Edited by Remyda at 6-12-2018 08:57 AM SEORANG ahli farmasi berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati menjerut mati isterinya menggunakan beg plastik untuk mengaut pampasan insurans bernilai 2 juta (RM10.5 juta) supaya dapat memulakan hidup baru dengan teman lelakinya di Australia. Mitesh Patel juga merancang memulakan keluarga dengan teman lelakinya Dr Amit Patel - yang sudah berpindah ke Sydney - menggunakan embrio dibekukan hasil proses IVF bersama mendiang isterinya, Jessica, 34, yang dikahwini atas desakan keluarga, lapor Daily Mail. Keputusan mahkamah, semalam disambut sorakan orang ramai yang menghadiri kes itu, malah Hakim James Goss memberitahu Mitesh tidak akan dibebaskan untuk tempoh lama. Selepas membunuh Jessica, Mitesh menyepahkan rumahnya dan membuat laporan kononnya wanita itu mati dalam rompakan ketika dia tiada di rumah. Namun, kebenaran terbongkar apabila penyiasat memeriksa pergerakannya menggunakan aplikasi iPhone Health App yang menjejak jumlah langkah seseorang, dalam kes seumpamanya di United Kingdom. Sejurus kematian Jessica, telefon bimbit Mitesh menunjukkan aktiviti kecoh apabila lelaki itu bergegas mengelilingi rumahnya termasuk berlari naik dan turun tangga. Sebaliknya, telefon bimbit Jessica langsung tidak bergerak. Telefon itu hanya digerakkan 14 langkah dari mayat mangsa apabila diambil Mitesh untuk dibuang ke luar, kononnya kerana tercicir oleh perompak ketika melarikan diri. Jessica, 34, menderita enam tahun kerana mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki, selain turut mengadakan hubungan rambang dengan pelbagai orang yang dikenali menerusi aplikasi sembang. |
Monday, April 8, 2019
Demi Cinta Lautan Api Sanggup Ku Redah : Bunuh Isteri Demi ' Pakwe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment