banner

Tuesday, March 5, 2013

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang MLM


10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang MLM



Assalamu'alaikum...
   
Dalam kemajuan manusia dewasa ini, baik di dunia mahu pun di negara kita Malaysia, saban hari kita lihat manusia itu berpusu-pusu mengejar peluang perniagaan di sana-sini. Dan sejak wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih dengan adanya internet dan khususnya jaringan “social-networking” (seperti facebook, myspace, dll), kita dapati lebih banyak orang mengajak kita untuk “JOIN” sesuatu perniagaan yang nampak “too good to be true” dan sememangnya memang tak masuk akal... untuk orang yang berakal analatikal dan kritis. Macamana modal RM200 sekali join, boleh buat RM2000 sebulan? Macamana modal RM2000 one-off, boleh menjana RM20,000? Betol ka?

Multi-level marketing, satu istilah keramat kepada ramai orang, khasnya golongan Melayu yang rata-rata bukan drpd golongan perniagaan atau golongan kaya. Inilah market yang sedang rancak menjadi “target”, sedangkan kaum lain yang itu, sentiasa sebok beli tanah, beli rumah, beli bangunan kedai dan seterusnya buat kedai yang pula ada seribu satu macam jenis barang untuk dijual.... kepada orang Melayu tadi, yang sedang sebok buat MLM dan skim piramid di facebook dan di internet. Perniagaan dalam alam maya menjanjikan kekayaan maya jugak, sedangkan perniagaan di alam nyata pula, menjanjikan kekayaan yang memang benar nyata, di luar sana.

Mari kita bercerita pasal MLM. Adakah anda tahu bahawa ramai cendiakiawan yang berkecimpung dalam bahagian ekonomi di serata dunia mencemuh jenis perniagaan sebegini. Cendiakiawan... apa yang dia orang tahu, kan? Tetapi kepada yang menceburi apa-apa perniagaan, MLM itu adalah suatu kaedah marketing yang paling mustajab untuk memasarkan sesuatu produk, yang juga pasti dapat membawa pulangan keuntungan yang besar. Dengan modal yang sedikit utk jurujual, syarikat MLM akan mencanangkan bahawa perniagaan mereka sangat hebat dan pasti berkesan dalam menjana keuntungan yg berlipat ganda. Anda lihat promosi sebegini saban hari bukan?

Tapi, saya sarankan supaya anda semua belajar masak-masak dulu tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik janji manis promoter apa-apa sahaja sistem perniagaan MLM. Tak salah bukan? Lagi pun, bukan anda pinjam duit saya untuk buat bzns, anda yang akan gunakan duit sendiri untuk menggerak langkah kepada kehidupan berniaga. Saya hanya penyampai maklumat dan selama 4 hari saya menulis karangan saya ini, akhirnya nanti, saya sendiri dapat “zero” keuntungan. Saya sendiri buat kerja ini tanpa apa-apa “reward” baik dari segi wang-ringgit, mahu pun kemahsyuran... sebab siapa kenal Aidid Mu’addib pun... I’m a nobody. Jadi, kalau nak join apa-apa perniagaan MLM, fahamilah 10 fakta berikut:

1. Promoter MLM berusaha menampilkan perniagaan mereka yang hebat sedangkan kebanyakan MLM mencatat kerugian yang sangat besar secara kumulatif.

Multi-level marketing (MLM atau network marketing) selalu diwar-warkan sebagai satu program yang sgt menarik kpd mereka yg mencari duit lebih dalam kehidupan moden kini. Sesetengah peserta tertarik kerana modal yg diperlukan selalunya adalah sedikit, mereka dapat menyertai satu kumpulan yang mempunyai sepakat berwawasan, terpikat dgn produk yang sungguh ajaib dan hebat, dan dijanjikan dengan pendapatan pasif, residual atau dapat bersara awal (kerana byk untung nanti). MLM selalunya nampak sangat hebat dan sah, tetapi di sebalik tabir, ianya akan merugikan para peserta secara kumulatif. Walaupun kerugian wang atau masa pada peserta adalah sedikit kepada ramai orang, tetapi pada sesetengah yang nekad “melabur”, kerugian mungkin jadi lebih menyeluruh, seperti terhasilnya hutang yang besar, gangguan kpd karier dan juga bankrupsi. Sifat kerugian yang lebih tersembunyi juga terhasil, seperti sifat jelek yang mementingkan materialisme dgn keterlaluan, eksploitasi rakan-taulan, kesibukan perniagaan MLM dan pencarian downline yg berlebihan sehingga keluarga sendiri terabai, di mana ianya boleh membawa (sebagai contoh) kpd perceraian dan kejatuhan maruah seseorang.

Kebanyakan peserta MLM pada asalnya tidaklah bersifat begitu ghairah untuk menyertai apa-apa MLM tetapi selalunya direkrut atau ditaja oleh seseorang yang rapat dengannya. Mereka dipujuk dan dihasut dengan janji bahawa perniagaan tersebut adalah perniagaan yang sah dari segi undang-undang, dan ianya dapat membantu dalam meningkatan taraf kehidupan dan ianya susah akan rugi. Realitinya adalah berlainan. Dengan mempromosi pencarian ahli atau peserta secara infiniti kepada populasi manusia yang finit di dunia ini, kadar kerugian boleh mencapai 99.9% atau 999 orang rugi bagi setiap 1000 orang yg menyertai sesuatu MLM itu. Sebenarnya, ada skim MLM yang mempunyai kadar kerugian yang lebih teruk daripada sesuatu skim piramid (yg sememangnya tiada produk), kerana perlunya peserta mengeluarkan modal yang besar terlebih dahulu untuk menyertai sesuatu MLM tersebut.

Perlu juga beringat bahawa kebanyakan mereka yg memujuk orang lain untuk meyertai sesuatu MLM akan berkata bahawa sistem perniagaan mereka bukanlah MLM, tetapi adalah “network marketing”, consumer direct marketing” atau pun “direct selling”. Dari situ kita sudah tahu ianya ada tipu-muslihat, kerana mereka ingin menjauhkan istilah MLM drpd perniagaan mereka, kerana ramai anggota masyarakat yang sememangnya sudah beranggapan buruk dengan sistem perniagaan MLM.

Pada awal tahun 80-an, promoter MLM sudah mula menyedari bahawa masyarakat dunia telah mula menganggap MLM hanyalah sebagai suatu skim piramid yang berproduk, jadi mereka menukar istilah perniagaan mereka sebagai “network marketing”. Mereka mendakwa bahawa sistem perniagaan sebegini adalah satu sistem yang baru dan lebih menitik-beratkan saranan dan pengenalan di antara ahli yang sudah join kpd yg belum join. Sebenarnya bukan nama itu yang penting, tetapi produk yang dijual, mastermind yang pandai mengeksploitasi, serta sistem pemberian keuntungan kepada ahli/peserta itu yang jadi masalah yang utama.

2. Kebanyakan MLM adalah “recruiting MLM” atau “skim piramid berproduk”.

Kebanyakan sistem MLM hidup kerana pencarian ahli baru, yang mereka istilahkan sebagai “pencarian pengedar baru”, sedangkan pengedar baru itu jugalah pelanggan produk mereka. 5 perkara akan dapat dilihat:

Pencarian downline adalah tanpa had, di mana setiap penaja mencari ahli baru, dan ahli baru itu pula kini jadi penaja yg mencari ahli baru, dan seterusnya ke infiniti. Tetapi infiniti itu sendiri adalah istilah yang tersasar. Jumlah manusia itu sentiasa finit. 
  1. “Kenaikan pangkat” dalam hieraki syarikat bergantung kpd jumlah downline yg dapat dicari, dan bukan prestasi pengurusan atau kewibawaan seseorang ahli/peserta skim MLM itu. 
  2. Pembelian berulang oleh peserta digalakkan atau juga dipaksa, utk ahli itu mendapat ganjaran komisen dan kenaikan pangkat - “pay to play”. 
  3. Syarikat membayar komisen atau bonus lebih drpd 5 level atau tanpa had. 
  4. Untuk setiap jualan produk, bayaran drpd syarikat kepada upline adalah sama atau melebihi drpd jumlah jualan produk oleh semua downline, menghasilkan situasi di mana pencarian downline baru adalah lebih utama drpd penjualan produk itu sendiri. Ini akan menghasilkan peningkatan jumlah ahli secara ekponensial, di mana ia akhirnya akan “collapse”. 
3. MLM yang adil dan menguntungkan itu tidak akan menyerupai MLM yang tipikal. 

Ada syarikat MLM itu yang adil dan lulus undang-undang di mana ianya lebih menitik-beratkan penjualan produk secara terus (direct-sales) dgn harga yang berpatutan dan setara atau kurang daripada harga pasaran awam, dan ianya dapat dinilai melalui kaedah pembahagian keuntungan syarikat kpd ahlinya. Ciri-cirinya termasuklah a). Hanya pembelian kecil produk diperlukan utk layak kpd insentif keuntungan. b). Komisen utk upline adalah tidak melebihi 5 level, dan bayaran itu pula kecil sahaja (1-5%) drpd jualan ahli yg terlibat. c). Lebih drpd 50% komisen dan keuntungan yang diagihkan oleh syarikat pula dapat kepada ahli yang menjual produk. Inilah syarikat yg dipanggil sebagai “retail-MLM”. Ianya tidak mempunyai kesemua 5 ciri di atas dalam perkara 2.

4. Jika difahami secara mendalam, MLM yang terkenal berkemungkinan ada penipuan dan secara teknikal melanggar undang-undang. 

Hampir semua MLM ada ciri putar-alam di mana terdapat pencarian ahli yang berterusan tanpa henti, yang mana ianya menjanjikan keuntungan yang berterusan kpd ahli teratas, tetapi akhirnya akan menyebabkan kerugian kepada majoriti besar ahli yg join. Dan CEO dan org teratas juga dapat keuntungan yg besar awal-awal lagi, bila ahli-ahli bawahan membeli produk untuk “stock-up” supaya dia dapat untuk “play the game” (iaitu, ahli yg join akan beli sejumlah produk dgn bayaran penuh utk join skim MLM tersebut, tetapi prospektif pelanggannya itu sendiri masih belum pasti boleh dia dapati). Situasi ini juga boleh diklasifikasikan sebagai “theft by misrepresentation” (penipuan melalui putar-belit).

Rata-rata orang yg waras dan cekap berniaga tidak akan menyertai jenis MLM yang mempunyai sistem perniagaan yang keuntungannya lebih kpd pencarian downline dan bukan drpd jualan produk kpd pelanggan. Banyak MLM yg tidak bertapak di bumi nyata. Skim-skim sebegini adalah menyalahi undang-undang di hampir semua negara barat kerana ianya melanggar “statutes” tentang skim piramid dan jualan penipuan. Daripada data yang ada dikaji terhadap lebih drpd 350 syarikat MLM di Amerika, MLM secara amnya bukanlah peluang utk dapat untung, tetapi sebenarnya adalah peluang yang sangat baik utk dapat rugi.

5. Mangsa MLM jarang buat laporan - itu yang jadi masalahnya.

Dalam menangani masalah penipuan dalam perniagaan MLM, masalah utama di mana tidak terdapatnya tindakan drpd pihak berkuasa adalah kerana jarangnya ahli masyarakat membuat aduan terhadap syarikat-syarikat tersebut. Hanya selepas sesuatu skim telah “crash” dan mastermind telah mengaut keuntungan dan lesap lari ke Taiwan atau Hong Kong... barulah mamat dan minah tu semua nak buat laporan.

