banner

Tuesday, March 5, 2013

Makanan Kesihatan? Jangan Suka Kena Kelentong


Makanan Kesihatan? Jangan Suka Kena Kelentong.

Well I won't back down, no I won't back down. You can stand me up at the gates of hell, but I won't back down.  No, I'll stand my ground, I won't be turned around. And I'll keep this world from dragging me down, I'm gonna stand my ground. And I won't back down. Hey baby, there ain't no easy way out. Hey yeah, I'll stand my ground. And I won't back down. Well, I know what's right, and I got just one life. In a world that keeps on pushin' me around, but I'll stand my ground, And I won't back down. Hey baby, there ain't no easy way out. Hey yeah, I'll stand my ground. And I won't back down.



Korang kalau kenal budak si Azhan ni, yang duduk seumur hidup dia kat kampong Lanchong Tok Mat (Pokok Sena, Kedah), korang mesti geli-hati punya. Mamatnya tak pernah keluar jauh daripada kampong. Hari tu dia pegi KL, first time... jalan-jalan 4 hari dengan emaknya. Balik kampong punyalah kecoh mau cite pengalaman dia pegi KL. "Wuish! KL banyak bangunan tinggi noh?", "Cantiknya bangunan kat KL", kecoh kampong sat. Tapi, janganlah kita memperlekehkan budaknya, dia innocent. Dia tak pernah pegi... contohnya, Paris. Banyak-banyak bandaraya dunia, susah nak compare dengan Paris, the city of love! Baroque-style buildings, takde pencakar langit pun kat Paris proper, dengan bangunan paling tinggi mungkin 5-6 tingkat lebih-kurang, kecuali Eiffel Tower. Shopping complex nya pun diubah-suai daripada bangunan yang dah 300-400 tahun umurnya. Kalau korang ada peluang melawat - go. Tengok Château de Versailles, The Louvre dan museum-museum tu semua, cantik ke tidak. Itupun, mesti ada orang lain yang ada lain pendapat daripada aku. Mungkin ada yang akan cakap Bruges lagi cantik. I can't comment about Bruges, I've never been there.

Sama gak kalau sipolan tu first time pindah dan tinggal kat KL, sedangkan sebelum tu dia duduk dengan emak-bapak, siap dengan strict rules and regulation. Dia akan cakap sejak dia duduk KL, hidupnya bebas. Dia boleh buat apa saja dan dia boleh pegi ke mana sahaja... keluar malam balik subuh pun tak kesah. KL memang tempat paling freedom, katanya. Well, dia mungkin tak pernah melepak kat Amsterdam... the hedonistic capital of the world. Mamatnya tak pernah jalan-jalan kat De Wallen, tengok sex-shop dan melihat dengan mata terjojol "perhiasan terjojol jugak" real-life kat dinding kaca kedai-kedai tertentu kat sana. Kalau bawak family, jangan sebok nak buat sight-seeing tour kat De Wallen. Yang lelaki, pegi sorang-sorang sudah... melainkan awek/bini ko tu kinky orangnya - that is none of my business. Kat Amsterdam, korang boleh singgah mana-mana bar, bartender akan kasi menu berbagai jenis ganja. You wan sum ganja maaan? Ah! Jangan la sebok nak buat dosa. Tapi, seteruk-teruk maksiat kat Amsterdam atau mana-mana sahaja kat Holland tu, kita muslim nak cari makanan halal senang... sebab, kerana freedom gila-gila ini jugak, orang Islam senang buat kampong kat sana. Jalan-jalan mesti ada orang Morocco ke, orang Turki ke, jual falafel, kebab, dll. Restoran halal pun senang nak jumpa. Ramai orang yang tak tahu, jumlah orang Islam dah hampir satu juta orang, dan dah ada lebih-kurang 400 masjid di seluruh Netherlands. Robin Van Persie kahwin orang Morocco (nama wife Bouchra - cun! Anak dah 2, Shaqueel dan Dina Layla - tapi Van Persie tu sendiri deny dia muslim, or jew, or christian... really weird).
Atau, seseorang yang pergi singgah kat masjid Putrajaya tepi tasik tu, dia akan cakap masjidnya memang gah dan cantik gitu. Tapi, aku rasa takde yang boleh challenge masjid Nabawi atau Masjidil Haram. True... mungkin masjid lain di dunia ada yang lebih banyak hiasan (especially kat Iraq atau Iran, sampai berlebih-lebihan pulak tengok gambar - yang aku tak pernah jejak, sad to say), tapi significant nya kedua masjid tu menjadikannya special pada pendapat aku. Other mosques won't come close to those two. Besar masjid jangan cerita la, mau ambik sejam kalau jalan lepak-lepak mengelilingi masjid (saja-saja takde kerja), tapi design kedua masjid tu sendiri memang menakjubkan. The wonder of modern architecture. Beberapa tahun lepas masjid Nabawi ada install payung special kat luar perkarangan masjid - memang hebat. I wish I could go there every year. Mintak-mintak murah rezeki dapat pegi banyak kali... 

