letak kereta bawah tanah sebelum mayatnya dicampakkan dari tingkat empat bangunan apartmen mereka dalam kejadian dirakam kamera litar keselamatan tertutup.
Daily Mail melaporkan, rakaman video mengerikan menunjukkan Tatiane Spitzner, 29, dikejar suaminya, Luis Manvailer, 32, sebelum sempat masuk ke dalam lif dengan penyerangnya turut mengikutnya.
Rakaman kejadian di Guarapuava, Brazil selatan itu, menunjukkan Manvailer yang juga pensyarah universiti terus menumbuk dan menendang Tatiane yang berulang kali cuba melepaskan diri. Polis percaya dia kemudian mencekiknya hingga mati sebelum mencampak mayatnya dari balkoni rumah mereka di tingkat empat.
Malangnya, tiada rakaman keganasan dialami mangsa di dalam rumahnya, dipercayai selama 15 minit. Sebaliknya, New York Post melaporkan, rakaman seterusnya pula menunjukkan Manvailer mengheret mayat isterinya semula ke dalam lif ke rumah mereka selain mencuci darah pada dinding. Mayat mangsa ditemui dalam apartmen berkenaan pada 22 Julai lalu.
DETIK akhir Tatiane di dalam lif. - Parana Civil Police/ FocusOn News
Laporan media tempatan mengatakan pasangan itu mula bertengkar selepas pulang dari makan malam apabila Tatiane menemui gambar wanita lain dalam telefon Manvailer.
Manvailer yang didakwa atas tuduhan bunuh sebelum ini mendakwa Tatiane membunuh diri selepas pertengkaran. Bagaimanapun, keterangan pakar forensik jelas menunjukkan kematiannya akibat dicekik berdasarkan kesan cap jari pada lehernya, selain tulang retak.
Mangsa turut mengalami pelbagai retakan di seluruh badannya akibat jatuh 12 meter ke atas laluan konkrit, namun ketika itu dia sudah tidak bernyawa.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 1:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment