MLM for Dummies - A Manual
Dah dekat sejuta pageviews dah blog aku ni, dan aku rasa aku selalu unfair kepada pihak orang Melayu yang suka buat kerja MLM dan skim piramid di luar sana. Macam la dia orang ni hina sangat, suka sungguh makan duit haram-lahanat, sebab orang Melayu sebegini ramai yang tak faham isu makroekonomi dan tak boleh tangkap akibat akhir sesuatu MLM. Yang mereka fikir adalah - "kalau aku join, dan aku dapat banyak downline, boleh untung besar ni". Jadi, aku rasa selama hari ni, aku dah jatuh hukum secara melulu, sebab pengamal MLM tu orang Melayu jugak, orang Islam jugak. Cuma, kefahaman matematik kureeeng sket... dan itu bukan salah ibu mengandung.
OK, aku dah decide untuk bersikap lebih adil dan saksama kepada semua jenis orang Melayu. Tak kesah la ko mat rempit, mamat MLM atau lanun lintah-darat skim piramid. Tak kesah la kalau ko pernah telan duit shubahah dan jugak kasi anak-bini makan hasil keuntungan daripada bzns MonaVie, eXfuze, hyprakbullshit, LoginFB100, Amway, ECPaibersepai dan seribu-satu kejadah MLM dan skim piramid yang ada untuk santapan orang Melayu dewasa ni (dan memastikan anak-anak masing-masing membesar jadi hantu dan penyangak disuap dengan duit tak berkat). Aku sebagai seorang penyebar ilmu pengetahuan perlu bersikap adil dalam penyebaran maklumat tentang isu MLM ni. Jadi, entry yang ini, aku nak bincangkan cara-cara untuk buat MLM yang berprestasi tinggi. Kiranya macam manual MLM la gitu. Dan aku dah siapkan kulit bukunya sekali.
OK... kalau korang tengok kulit bukunya pun, ada perkataan "dummies" atau "bahalol", bak kata bahasa ibunda kita. Jangan silap pulak, siri buku dummies ni ada perkataan dummies bukan untuk merendahkan martabat sapa-sapa, korang pun tahu kan? Aku explain isu ni, sebab untuk menerangkan kepada sapa-sapa yang membaca entry yang ini, yang lurus-bendol dan akan beriktikad yang aku ni nak mengata orang lain tu bahalol. Bukan itu maksudnya beb. "MLM for Dummies" bermaksud, aku nak explain sepaling sempoi supaya Forrest Gump pun boleh faham isu terperinci pasal MLM. Itu maksudnya ya. Okeh! Let's boogie.
Pertama sekali aku nak beritahu awal-awal bahawa buku di atas adalah manual daripada Aidid Mu'addib kepada sapa-sapa yang berminat nak buat MLM. Kiranya perbincangan aku hari ni adalah panduan asas macamana nak buat MLM kepada sapa-sapa yang nak jadi CEO sesebuah syarikat MLM dan berhasrat nak jadi millionaire dalam sekelip mata. OK... sekelip mata tu memang menipu sungguh la tu. Kasi dalam 12 hingga 24 bulan la gitu. Kalau korang follow manual aku ni, next year you're gonna be rich like dajjal. I kid you not man!
Keduanya, aku nak huraikan dulu apa kaitan skim piramid dengan MLM. Basically, sama lebih-kurang aje, dari segi statistik dan matematik. Skim piramid itu adalah skim kutip duit daripada anjuran sorang mastermind yang ada otak bergeliga, dengan janji menggunung tapi yang sudah pasti merapu, yang mana kalau orang join skim dia, ahli yang join akan dapat pulangan lipat-ganda daripada modal asal. Asalnya dah ada sejak zaman batu lagik, tapi skop yang terhebat dan terawal berlaku dengan kes Charles Ponzi... Haish! Ini dah kira basic sangat ni. Semua orang tahu cite ni. Nanti berjela la pulak entry ni. Senang cerita, sapa yang join dulu akan dibayar dengan duit daripada orang yang join kemudian, yang mana terdapat pencarian ahli baru dengan pesat, dan bila tiada lagi ahli baru, maka si mastermind tak dapat bayar keuntungan yang dijanjikan tadi, dan skim itu akan collapse/crash tergolek-dog, macam lembu kena langgar ketapi. Jadi, paling asasnya, ada pencarian downline dari seorang ke seorang (sama ada 1 cari 2, 3, 4, 5, 10, 20, 100... whatever) dan peningkatan jumlah ahli akan meningkat secara eksponensial di mana lagi besar jumlah carian per kepala, lebih cepat peningkatan ekponensial tersebut, dan of course, lebih cepat ianya crash. Jadi, pembaca ku yang budiman, jangan la buat skim piramid ye. Arwah Osman Hamzah a.k.a. Pak Man Telo dah buat dah pun benda ni dalam 20 tahun lepas, siap kena buang daerah sampai ke Terengganu dan meninggal dia kat sana, jauh dari Tepen. Itu aje la hukuman daripada kerajaan Barisan Nasional untuk skim piramid 99 juta hengget dengan ahli yang kerugian seramai lebih-kurang 50,000 orang. Kalau aku PM, aku gantung aje mamatnya sampai mati sudeeeh. Hmmm... that's why aku bukan PM.
Kalau MLM, camane pulak? Skim piramid tu takde produk, cuma janji kosong ada jualan produk atau investment (seperti kes Bernie Madoff - USD65 billion lesap) atau kias-kias ada projek ternak ikan, ternak lembu, ternak Forrest Gump... atau ada modal berdegar-degar seperti bon, emas, dan seumpamanya. MLM ni memang ada bzns di alam nyata, ada jual produk pada pelanggan, cuma pencarian downline tu yang menjadikannya sebagai "skim piramid berproduk" atau omputeh cakep "pyramid-selling". Ko kena akui bahawa memang ramai manusia tu nak berniaga, tapi disebabkan modal yang sedikit dan sengkek ilmu pengetahuan pasal ekonomi dan matematik, fakta itu ko boleh gunakan sebagai seorang mastermind/CEO syarikat MLM yang ko nak lancarkan.
1. Bzns Konvensional
OK, sebelum aku diskus lebih lanjut, baik aku cerita benda paling basic dalam berniaga. Simple aje kan? Ko ada barang atau produk nak dijual, dan ko perlu pasarkan kepada pelanggan seramai mungkin. Kita bukan nak cakap pasal jual nasik lemak tepi jalan atau nak jual benda-benda lekeh dalam jumlah sedikit. Kita nak diskus pasal bzns hebat besar-besaran, yang melibatkan juta-juta ringgit modal, dan ribu-riban pelanggan. We're talking about huge business opportunity here man. Ambik contoh, aku ada produk jus buah keramat yang kuli-batak researchers aku harvest di hutan belantara di Papua New Guinea, tempat MsAwin girl-sakai melepak pakai cawat daun pokok kayu dengan takde pakai bra. Siyes! Bukan siyes MsAwin separuh bogel, tapi siyes buah ni hebat seperti yang aku war-warkan. Nama buah misterinya - screw-berry. Kandungan anthocyanin dan anti-oksidan lain semua sky-high, gila-baban punya khasiat, boleh elak kanser, dan menyembuhkan kencing manis dan stroke. Kalau aku sebagai CEO (atau ko bayangkan ko yang jadi CEO), macamana nak pasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia? Dan apekenama produk ni ko nak letak, btw?
Aku nak namakan produk jus buah keramat aku ni sebagai Vaviesimona, dan aku dengan modal yang besar juta-juta plan nak botolkan jus perahan buah screw-berry ni, dengan campuran buah manggis jugak (takut nanti ketinggalan pulak oleh promosi hebat bak cipan Vemma, eXfuze dan XanGo). Aku akan botolkan kat satu kilang di Nilai, dan aku nak pasarkan ke seluruh Malaysia kepada pelanggan yang sentiasa dahagakan jus buah-buahan serta laparkan kelentongan syarikat MLM setiap hari. Dengan rajah di atas, adakah itu dikira MLM, i.e. multi-level marketing? Ada 3 level tu, dengan level ke-4 adalah pelanggan. Actually, itu adalah sistem pemasaran konvensional paling asas aje tu.
Untuk memasarkan produk ke seluruh Malaysia, aku melantik 4 orang manager (pengurus) dengan pembahagian kawasan pasaran kepada 4 jugak. Aku gajikan sorang manager kat kawasan utara Malaysia (Kedah, Penang, Perlis, Perak), sorang untuk kawasan timur (Pahang, Kelantan, Terengganu), sorang untuk kawasan tengah dan selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor) dan sorang lagik untuk Malaysia oversea (Sabah, Sarawak). Masing-masing pengurus aku ni pulak akan menguruskan pusat-pusat reseller di merata bandar di kawasan masing-masing - dengan tujuan supaya tiada kawasan pemasaran yang overlap. Nanti rugi reseller jus buah screw-berry gaduh sama sendiri untuk cari pelanggan. OK... ini semua sempoi aje kan. Lagi ramai pelanggan yang suka jus Vaviesimona, lagi ramai reseller diperlukan, tapi aku sebagai CEO dan team akauntan aku akan memantau performance syarikat supaya production jus buah aku (buah aku?) tidak over atau under-produced. Maknanya kalau kurang supply, rugi bzns sebab market dah ada, tapi kilang aku lemau tak dapat capai maksimum kapasiti. Kalau over-supply pulak, pun rugi jugak, sebab market dah tepu, tapi jus buah aku (buah aku?) tak terjual dan tersimpan dalam store, silap-silap expired cepat sangat terus jadi cuka. Kena letak preservative lebih sket la jawabnya.
These are all basic marketing right? No mystery here. Takde susahnya, Aku ada produk, aku nak sampaikan pada pelanggan, jadi si pelanggan happy dapat minum jus buah screw-berry yang magik dengan sedap rasa berry dan manggis, dan duit dari poket mereka dapat transfer ke poket aku sebagai CEO syarikat yang memasarkan produk Vaviesimona. Boleh aku beli BMW brand-new kalau aku kaya-raya. BMW 2nd hand model out-dated memang tak main la beb.
Tapi, apa masalah sistem bzns konvensional neh? Masalah utamanya adalah modal yang besar. Aku kena keluar modal untuk produk, aku kena bayar gaji ribu-riban pada manager dan reseller, dan aku kena promote produk dengan iklan TV, radio, surat-khabar, internet, everywhere. Belanja marketing tu silap-silap memerlukan belanja yang lebih besar daripada gaji pekerja. Dan pulak, modal lain-lain seperti gudang, transport, dan sebagainya. Ini bzns memang perlu ada juta-juta hengget dan mesti ada killer-produk. Kalau produk jus buah dari negeri MsAwin tu cokia'... memang nahas leee! Tapi, itulah yang dihadapi oleh mana-mana syarikat-syarikat besar yang ada produk yang berguna untuk konsumer di serata dunia. Inilah yang perlu ditanggung oleh syarikat-syarikat ni, dan harga produk yang dijual pada pelanggan sejagat akan bergantung dengan modal yang dikeluarkan. Kalau ada mis-match antara modal dan harga jualan, maka akan berlaku sama ada 2 perkara: harga mahal pada pelanggan, dan syarikat ambik untung gilabab, atau harga produk terlalu murah sehingga syarikat kerugian besar dan jadi muflis. Untuk CEO yang berwibawa dan adil, dia kena balance benda ni supaya dia untung, dan pengguna jugak untung, di mana produk tu mendatangkan faedah pada pelanggan, dan dia orang happy, dan dia orang tak rasa produk tu mahal dengan faedah yang mereka dapat. Dan pulak, CEO pun happy, sebab produk dia best, dan disukai ramai - jadi dia jadi millionaire.
Anyway, seperti tajuk bab ini, inilah cara bzns konvensional sepaling ringkas yang aku nak terangkan, utk senang difahami oleh sesiapa sahaja... baik Forrest Gump, atau pun mana-mana dummy yang berkeliaran kat fesbuk. Ada produk perlu di jual kepada pelanggan, jadi itulah caranya ia dipasarkan. Of course, untuk perbincangan secara terperinci dan lebih lanjut lagi tentang pelbagai kaedah perniagaan konvensional, sila baca secara menyeluruh dalam buku "MLM for Dummies" yang aku karang tu. Kiranya aku buat promo bzns buku aku jugak la ni. Mintak mahap ya... ambik kesempatan sket.
2. Asas MLM
Orait, kalau ko nak jadikan bzns di atas sebagai MLM. Apa advantage nya? First, aku kena huraikan kriteria kenapa seseorang CEO tu nak buat bzns cara MLM dan bukan cara konvensional. Kiranya ko la yang nak jadi CEO la tu, apa kriteria yang ko perlukan untuk berjaya dalam perniagaan MLM ni? Ko harus ada dan suka perangai/sifat sebegini:
i). Modal tak banyak macam CEO syarikat Toyota, Panasonic, Petronas, Maxis dan seumpamanya, tapi ko menyimpan cita-cita untuk jadi billionaire macam Anandha Krishnan. Tapi bila tengok akaun bank sendiri, ko akui ko tak mampu nak bayar gaji managers dan resellers, serta modal tak cukup pulak untuk marketing dan logistik produk.
ii). Ko mungkin jugak seorang millionaire dan memang ada duit banyak, tapi ko kemut nak mampos, dan takmo buat bzns secara konvensional, sebab ko rasa rugi keluarkan duit sendiri, sedangkan ada cara MLM yang lebih menjimatkan kos pada syarikat ko tu. Iaitu gunakan kuli-batak syarikat (resellers la tu) untuk kos logistik dan marketing, i.e. direct-selling method.
iii). Ko tak kesah mengambik kesempatan dengan kerugian resellers yang ko akan kelentong bagai nak rak nanti, sebab pada ko, ianya adalah salah satu "method of commerce" yang boleh diguna-pakai untuk jadi kaya-raya. Satu method yang setara dengan mana-mana sistem perniagaan yang ada dalam dunia ni. No difference in your book.
iv). Ko memang cekap dan faham isu makroekonomi serta mahir tentang ilmu matematik, statistik dan akauntansi, dan ko memang boleh faham bila market produk ko tu berkembang, bagaimana trend jumlah reseller itu meningkat, tahu apa itu ekponensialisme dan implikasinya pada perniagaan ko, dan ko boleh estimate bila nak transfer duit keuntungan ke off-shore bank, dan bila nak cabut ke luar negara, bila masanya dah sampai untuk buat demikian.
v). Ko cekap bermuka-muka dan ada muka innocent dan seposen, bila timbul isu ramai reseller kerugian sebab tak dapat downline, dan ko cekap dan kreatif untuk mengeluarkan statement berbau "ntah, saya pun tahu kenapa ianya jadi begitu tuan dan puan", dan terus utuh dengan pendirian bahawa produk ko tu memang bagus dan plan pemasaran ko tu ko dah rancang adil dan saksama, sedangkan memang kelentong macam cilanat pun mendenye. But, don't tell people that. Never... ever!
vi). Dan banyak lagik lain-lain perangai yang cantik-molek yang ko perlu ada. Sila rujuk buku aku tu, kalau korang rajin.
Basically, MLM ni nak elakkan CEO keluar duit banyak, dengan cara mengelakkan kaedah mencari dan menggajikan staff/manager/worker - how? Dengan menggunakan orang yang akan join biz ko neh, dan ko gunakan downline atas downline atas downline sebagai ko punya kaki logistik, kaki marketing dan apa saja ko suka suruh dia orang buat, yang mana ko sure boleh suruh dia orang sebegini, janji ko janjikan imbuhan yang gah gitu. Mereka tu semua akan menggunakan duit mereka sendiri untuk promote dan jual produk ko tu, jadi save duit ko sebagai CEO. Takde kesah nak keluar belanja juta-juta. Just concentrate untuk buat produk dan bungkuskan dan serahkan pada dia orang, the rest kuli-batak ko tu semua boleh buat. Oh ya... ko kena restructure balik kumpulan pelanggan ko - macam ni:
OK, macamana nak mengembangkan dan meningkatkan jualan produk, tapi sekali gus mengelakkan daripada keluar modal untuk bayar ganjaran pada reseller-cum-customer ko tu? Gunakan kaedah skim piramid tadi tu, dan ko boleh jugak present kat pegawai KPDNKK, bahawa ko nak start bzns direct-selling jual jus buah Vaviesimona yang keramat yang boleh kasi IQ drop 5.5%. "Ini bukan skim piramid ni tuan, sebab kami akan jual barang ni secara direct-selling...", itu alasan ko. Stick to that, jangan sesekali goyah.
Ko tengok rajah di atas, ko nak gabungkan reseller dengan pelanggan sekali... how meh? And why? Sebenarnya gini. Ko pukul-rata semua orang tu sebagai satu populasi sasaran, di mana oleh sebab produk ko tu datang dari Papua New Guinea, dan MsAwin dah kencing kat pangkal pokok screw-berry tu, ianya teramatlah spesel dan mempunyai out-of-this-world kebaikan dan khasiat kesihatan kepada semua manusia, tak kesah sapa... ko gembar-gemburkan fakta ni berulang-kali, biar semua orang repeat kehebatan produk ni macam dah jadi macam ayat Quran. Brainwash gilbab gitu. Sampai satu masa nanti, tak kan ada sapa yang boleh sangkal kehebatannya.
Dan untuk skim MLM ko ni bergerak, ko kena implementasi kaedah skim piramid yang aku dah ajar kat atas, di mana ko start satu kumpulan bawah ko untuk cari downline dan ko arahkan semua downline untuk cari downline masing-masing, dan syarat ini jatuh pada setiap ahli/reseller yang nak join bzns jual jus Vaviesimona. Macam-macam pattern pencarian downline boleh dilakukan, dan syarat yang paling penting, sudah semestinya berapa downline sorang kena dapatkan untuk layak dapat komisen... perkataan komisen tu yang penting. Duit, duit, duit! Dan bukan pulak duit CEO, bukan duit ko beb, itu yang paling best buat MLM ni. Ko tengok ciri-ciri tertentu MLM yang ada di bawah ini:
i). Sistem MLM melibatkan pencarian downline sama dengan sistem skim piramid, cuma bezanya, MLM ada produk jualan. Tapi, bagaimana pun, eksponensialisme yang berlaku dengan pencarian downline atas downline atas downline adalah tetap sama seperti skim piramid. Jual barang secara direct-selling tu hanya alasan Rich DeVos (Amway, Quixtar), David Lisonbee (4Life), Dallin Larsen (MonaVie) dan Aidid Mu'addib (Vaviesimona) untuk buat legit bzns... sedangkan kalau ada sistem cari kepala orang, perkembangan jumlah reseller tetap naik secara ekponensial jugak. It's the same mathematics what?
ii). CEO tak perlu keluar modal untuk kasi komisen/ganjaran pada ahli yang join, memang save duit modal buat bzns style MLM ni. Ko perlu guna duit sket untuk bayar ganjaran pada group downline yang pertama sahaja. Lepas tu, untuk ganjaran group downline yang kedua, ko boleh gunakan duit ahli yang mendaftar daripada group yang ketiga, dan group yang ketiga dibayar daripada duit daripada group yang keempat... dan ad infinitum. Dan pulak, sambil-sambil gunakan duit group terkemudian untuk bayar group yang lebih awal, ko sebagai CEO dah ada habuan untuk diri ko sendiri. Great bzns system or what huh?
iii). Ingat, dari setiap generasi downline ke generasi downline, jumlah reseller akan bertambah secara eksponensial - jadi keuntungan CEO pun akan jadi eksponensial jugak. Hebak muh! Contohnya, kalau ko buat syarat keahlian bahawa setiap reseller perlu cari 4 orang dan disebabkan proses ini diduplikasi oleh setiap ahli yang join, maka ko akan dapat siri eksponensial berikut: 1, 4, 16, 64, 256, 1024, 4096, 16384, 65536, 262144, 1048576, 4194304....... 4294967296 (yup, 4.29+ billion), dan walaupun perkembangan jumlah ahli skim MLM ko ni akan meningkat sebegini, ko kena beritahu semua orang bahawa ianya hanya dalam teori dan perkara ni tidak berlaku di alam nyata. Takde sesiapa akan rugi sebab crash/collapse tu mana pernah berlaku pun. Tapi, ko sebagai CEO sebenarnya tahu ianya akan berlaku, sebab daripada data tentang pendaftaran keahlian skim MLM ko tu, ko boleh kira dan buat prediction yang tepat bila ianya akan crash. Ramai orang tak faham matematik secara menyeluruh dan walaupun memang sebenarnya susah nak kelentong pasal numbers ni, tapi sure boleh tipu punya... especially pada sapa-sapa yang bangang matematik. Jenis yang sebegini memang boleh senang dikelentong tentang isu ni - You know... macam sakai MsAwin tu (she said math is not important in MLM - just projection only maa!). Still, ko kena insist crash/collapse ni tak wujud... jangan lupa dan tersasul pada bila-bila masa pasal menatang neh.
iv). Kenapa rajah di atas ada perkara tentang "gabungkan sekali" reseller dengan customer? Ini penting ni, untuk menjamin ko akan dapat untung besar. Kita mahu dalam MLM, reseller tu jugak adalah pengguna produk, dari situ CEO akan dapat duit terlepuk depan mata setiap kali ada ahli yang join. Alasannya, ko mesti buat pemasaran dengan menyediakan harga diskaun untuk ahli/reseller dan ko kena convince dia orang, produk tu amatlah bagus untuk kegunaan sendiri, sebabnya sebagai contoh, jus Vaviesimona tu boleh kasi ahli hidup sampai 113 tahun. Ntah iya ntah tidak, itu belakang kira. Janjikan aje sebegitu dengan confident gilabab. It won't make a difference by the time you retire in Vancouver, Canada.
v). Satu lagik pasal isu menggabungkan reseller dengan customer tadi tu. Sebenarnya, ko masih menggunakan struktur pemasaran macam sistem konvensional tadi, cuma ko jadikan kumpulan tu semuanya reseller - itu sebabnya ia dipanggil "multi-level marketing" sebenarnya pun. Kalau sistem konvensional ada 3 level, sistem MLM pulak, ada berbilang peringkat kat dalam kumpulan gabungan tu tadi. Semua orang ko nak jadikan reseller, tapi merangkap pelanggan yang telan produk tu jugak. Dan dalam peningkatan jumlah reseller, ianya berpangkat-pangkat, kira sapa join dulu dia kat atas, dan sapa yang join kemudian jadi downline yang kat atas tadi, dan seterusnya sampai infiniti (yang sebenarnya bukan infiniti tapi sampai sistem crash/collapse).
3. Product Placement
Aku dah cerita sedikit sebanyak pasal produk tadi, jadi dalam bab ini, ko sebagai CEO kena decide apa produk yang ko nak jual, atau apakah siri produk-produk yang akan dijadikan bahan untuk ko niagakan supaya cita-cita ko untuk mengecapi hidup yang mewah satu hari tu nanti tercapai. Supaya liang-lahad ko boleh dilapik empok-empok dengan note kertas 50 hengget setebal 3-4 inci. Aku bagi contoh macam jus buah keramat, seperti MonaVie yang ada campuran 19 jenis buah, dan dia war-warkan produknya ada acai berry, buah ajaib dari Amazon (walaupun MonaVie mengaku bahawa jumlah acai dalam jus tu kurang daripada 2% - pelanggan bukan tahu pun, apa kesah?). Atau eXfuze campuran 7 buah pulak tapi tak termasuk buah aku. Vemma jus buah manggis, yang ini aku berani cakap memang sapa yang jual dan sapa yang telan produk ni kat Malaysia, sememangnya bahalol 1st class. Manggis tu takde kat Utah atau pun kat Amerika tu, boleh la berkesan promosi jus manggis kejadah sebegini kat sana. Tapi Malaysia ni pengeluar manggis bang oi, apekejadahnya nak jual manggis sebotol RM171.00 kat negara pengeluar manggis? Jadi, saranan aku, ko sebagai CEO yang nak jual produk secara MLM, jangan buat keje macam Vemma kumpulan MLM yang amatlah ngong! That is such a lousy product placement.
Ko boleh jugak buat MLM, dengan memasarkan banyak produk dalam sistem pemasaran ko, jenis ini yang paling banyak dilakukan sekarang. Contoh asal adalah syarikat Amway, dan selepas berpuluh tahun keluarga DeVos kaya-raya mengencing pengguna di seluruh dunia, still their method of pengencingan diiktiraf sebagai antara yang berkualiti tinggi. Camane tuh? Ramai orang yang tahu bahawa Amway melakukan pyramid-selling, tapi Amway cekap dalam menyediakan variety produk jualan dan presentasi yang gah, sampaikan ada orang yang tak bersetuju dengan sistem MLM Amway, tetap tertarik dengan produknya. Brainwash yang berkesan, I salute Amway for that.
Di Malaysia, ko boleh jadikan Zhulian, Revell, Elken dan bermacam-macam syarikat MLM lain sebagai contoh. Mereka memasarkan berbagai produk dengan menggunakan kaedah pyramid-selling, dengan pencarian downline tanpa henti selagi mahu, di mana walaupun kaedah ini akan menghasilkan kerugian kepada ramai resellers yang sudah pasti akan kantoi dan dah tak bersemangat untuk meneruskan perniagaan mereka, dia orang (Zhulian, Elken, etc) lepak aje. Ini kerana takde kerajaan Malaysia nak humban sapa-sapa (CEO, CFO, Chairman, ect.) masuk jail macam kat Singapore kalau syarikat tu buat perniagaan style pyramid-selling deerrr... relaks ah beb! Meniagalah ko sesuka hati, Malaysia memang sebuah negara yang lebih sayangkan syarikat komersial swasta daripada kebajikan rakyat sejagat. You can't deny that man! It's clear as day.
Wokeh! Selain dari strategi mempelbagaikan produk, ko boleh jugak cuba memasarkan produk yang haram-jadah satu sen-tarak-guna, tapi ko kena spin bagai nak rak yang ianya baru diimport daripada planet Coruscant yang jauh lebih canggih daripada planet Earth. Kat Coruscant, the center of the Galactic Empire, tempat Jedi dari pelbagai kaum bertendang, planet itu ada mengeluarkan produk seperti air paip Syabas ECPaibersepai yang tidak tertakluk kepada hukum fiziks yang diketahui di bumi ini. Yang tahu tentang sains penghasilan air paip berbotol ini hanya si Professor Dr Sir Orang Tua Nyanyok Taik Kucen, sebab dia tu baru balik daripada planet Coruscant, dan dah berjaya jumpa Yoda dan Obi Wan Kenobi. Yoda said to him, "Really screwed-up your mind are Prof Taik Kucen. Very far in MLM business you will reach. Kelentong all the Malays in Malaysia you should, before tergolek-dog some day you will."
Atau ko boleh jugak try produk seperti Lampe Berger, pengasap kemenyan yang jugak satu-sen-tarak-guna seperti apa yang diiklankannya, dan pastikan kelentongan tu gah sepaling gah ko boleh buat, siap ada penerangan tentang sains haprak yang tak pernah wujud. Atau buat macam QuestNet yang ada produk Bio-Disc yang seeloknya hanya buat lapik mug masa ko nak minum kopi, tapi ko spin aje la bahawa ianya boleh menukar air minuman jadi lebih bertenaga dan lagi mantap macam cipan wadefak! Kalau ko pasarkan produk sebegini, ko jangan risau kalau ko tak pasti ada ke orang nak beli - sebab memang akan ada bahalol yang akan beli, khasnya kalau bahalol tu orang Mormon atau orang melayu.
4. Product Twist
OK, bila ko dah decide tentang produk atau jenis-jenis produk yang ko nak jual secara MLM, ko kena kasi twist sket tentang kewibawaan produk ko tu. Why? Sebab ko kena jual mahal bagai nak rak. Kalau tak mahal, bila nak start pakai 645Ci? The business world is a ruthless world, ini bukan tempat main konda-kondi beb. It's dog eat dog, rat eat rat. Contohnya macam produk hopothetical aku tadi, jus buah Vaviesimona - aku kena tekankan bahawa ianya dapat merawat kanser dalam 7 hari 7 malam, no joke. Ianya juga boleh mengurangkan glukos dalam darah dan menurunkan tekanan darah dalam 20 hingga 40 mmHg gitu... no joke again. Dan kalau si peminum jus keramat adalah orang yang sudah sememangnya sihat-walafiat, dia pun masih perlu minum jus buah screw-berry ni sebab ianya akan memanjangkan umur manusia kepada 113 tahun. Kenapa 113? I have no idea... but just say it man, religiously. And keep repeating all these scripts to those salesmen and downlines, and tell them to repeat that to all their downlines too. Repeat, tak putus-putus sampai semua orang kena brainwash, dan bila ada mala'un nak pertikaikan kenapa harga jus Vaviesimona terlalu mahal, ko dan downline tu semua attack mala'un tu macam vultures, dan insist harga RM135.00 sebotol tu sebenarnya harga diskaun (sebab yang sepatutnya ianya lebih mahal sebab teknologi yang digunakan memang tiada tolok-banding). Play reverse-psychology whenever you can. Kasi pengguna yang tengah usha-usha produk ni impressed dengan kehebatan air jus buah screw-berry yang tiada syarikat lain hasilkan dengan kaedah teknologi yang hanya wujud di dimension ke 17.
Oh ya... kenapa kena jual mahal? Is that good for business? Kalau dalam perniagaan konvensional, kita mahukan produk yang berkualiti dengan harga yang murah supaya lebih ramai pelanggan mampu untuk beli, sekaligus menjamin kadar keuntungan yang berlipat-ganda bila lebih banyak produk terjual. Tapi ini MLM bang, kak... mana main harga murah-murah ni, nanti orang tak percaya kehebatan jus buah screw-berry dalam Vaviesimona kalau kita jual jus buah acai berry macam Peel-Fresh jual dengan harga RM5.30 sekotak 1L. Sebagai contoh, jangan sentuh isu bahawa jus Peel-Fresh yang ada acai berry itu ada kesamaan dengan jus buah MonaVie yang juga ada acai berry - orang MonaVie insist bahawa acai berry dalam MonaVie (yang diakui hanyalah sikit bebenor) tu lain dan lebih berkualiti daripada Peel-Fresh - walaupun pada dasarnya acai berry datang daripada mana sekali pun tetap kejadian Allah jugak kan? Macamana nak kelentong bahawa jus buah MonaVie lebih berkualiti daripada jus buah Peel-Fresh? Isn't that illogical? Jadi ko sebagai CEO, jangan fall into this kind of trap. Ko kena berkeras bahawa produk jus buah ko tu (buah ko?) lain dari yang lain, sebab teknologi penyediaannya datang dari planet Coruscant jugak, macam teknologi Professor Dr Sir Taik Kucen.
Oh shoot! Soalan tadi tu tak terjawab jugak. Apekehenye kena juai mahe bebenor? Sebab kalau ko nak orang join bzns MLM ko ni, ko perlu janjikan komisen bagai nak rak sampai 5 hingga 10 level deep - baru la ramai lintah-darat yang suka makan duit shubahah MLM nak join ko punya biz. Kalau 10 level lagi best, dan ko buat sistem compensation plan dalam MLM ko tu berpangkat-pangkat, dengan tujuan untuk menggalakkan penghasilan lebih ramai lintah-darat MLM yang berkaliber dalam mengembangkan ko punya bzns lahanat ni. Tapi, apa kesah pasal duit pun beb? Duit yang ko nak bayar 10 level-deep tu bukan duit ko satu sen pun deerr... ahli baru yang join akan sedekah duit kat syarikat, ko agihkan aje la kepada semua 10 level tu, sana sket sini sket. Kongsi-kongsi gitu, macam Amway buat, macam Zhulian buat, macam 4Life buat... eleeeh, semua MLM memang buat gitu di merata tempat di mana sahaja. Yang musykilnya, masih ramai manusia yang nak join jugak skim MLM sebegini... ko sebagai CEO yang bercita-cita tinggi jangan sesekali lepaskan peluang ini. Rugi dunia-akhirat bak kata orang MLM.
5. Kaedah MLM Yang Sesuai
Apa cara yang ko suka beb kalau ko nak start buat MLM? MLM ni banyak permutasi dan kaedahnya, tapi jangan ko lupa fakta atau soalan terpenting neh: "Macamana nak transfer duit daripada poket pengguna sebanyak mungkin yang boleh ko hayun, dan bawak duit tu dengan penuh kasih-sayang masuk ke dalam poket ko." Sempoi. Aku kasi contoh beberapa cara MLM yang dah mengayakan dalam beberapa ratus orang lintah-darat dan sekaligus merugikan dalam beberapa juta manusia yang lain in the process. Ingat beb, ko nak jadi yang beratus tu, bukan pulak pihak yang berjuta yang loser tu. Kena ada wawasan yang utuh dan tanpa ragu-ragu. You're a winner!
i). Kaedah setiap ahli cari downline dengan adanya syarat minimum jumlah downline untuk setiap sorang, iaitu sama ada setiap ahli cari 2 atau 3 atau 4 atau 5 (atau 10, 20, 100, 1000... whatever), free for all. Memang sebijik seperti skim piramid, tapi ko dah kelentong pihak KPDNKK yang ko jual barang cara direct-selling, so don't worry about that. The game is on! Dia orang tak kan kacau ko punya biz selagi takde ahli skim MLM ko buat komplen ke KPDNKK yang ko sebagai CEO ada raba bontot si dia seorang reseller pompuan yang cun-melecun. No complaints, no cry. So, jangan cari hal sampai ada reseller yang buat komplen ke KPDNKK. Walau bagaimana pun, kalau la bzns MLM ko dah hampir crash dan dah beribu orang komplen takde perkembangan downline, jangan gusar. Dia orang komplen sekali pun, duit juta-juta yang ko kumpulkan tu ko boleh donate dan sedekah sana-sini pada orang-orang tertentu, dan ko jugak boleh bayar saman kalau sampai ke peringkat saman di mahkamah. Dan ingat, takde kerajaan nak sumbat ko masuk jail macam kat Singapore atau kena tembak sampai mati macam kat China. So, why worry man?
ii). Ko boleh buat kaedah sistem binary, ada kaki kiri dan kanan, macam yang diamalkan oleh Score A dan MonaVie, dan ko boleh letak syarat bahawa pembayaran komisen adalah tertakluk kepada yang mana satu kaki yang lemah. Ko faham tak neh? Gini... kalau ada kaki kanan dengan jumlah downline yang aktif seramai 67 orang, tetapi kaki kiri hanya ada 23 downline yang aktif, komisen binary hanya akan dikira pada jumlah binary setakat 23 pasang sahaja. Apa jadi dengan duit lebih yang didapati daripada 44 orang lagi tu? Ko sebagai CEO, sapu bersih la beb... yabedabedoo! Best kan jadi CEO macam Dallin Larsen dan Jason Kok? Kaya betul dia orang tu kat akhirat nanti. Itu yang MsAwin nak ikut sangat tu. Itu jugak yang berduyun bebudak Melayu dungu kat IPTA (kalau dungu bole masuk jugak IPTA ka?) nak ikut jugak jadi millionaire macam Jason Kok si alkafirun. Score A ada syariah-compliance maaa! Dan Jason Kok sangat kasih kepada anak-anak orang Melayu mengalahkan orang Melayu tu sendiri, dontcha know?
iii). Ko boleh jugak buat style auto-downline, di mana cara ini sesuai dengan kumpulan manusia yang tak suka cari downline dan hanya mahu daftar dan lepak tunggu duit bergolek ke riba. AC Mizal buat style ini what? Dia jual gelang ajaib RM38 dengan harga RM1000 kepada end-user, dan dijanjikan kepada pembeli bahawa mereka akan memperolehi pulangan apabila giliran mereka tiba - setelah keahlian mereka disusun secara auto-downline (seperti kata si AC Mangkok-Hayon dan diulangi statement tu dengan tekun oleh Salima AF Typo dan lain-lain artis AF psycho yang tak laku tu semua). Tetapi apa yang berlaku akhirnya? Crash tergolek-cow jugak akhirnya dah kan? Aku punya kerja ke tu? I don't freaking care man! They deserved jail, not humiliation. Kalau aku yang kena kencing dengan AC Mangkok Hayon tu, aku akan mobilised kumpulan samseng mana-mana, siap la mamat tu kena sula bontot, when he least expected it. Kiranya, nasib baik aku tak hingin nak pakai gelang macam bapok, kalau tak berasap la bontot barua tu. Jadi bro... ko nak jadi CEO syarikat MLM, jangan ikut contoh AC al-the-Mangkok-Hayon dan buat benda sebijon macam artis useless yang tak keruan tu.
iv). Kaedah MLM tu ada pelbagai, terpulang pada ko nak buat style yang mana satu. Yang penting ko kena faham bahawa sistem downline 1 cari 2 boleh bertahan lebih lama daripada 1 cari 10. Tapi dengan style 1 cari 10 atau lagik manyak-manyak daripada itu, hasil duit haram-laknat daripada "pyramid-selling" tu lagi cepat ko dapat raih dan ko akan ketawa macam setan bila tengok duit tu semua. Kalau ko jenis orang yang sabar, dan berwawasan serta mahu kekal lama dalam industri MLM, cara pencarian downline 1 cari 2 akan kekal lama, dan crash akan lebih lewat berlaku, sebab perkembangan eksponensial adalah paling perlahan. Of course, kalau ko bukan Hairul Nizam si fatso la... dia punya hyprakbullshit tu adalah sistem piramid 1 cari 2, tapi sebok pulak nak buat komponen powerline, sampai ada ahli yang dapat downline sampai 92 orang seperti Isma Jasmin, tutor Matematik di UiTM Arau. Tutor maths to beb! Dan bermatian minahnya deny yang hyprakbullshit tu skim piramid. Elok humban aje kat jeti pegi Langkawi, biar di makan ikan bilis. Ntah hape-hape sesetengah orang Melayu ni. Nama aje terpelajar, tapi bila nampak duit free, siap boleh jumpa hadith dan ayat Quran boleh kasi skim piramid jadi wangi dan halal. Kejadahnya ntah.
Jadi, pesan aku kepada sapa-sapa yang nak jadi CEO dan nak memulakan perniagaan cara MLM - akui aje la shubahahnya perniagaan ni, tak payah selindung-selindung, dan admit it is what it is. Apa susahnya pun? Senang gitu kalau berterus-terang pada diri sendiri, supaya ko sebagai CEO takde delusion bahawa perniagaan MLM yang ko lakukan adalah salah satu sunnah Nabi. Tapi, janji jangan cerita kat pada downline pasal mende ni, sudah... achtung!
Wokeh! Seperti besa, jangan lupa terapkan cara promosi yang tried-and-tested di kalangan masyarakat Melayu yang hampir 100% nama aje orang Islam, tapi kebanyakannya senang sungguh terpengaruh dengan kekayaan show-off yang rata-rata adalah kelentongan semata-mata. Nak promote MLM dan skim piramid, ko sebagai CEO kena coach kuncu-kuncu ko tu semua untuk promote bagai nak rak supaya lagi ramai yang join skim MLM ko tu. Ajar dia orang cara kipas-kipas duit macam jakun Papua New Guinea, siap dengan sengih muka seposen dan jangan lupa ada "thumbs-up". Suruh dia orang tangkap gambar masing-masing dengan BMW 525i yang tengah parking tepi jalan, ntah apek chayanunalip mana-mana ntah yang punya - supaya orang Melayu lain tertarik dengan potensi pendapatan dalam MLM yang akan ko lancarkan. Bagi mereka yang belum join dan ada terasa nak join, kalau ko takde rasa segan-silu, ko cakap aje kat prospek bahawa ko berjanji dia orang akan dapat BMW sorang satu, kalau dia orang join MLM ko tu. By the time dia orang sedar dia orang dah kena kencing dengan hasutan ko tu, ko dah ada berjuta ringgit, dia orang apekejadah satu sen pun tarak.
Dalam buku "MLM for Dummies" aku tu, aku ada tunjukkan lagi contoh-contoh cara-cara yang berkesan untuk posing dengan duit pinjam, cara nak susun duit cantik-cantik atas katil supaya ko boleh bergambar baring atas duit, cara susun-atur supaya duit tu cantik tersusun dalam bentuk kipas, dan banyak lagi tips-tips yang berguna untuk buat gambar promosi. Kalau ko nak alamat-alamat rumah yang ada parking 525i atatu E200, yang kebanyakannya rumah apek, aku boleh kasi supaya downline ko semua boleh buat sesi bergambar. Orang yang tengok gambar promosi korang tu bukan tahu kereta tu kereta apek... apa kesah?
Dan yang akhir sekali, sebagai penutup manual ringkas aku ni, aku harap ko sedar tentang beberapa perkara pasal bzns MLM neh. Daripada survey menunjukkan bahawa industri MLM di Malaysia antara yang terpesat di dunia, hampir sama pesat dengan prestasi tabiat MLM orang Mormon di negeri Utah, di USA. Sapa kat Malaysia ni yang berduyun-duyun buat kerja MLM ni? Orang Melayu beb. Cahyanunalip sebok menganjur jadi mastermind, orang Melayu tu pulak sebok jadi kuli-batak supaya orang chayanunalip lagi tambah kaya. Orang Melayu memang diakui memang pemurah ya amat, sebijon macam orang Mormon. Ciri-ciri orang Melayu ini yang ko kena dalami dan yang perlu ko take advantage dengan rakus sebagai seorang CEO yang licik, di mana ko nak menganjur satu skim MLM yang baru (sebab dekat 2000 syarikat MLM dan direct-selling yang ada kat Malaysia ni masih belum cukup kut), dan ko nak kaya cepat dengan duit orang lain, dan ko akui ko memang takde rasa patriotisme langsung. Takpe beb, kalau kita patriotik dan sebok mengesahkan kebajikan anak-bangsa Melayu sekali pun, kita boleh dapat apa, kan? Kalau ko sayang orang Melayu, ada mana-mana orang Melayu nak kasi ko kaya cepat? Peeeerraah!
Berbalik kepada fakta yang mengatakan bahawa bangsa chayanunalip banyak yang jadi mastermind MLM kat Malaysia ni, ko kena ubah perkara ni, supaya ko pulak yang jadi mastermind. Sampai bila asyik dia orang aje yang nak jadi lintah-darat MLM? Bila orang melayu nak maju kalau kita, ko dan aku, tak nak terjun menceburi bidang MLM seperti dia orang? Mari kita gunakan umur yang muda dan hayat yang ada untuk cari rezeki sebegini, supaya kita kaya-raya di dunia dan bila dah tua sket, kita pegi Mekah dan taubat sungguh-sungguh... duit kan ada manyak maaa? Very fast, very easy. Kelentong aje selagi mahu, apa yang susahnya? Kelentong sesama Melayu, no problem man! Kalau ko sanggup lakukan itu semua, itu tandanya ko akan cepat naik menuju mercu kejayaan sebagai seorang yang kaya dan ada prestij, dan kalau ko ada duit juta-juta, ko nak title Dato' beb, aku boleh uruskan. Bak sini duitnya.
Takpe kalau ko terbau benda hancing sekali-sekala dalam perjalanan ko sebagai mastermind MLM ni, itu memang tak boleh nak dielakkan. It goes with the territories. Jangan gusar, tak payah tidor keresahan di malam hari. Kalau ko dapat jalankan MLM ko dengan jaya, dan ada 50,000 orang Melayu kena kencing tanpa dapat pulangan satu sen pun... who cares? Who ask them to be stupid? Why can't they be smart like you or me?
Dan jangan lupa buat order buku "MLM for Dummies" aku tu. Aku pun nak kaya jugak beb. MLM aku jual jus Vaviesimona belum pick-up lagik.
Jadi, pesan aku kepada sapa-sapa yang nak jadi CEO dan nak memulakan perniagaan cara MLM - akui aje la shubahahnya perniagaan ni, tak payah selindung-selindung, dan admit it is what it is. Apa susahnya pun? Senang gitu kalau berterus-terang pada diri sendiri, supaya ko sebagai CEO takde delusion bahawa perniagaan MLM yang ko lakukan adalah salah satu sunnah Nabi. Tapi, janji jangan cerita kat pada downline pasal mende ni, sudah... achtung!
6. Kipas Duit, BMW 2nd-Hand
Wokeh! Seperti besa, jangan lupa terapkan cara promosi yang tried-and-tested di kalangan masyarakat Melayu yang hampir 100% nama aje orang Islam, tapi kebanyakannya senang sungguh terpengaruh dengan kekayaan show-off yang rata-rata adalah kelentongan semata-mata. Nak promote MLM dan skim piramid, ko sebagai CEO kena coach kuncu-kuncu ko tu semua untuk promote bagai nak rak supaya lagi ramai yang join skim MLM ko tu. Ajar dia orang cara kipas-kipas duit macam jakun Papua New Guinea, siap dengan sengih muka seposen dan jangan lupa ada "thumbs-up". Suruh dia orang tangkap gambar masing-masing dengan BMW 525i yang tengah parking tepi jalan, ntah apek chayanunalip mana-mana ntah yang punya - supaya orang Melayu lain tertarik dengan potensi pendapatan dalam MLM yang akan ko lancarkan. Bagi mereka yang belum join dan ada terasa nak join, kalau ko takde rasa segan-silu, ko cakap aje kat prospek bahawa ko berjanji dia orang akan dapat BMW sorang satu, kalau dia orang join MLM ko tu. By the time dia orang sedar dia orang dah kena kencing dengan hasutan ko tu, ko dah ada berjuta ringgit, dia orang apekejadah satu sen pun tarak.
Dalam buku "MLM for Dummies" aku tu, aku ada tunjukkan lagi contoh-contoh cara-cara yang berkesan untuk posing dengan duit pinjam, cara nak susun duit cantik-cantik atas katil supaya ko boleh bergambar baring atas duit, cara susun-atur supaya duit tu cantik tersusun dalam bentuk kipas, dan banyak lagi tips-tips yang berguna untuk buat gambar promosi. Kalau ko nak alamat-alamat rumah yang ada parking 525i atatu E200, yang kebanyakannya rumah apek, aku boleh kasi supaya downline ko semua boleh buat sesi bergambar. Orang yang tengok gambar promosi korang tu bukan tahu kereta tu kereta apek... apa kesah?
7. Ada Bau Hancing?
Dan yang akhir sekali, sebagai penutup manual ringkas aku ni, aku harap ko sedar tentang beberapa perkara pasal bzns MLM neh. Daripada survey menunjukkan bahawa industri MLM di Malaysia antara yang terpesat di dunia, hampir sama pesat dengan prestasi tabiat MLM orang Mormon di negeri Utah, di USA. Sapa kat Malaysia ni yang berduyun-duyun buat kerja MLM ni? Orang Melayu beb. Cahyanunalip sebok menganjur jadi mastermind, orang Melayu tu pulak sebok jadi kuli-batak supaya orang chayanunalip lagi tambah kaya. Orang Melayu memang diakui memang pemurah ya amat, sebijon macam orang Mormon. Ciri-ciri orang Melayu ini yang ko kena dalami dan yang perlu ko take advantage dengan rakus sebagai seorang CEO yang licik, di mana ko nak menganjur satu skim MLM yang baru (sebab dekat 2000 syarikat MLM dan direct-selling yang ada kat Malaysia ni masih belum cukup kut), dan ko nak kaya cepat dengan duit orang lain, dan ko akui ko memang takde rasa patriotisme langsung. Takpe beb, kalau kita patriotik dan sebok mengesahkan kebajikan anak-bangsa Melayu sekali pun, kita boleh dapat apa, kan? Kalau ko sayang orang Melayu, ada mana-mana orang Melayu nak kasi ko kaya cepat? Peeeerraah!
Berbalik kepada fakta yang mengatakan bahawa bangsa chayanunalip banyak yang jadi mastermind MLM kat Malaysia ni, ko kena ubah perkara ni, supaya ko pulak yang jadi mastermind. Sampai bila asyik dia orang aje yang nak jadi lintah-darat MLM? Bila orang melayu nak maju kalau kita, ko dan aku, tak nak terjun menceburi bidang MLM seperti dia orang? Mari kita gunakan umur yang muda dan hayat yang ada untuk cari rezeki sebegini, supaya kita kaya-raya di dunia dan bila dah tua sket, kita pegi Mekah dan taubat sungguh-sungguh... duit kan ada manyak maaa? Very fast, very easy. Kelentong aje selagi mahu, apa yang susahnya? Kelentong sesama Melayu, no problem man! Kalau ko sanggup lakukan itu semua, itu tandanya ko akan cepat naik menuju mercu kejayaan sebagai seorang yang kaya dan ada prestij, dan kalau ko ada duit juta-juta, ko nak title Dato' beb, aku boleh uruskan. Bak sini duitnya.
Takpe kalau ko terbau benda hancing sekali-sekala dalam perjalanan ko sebagai mastermind MLM ni, itu memang tak boleh nak dielakkan. It goes with the territories. Jangan gusar, tak payah tidor keresahan di malam hari. Kalau ko dapat jalankan MLM ko dengan jaya, dan ada 50,000 orang Melayu kena kencing tanpa dapat pulangan satu sen pun... who cares? Who ask them to be stupid? Why can't they be smart like you or me?
Dan jangan lupa buat order buku "MLM for Dummies" aku tu. Aku pun nak kaya jugak beb. MLM aku jual jus Vaviesimona belum pick-up lagik.
No comments:
Post a Comment