Ini berkait dengan sifat di mana ahli sesuatu skim telah dihasut dan dipengaruhi (brainwash) bahawa jika mereka gagal dalam perniagaan tersebut, itu adalah salah mereka sendiri, kerana mereka tak cekap buat kerja (tak dapat cari downline macam mereka-mereka yg telah berjaya). Mereka juga tidak melaporkan hal sebegini kpd pihak berwajib, kerana yg hendak dilaporkan itu adalah upline/downline yg rata-ratanya adalah kenalan atau ahli keluarga yg terdekat. Ini adalah satu senjata tersembunyi utk setiap syarikat MLM yg jadi parasite dalam dunia ini. Peserta juga takut untuk membuat laporan kerana mereka sendiri terlibat dalam penipuan perniagaan MLM tersebut, walaupun sebenarnya tanpa sengaja. Ini adalah keadaan “catch-22” di mana kpd peserta yg join, dia sudah cari downline utk cover modal, jadi dia pun byk kencing orang jugak... macamana nak report? Nanti diri sendiri pun salah. Dan mastermind serta org atasan memang tahu fakta ini, dan ianya juga jadi daya penarik utk mereka terus buat kerja laknat ni. Jenis manusia yang tak kesah aniaya manusia lain, utk dapat rezeki beli buku sekolah anak-anak, bagi sedekah kat masjid. Real screwed-up people.

Sebenarnya, banyak syarikat MLM adalah institusi yang penuh dengan penipuan kpd orang-ramai dan penipuan kepada diri sendiri juga. Ia juga mempunyai kesan “fear and denial” kpd peserta yg join. Contoh macam cerita “Emperor’s New Clothes” di mana semua tak berani nak cakap perkara yang sebenarnya kerana takut kpd emperor tu... dan kemudian datanglah Aidid Mu’addib nak beritahu semua orang.... “The emperor is naked!”.

Akhir sekali tentang ini, jika tidak ramai yg report pada KPDNKK, pihak berwajib tidak akan terdesak untuk mengambil tindakan kpd syarikat-syarikat MLM yg parasite sebegini. Jadi hieraki teratas sesebuah MLM terus kaya-raya hasil wang “sedekah” downline-downline yang kat bawah-bawah sekali. And the game goes on!


6. Pihak berkuasa tidak cukup pegawai dan kemahuan untuk melindungi pengguna drpd syarikat MLM.

Kecuali dalam beberapa kes, pihak berwajib baik di peringkat kebangsaan, mahupun negeri tidak mempunyai masa dan maklumat yg cukup untuk mengejar dan menyelidik semua kesalahan syarikat MLM, yang secara dasarnya mempunyai ciri putar-alam yg rumit. Kerumitan dalam mentafsir dan mengaudit akaun dalam sesebuah syarikat MLM ini menyusahkan pegawai-pegawai yg terlibat, di mana dianggarkan satu-satu kes MLM memerlukan 20 kali ganda “resources”, baik dari segi tenaga atau pun masa, untuk disiasat. Lagi pulak, pegawai-pegawai KPDNKK... sebagai contoh, tidak akan dapat memahami sepenuhnya modus operandi MLM secara terperinci kerana ciri-ciri keuntungan MLM itu sendiri selalunya disembunyikan oleh syarikat dengan berbagai cara perakaunan yang kompleks. Itulah namanya MLM... 5% keuntungan pegi ke sini, 20% pegi ke sana, mastermind ambik 40%, ada bonus tajaan, ada bonus rangkaian.... dan ada 13,000 ahli... mak ai!

Jika sesebuah MLM itu pula menjangkaui sesuatu sempadan sesuatu “daerah” (region, country), sebagai contoh, syarikat besar yang berpusat di Amerika tetapi ada cawangan di Malaysia, dan ianya mengunakan komunikasi melalui panggilan antarabangsa serta internet dan facebook... bukan ke susah nak pantau senario begini? Sebenarnya, jika ada satu syarikat MLM didapati melanggar undang-undang dan berjaya didakwa, ada beratus lagi yang bermaharajela mencari ahli baru dan meneruskan “perjuangan” mereka mengumpul duit hasil penipuan sebegini. Inilah dunia perniagaan alaf baru... janji dapat profit. Etika perniagaan, malah etika sebagai seorang Islam dan etika kemanusiaan buang sahaja ke luar tingkap.

