banner

Tuesday, April 2, 2013

Menjelang PRU ke 13.Mengapa saya memilih untuk menukar kerajaan(ada poll)


Menjelang PRU ke 13.Mengapa saya memilih untuk menukar kerajaan(ada poll)

Bismillahirrahmanirrahim.

Menjelang PRU ke 13 , ini adalah luahan ikhlas dari saya, seorang rakyat Malaysia yang akan mengundi buat kali pertama,insyaAllah.Semasa pilihan raya 2008 saya tidak dapat untuk menjalankan tugas untuk mengundi kerana sedang faktor sedang belajar di universiti.Maaf post ini agak panjang dan saya berharap anda boleh meluangkan sedikit masa untuk membacanya


Seperti yang kita sedia maklum, kita telah diperintah oleh parti komponen politik yang sama selama lebih dari 50 tahun.Dalam jangka masa 50 tahun ni memang tidak dinafikan bahawa terdapat pembangunan dan perubahan di Malaysia.Tidak perlu saya nyatakan satu persatu di sini.

Tetapi, apa yang saya kesalkan adalah corruption dam ketidak-telusan kerajaan sedia ada yang telah diberi mandat oleh rakyat.Semua ini saya tak tahu semasa di bangku sekolah kerana saya bersekolah di asrama penuh.Kes-kes yang terlibat tidak perlu saya reveal satu persatu kerana saya pasti ramai pihak sudah tahu apakah perkara tersebut.


Semasa di bangku sekolah menengah dan A-level saya akui saya memang seorang yang PRO-BN.Bila saya keluar ke dunia sebenar, dapat first laptop masa A-Level saya lebih terdedah dengan hakikat bahawa korupsi memang teruk di Malaysia ini.

Semasa belajar, pada mulanya saya kira living cost saya menggunakan RM.Mula mula saya rasa,wah tingginya living cost dekat tempat ni.Dekat Malaysia tak ada macam ni mahalnya.Lepas 2 bulan start belajar,saya mula kerja part-time.Allowance saya dapat cukup cukup untuk cover living cost sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, saya salah seorang dari pelajar yang self-funded.Gaji ayah saya tak besar mana.Tuition fees saya dibayar menggunakan duit EPF beliau, yang mana jumlahnya dah boleh beli sebuah rumah semi-detached di Seremban.

1 per 5 daripada gaji beliau diberi kepada saya untuk cover living cost saya semasa belajar.Walaupun kalau mengikut kemampuan,ayah saya sudah boleh tukar kereta lebih bagus tapi sebab hantar saya belajar beliau sanggup pakai kereta lama.Honda CRV 1st generation.

Gaji saya sejam semasa kerja part-time adalah £5.Kerja di restoran makanan segera.Seminggu saya utilise 20 working hours secukupnya dan dapat earn £100 seminggu.

£100 kalau ditukarkan ke RM adalah dalam lingkungan RM 700 masa saya mula belajar.Seorang pelajar yang kerja part time boleh dapat RM700 seminggu dengan hanya bekerja di restoran fast food.

Pada mulanya saya hanya mengambil berat currency conversion dari RM ke £.Dan sering menyatakan bahawa living cost di UK adakah sangat tinggi.Tetapi bila saya earn sendiri duit dalam £ baru saya sedar bahawa living cost di Malaysia yang tinggi.

Cuba anda semua fikir,saya hanya kerja part time dan dapat earn £100 seminggu.£100 ni kalau anda tanya kepada sesiapa yang belajar di sana boleh cover untuk internet yang speednya 100mbps,SKY TV HD dan groceries untuk masak sendiri untuk sebulan.

Di Malaysia,RM 700 belum tentu cukup untuk cover internet,ASTRO dan Groceries tersebut.Bahkan,masa saya mula mula belajar internet di Malaysia pun belum menggunakan fibre optic.

Saya mula terfikir, salah siapa yang menyebabkan living cost di Malaysia mahal.

Mula mula saya salahkan tokey tokey besar.Mereka ni rakus nak untung besar,berlipat kali ganda.Tapi saya terfikir pula, mungkin tokey-tokey besar ni tak ambil untung besar.Mesti penjual yang ambil untung.Sebab tu orang berniaga boleh mewah mewah jika perniagaan berjaya.Ada satu ketika tu saya beranggapan bahawa Malaysia baru hendak membangun.Mungkin duit yang sepatutnya diberi untuk subsidi disalurkan ke tempat yang lebih memerlukan.Tetapi,singapura yang merdeka lambat dari kita boleh pesat membangun dan mempunyai currency yang lebih kuat dari kita.

