banner

Monday, April 8, 2019

Guru disiplin jinjang bunuh isteri kelly-ng





GURU disiplin didakwa di Mahkamah Majistret di Georgetown, atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah pangsapuri di Air Itam, minggu lalu.

Tertuduh, Lim Fong Aun, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh isterinya, T Santhi, 39, dengan cara memukul di bahagian kepala mangsa dengan menggunakan rak penyidai baju di rumah sewa mereka di Taman Seri Indah, Air Itam, kira-kira 10 malam, 18 November lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Umma Devi menetapkan 27 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Syafiq Mohd Sazalli, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 12:13 PM

No comments:

Post a Comment