Dari segi implementasi undang-undang penipuan pengguna, kesalahan penipuan syarikat konvensional itu jauh lebih senang didakwa drpd penipuan syarikat-syarikat MLM tersebut. Dan bila mana syarikat MLM di Amerika atau Eropah sudah dibongkar dan didakwa di negara mereka sendiri, syarikat itu pula akan berpindah ke negara-negara lain yg lebih mundur, baik dari segi kekayaan mahupun mundur drpd segi undang-undang, seperti.... Malaysia. Dan seperti yg kita lihat, lepas satu-satu syarikat MLM Amerika menjejak kaki ke Malaysia dalam 2-3 tahun ini, dengan adanya kemudahan facebook... wow! Facebook memang special. Lanun dan lahanat MLM berkeliaran cari mangsa 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Nak tahu pasal isu politik pulak? Kerajaan Amerika itu sendiri menekankan pengaruh politik (political lobbying) kepada negara-negara ketiga untuk menerima syarikat-syarikat MLM yg tidak lebih drpd lanun perniagaan, tetapi bertopengkan “direct-selling”. Jenis perniagaan MLM sebegini sebenarnya adalah satu cara untuk menyalurkan keuntungan wang-ringgit drpd rakyat sesuatu negara tersebut kpd negara Amerika... satu cerita lumrah yang sudah berlaku berpuluh tahun. Sebenarnya, ia sendiri akhirnya akan dapat mengeruhkan hubungan diplomatik antara negara-negara yg terbabit.

Hanya satu sahaja perkara baik yg timbul drpd kesemua yg dibincangkan di atas. Kepada mereka yg telah “crash & burn” dan sudah serik daripada menyertai syarikat MLM, mereka sendiri akan jadi lali dengan ajakan baru drpd syarikat dan kuncu2 MLM lain... sehinggakan ada bekas ahli MLM yang jadi pejuang anti-MLM yg sungguh tegar, gitu. Tetapi ya... kepada yg pernah terjerat dan mengalami kerugian dalam sesuatu syarikat MLM sebelumnya, dan kemudian menyertai syarikat MLM yg lain pulak... haiya! Memang mangkok hayon betul! Inilah jenis manusia yg tidak belajar drpd kesilapan, dan inilah juga jenis orang yg disayangi oleh syarikat-syarikat MLM. Cinta sehidup-semati dengan rezeki haram.... ya bang, ya kak?

7. Promoter MLM sangat bijak buat rasionalisasi tentang penipuan MLM, sehingga berlakunya juga rasionalisasi kepada diri sendiri.

Saya pernah lihat dan terbaca di merata tempat tentang promoter skim MLM yang begitu licik dalam menerangkan dan merungkaikan keperluan ekonomik dan kebaikan sesuatu MLM... satu rasionalisasi yang saya pasti dia sendiri percaya dan taksub gila baboon tentangnya. Ramai kuncu2 terdekat mastermind/CEO hanya dapat melihat keuntungan drpd kerja yang mereka lakukan, dan tidak sedar tentang implikasi terhadap mereka yang join kemudian, yg akhirnya akan mengalami kerugian, dan seterusnya tidak akan diketemui lagi selepas itu. Promoter MLM perlu melakukan penipuan untuk terus “survive” dalam perniagaan mereka dan untuk terus berkembang. Penipuan... termasuk penipuan kpd diri sendiri adalah keperluan hidup dalam kehidupan manusia sebegini. Kalau tidak, sistem MLM tidak akan dapat berjaya, kerana mereka yang ada rasa bersalah akan menyebabkan perkembangan perniagaan MLM itu terbantut. Jika semua orang tahu kadar kejayaan dalam MLM dengan jelas (iaitu 0.1% kaya, 99.9% tak kaya), perniagaan jenis MLM ini akan berkubur terus. Ini yg perlu dihalang drpd berlaku dari pandangan mereka yg berkecimpung dalam bidang MLM ini. Itu sebab ramai yg menuduh Aidid Mu’addib itu org yg tak berpelajaran atau yg belajar tak abis, sebab katanya MLM dia tulus dan halal. Sebenarnya dia sendiri uplinenya sahaja yg ajar, atau pun dia sendiri hanya pergi kursus yg dianjurkan oleh syarikat MLM tersebut, dan dia senang sungguh percaya setiap perkataaan mastermind MLM tu. MLM itu banyak bentuk dan byk permutasinya, jadi kita perlu banyak mencari maklumat yg penting, supaya senang kita memahami di mana ciri-ciri sesuatu MLM itu yg putar-alam.

Siapa yg nak join kalau orang-ramai tahu bahawa secara statitistik kurang drpd 1% peserta dalam sesuatu skim MLM yg benar-benar jadi kaya (dengan duit orang lain pulak tu), dan bukan pula drpd hasil keuntungan jualan produk sepenuhnya? Ini setelah diambil kira selepas menolak nilai modal belian barangan “up-front”, duit minyak dan duit makan, dan modal yg digunakan semasa mau kasi prospek supaya terpengaruh kepada sistem biz, kat kedai mamak tu... you know, minum-minum, makan-makan. Adakah anda semua tahu bahawa fakta-fakta tersebut sudah jadi bahan jenaka zaman-berzaman di kalangan mereka-mereka (dan kami ini) yg sudah masak dengan topik perniagaan sebegini?

Ada pula satu lagi aspek tentang skim MLM ini yg kita boleh lihat dengan jelas jika kita perhatikan betul-betul. Penghayatan peserta kepada budaya yg diterapkan oleh MLM itu hampir seperti penghayatan kepada agama... taksub sungguh. Macam la semua manusia tu suka jadi mala’un macam orang MLM, sampai dia mahu bersyarah setiap hari kepada sesiapa sahaja yg dia jumpa. Ada juga pernah saya terjumpa seorang ustaz, guru agama sekolah menengah (tetapi yg masih muda) berkecimpung buat MLM dan sekaligus mengajak dan bersyarah kepada kawan-kawan dan anak-anak muridnya tentang kebaikan MLM yg diceburinya. Kena belasah dengan saya, terus resign (drpd buat MLM). Itu yang saya tahu la, kalau dia bukan belakang-belakang, entah la pulak. Tapi... inilah jenis ketamakan yg berlaku pada manusia bila “brainwashing” tentang kemewahan dunia itu berjaya diterapkan dalam kepala otak sesetengah orang. Macam pengikut ajaran sesat gitu. Ada ke patut seorang ustaz buat MLM atau skim piramid? Hari kiamat sudah mampir betul! 

8. Musuh utama dalam sistem penyalah-gunaan MLM adalah cara pembahagian keuntungan dan pencarian downline - yang dipanggil sebagai “system-fraud”.

Susah untuk menentukan siapa lahanat sebenar dalam sesuatu sistem MLM yg besar, tetapi yg pasti, CEO atau mastermind itu sudah semestinya bertanggung-jawab terhadap wujudnya suatu sistem perniagaan yg mementingkan pencarian downline tanpa had, yg mana downline itu yg sepatutnya menjadi jurujual, rupanya adalah pelanggan sebenar kpd orang-orang atasan tadi. That’s where the real money is! Ini yang dipanggil sebagai satu “SYSTEM FRAUD”, kerana perniagaan itu sepatutnya dapat keuntungan drpd penjualan produk kpd pelanggan, bukan pulak dapat keuntungan drpd pencarian distributor/reseller/ahli/members/affiliate/whatever.

Yang sebenarnya dapat keuntungan besar adalah ahli yang join dulu, ahli-ahli yang kata atas sekali dalam sesuatu syarikat MLM. Adakah anda benar-benar tahu bahawa.... “MLM IS THE PERFECT CON-GAME!” Ramai yg mempromosi sistem perniagaan MLM itu adalah mangsa MLM jugak, yang mana akhirnya mereka akan kehabisan modal, dan terus lesap menanggung kerugian, sedangkan aktiviti mereka yg lesap itu tadi telah menyumbangkan sejumlah wang kpd keuntungan hieraki teratas. Mereka inilah yg menyerap kerugian yg besar dalam perniagaan berasaskan MLM, dan memandangkan mereka ini semua jarang komplen ke pihak KPDNKK... THE GAME GOES ON!

9. Walaupun MLM banyak yang menipu, MLM itu sendiri terus bertahan, dengan berkembang ke negara lain untuk mengekalkan pencarian downline.

Saya rasa jika anda berfikir bahawa, jika semua MLM adalah skim piramid yang bertopengkan perniagaan networking dan “direct-selling”, ianya akan “crash” akhirnya... betul? Sebenarnya, MLM jenis pencarian downline ini adalah sistem perniagaan piramid yg paling lama dapat bertahan kerana ciri-ciri putar-belit yg sangat rumit, sehinggakan pihak berkuasa sukar untuk mengenal-pasti di peringkat mana penipuan itu berlaku, dan ianya memerlukan akauntan atau pakar ekonomi yg mahir untuk membongkar semua rahsia perniagaan tersebut. Perniagaan MLM yang menipu dan seterusnya dapat dibongkar pula adalah selalunya jenis penipuan yang terlalu besar, sehingga terlalu banyak mangsa terlibat, jadi pihak berwajib akan terpaksa bertindak. Tetapi, seperti yg kita sedia maklum, selalunya si mastermind termasuklah CEO, sudah pun selesa menetap di Hong Kong atau Shenzhen, atau Vancouver... dengan rumah besar yang ada swimming pool dan rumahnya pun dekat aje dengan golf-course. Hai! Itulah dunia businessman dajjal.

Seperti yang telah diterangkan di atas, apabila prospek downline sudah habis di sesuatu kawasan perniagaan (tepu), syarikat MLM akan menghantar promoter terulung mereka ke tempat atau negara lain. Dan mereka akan buat ceramah keusahawanan di Malaysia tentang peluang perniagaan baru yang serba canggih dan pasti menguntungkan, dan dia kan cakap, jika anda tak join, anda akan rugi besar. Contoh yang ketara yang telah berlaku dalam 20-30 tahun ke belakang ini... syarikat Amway.

Bila mana pasaran di seluruh dunia menurun dengan produk Amway, syarikat tersebut membuka divisyen baru yang dikenali sebagai Quixtar dan Nu Skin serta Big Planet dan Pharmanex... dan proses pembangunan rangkaian MLM itu dilakukan semula berulang-ulang, untuk setiap divisyen. Insentif yg lebih hebat dipersembahkan utk menarik lebih ramai ahli yg nak berniaga cara Amway, walaupun ianya telah dibuktikan tidak berkesan secara kumulatif dan jangka-panjang. Yang rugi terlalu ramai berbanding yg untung jika mengikut sistem MLM ini. Yang hairannya, ramainya la pak turut yg tak serik-serik.

10. Plan Pembahagian keuntungan yang lebih kepada pencarian ahli daripada pencarian pelanggan, sekaligus menjadikannya “direct-selling” yang melanggar undang-undang.

The Direct Selling Association (DSA) di Amerika mentafsirkan “direct-selling” sebagai “penjualan produk atau perkhidmatan, orang-ke-orang (person-to-person), di mana sahaja, tidak di tempat yang tetap”. Dalam tafsiran ini, syarikat MLM memanggil sistem perniagaan mereka sebagai perniagaan jualan terus. Tetapi baik di Amerika, mahupun di Malaysia, definasi di atas tidak menyatakan bahawa sistem jualan terus tersebut yg lulus AJL1993 adalah bukan:
  1. Ahli cari ahli tanpa had, berperingkat-peringkat, tanpa putus. 
  2. Menjanjikan peningkatan keuntungan dan kenaikan pangkat drpd pencarian downline, dan bukan dengan cara perlantikan. 
  3. Memerlukan atau terpaksa menggunakan insentif tertentu untuk pembelian produk untuk melayakkan ahli kpd komisen dan dan kenaikan pangkat dalam skim MLM tersebut. 
  4. Membayar pengurus perniagaan melebihi daripada apa yg munasabah bagi sesebuah syarikat. Syarikat besar (seperti Panasonic, Toyota, Intel, dll) mendapati bahawa sesebuah negara boleh diliputi dengan 4 peringkat pengurusan sahaja (HQ, country, state, town). 
  5. Insentif untuk pencarian downline yg berlebihan, disamping insentif yg kecil untuk menjual produk kpd pelanggan. Dalam banyak MLM, reseller atau distributor yg join syarikat itu sendiri adalah pelanggan dan jarang terdapat pelanggan yg benar-benar tulen. 

Rumusan:

OK... secara ringkas, MLM yg mencari ahli berbilang peringkat adalah suatu sistem perniagaan yang bergantung kpd pencarian ahli baru untuk menggantikan ahli lama yg telah patah semangat dan keluar drpd sistem tersebut, untuk ianya terus hidup sebagai satu syarikat, di mana peningkatan ahli tersebut adalah berbentuk piramid. Jadi, ianya hanyalah suatu rentetan pencarian ahli baru tanpa putus-putus, di mana ahli itu (yg sepatutnya adalah reseller atau distributor) adalah pelanggan syarikat MLM itu sendiri. Ia adalah sejenis “pseudo-business” (perniagaan atas angin/perniagaan menipu) tanpa ada pelanggan tetap untuk jualan ulangan dan bergantung kpd jumlah rangkaian jurujual yg 99% akan kerugian pada akhirnya, bila syarikat MLM ini bungkus. Kadar kerugian yang sangat tinggi daripada menyertai syarikat seperti ini, menjadikannya lebih teruk daripada mana-mana skim piramid. Skim piramid itu tiada produk, perlukan orang yang benar-benar dungu dan modalnya adalah one-off dan selalunya kecil. Sedangkan dalam MLM, ianya melibatkan pengeluaran sejumlah modal yang besar kerana adanya produk untuk dibeli terlebih dahulu (stock-up), dan bayaran “up-front” adalah mandatori. Jadi, modal besar, ruginya pun besar jugak.

Jadi, syarikat MLM sebegini adalah suatu sistem perniagaan yg sungguh tidak wajar yang menjanjikan pendapatan residual dan berterusan, tetapi sebenarnya memberikan keuntungan yg sangat sedikit dari segi jangka-panjang dan musnahnya hubungan baik antara setiap mereka yg menyertainya serta hilangnya integriti dan rasa hormat sesama manusia. Syarikat MLM terus kekal berfungsi dengan pencarian ahli baru yg berterusan, bila mana ahli lama yg telah melabur keluar drpd sistem (yg tidak faham sepenuhnya apa yg berlaku - sehingga ada yg menyalahkan diri-sendiri kerana kegagalan peribadi itu). Mangsa drpd sistem MLM selalunya tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu, jadi mereka jarang melaporkan perkara ini, dan pihak berwajib tidak pula bertindak terhadap syarikat-syarikat tersebut tanpa bukti yg kukuh.

Jadi, untuk menjadikan sesuatu sistem MLM yg mencari ahli baru berperingkat-peringkat itu berjaya, seseorang ahli itu perlu ditipu, dan dia perlu menipu diri sendiri, dan dia akan seterusnya menipu orang lain. Ini yg digelar sebagai “THEFT BY DECEPTION”. Hanya sedikit sahaja jumlah ahli yg tahu dan faham di mana penipuan ini berlaku, dan mereka ini sedar bahawa itulah caranya sistem MLM itu hidup dan itulah caranya mereka mengayakan diri sendiri. Itulah orang-orang atasan dalam sesebuah syarikat MLM, yang belajar ekonomi atau akauntansi, dengan tujuan untuk mengayakan diri dan bukan bertujuan untuk kesejahteraan masyarakat umum. Mereka jugalah yang menunjuk-nunjuk kereta besar dan rumah mewah, dengan tujuan untuk mencanangkan bahawa diri mereka telah berjaya dalam bidang perniagaan, sekaligus jadi daya penarik kepada prospektif downline atau prospektif ahli sesebuah MLM tersebut. Daya tarikan materialisme yang sengaja digembar-gemburkan, kerana ini adalah satu cara utk mengajak orang lain supaya menyertai sesuatu MLM itu.

JOIN! JOIN! JOIN!

p/s: Kalau anda ingin membantu masyarakat dengan sebenarnya, khasnya kepada umat Islam, tetapi mahu buat jugak buat MLM ni, ini ha saya bagi satu cadangan. Anda sudah berjaya baca habis artikel ini kan? Anda intro kepada 5 orang kawan suruh dia baca, dan tolong juga cadangkan kpd dia suruh intro 5 orang lagi... mari kita buat skim piramid ILMU.

- Aidid Mu'addib.

No comments:

Post a Comment