Tapi, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam mengawal semua perkara ini?Sudah tentu kerajaan yang kita pilih hasil dari Pilihanraya.

Kenapa saya salahkan kerajaan?

Kenapa kerajaan tidak menetapkan harga siling?
Kenapa kerajaan tidak mengawal harga setiap item yang menjadi asas hidup kita?
Kenapa gaji kita di Malaysia tidak setara dengan living cost kita?Kalau kerja swasta sekali pun, mesti ada cara untuk kerajaan memenangkan pekerja dalam isu pemberian gaji.

Dengan hasil gaji dari kerja part time saya dapat travel ke satu eropah.Selama 6 tahun saya di sana,alhamdulillah semua tempat menarik saya dah jejak.Semuanya hasil dari kerja part time.Tanpa mengusik satu sen pun dari allowance pemberian ayah saya.

Cuba bandingkan dengan kita di Malaysia,jika kita tidak tukar currency,adakah dengan saving sebanyak RM400 sebulan kita mampu untuk travel ke satu asia tenggara?Nak beli tiket flight pun sudah berapa.Belum lagi untuk accomodation,makan minum dan travel.

Semasa di Malaysia,sudah jadi kebiasaan bagi saya untuk menonton berita setiap hari.Secara tidak langsung minda saya telah terpengaruh dengan politik BN yang sentiasa memburukkan pembangkang,menyentuh soal peribadi pemimpin pembangkang,berita yang berunsur perkauman dan sebagainya.Saya menjadi seorang yang memandang sinis dengan kaum lain.

Apabila belajar di UK,saya menonton berita di sana, terutamanya SKY NEWS.Sungguh berbeza.Apa yang sering keluar di kaca televisyen adalah berita mengenai masalah setempat, perbincangan bagaimana untuk menyelesaikannya,bagaimana flow duit pembayar cukai dibelanjakan.Bahkan pemimpin pembangkang dijemput untuk mengutarakan pendapat beliau di kaca televisyen.Tiada berita yang menyentuh peribadi dan aib seseorang.

Mata saya terbuka, saya mula terfikir.Jijik sungguh politik negara saya.Mengapa tidak diceritakan secara detail bagaimana duit pembayar cukai dan hasil negara dibelanjakan?Hak rakyat telah dinafikan.Apa yang keluar di kaca TV kita adalah 'kejayaan membina bangunan A,stadium B,kerajaan bagi inisiatif C kepada pihak D.Namun tidak diceritakan bagaimana duit itu dibelanjakan.

Minda saya terbuka,no wonder there's bloody hell a lot of corruption in Malaysia.Closed tender and all because there's no bloody one who wants to fight this bloody corrupt goverment.Why cant we have efficient public transport in all the city in our country?Mengapa hanya Kuala Lumpur yang diutamakan?

Walaupun hanya 6 tahun saya di perantauan, ikhlas dari hati saya minda saya telah terbuka.Kita sendiri sedia maklum bahawa politik yang digunakan BN di Malaysia ini adalah jijik.Tidak perlu saya kupas satu per satu kerana saya yakin anda sudah tahu.

Isu parti rasis,isu perkauman kaum,isu skandal seks tidak ada kena mengena dengan kita sebagai rakyat.

Isu corruption oleh parti yang memerintah kita sekarang adalah lebih penting.Living cost yang makin naik.Gaji yang tidak setara dengan living cost.Ketiadaan pengangkutan awan yang efisien,harga kereta yang sangat mahal.Semua itu lebih penting.

Saya yakin, sekiranya kerajaan kita ditukar, kerajaan yang baru mampu untuk melakukan tugas dengan lebih baik.

Kenapa?Kerana mereka tahu rakyat sudak cerdik.Mereka tahu sekiranya mereka corrupt seperti kerajaan BN, mereka akan disepak oleh rakyat.

Wahai rakyat Malaysia yang saya hormati.Marilah kita bersama sama fikirkan.5 tahun itu adalah tempoh yang sekejap.Negara kita tidak akan bangkrap.There's no possibilities untuk bangkrap sekiranya hasil negara diuruskan secara telus.Negara kita tidak akan huru hara jika kita menukar kerajaan kerana kita ada pasukan keselamatan.

Kali ini, kita mesti menjadikan YB itu sebagai seseorang 'YANG BERKHIDMAT'.Bukan sekadar 'YANG BERHORMAT'

Nasib seseorang itu tidak akan berubah jika sesorang itu tidak berusaha mengubah nasibnya.

Salah satu cara untuk kita mengubah nasib adalah dengan menukar kerajaan.

Wallahualam

Sekian nukilan dari seorang rakyat biasa.

No comments:

Post a Comment