OK... aku nak cite apekebende sebenarnya ni? Korang tau kan sejak tertubuhnya blog informasi atau blog keparat (depending ko datang dari puak mana), sekali-sekala ada mamat atau minah yang dah dibasuh dengan sekian lama dengan ajaran sesat, singgah kat sini mahu diskusi, dan tinggalkan psychotic rantings kat ruang komen. Geng makanan kesihatan yang cokia' tu la... apa lagik? Kengkadang lebih-lebih gitu tak sudah-sudah, mengalahkan dietician atau doktor pakar punya ilmu pemakanan dia mau share kat sini... ilmu dietetik yang hebat daripada mamat keje despatch-cum-MLM-salesman (kepada mamat despatch, aku mohon maaf. It's a figure-of-speech. Bukan nak memperlekehkan profession korang... saja buat cite. Kepada MLM salesmen, you can shit blood, for all I care). Ini masalah orang yang tahu sikit, lepas tu diulang-ulang tak sudah-sudah kat prospek atau pelanggan, sampaikan diri sendiri dah kena brainwash... oleh diri sendiri. Bila orang lain pertikaikan fakta yang dia present, terus melenting. Macam orang yang duduk kat lembah, dia hanya tahu apa yang berlaku kat lembah tu sahaja. Tapi kalau orang tu duduk kat puncak bukit, dia boleh nampak semua benda 360 degrees all-around. Jadi janganlah jadi Azhan yang innocent... go outside and experience life. Jangan jadi penjual Transfer Factor atau Monavie yang percaya yang bukan-bukan (si Mona dengan si Fendy... elok sungguh la tu - MONAFENDY). Gila-gila taksub tak keruan pasal produk yang dijajapnya tu. Dan putar-belit fakta sains, yang rasanya dia sendiri tak tahu dia putar-belit (sebab mamatnya tak faham apa yang berlaku). Macam la perniagaan MLM tu synonymous dengan dengan perkataan "honesty". Are you kidding me?
Aidid Mu'addib said... 
Aku dah lama nak tegur mamat ni pasal isu ni, tapi I have so much to do. OK... korang boleh pegi kat blog dia (blog yg tiada etika perubatan langsung... tapi tak kesah la, sebab dia sendiri tak pernah tahu apakebenda ETIKA PERUBATAN tu).
Kat bawah dia kasi link kajian saintifik berkenaan transfer factor:
You all know what's wrong with all those link? Those are real scientific research about TRANSFER FACTORS. The guy has the cheek to say this freaking thing: "Berikut adalah link kepada rujukan berkenaan kajian yang telah dijalankan terhadap molekul Transfer Factor (pengkaji tidak menyebut secara direct 4life Transfer Factor atas sebab yang tidak diketahui, tetapi bila merujuk kepada ORAL dan puncanya dari BOVINE, jelas ianya adalah Transfer Factor yang diekstrak dari susu awal lembu. Klik saja pada tajuk untuk membaca abstract kajian)".
Apakebenda mamat "sebab yg tak diketahui"? Memang kajian tu takde kaitan dgn 4Life Transfer Factors!!! 4Life TF adalah brand-name, kajian tu semua adalah benda yg real-life... yg org 4Life mahu kaitkan drpd awal penubuhan syarikat lagi. Ko tak pernah baca pasal perbincangan isu kelentongan syarikat 4Life ke bang? Senang nya la nak google.
Meh la sini aku terangkan. Definisi transfer factor drpd segi sains perubatan: Transfer factors are immune molecules that cause antigen-specific cell-mediated immunity, primarily delayed hypersensitivity and the production of lymphokines, as well as binding to the antigens themselves. They have a molecular weight of approximately 5000 Daltons and are composed entirely of amino acids. Transfer factors were discovered by Henry Sherwood Lawrence. They are promoted as being able to cure a variety of conditions, though they have not been proven to work. Dan kajian dalam link itu adalah usaha saintis utk mengetahui lebih lanjut pasal transfer factors... u know, molekul asid amino yg bawak kesan immuniti drpd lembu dan ayam... yg pada teorinya boleh ditransfer kpd manusia, yg u know... takde doktor dalam dunia amalkan kat mana-mana.
4Life transfer factor hanyalah produk MLM yg tak bersangkutan drpd kajian itu semua, kecuali kaitannya dgn fakta bahawa 4Life claim dalam produk dia ada TF. That's it. 4Life tak terlibat dlm kajian tu langsung. You all know what I call this? This is deceitful advertising. I know some of u don't understand my statement. Aku kasi contoh.
Aku buat kilang hasilkan keropok lekor yg aku namakan dgn brand-name "Transfer Factors". Pastu prof kat HUKM buat kajian tentang transfer factor dan kesannya pada manusia. Pastu aku buat blog promote keropok lekor aku dgn mengatakan prof kat HUKM ada buat kajian pasal TF dan kesannya memang best - menakjubkan. Belilah keropok lekor aku! Yahoo!

Berlambak manusia berfikiran bahawa kalau makanan itu semulajadi, "natural" dan ada perkataan "health" kat poster promosinya, ianya sangat baik untuk kesihatan. Itu la pun modal syarikat pengeluar health supplement/food untuk jual barang cikai. Macam la dia orang tu semua kesah sangat pasal kesihatan korang pengguna. Who're you trying to fool boy? Bukan kesahkan poket masing-masing ke mala'unnya? Dan golongan yang paling bahalol sapa? Syarikat-syarikat MLM -> Bingo! Tak abis-abis promote health-food, dan bukak cerita gila baboon bagai nak rak tentang kehebatan produk masing-masing. Why? Supaya dapat jual semahal yang dia boleh bawak la beb, apa lagi? Monavie - isi dalam "botol wain" jus 19 buah yang ada acai beri made in Brazil - boleh kasi power! Bape hengget? RM135 aje bang. Produk 4Life Transfer Factor Riovida - kasi ubat resdung, elak kanser dan sembuhkan penyakit low IQ - RM249 aje dik.... sebotol. Yang hairan tu, ramai pulak orang Melayu yang senang sungguh kena kelentong. Kenapa sampai RM249 Aidid? "Sebab kadar riba' sampai 10 level bro... semua orang dapat sikit untung daripada setiap unit produk yang terjual. Mau kasi David Lisonbee jadi billionaire cepat sket... sekarang dia baru millionaire jer". Sikit untung kepala lutut dia!

Beratus juta ringgit berpindah tangan setiap tahun daripada orang-ramai yang takut mati cepat, kepada segolongan kecil manusia yang lain yang nak bawak duit manyak-manyak masuk liang lahad. Tapi rata-rata ramai yang tak tahu cerita sebenar pasal health-food ni. Semua benda dalam dunia ni mesti ada limit. Dan cuba korang fikirkan perkara ni: Kalau Allah jadikan fitrah manusia yang hidup dalam dunia ni untuk makan pil dan jus buatan setiap hari, rasanya Allah akan jadikan pokok tu berbuah sebijik-sebijik pil dan ada jugak paip air keluar jus kat batang pokok tu... that's my personal view on this. Dan sememang ramai juga manusia yang curiga tentang ubat farmaseutikal dan rawatan perubatan moden. Itu memang kita tak boleh lari. Kat mana problemnya? Ini berlaku sebab doktor perubatan moden bergerak dengan etika perubatan yang rigid. Kalau berkesan, dia orang buat sungguh-sungguh. Kalau tak berkesan, dia orang akan tinggalkan sunguh-sungguh. Ramai pesakit yang kronik atau dah tiada harapan tak setuju dengan perangai doktor moden sebegini. Ramai yang dah ada permanent disease mahu miracle yang tak akan muncul tiba. Kebanyakan doktor moden buat kerja secara pragmatik, kecuali la Dr Rozmey, si psycho jadian. Dalam etika perubatan moden, ubat yang diberi hanyalah sementara (dalam kebanyakan kes) atau pun ubat yang diberi hanyalah untuk kawalan penyakit (seperti hypertension dan kencing manis) - dan doktor yang beretika dan waras akan bagi ubat yang paling minimum dan dalam masa sepaling singkat, cukup untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit, itu sahaja. Kalau penyakit dah takde ubat, jangan kasi "hope" sebarangan kepada pesakit dan kelentong ntah apa-apa tentang kaedah perubatan yang tak wujud. Itu melanggar etika kedoktoran tu. Dan kalau ada doktor yang promote produk Appeton untuk anak korang sampai berbotol-botol tak putus-putus, atau promote EPO atau Ginkgo sampai nak rak dia suruh korang telan... beb, dia nak bayar installment 525i dia tu beb. 

Untuk sesuatu ubat itu digunakan dengan meluas dalam perubatan moden, ianya perlu berlesen dan diluluskan oleh jabatan farmaseutikal sesebuah negara. Tak bermaksud sesuatu ubat yang lulus di Denmark, akan lulus di Malaysia. Untuk mendapat kelulusan, ubat itu perlu dibuktikan selamat, efektif dan berkualiti tinggi. Jadi, untuk mendapatkan kelulusan ini, ianya perlu melalui penyelidikan bertahun-tahun, yang pasti akan menelan perbelanjaan berjuta ringgit, dan dikaji secara menyeluruh dan hasil kajian diterbitkan dalam peer-reviewed medical journals, dan walau pun telah dipasarkan, review tentang ubat akan tetap diteruskan dan... bla bla bla. Makanan kesihatan sebaliknya, senang aje nak dapat lesen. Contohnya di US, makanan kesihatan sebegitu mestilah diakui pengeluar tidak merbahaya pada kesihatan, tetapi FDA tak mintak bukti apa-apa pun.

Ada satu keadaan (legal loophole) di Amerika di mana, yang buat keputusan untuk mengatakan bahawa sesuatu produk adalah ubat atau makanan kesihatan adalah pengeluar ubat itu sendiri, dan bukan FDA. Sama keadaan di Malaysia rasanya. Kalau sesuatu produk tertulis di labelnya sebagai health supplement, maka ianya dikira tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan makanan kesihatan, dan bukan dibawah akta akta ubatan yang mana akta tersebut adalah lebih teliti. Sebagai contoh, produk kesihatan yang mengandungi tryptophan diwar-warkan dapat membantu dalam menyihatkan badan dan dapat membantu seseorang untuk tidur nyenyak. Tryptophan adalah salah satu asid amino semulajadi yang didapati dalam makanan seperti susu, telur, daging dan kekacang. Dalam keadaan makanan yang semulajadi, ianya tidak diketahui mendatangkan apa-apa penyakit. Tetapi, terdapat beberapa kes di mana pengguna (atas saranan salesman barua) makan tryptophan sebagai makanan tambahan. Wat hepen? Satu kes, seorang makcik omputeh start makan tryptophan setiap hari, dan selepas beberapa minggu mula mengalami slurring of speech, dapat cramp, muscle-wasting dan akhirnya duduk terus atas wheelchair. Tryptophan punya kerja tu. Satu kes orang yang terkenal, Bruce Newlands, seorang weightlifter untuk Great Britain, makan tryptophan beberapa bulan dan seterusnya dapat paralisis dan sekarang dia jugak pakai wheelchair. Mamatnya hilang berat badan sebanyak 70 lbs. Itu kira nasib baik tu, sebab makan tryptophan sebagai supplement boleh membawa maut. Di US, 38 kes kematian disebabkan pengambilan tryptophan telah dicatatkan, dan lebih 5,000 lain mengalami komplikasi. Tapi ingat, ini kerja salesman jual health supplement, bukan kerja doktor perubatan. Dalam perubatan moden, takde penyakit yang ada keperluan untuk kasi tryptophan pun. Tryptophan is not used in any treatment.

Comfrey, sejenis pokok herba yang ada di jual di pasaran - dikatakan dapat membantu penyembuhan luka dan dapat membantu penghadaman. Pengkaji perubatan sudah ada yang buat safety-test dan mendapati ianya merbahaya untuk kesihatan manusia, tetapi itu tidak menghalang herba ini dijual di kalangan kedai ubat herba dan homeopathy. Satu kes, seorang perempuan makan mende ni untuk masalah kembung perut, tahu-tahu kakinya membengkak dan berat badan naik dalam 10 kg. Masuk hospital, check punya check, liver failure.

Ginseng telah digunakan di kalangan masyarakat Cina, Jepun dan Korea berabad-abad sebelum ini dan berjuta orang percaya tentang kebaikan ginseng, termasuklah orang Melayu kita sekarang. Di barat, kegunaan ginseng juga telah bertambah, tetapi kajian yang dilakukan dengan menggunakan Korean ginseng dengan kaedah placebo-controlled, double-blind trial di kalangan jururawat malam di satu hospital di US, didapati tiada kesan yang significant dalam aspek "mood dan rasa sihat" dikalangan kumpulan jururawat tu semua. Ginseng sendiri ada side-effects. Kalau makan terlalu banyak, ia boleh memberi kesan sampingan seperti sakit buah dada, perdarahan abnormal vagina, luka kulit, bengkak badan, darah tinggi, kemurungan, keresahan, insomnia dan cirit-birit. Ianya juga boleh mengakibatkan ketagihan jika diamalkan terlalu lama. Macam yang kita semua fahami tentang ubat-ubatan atau makanan apa pun, semua simptom kat atas tu berlaku kalau overdose, makan berlebihan. Tapi kalau makan sket-sket amacam? Itu yang problemnya sebab berapa dos ginseng yang safe? Ada mana-mana apek singseh buat survey dan double-blind study? Jenis ginseng tu pulak banyak - Chinese, Japanese, Korean, Siberian dan American. Rata-rata tiada siapa yang tahu berapa banyak jumlah bahan kimia pada species-species tersebut, dan pemakanannya pula memang digalakkan oleh pengamal perubatan tradisional. Cuba pegi kedai singseh berhampiran, tanya pendapat penjual tu. Kepada wanita pula, please beringat - ginseng mempunyai kesan seakan estrogen, dan pengambilannya adalah merbahaya jika seseorang wanita mengalami penyakit kanser payudara atau rahim. Kanser tersebut akan menular dengan lebih cepat. Is this all worth it?

Garlic, bawang putih, dikatakan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Orang di negara-negara kawasan Mediterranean banyak makan bawang putih, lebih lagi daripada orang kita. Banyak trial telah dilakukan dalam 20 tahun kebelakangan ni, dan ada kajian kata bagus dan ada pulak kata boleh mudarat. Sampaikan kalau nak rekomen pun jadi problem. Dua perkara sudah diketahui... satu, setengah biji bawang putih sehari tak cukup kasi seorang manusia sihat, dan dua, jumlah yang diperlukan adalah 7-28 ulas, fresh. Ha... telan la 4 bijik bawang putih segar sehari, kalau nak dapatkan kesan hebatnya. Ada pulak isu lain tu... bahan aktif yang best dalam garlic adalah allicin, tapi allicin tu la yang kasi bau hangit sampai seseorang awekz tu tak sanggup cemolot laki dia yang baru lepas makan makanan yang banyak bawang putih. Sekarang, sapa-sapa yang pernah beli dan makan capsule garlic di pasaran yang dijual sebagai makanan kesihatan, ada terhidu bau bawang putih tak? Aku berani bet, produk garlic tu semua takde bau - allicin dah diekstrak keluar. Kelentong di siang hari aje produk tu semua.

Ramai yang pernah dengar tentang produk Royal Jelly. Bendanya dihasilkan oleh lebah dalam kuantiti yang sangat sedikit, jadi ianya dijual di pasaran dengan harga yang mahal. Pengarang Irene Stein dalam bukunya, "Royal Jelly", buat claim yang ianya boleh menyembuhkan 46 penyakit: jerawat, AIDS, allergies, arthritis, bronchitis, angina, kanser dan banyak lagi... gila babat punya psycho. Tapi psycho macamana sekali pun, berlambaklah syarikat komersial promote produk Royal Jelly masing-masing, dan berlambaklah pengguna yang terpengaruh beli berbotol-botol. Dalam satu temuramah TV, Professor John Garrow dari St. Bartholomew's Hospital, London, berkata bahawa apa yang Irene Stein tulis dalam buku tu adalah sangat tidak bertanggung jawab, sebab ada ramai pesakit AIDS dan keluarga masing-masing yang menaruh harapan kepada produk Royal Jelly, sebab itu sahaja yang termampu mereka lakukan untuk berubat, sedangkan dari segi perubatan moden, tiada ubat yang dapat membantu. I think that is cruel and crazy. Sampai sekarang claim tu semua masih tidak dibuktikan secara saintifik, tapi buku Irene Stein masih berkeliaran di pasaran. Dan semalam, aku ada nampak produk Royal Jelly ada dijual di farmasi dekat ofis aku. 

Satu lagi produk daripada lebah - Propolis. Bila cakap lebah, orang-ramai akan terfikir tentang madu lebah yang banyak khasiat, sedangkan propolis itu sebenarnya hanyalah sejenis bahan kimia yang terhasil daripada aktiviti kehidupan lebah di mana ianya adalah bahan resin yang dikumpul oleh lebah daripada pokok-pokok dan berguna sebagai sealant (macam simen gitu) untuk menutup apa-apa lubang di sarang lebah. Kajian saintis menunjukkan bahawa propolis berfungsi sebagai bahan penyerap getaran, penghalang pencerobohan binatang lain dan sebagai penghalang perebakan penyakit jika ada binatang lain yang dapat masuk ke dalam sarang lebah dan membusuk. Contohnya, jika seekor cicak mati dalam sarang lebah, ianya akan diselaputi oleh propolis (mummification) supaya ia tidak busuk dan tidak pula mengganggu lebah tu semua kalau dia orang tengah nak melepak malam hari tengok bola kat TV... Chelsea kena belasah, oleh Wigan. Tapi, itu jugak la modal syarikat health food untuk buat produk makanan tambahan kepada pengguna yang mana-mana senang kena basuh tu. Katanya ianya dapat meningkatkan sistem imun manusia, menyembuhkan luka dan inflamasi dan dapat mengurangkan risiko katarak. Tapi pakar perubatan moden takde sarankan pun... why? Sebab kesan tu semua tak terbukti darpada kajian setakat ini, atau kesan yang diwar-warkan itu hanyalah seciput, menyebabkan ianya tidak langsung cost-effective untuk kegunaan harian. Syarikat health-food ada kesah? Syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. ada produk Propolis, siap menjanjikan yang bukan-bukan dalam website nya. Main salin aje daripada ntah dari mana, bukannya syarikat yang HQ nya kat Puchong tu buat apa-apa kajian saintifik pun. Satu masalah lain pasal propolis ni, banyak kes allergi berlaku di kalangan mereka yang memang sudah sedia allergik pada lebah. Jadi kalau pengguna dapat asthma atau pembengkakkan yang teruk sampai terjadinya blocked airway - yang boleh membawa komplikasi hingga maut, salesman Avail nak bertanggung jawab ke? Ha... Cikgu Salleh, from Sri Gading?

Ada satu filem lakunan Sean Connery, pada tahun 1992, yang berjudul "The Medicine Man" yang telah dapat mempromosi produk "semulajadi" hutan-hujan tropika Amazon ke mata dunia. Dua daripadanya, Guarana dan Lapacho. Bertahun-tahun selepas tu, pengeluar-pengeluar health-food buat promosi berdasarkan idea bahawa produk mereka ada unsur Amazonia di dalamnya, kasi gah gitu. Bila dibuat penyelidikan, bahan aktif Guarana hanyalah caffeine - tu sebab ianya kasi pengguna rasa cergas. Lapacho yang diwar-warkan sebagai "The Tree of Life" dan mengandungi bahan "lapacol" (kasi boost sistem imuniti) pulak, rupanya langsung takde apa benda dalamnya - hanya omong kosong buatan marketing department syarikat Rio Trading. Sekarang ni pulak ada barang-baek-punya daripada hutan Amazon yang digembar-gemburkan sebagai makanan tambahan yang keramat dan ajaib. Acai berry - yahoo! Sebok Monavie buat promosi satu lagi produk makanan kesihatan cikai yang lebih hype daripada realiti sebenar... dengan harga yang mahal ya amat. Tak cost-effective jugak. Mungkin betul ada anti-oksidan, tapi ada kajian dah dibuat mendapati bahawa kandungan vitamin dalam produk Monavie sikit bebenor... so, mana yang hebatnya? Jus segar buah-buahan yang ko blend sendiri kat rumah tu mengandungi lebih banyak nutrien dan takde pemprosesan kilang pun terlibat. Kalau makanan proses kat kilang, bahan kimia lain mesti masuk, betul? Apa daaa? Aku dengar ada di kalangan doktor di Malaysia yang join syarikat MLM ni untuk jual pada pesakit dia - elok sembelih aje doktor-doktor macam ni kut (Ha! Pegi report polis... macam AC Mang).

Ada banyak produk di pasaran yang promote "bran". Ikut kata promosi produk yang ada "bran", ianya dapat membantu daripada penyakit jantung hinggalah kepada penyakit varicose vein. Bran tu adalah kulit luar gandum, oat, barley, dan lain-lain bijirin. Kalau 20-30 tahun dulu, semua benda tu dibuang selepas pengisaran gandum, tetapi sekarang dah jadi bahan buat jualan di farmasi dan supermarket sebagai makanan kesihatan, dan mahal pulak tu. Bran itu bukan makanan manusia sebab manusia tiada enzim dalam perut yang boleh mencernakan bran. Lembu boleh makan bran rasanya, atau manusia yang perasan dia lembu. Dan bran mengandungi "phytate" - phytate dapat bercantum dengan beberapa jenis vitamin dan mineral, dan akhirnya usus tidak akan dapat menyerap nutrien tersebut ke dalam darah. Kan ke cari masalah untuk mereka yang dah memang malnourished? Satu lagi "hype" pasal bran ni - produk makanan menguruskan badan (slimming aid) - yang merupakan satu bzns berbillion dollar beb. Ladies, you know what I am talking about. Tablet bran ada dijual sebagai makanan "slimming aid". Arahan pemakanan: 6 tablet sehari, satu tablet dalam 0.2 g bran. Meh kita analisa situasi ni. 1.2 g fiber bran sama dengan jumlah fiber yang ada dalam sebijik buah prune. Sebijik buah prune cukup untuk kasi kenyang ke? Sebijik buah prune cukup untuk melancarkan perjalanan makanan yang diproses dalam usus ke tak? Itu sebab kajian perubatan tentang kegunaan bran dalam proses mengawal berat badan semua fail. 

Ada satu aspek industri ini yang yang syarikat pengeluar makanan kesihatan dan sekaligus salesmen parasite yang berkeliaran tu, rata-rata tak nak ambik tahu, atau takde rasa tanggung jawab tentang kesan makanan kesihatan daripada interaksinya dengan ubat farmaseutikal. Terdapat kerisauan di dalam pengamal perubatan moden tentang penggunaan makanan kesihatan yang berleluasa, satu kategori produk yang di panggil "nutraceuticals". Syarikat pengeluar nutraceuticals sepatutnya bersifat lebih bertanggung jawab tentang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku jika pelanggan tidak diberitahu tentang fakta tersebut. Tetapi memang dah lumrah perniagaan sebegini, the bottom-line is always profit and not consumer welfare. We don't have to be so naive here.

Berikut adalah kemungkinan kesan sampingan yang tidak diingini jika seseorang pengguna memakan produk kesihatan dan sekaligus ada menggunakan ubat preskripsi:
1. Echinacea boleh menyebabkan toksik pada hati dan tidak boleh digunakan pada pesakit yang mengambil ubat steroid, amiodarone, methotrexate dan ketoconazole.
2. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs - ponstan, voltaren, brufen) boleh menghalang kegunaan Feverfew (Chrysanthemum parthenium) dalam merawat migraine.
3. Feverfew, garlic, ginkgo, halia, and ginseng boleh mengubah kadar perdarahan dan tidak boleh digunakan pada pesakit yang makan ubat aspirin, plavix atau warfarin.
4. Ginseng boleh menyebabkan sakit kepala, keresahan dan episod mania dikalangan pesakit yang dirawat dengan Phenelzine sulfate. Ginseng juga tidak boleh digunakan bersama dengan ubat yang mengandungi estrogen atau kortikosteroid, kerana kesan tambahannya (additive effects).
5. St. John's Worts tidak boleh digunakan bersama dengan ubat psikiatrik MAO-inhibitors and serotonin re-uptake inhibitors.
6. Valerian tidak boleh diberi kepada pesakit yang menggunakan ubat barbiturates kerana kesan mengantuk yang berlebihan (excessive sedation).
7. Kyushin, licorice, plantain, uzara root, hawthorn, dan ginseng boleh mempengaruhi kesan ubat digoxin yang digunakan di kalangan pesakit jantung.
8. Evening primrose oil (EPO) dan Borage tidak boleh digunakan jika pesakit diberi ubat epilepsi kerana keduanya boleh menurunkan threshold sawan.
9. Kava jika dicampurkan dengan alprazolam pernah direkodkan menyebabkan koma.
10. Kelp, sebagai sumber iodin boleh mengganggu thyroid replacement therapy.
11. Banyak produk herba (cth: karela and ginseng) mempengaruhi paras glukos darah, jadi tidak boleh digunakan pada pesakit diabetes.
12. Ginseng dan Ginkgo Biloba memberikan kesan yang berlawanan di antara satu sama lain - jadi, pengguna budiman, jangan la buat kerja satu sen tak guna.
13. Babchi menyebabkan photosensitivity, jadi kalau keluar rumah, ianya akan menyakitkan mata.
14. Kavakava menyebabkan pengurangan pendengaran dan penglihatan.
15. Alfalfa didapati menyebabkan pembesaran limpa dan akan menyebabkan pengurangan sel darah (anemia, leukopenia, dll).
16. Madu lebah daripada pokok rhododendron memberi kesan mual dan muntah, perpeluhan, pening kepala dan hypotension (low blood pressure) serta kesan mengantuk.
17. Liquorice menyebabkan hypertension (darah tinggi), serta "water and sodium retention".
18. Minyak Margosa boleh menghasilkan kesan sembelit dan meningkatkan risiko jangkitan paru-paru.

Apa yang disenaraikan di atas adalah sesuatu yang terlalu senang didapati di mana-mana farmasi dan syarikat yang memasarkan makanan kesihatan, lebih-lebih lagi jika syarikat-syarikat MLM, yang sememangnya barua ya amat... ada orang nak argue fakta tentang perilaku entiti MLM ni dengan aku? Berlambak lepas satu-satu syarikat MLM buat promosi jual makanan kesihatan, yang itu-itu jugak. Masing-masing takde idea betul... oh ya, ada jugak idea lain - boleh jugak jual penapis air berprestasi tinggi (nano technology maaa!) dan slimming corset yang ada uranium dijahit dalam kain corset tu (mau kasi FIR la katakan)... Not! Sebok hari-hari salesman MLM promote macam-macam makanan kesihatan kat makcik Tipah dan pakcik Mail kat ceruk-ceruk kampong di merata Malaysia. Itu yang kasi makcik Tipah hangen tu. Kelentong bang, jangan tak kelentong. Kalau ada komplikasi... uiks, not their problem. Itu sebabnya kalau nak bzns jual produk kesihatan, masuk la universiti dulu buat apa-apa subjek kesihatan atau jadi doktor terus. Jangan berlakun doktor, tak berkat idup tu.

Satu lagi bahagian produk kesihatan yang sangat menguntungkan adalah promosi dan jualan produk vitamin dan mineral. Berlambak buku dan majalah secara langsung dan tak langsung buat promosi yang mengatakan ianya satu cara untuk kasi manusia sihat dan bertenaga. Tetapi, kepada pengamal perubatan (yang waras dan tiada kepentingan wang-ringgit), mereka sedar ianya hanyalah tidak lebih daripada "hype" untuk meningkatkan jualan produk-produk sebegini. Apa yang susahnya nak dapatkan vitamin dan mineral ni dalam pemakanan manusia? Pemakanan seharian yang normal, yang mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran serta lauk-pauk seperti daging, ikan, dan apa saja yang Allah telah sediakan kepada kita manusia sudah cukup untuk bekal benda tu semua. Have you not faith? Wang-ringgit itu sememangnya boleh mengabui mata manusia tentang benda yang sepaling "obvious" dalam hidup kita... itu pendapat aku dalam isu ini. Manusia tamak yang berprestasi cikai, yang promote produk sebegini sebenarnya nak buat duit, bukan nak kasi pelanggan dia sihat. Macam la dia kesah sangat kalau korang berak sekali sehari dan tidur nyenyak setiap malam. Dah tu, ada pulak keadaan di mana pengguna disuap degan makanan proses (beribu jenis jajan untuk anak anda, McD, KFC, air bergas kaya gula, biskut dari kilang, dll tak terkira) dan bila datang banyak penyakit, boleh promote makanan kesihatan macam vitamin dan mineral tu pulak. Win-win situation maa! Pengguna keluar duit dua kali tu... makan fast-food puas-puas, pastu makan vitamin tak sudah-sudah. Bila la nak cukup duit dalam kehidupan moden ni? Anyone realised this? Consumerism... the disease of our age.

Vitamin tu sendiri mungkin membazirkan duit dan kebanyakan orang berpendapat bahawa jika betul ianya tiada kebaikan, paling teruk ia adalah pembaziran duit sahaja. Idak jugok yeop. Kementerian Kesihatan dan badan perubatan telah lama memberi amaran tentang penggunaan vitamin yang berlebihan di kalangan pengguna. Mengambil berlebihan vitamin A boleh menyebabkan kecacatan janin (kepada ibu yang mengandung), kerosakan hati, osteoporosis, penyakit kulit, keguguran rambut, serta peningkatan tekanan intracranial (kasi stroke meh!). Tetapi, korang pegi farmasi atau health-shop, berlambak produk yang ada vitamin A. 

Rata-rata kes hypervitaminosis adalah disebabkan oleh berlebihan memakan food supplement daripada syarikat komersial. Tidak pulak diketahui, ada ke kes berlebihan vitamin kalau makan benda semulajadi yang berkhasiat? Makan buah dan sayur berlebihan boleh dapat kes hypervitaminosis ke? Kan ke dah kelalar jadinya. Allah dah provide kita manusia dengan makanan halal yang berkhasiat, tapi ramai yang sebok nak dengar cakap salesmen yang nak isi poket dia depan belakang dengan duit shubahah. Percaya promosi produk Amway, Cosway, Melilea, Elken, Uptrend keparat... bla bla bla, sedangkan kebaikan makanan ciptaan Allah itu semua telah tersedia depan mata kita, selama adanya manusia di muka bumi ni. Takde makna industri makanan kesihatan ini kalau ianya hanya melupakan kita kepada anugerahNya yang tak terhingga. That is one perspective people tend to forget.

Hypervitaminosis D mengakibatkan dehidrasi, muntah, kekurangan selera makan, keresahan sembelit dan keletihan. Berlebihan Vitamin D juga kan menyebabkan berlebihan kalsium dalam darah dan seterusnya kan menyebabkan kalsifikasi berlebihan tulang, otot, jantung dan buah pinggang. Buah pinggang juga boleh rosak, serta darah tinggi akan terhasil. Hypervitaminosis E boleh menyebabkan peningkatan risiko perdarahan dan kerosakan kulit. Berlebihan vitamin B6 (pyridoxine excess) pula kan menyebabkan dermatosis dan kerosakan saraf. Ramai yang berfikiran bahawa tiada isu dengan Vitamin C, sebab ianya larut dalam air dan berlebihan memakan vitamin ini tiada kesan sampingan - wrong. Berlebihan mengambil vitamin C akan menyebabkan cirit-birit.

Kesan maut disebabkan oleh hypervitaminosis memang jarang kita jumpai, tetapi aku sendiri pernah jumpa seorang lelaki 40-an masuk hospital sebab liver failure daripada cirrhosis. Walau pun ianya tidak dapat dibuktikan kerana ianya perkara yang sudah berlaku bertahun sebelum itu, pakar perubatan yang merawat pesakit tersebut mengdiagnosis pesakit tersebut sebagai hypervitaminosis.... sebab pesakit mengaku mengambil 5 hingga 10 tablet pelbagai produk supplement sehari, selama bertahun-tahun... dia cakap mahu kasi dirinya sihat. He died soon after that.

Di Amerika, terdapat 62,562 kes hypervitaminosis yang direkodkan pada tahun 2004, dan 80% kes adalah di kalangan anak bawah 6 tahun, dengan 53 kes yang teruk membawa kepada 2 kematian.... crazy! Ibu-bapa penyayang tak tentu hala pun bahaya jugak. Sedangkan keseluruhan masalah keracuan (daripada keseluruhan keracunan bahan kimia yang pelbagai) adalah sebanyak 19,250 kes untuk tahun yang sama. Korang rasa kat Malaysia ni berbeza sangat tak? Berapa banyak ibu-bapa yang sebok mau kasi anak appeton, champs dan macam-macam lagi brand produk vitamin setiap hari. Dengan saranan hebat salesmen di farmasi dan supermarket dan lahanat direct-selling tu semua... korang tak bengang ke pasal isu ni? Imagine dah lebih 18 tahun dah aku tahu benda ni, dan aku memang pissed-off. Mala'un yang menyusahkan orang kebanyakan, demi untuk ngompol harta... itulah perangai kebanyakan penjual makanan dan ubatan supplement. Mau buat bzns tapi tak belajar habis pasal bzns yang nak diceburi. Karang aku mencarut, tak akademik la pulak artikel aku ni. Eh... bila masa blog Aidid Mu'addib ni blog akademik? Ramai bebudak yang baru start menses pun cakap aku cakap ikut bontot aje, tapi sebenarnya sepatah haram tak tau apa-apa pasal prinsip MLM, dan sembrono sungguh dan jugak ada mereng sket... (Dah besar nanti nak jadi apa dek? Anak murid anti-christ?)

Kalau iron-supplement pulak, sebelum 1998, setiap tahun mesti ada kematian disebabkan berlebihan makan pil tambah darah yang mengandungi ferum. Selepas penyelarasan semula tentang ferum preparation kepada dos yang lebih rendah, baru kes toksisiti ferum menurun. Dalam kes supplement kalsium, promosi komersial mesti keluar statement yang mengatakan ianya berguna dalam perkembangan tulang dan gigi yang sihat. Promosi kalsium juga adalah spesifik kepada isu osteoporosis, sedangkan penyakit osteoporosis adalah isu kekurangan protein dan bukannya isu kekurangan kalsium. Alaaa... pengguna mana tahu pun. First rule untuk supplement kalsium, ianya mestilah senang larut untuk ianya diserap dengan senang melalui dinding usus. Saintis di King's College, London, ada buat ujikaji di mana 10 jenama kalsium di pasaran direndam dalam larutan yang hampir sama dengan jus perut, dan kadar kelarutan tablet kalsium dicatatkan. Kriteria yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya 50% tablet mesti larut dalam 45 minit. Hanya 2 jenama lulus ujian. Professor yang buat kajian ni menggelar kebanyakan produk kalsium di pasaran sebagai "bedpan bullets". Faham? Maksudnya, tablet tu masuk mulut, keluar sebijik-sebijik jadi taik. Sementara itu syarikat pengeluar dan salesmen yang bersekongkong yang jual mende kalsium ni, pegi simpan duit kat bank atau kat bawah tilam. 

Adakah keadaan ini "tip of the iceberg" dalam dunia moden kita sekarang? Korang percaya promosi vitamin dan mineral tu semua bulat-bulat? Kalau nak kalsium sangat minum aje la susu. Tak suka susu, makan sayur-sayuran dan buah-buahan banyak-banyak. Kalsium datang daripada tanah, manusia itu dijadikan daripada tanah, jadi kenapa pergi farmasi cari tanah? Makanan natural tu kan lagi sedap? Makan pil sedap ke? Industri pemakanan kesihatan adalah bisnes berbillion-dollar. Korang boleh pegi ke mana sahaja mesti ada farmasi atau kedai atau supermarket yang ada produk pemakanan kesihatan. Perkataan "pemakanan kesihatan" itu sendiri bagi kesan kepada pengguna bahawa ianya membawa faedah baik, sedangkan cerita yang sebaliknya yang patut diterapkan kepada masyarakat. Saranan pakar perubatan perlu dibezakan daripada saranan technician kilang Panasonic Shah Alam, yang buat direct-selling MLM. 

Tapi jangan la salahkan syarikat pengeluar makanan kesihatan tu semua 100%. Kalau takde angin mana ada pokok bergoyang. Kalau takde orang melepas gas beracun, mana ada bau pekung terhidu. Kalau takde demand daripada pengguna yang ramai ikut ajaran sesat, tak hidup pun industri ini. Ianya adalah interaksi "consumerism" manusia moden yang selalu berfikir bahawa di zaman internet dan styrofoam, kita ni sekarang dah maju dalam bidang teknologi, termasuklah dalam isu pemakanan. Let me give you a little secret dear readers: Makanan yang basic, pelbagai jenis, yang semulajadi dan tiada bahan kimia tu yang menyihatkan badan manusia, bukan produk cikai tu semua. Aku rasa manusia zaman Nabi 10 kali lebih sihat daripada manusia sekarang. Ibu Nabi takde susu, dicarikan penyusu tumpang, bukan disumbat dengan susu yang keluar dari tetek lembu. Susu formula berkimia tu pun masalah besar jugak tu zaman sekarang, tapi itu cite di lain hari pulak la ya?

Kebanyakan syarikat pengeluar makanan kesihatan membantah regulasi undang-undang yang akan memaksa mereka lebih terperinci dalam penghasilan produk kesihatan, dengan alasan ianya "bad for business". Free-market dan globalisasi adalah "the way to go". Memandangkan kebanyakan ahli politik hanya kuat berkempen dan berpolitik untuk mengekalkan diri masing-masing dalam politik selagi mahu - kalau boleh sampai kiok (sedangkan aku rasa kebajikan rakyat tu yang sepatutnya jadi number-one-priority - am I right?), dan kebanyakan mereka sepatah haram tak faham pasal isu kesihatan sebegini, maka keadaan yang menggusarkan Aidid Mu'addib tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada pihak yang berwajib, you wanna bet? Huh! Tak terkincit pun kebanyakan orang pasal perkara sebegini, percayalah.

Undang-undang yang ada sekarang adalah terlalu longgar, dan "full of holes". Produk kesihatan boleh dihasilkan dalam bentuk "impure" sehingga boleh membawa mudarat. Makanan kesihatan boleh dijual, sedangkan ianya terlalu bahaya untuk diklasifikasikan sebagai ubat. Makanan kesihatan tidak perlu ada "manual leaflets" yang ada seperti dalam penghasilan ubat farmaseutikal. Ianya boleh dijual tanpa label amaran dan ianya boleh dihasilkan dan dijual, sedangkan pakar perubatan mendapati sesetengah produk kesihatan tidak memberikan kesan seperti apa yang dipromosi. Dan dalam contoh produk... hmmm, seperti Monavie, Xango, Vemma, Transfer Factor, sedap-sedap aje cakap yang bukan-bukan tapi apa habuk research pun tarak. Those products has never been put into the rigorous tests like those that had been done on pharmaceutical products like Viagra or Simvastatin. Where's the double-blind studies and the open trials of Monavie. Ha Fendy5678? Ha Monaviecreep? David Lisonbee? Russian Health Ministry? Gila baboon punya badut sekor-sekor mamat dan minahnya.


References:

1. D'Arcy PF. Adverse reactions and interactions with herbal medicines. Adverse Drug React. Toxicol Rev 1991; 10(4): 189.
2. Barna P. The case of ginseng. Lancet 1985; ii: 548.
3. Mansell P, Reckless J P D. Garlic: Effects on serum lipids, blood pressure, coagulation, platelet aggregation and vasodilatation. Br Med J 1991; 303: 379. 
4. Pena M, Bacallao J, Barta L, Amador M, Johnston FE. Fiber and exercise in the treatment of obese adolescents. J Adolesc Hlth Care 1989; 10: 30.
5. http://health.nytimes.com/health/guides/disease/hypervitaminosis-a/overview.html 
6. http://www.umm.edu/ency/article/001594.htm
7. Sizer, Frances Sienkiewicz; Ellie Whitney (2008). Nutrition: Concepts and Controversies (11 ed.). United States of America: Thomson Wadsworth. pp. 221, 235. ISBN 0495390658.
8. Vitamin C, Titrating To Bowel Tolerance, Anascorbemia, And Acute Induced Scurvy Robert F. Cathcart, III, M.D. 1994
9. http://www.orthomolecular.org/resources/omns/v05n04.shtml
10. 2004 Annual Report of the American Association of Poison Control Centers Toxic Exposure Surveillance System.
11. National Center for Health Statistics.
12. Bronstein AC, Spyker DA, Cantilena LR Jr, Green JL, Rumack BH, Heard SE. 2007 Annual Report of the American Association of Poison Control Centers' National Poison Data System (NPDS): 25th Annual Report. Clin Toxicol (Phila). Dec 2008;46(10):927-1057.
13. Bronstein AC, Spyker DA, Cantilena LR Jr, Green JL, Rumack BH, Giffin SL. 2008 Annual Report of the American Association of Poison Control Centers' National Poison Data System (NPDS): 26th Annual Report. Clinical Toxicology (2009). 47, 911-1084. 
14. Tenenbein M (2005). "Unit-dose packaging of iron supplements and reduction of iron poisoning in young children". Arch Pediatr Adolesc Med 159(6): 557–60. doi:10.1001/archpedi.159.6.557. PMID 15939855.
15. Watson WA, Litovitz TL, Klein-Schwartz W, et al. (2004). "2003 annual report of the American Association of Poison Control Centers Toxic Exposure Surveillance System". Am J Emerg Med 22 (5): 335–404.doi:10.1016/j.ajem.2004.06.001. PMID 15490384.


Dan banyak lagi rujukan - chait! hiasan aje neh...




No comments:

Post a Comment