banner

Tuesday, March 5, 2013

Herbalife - And Some Cows Eat Shit.


Herbalife - And Some Cows Eat Shit.



Orang Melayu, oh orang Melayu. Yang Mr. Current Affairs ada sorang-dua, tapi yang lain sekor-sekor macam lembu yang ada gelang kat idung, dan boleh ditarik ke mana sahaja... masuk gaung pun bole jugak ya dol? Yeah baby... groovy! Not.

Ada ramai mala'un yang pertikaikan apa yang aku buat kat blog ni, sure. Especially yang dah berdesing butthurt, dan yang dah sampai berasap bontot kena belasah secara langsung dan secara tak langsung oleh yours truly. Manusia sejagat, dan orang Melayu khasnya, memang jenis manusia sepaling degil. Memang degil tak keruan - in the sense degil yang tak leh di tegur langsung, dan masing-masing perasan yang ilmu di dada mengalahkan professor, tapi keje cikgu, technician atau mat rempit aje pun. IQ tahap cipan tapi perasan dapat Nobel Prize in Economics. Lepas tu, seperti besa, cari reason nak marahkan messenger (aku le tu) yang bawak berita terkini yang mengesahkan bahawa IQnya sebenarnya hanyalah 74. Antara modus operandi si butthurt yang aku dah biasa sungguh, attack bahasa aku (eleeh... u know?), dan kemudiannya sekaligus terus jatuh hukum aku akan masuk neraka, do not pass go do not collect 200. No possible heaven whatsoever... tapi yang jatuh hukum tu pulak rupanya orang yang buat MLM dan bagi anak-bini makan duit rezeki daripada bzns shubahah MLM alkafirun. Wadefak? Outstanding logic from Forrest Gump. 

Lagi satu, sesetengah tu akan atttack secara lembut dan non-confrontational... contohnya, "bro, dah banyak ko bongkar kelemahan orang Melayu ni, bagilah cadangan bagaimana nak meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Tak kan nak jadi pengkritik aje?". Apa... korang ingat aku ada Nobel Prize in Economics ke bang? Adakah aku ni profesor ekonomi yang tersohor di UKM, USM, UPM atau UM ke apa? Ada yang tak perasan bahawa fakta dan info tentang sesuatu isu itu dalam blog ni hampir semua korang boleh verified tentang kesahihannya, kalau korang rajin buat double-checking. Apa maknanya tu? Maknanya, aku ambik fakta dan info tu daripada pakar-pakar ekonomi dan Nobel Prize winners yang real punya... sebab aku bukannya hebat sangat pun beb. Aku masih belum dapat Nobel Prize apa-apa pun lagik (not even Nobel Prize in blog-writing), and very likely will never amount to anything in the end. Tahap Gil Grissom aje (agaknya la,dan lagi pun Gil Grissom tu fiction), bukan pulak tahap Stephen Hawking. Tak payah la expect aku jadi saviour of Malaykind kat blog neh. Dan aku cadangkan sapa-sapa yang berkenaan tu, buat aje la blog lain untuk diskus pasal topik bagaimana nak meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Ramai yang perasan terer bersepah kat tenet neh. Knock yourself out, man. But, as we all know, itu dakyah si Forrest "Butthurt" Gump nak kasi attack Aidid "Gil" Mu'addib aje. Besa la. You all can see it a mile out, as it comes bringing in it's ugly face. Oh orang Melayu.

Macam ni beb. Aku tak tahu semua benda dalam dunia ni. Kalau aku tahu, takde aku nak tulis blog keparat ni deerr. Apakejadahnya? I'll probably be sitting my ass down in MIT or Harvard or Oxford, doing experiments of all sorts, discussing the scourge of mankind of some forms or another, dan sesekali lepak dengan Stephen Hawking, layan suara computer-synthesized dia. But as you all realised by now, I am nowhere near Boston or London. I learned things, as anyone else like yourselves, can also learn. Yang aku tahu aku share kat sini, yang aku tak tahu, aku cakap, "ntah, aku tak tahu bang". Orang Melayu ni paling suka melenting bila ada yang mempertikaikan tahap pemikiran dia yang cetek dan yang tak pernah keluar daripada sempadan kat Bukit Kayu Hitam, atas sket. Macam kena lempang aje ghope muke nye kalo kena sanggoh. Kenapa ko nak marah sangat kalau ada orang lain lebih cerdik daripada ko? Do not get mad, get even, man! Kalau ada orang lagi cekap, terer, pandai daripada aku, aku akan respek dia dan aku akan usaha nak jadi sepandai si genius tu, dan bukan la pulak aku nak attack dia sebab aku lagi bodoh daripada dia. Wadehel? 

  

OK... cite pasal Herbalife yang tak herba dan penuh dengan bahan kimia neh. Berlambak orang Melayu sekarang menjajap Herbalife, especially yang terencat akal seperti yang aku describe kat atas tadi dan orang yang sekular dan tak kesahkan sangat ciri-ciri keislaman dalam mencari rezeki. There... cukup kupasannya? Itu soalan yang aku tujukan kepada ramai orang yang bertanya sebelum ini. Yep.. I agree, tak cukup. Let's do it. Groovy baby yeah!

 
Some people are so easy. Tengok iklan macam kat atas terus cair. Messi, Barcelona, Herbalife... must be a great combination huh? Eh! Ada duit billion-billion USD, usahkan Samdol dan Badigol, Barcelona FC pun cair, apa nak dikenang? Meh sini ramai-ramai telan bahan kimia hasil tangan alkafirun mormon Herbalife meh. Dia orang definasikan "herba" sebagai apekejadahnya la agaknya beb? Mana daun kayunya? Dalam bentuk pil? Dalam bentuk tepung berperisa untuk buat shake? Dah tu shake yang rasa macam haram-jadah? Kata sesetengah orang yang dah cuba la. Harap aku nak cuba minum menatang nya, mintak hampon dol. Takde aku bangang nak beli produk MLM yang diimport daripada Salt Lake City/Hunan, sedekah duit aku 7 level ke atas kat ntah sapa-sapa, dan telan bahan kimia buatan kilang rasa haram-jadah. What the...? Run Forrest run!
  
Ada pakar ekonomi barat yang mengatakan bahawa kadar kerugian masyarakat sejagat daripada perniagaan MLM adalah jauh lebih besar daripada kerugian daripada semua skim piramid yang pernah wujud. Pada aku, memang nampak kebenarannya statement tu, sebab kalau korang fikirkan, badigol yang join mana-mana skim piramid adalah mereka-mereka yang betul-betul bahalol dan tak pass matematik, tapi berapa ramai sangat la Forrest Gump kat dalam dunia ni pun. Lebih ramai manusia lagi adalah orang biasa-biasa yang ada pelajaran, dan yang terjoin MLM seperti Herbalife ni pun, kengkadang sebab tak pasti, tak faham atau dihasut dan dipujuk bagai nak rak oleh sedara-mara dan sahabat-handai yang terdekat untuk join. Dan, yang lebih ramai lagi pulak adalah manusia bebal yang penuh dengan tamak haloba, nak kaut keuntungan daripada hasil usaha orang lain kat "base of the pyramid". Memang males... si Meleis neh. Tak lupa pulak, banyak perniagaan MLM itu dah siap ada protection daripada ahli-ahli politik dan dihias mulus dengan pelbagai topeng yang cantik dan gah untuk memberikannya bentuk yang lulus undang-undang keduniaan, sedangkan kelentongan dan penipuan terus-menerus berlaku tanpa henti. Dia orang berfikiran macam Allah tak nampak keje dia orang gitu. Pathetic. 

Apakah yang berlaku di sebalik sistem MLM yang modus operandinya adalah "pyramid-selling" atau "skim piramid berproduk"?
1. Jumlah kerugian adalah sangat besar dengan jutaan manusia terlibat, serta berbillion riggit berpindah tangan daripada jutaan manusia tersebut kepada sejumlah kecil lanun-lanun yang berada di atas rantai piramid.
2. Yang miskin dan yang senang dikelentong akan diperdaya dengan penipuan promosi, "loopholes" undang-undang, dan manipulasi psikologi. Kebanyakan mangsa sekarang adalah daripada negara ketiga (seperti Malaysia), dimana mereka yang "desperate and naive" jadi lauk-pauk syarikat-syarikat MLM daripada Amerika, serta syarikat-syarikat anak peribumi yang dah ikut perangai alkafirun mormon tadi.
3. Kelentongan, rasionalisasi dan cara promosi adalah sama lebih-kurang, kalau korang perasan. Mastermind mengatakan MLM itu dapat meningkatkan taraf ekonomi orang miskin, membebaskan belenggu ekonomi mereka, bermodal yang kecil, membekalkan peluang pekerjaan, dan membantu peserta untuk mencapai kehidupan yang lebih mewah.
4. Seperti mana "abuses" yang pernah berlaku, sejumlah besar dana digunakan oleh syarikat-syarikat MLM untuk mempengaruhi ahli politik di mana-mana negara, sekali gus dapat mengelakkan penggubalan undang-undang yang lebih ketat, serta memberikan gambaran bahawa perniagaan mereka adalah halal. Pengkritik seperti Aidid Mu'addib, dikatakan jenis orang yang "anti-business" dan "loser" dan diugut dengan pelbagai ugutan seperti saman dan lebih lagi dari itu. You better believe it man.
5. Penipuan di dalam perpindahan dana secara besar-besaran daripada masyarakat bawahan (yang rata-rata tidak sedar ianya berlaku di depan mata mereka) untuk mengayakan sejumlah kecil mastermind di puncak piramid MLM diwar-warkan sebagai satu kaedah bzns yang "legitimate" dan dapat memberi peluang kepada orang miskin untuk jadi orang kaya.
  
Eh, ke mana pulak aku melalut neh? Nak cite pasal Herbalife, pegi cite pasal MLM in general pulak. Anyway, kalau nak diskus pasal syarikat omputeh yang ini, memang banyak nak cerita, sebab syarikat dah wujud sejak 80-an lagik. Tak payah la sampai gitu, korang boleh tanya Uncle Google atau Auntie Wiki - berlambak info korang boleh baca. Isu aku hari ni hanya bits and pieces, here and there. Company ni pun jual benda yang itu-itu jugak - produk menguruskan badan yang merapu (dan rasa macam haramjadah), serta produk makan kesihatan yang orang tarak sekolah yang sanggup telan, nothing new there. Entah mana benda herbanya... wallahu'alam. Kiranya, telan aje la produk herba Herbalife, dan percaya aje la bulat-bulat cakap orang Mormon. Aku dah diskus pasal bahaya makanan kesihatan dan kelentongan industri produk kesihatan dalam entry sebelum ini. Kalau nak tahu dan rajin nak mentelaah, sila luangkan masa membaca entry tu semua. Jangan risau, ianya dalam tulisan rumi dan aku sembang pun dalam bahasa Melayu.

Korang tahu pehal skim MLM seperti Herbalife ni memang menjadi-jadi di Amerika? Satunya sebab sistem politik duit yang diamalkan di Congress dan Senate Amerika, itu semua orang tahu. Tapi, pakar ekonomi Amerika yang dah sound berulang-kali pasal bahayanya industri MLM dan amalan "pyramid-selling" pada berbagai pihak dan kepada orang awam macam tak makan aje, pehal pulak? Bukannya pakai ekonomi tu orang sebarangan, tapi kerajaan Amerika bergerak macam siput-babi aje dalam menangani isu ni - why? 

Pada pendapat aku, sistem kapitalis serta free-market (daripada perspektif MLM) itu, yang diamalkan di Amerika itu adalah satu dakyah kerajaan Amerika itu sendiri, sebab walaupun rakyat dia sendiri ramai yang sengsara kena penangan MLM (khasnya golongan seperti mormon dan lain-lain rakyatnya yang dungu), mereka sememangnya mahukan industri MLM tersebut berkembang pesat ke seluruh dunia. Kalau nak export kerja lanun ni, kena la sacrifice rakyat sendiri dulu, baru bendanya jadi credible. Dan mereka ada social security program, jadi kalau yang kena kencing di Amerika tu merempat miskin, mereka boleh mendapatkan bantuan sara-hidup anytime di sana, no problem. Tapi, rakyat Amerika hanya dalam 300 juta, dan ada 6 billion manusia di luar sempadan Amerika boleh jadi "cannon-fodder" atau kata orang Melayu, "kuli-batak", untuk mereka pergunakan sebagai feeder untuk meraih keuntungan atas angin bagai nak rak, kalau mereka dapat menyebarkan industri MLM ni berkembang ke pelusuk dunia. U follow me here? It's just a simple conspiracy in economics, which is not a conspiracy at all. It's just a story of dollars and dimes. Not a conspiracy like in the "The Arrival"... or is it? Woohoohoo!

Anyway, kalau chayanunalip nak buat MLM Herbalife ni, I couldn't care less, because they have their own ideology, like the Americans, like the Jews. Tapi, untuk orang Islam, ideologi kita berbeza sungguh... betul dik? Kalau nak berniaga, kena study dulu ilmu berniaga tu. Itu arahan daripada Nabi sejak 1,400 tahun dulu. Kena fahami dan dalami setiap ciri perniagaan, dan pastikan perniagaan itu telus, tulus dan tiada unsur gharar, serta yang lebih penting - tiada penipuan dan penganiayaan. Kena check dulu company tu sapa punya, dan CEO dan COO dan CFO nya hebat ke tak, atau adakah hanya lanun penyangak aje pun. Itu yang kita kena ketahui sebab nak mengelakkan isu gharar dalam perniagaan. Kena cari info betul-betul sebelum join syarikat alkafirun ni. Ada bzns alkafirun tu tulus, dan ada pulak yang kelentong dan konspirasi bagai nak rak. Why is it important? Sebab kita orang Islam. Kalau bukan Islam, lantak ko la dol. Anyway, kalau korang tengok, saban hari kat FB dan kat tenet, berlambak orang Melayu menjajap produk Herbalife. Tak pegi Sekolah Agama Rakyat ke apa masa kecik-kecik dulu? Oh... mungkin jugak bukan Islam sangat pun. Bukan ke ada satu kategori orang Melayu yang hanya "Islam sket-sket" gitu? Islam jenis "janji aku kaya, what do I care kalau bzns ni bzns alkafirun yang shubahah?". Nak buat apa selidik-selidik menatang nya bro? Janji duit masyuuuuk....

Pyramid Scheme Alert: Herbalife
Warning Signs of Financial Harm and
Deception Abound at Herbalife
  
Herbalife, one of the oldest and largest America-based multi-level marketing schemes exemplifies most of the classic warnings signs of a financial trap, a pyramid scheme and marketing program that is steeped in deception.
  
Consider recent news and developments:
1. The president of Herbalife resigned after it was disclosed that he had published false academic credentials
2. European Health Officials Investigate Herbalife's Product Safety. Spanish Authorities along with other European regulators are investigating potentially dangerous lead levels in Herbalife products. 
3. Charges of fraud and health risks against Herbalife go back to the 1980's. An ABC Evening News report, April 22, 1985 hosted by Peter Jennings detailed controversy over Herbalife diet products and pyramiding sales structure. The health risk issues centered around Dr. Richard Marconi who promoted Herbalife products. It was revealed that Marconi received his Ph.D. through a mail order course from an unaccredited school. In that report other nutritionists described Herbalife products as primarily laxatives and diuretics with potential of potassium deprivation. 
4. Herbalife lures consumers to invest in its "business opportunity" as "Supervisors" - and requires them to buy $3,000 of products. An independent analysis of Herbalife's actual commission payments revealed a top-loaded pay plan in which 85% of all commissions are transferred to less than 1% of distributors at the top, and financial losses suffered by 99% of the rest of the distributors. 60% of the "Supervisors" quit within a year. The average Herbalife payment to the Supervisors is just $10.55 a week. Herbalife must replace all the dropouts each year. 
5. Herbalife has no sustainable customer base. 80% of all its distributors quit the scheme within one year and there is no evidence that the distributors engage in profitable retail selling. The schemes gains its revenue by recruiting unwitting consumers into a bogus "direct selling" business and inducing them to buy "inventory." 
6. The charges of business fraud against Herbalife are not new. A recently certified class action lawsuit against Herbalife and several of its marketing groups makes many of the same charges now leveled against Herbalife – operating an "endless chain" in violation of California law, and causing widespread losses to consumers who are lured by the unproven health claims and false income promises. 
7. The class action case against Herbalife addresses one other area of fraud accusations – the collaboration of Herbalife with infamous "lead generation" schemes. The lawsuit charges that Herbalife distributors not only are lured into a pyramid recruitment scheme but are also induced to purchase thousands of dollars in basically worthless sales "leads" which they are told they will need to "succeed." (99% of all Herbalife distributors never earn a profit.) 
8. A similar 2004 case against Herbalife was settled several years ago with millions paid back to consumers in restitution. The case documented the lead scheme – mostly unknown to distributors and shareholders – that enriches some Herbalife's upliners and further impoverishes the recruits. 
9. Canadian authorities have fined Herbalife in the past for making false income claims.

Am I talking through my ass here? Sesaje nak sabotage mala'un Herbalife, gitu? Come on, these are all common knowledge. Itu yang aku tanya awal-awal lagik dalam artikel ni tadi - tak ramai ke "Mr. Current Affairs" di kalangan orang Melayu tu?

Asalnya Herbalife ni diasaskan oleh seorang omputeh yang bernama Mark Hughes pada tahun 1980, di mana the grandmother story yang Herbalife war-warkan adalah dia dapat hidayah untuk bukak bzns makanan kesihatan Herbalife ni selepas ibunya meninggal dunia disebabkan oleh terlebih makan ubat farmaseutikal, iaitu pil diet (cerita berinspirasi ni ada kat website Herbalife), sedangkan cerita sebenar daripada koroner yang buat autopsy terhadap Jo Ann Hartmann mengatakan bahawa dia mati overdose painkiller narkotik Darvon (Dextropropoxyphene). Mark Hughes itu sendiri meninggal dunia pada May 2002, selepas 4 hari minum arak tanpa henti (drinking binge), di mana dia dijumpai mati di rumahnya (mansion besar berharga USD27 juta di Malibu), dan daripada pemeriksaan koroner mendapati dia telah overdose ubat anti-depressant Doxepin, serta kadar alkohol yang sangat tinggi dalam darah. He was 44.

But Where Are The Distributors' Yachts?
By Seth Lubove
FORBES MAGAZINE

MARK HUGHES is a master of the fine art of survival. His Los Angeles-based Herbalife International Inc. is a pyramid outfit that peddles weight-loss and nutrition concoctions of dubious value. Bad publicity and regulatory crackdowns hurt his U.S. business in the late 1980s. But Hughes, 41, continues to enjoy a luxurious lifestyle in a $20 million Beverly Hills mansion. He has been sharing the pad and a yacht with his third wife, a former Miss Petite U.S.A. He can finance this lavish lifestyle just on his salary and bonus, which last year came to $7.3 million.
He survived his troubles in the U.S. by moving overseas, where regulators are less zealous and consumers even more naive, at least initially. Today 77% of Herbalife retail sales derive from overseas. Its new prowling grounds: Asia and Russia. Last year Herbalife's net earnings doubled, to $45 million, on net sales of $632 million. Based on Herbalife's Nasdaq-traded stock, the company has a market capitalization of $790 million, making Hughes' 58% worth $454 million.
There's a worm, though, in Hughes' apple. Foreigners aren't stupid. In the end they know when they've been had. In France, for instance, retail sales rose to $97 million by 1993 and then plunged to $12 million last year. In Germany sales hit $159 million in 1994 and have since dropped to $54 million. Perhaps aware that the world may not provide an infinite supply of suckers, Hughes wanted to unload some of his shares. But in March, after Herbalife's stock collapsed, he put off a plan to dump about a third of his holdings on the public.
Contributing to Hughes' woes, Herbalife's chief counsel and legal attack dog, David Addis, quit in January. Before packing up, he reportedly bellowed at Hughes, "I can't protect you anymore." Addis, who says he wants to spend more time with his family, chuckles and claims attorney-client privilege. Trouble on the home front, too. On a recent conference call with distributors, Hughes revealed he's divorcing his wife, Suzan, whose beaming and perky image adorns much of Herbalife's literature.
Meanwhile, in a lawsuit that's been quietly moving through Arizona's Superior Court, former Herbalife distributor Daniel Fallow of Sandpoint, Idaho charges that Herbalife arbitrarily withholds payment to distributors and marks up its products over seven times the cost of manufacturing. Fallow also claims Hughes wanted to use the Russian mafia to gain entry to that nation's market.
Fallow himself is no angel, but his lawsuit, which was posted on the Internet, brought out other complaints. Randy Cox of Lewiston, Idaho says Herbalife "destroyed my business" after he and his wife complained to the company that they were being cheated out of their money by higher-ups in the pyramid organization.

Fast-forward kepada tahun 2008, President dan COO Herbalife, Greg Probert meletakkan jawatan selepas Wall Street Journal membongkar bahawa dia tiada ijazah MBA seperti yang dikelentongnya sejak sekian lama pada resumenya. Anyway, what is my point about these 2 cases. Well, kalau founder dan president syarikat dah sah-sah kaki kelentong, apa credibility yang ada tinggal kat Herbalife ni? Tapi apa pun, dasar perangai omputeh sejak zaman-berzaman, korang tengok news kat bawah ni - takde dia orang terkincit pun pasal President syarikat Herbalife tu sebenarnya seorang pengelentong. Janji duit masyuuuuk...


Aku pernah diskus panjang tentang dakyah syarikat komersial tentang isu makanan kesihatan yang pada dasarnya adalah satu kaedah mendapatkan wang-ringgit pengguna dengan cara kelentongan, dan bukannya pulak nak kasi pengguna itu sihat trangtangtang. Artikel Makanan Kesihatan yang aku post bulan Disember lepas adalah perbincangan umum pasal topik ini. Artikel tu pun dalam huruf rumi dan dalam bahasa ibunda, jadi sapa-sapa yang tertinggal bas, silakan ke sana. Satu contoh syarikat komersial (dan MLM pulak tu) yang kuat kelentong orang dalam dunia ni, yang ini ha, Herbalife ni.


Gilos! Spain, Iceland, Switzerland dan Israel mencatatkan kes-kes kerosakan hati (hepatic poisoning) daripada penggunaan produk Herbalife. Are there anyone reading this thinks that I'm making all these up? Penting ke tidak fakta ni dalam berniaga jual makanan kesihatan sebegini? Khasnya penjualan produk alkafirun made in USA, oleh orang Melayu yang duduk bawah tempurung dan talak baca punya olang, untuk disuap pada orang Melayu yang kebanyakannya adalah saudara-mara dan sahabat-handai terdekat si penjual tadi (you know, MLM works that way - closest people to the distributor are the downlines). Yang kat atas tu adalah kes-kes yang "detected" di negara maju, kat Malaysia ni apa cer? Ada case report di KKM tak? I wonder how many. Agak-agaknya ada tak kes-kes jaundice dan cirrhosis atau liver impairment yang muncul kat GH kat JB, Kuching, Alor Setar... yang disebabkan oleh produk Herbalife ni? Is this worth the profit you'd get? Ini style keje orang Islam ke ni kak?


Case-report di atas adalah daripada University of Bern, Switzerland, di mana terdapat 2 kes hepatic injury - satu kes cholestatic hepatitis dan satu lagi cirrhosis (liver failure) terus. Probably both had died by now. Dua-dua mangsa telan produk Herbalife bertahun-tahun, dan ini bermakna "most likely" distributor Herbalife la tu. Dalam MLM sebegini, distributor tu sendiri adalah customer paling utama. Yang itu pun dia orang tak nampak, kelalar btol. Dalam kajian terperinci pakar perubatan, sampel produk Herbalife tu ada kontaminasi bakteria Bacillus subtilis (B. subtilis, known also as the hay bacillus or grass bacillus, is a Gram-positive, catalase-positive bacterium, commonly found in soil). Produk makanan herba yang siap ada bakteria daripada tanah - memang outstanding!


Uik! Orang yahudi yang suka membelasah bangsa lain, baik dari segi ketenteraan dan penjajahan, mahu pun dari segi perniagaan, juga ada kes hepatotoxicity daripada angkara Herbalife? Ada 4 kes indeks pada mulanya, di mana ianya membawa kepada penyelidikan lanjut, yang mendapati terdapat 12 kes kesemuanya yang mengalami masalah hepatitis daripada penggunaan makanan kesihatan Herbalife. Sorang selamat dikuburkan, dan 11 lagi sembuh. Tapi yang kelakarnya pulak, ada 3 kes bahalol yang degil gilabab yang dah sembuh hepatitis, tetapi kembali semula menelan produk Herbalife, dan kena hepatitis balik. What the? Ini jenis manusia yang tak percaya kat doktor perubatan ni, tapi taksub gilabab pada hasutan salesmen Herbalife. Doktor perubatan memang takleh percaya sangat pun... agaknya.


Modal syarikat komersial, dan khasnya MLM yang rata-rata sangat parasitik, cukup suka kelentong masa promosi produk, bahawa kalau produk makanan kesihatan itu herba atau daripada sumber semulajadi, ianya menyihatkan manusia dan boleh cure kanser bagai - tapi tak sedar pulak yang berlambak racun-racun (poison) pembunuh yang wujud dalam dunia ni datang daripada pokok, kulat atau benda-benda yang semulajadi jugak. Itulah yang susahnya kalau produk kesihatan dijual oleh orang yang berkiblatkan wang-ringgit dan bukan pulak jenis manusia yang mementingkan kesihatan manusia secara penuh beretika. Kajian di Switzerland (yang lebih awal daripada case-report yang tadi) di atas mengkaji 10 kes "toxic hepatitis" (keradangan hati disebabkan bahan toksik) yang diimplikasikan ke atas produk Herbalife. Liver toxicity tu punya la seksa punya penyakit, korang tahu tak? Sapa-sapa yang dapat liver toxicity tu, yang kulit dan mata mereka kuning macam kunyit, yang kencing warna teh pekat, yang muntah tak henti-henti, yang sakit perut, yang mungkin pulak membawa maut - salesmen Herbalife tu semua ada kesah? Syarikat Herbalife kat Amerika tu pulak, peduli pun tidak dia orang beb. Janji masyuuuuk.
  

Case-report yang ini pulak datang daripada UCLA Med. Center di California, negeri tempat headquarters Herbalife ni terletak. Baru lagi ni - Oktober 2010. Kepada yang menggunakan produk herba untuk menurunkan berat badan, ambik iktibar please. Adakah liver injury dan jarum sebesar gajah yang digunakan untuk ambik biopsi yang dicucuk kat bawah rusuk belah kanan, yang menyakitkan bagai nak rak, satu perkara yang berbaloi dan very smart dalam menurunkan berat badan? Itu belum masuk bab sedekah duit kat salesmen Herbalife lagi tu - dan agihan duit tu kepada beberapa level upline dia orang. Psycho ka apa?
  
  
Yang ini pulak, case-report daripada Iceland, di mana terdapat 5 kes dilaporkan daripada 1999-2008, yang berkait dengan memakan produk kesihatan Herbalife. Itu yang aku hairan tu, pehal la perkara sebegini terus-menerus berlaku, dan Herbalife terus kaya-raya dengan duit penganiayaan dan kelentongan. OK, itu kerja alkafirun, dan aku takde hasrat nak menasihati orang alkafirun kat blog ni, unless dia faham cakap Melayu dan boleh baca rumi, dan dia rela dapat hidayah. Aku tujukan artikel aku ni pada bebudak Melayu yang talak baca punya olang yang menjajap produk ni, dan tak sedar pun dah berapa orang masuk hospital sebab angkara dia. You get me? Itu sebab orang tua-tua cakap belajar rajin-rajin kat sekolah, bila pandai bloeh belajar jadi doktor, dan bila dah besar, boleh kerja menyelamatkan nyawa manusia, dan bukan pulak merosakkan kesihatan sanak-saudara dan sahabat-handai. Dan kalau dah terpelajar, takde la join syarikat MLM macam Herbalife, yang dari setahun ke setahun, lepas satu-satu kes "buat palat" pada pengguna tercatat. Daripada sejak tahun 80-an sampai la sekarang, tak sudah-sudah menyusahkan orang.
  

Satu lagi modal produk Herbalife adalah produk menguruskan badan dalam bentuk shake whatever. Kok iye pun nak kurus, takde gunanya beli beribu produk Herbalife lepas satu tin ke satu tin dik oi, tapi takde pulak pegi jogging atau pegi gym. Dah tu pulak, tak dapat makan sedap-sedap, sebab mengikut kata salesmen Herbalife, makan aje shake rasa haramjadah dia orang, tapi jangan makan nasi dan lauk sedap-sedap gitu... wadefrak? Haiya! Mangang punya kelija. Pada mereka yang confident sungguh pasal produk menguruskan badan Herbalife, dan tak percaya cakap aku ni, nah baca neh:

Clinical studies:
Two clinical studies have been completed on different formulations of Herbalife's Formula 1 protein shake product. The results of the studies, both of which were funded by Herbalife, largely fail to support the claims made by Herbalife advocates. The study of Treyzon et al compared a protein supplement (Performance Protein Powder, Herbalife Intl., Los Angeles) with a similar tasting carbohydrate placebo. The two treatments showed no significant differences in their effects on the primary outcome of body weight. 
Effects on body mass index, waist circumference or fat free mass were also not significantly different. Subjects on the high protein powder lost significantly more fat mass, 1.01 kg, P=0.05. As this was a secondary analysis these findings should be interpreted with caution and regarded as exploratory until confirmed in independent studies. The Lee study used a similar design but a differently named protein powder (ShapeWorks Formula 3, Herbalife). Lee et al found no significant difference in the effect of this protein powder on fat mass compared with placebo. Effects on other body weight and composition outcomes also did not differ significantly between the Herbalife protein powder and placebo. 
In a subgroup analysis, among subjects with dietary compliance ≥ 70%, the high-protein treatment was more effective than the control treatment in reducing body fat. As this was a secondary analysis these findings should be interpreted with caution and regarded as exploratory until confirmed in independent studies. Generally, these studies do not provide convincing evidence that Herbalife protein powder produces more weight loss or body fat loss than a placebo.
  

OK... Itu semua aku ambik daripada Pubmed dan tempat lain, dan korang sendiri boleh double-check. After all, this is the age of the internet. Jangan terus kekal duduk bawah tempurung, baca buku dalam tempurung, dan syok sendiri dalam alam tempurung. Kalau dah ada kes-kes yang sebegitu di merata negara, tak kan nak spin jugak lagi pasal kehebatan produk herba ni dol? Kalau orang alkafirun nak kaya-raya dengan menjual barang dengan merosakkan kesihatan manusia lain, suka hati dia la. Dia orang dah book bilik hotel kat hotel-al-jahannam siap-siap dah, lantak dia la. Yang korang nak join booking hotel yang sama pehal? Yang orang Islam tu nak join jugak jual benda lagha sebegini pada orang Islam yang lain, kejadahnya dol?

Ini MLM made in USA, apa yang musykil sangat pasal shubahah dan keharamannya? Masih tak faham jugak ghararnya bzns sebegini? Nak aku kupas jugak plan pemasarannya? Malas la beb. Bendanya sebijon macam Amway, MonaVie, Vaviesimona, dan lain-lain tu. Sistemnya sempoi aje, melibatkan multi-level dan melibatkan pergerakan wang daripada bawah piramid pergi ke puncak, dan akhirnya ada omputeh jadi millionaire dengan duit orang yang kena kelentong di seluruh dunia. Hebak!


Almost the same structure like all those MLMs in the world today... yang sedang sebok berkeliaran mencari mangsa baru, dan menjanjikan olang talak sekolah jadi millionaire. Perenggan pertama kat atas tu aje dah buat aku nak cirit-birit dibuatnya. Dengan bangganya declare bahawa ianya "offer the best distributor compensation in the network marketing industry with up to 73% going back to it's distributors". Apa maknanya tu beb? Pada penjajap Herbalife, itu menunjukkan syarikat Herbalife sangat pemurah dan mementingkan keuntungan kepada ahli-ahli yang join bzns ni, sebab Herbalife dapat untung sket aje, dan distributor dapat banyak keuntungan. Yabedabedoo! Macam ni punya bzns kalau join, memang boleh kaya cepat kan? Pada Aidid Mu'addib, ini maknanya bahawa untuk setiap RM100 pelanggan bayar untuk bunuh diri makan bahan kimia semulajadi, RM73 diagihkan kepada ntah sapa-sapa uplines yang duduk kat atas si penjual tadi. Dan Herbalife sendiri ambik RM20 keuntungan, dan harga asal produk hanyalah RM7. That is the beauty of MLM system. Barang RM1 jual RM10 atau RM16 atau RM25. Suka hati aje beb, jual RM35 pun boleh. Janji pandai kelentong. Outstanding!

Anyway, kalau ko ada compensation seperti pada Herbalife ni, apa yang akan berlaku dalam bzns sebegini? Amway/Quixtar dah bayar USD150 juta settlement daripada akibat plan pemasaran MLM dia orang. Itu baru saman yang pertama yang betul-betul besar jumlahnya, dengar cite ada lagi akan saman... ada manyak-manyak saman coming. Dan hampir semua syarikat MLM yang wujud di Amerika tu, memang ikut model pemasaran Amway, ubah-suai sana-sini sket-sket. Jadi, Herbalife ni pun, sama jugak. Dan seperti Amway, lepas satu saman ke satu saman kena settle... dari tahun 80-an lagik. Oi! Penjajap Herbalife - masa pep-talk Herbalife, bahalol lanun yang kat atas pentas tu tak cite ke pasal benda neh? Dan korang sendiri tak tanya ke? Dan bila dah balik rumah, takde nak study ke macam yang aku buat ni? Apadaaa?
  
  
Kepada distributor Herbalife kat Malaysia ni yang bangang-sengap-bingai yang masih berfikiran bahawa omputeh yang hobinya kencing berlari - tak kesah la dia kencing kaum sendiri (Kalau orang Mormon yang kena kelentong makan produk herba ni, lagi baek) atau mengencing seluruh penduduk dunia mana sahaja dia dapat - korang ingat dia orang sayang sangat ke kat korang? If you think they care about you and love you to death, well you've got another thing coming. Wake up, and smell the shit... sorry, coffee. Dia orang mahu fulus, bukan mahu yang lain daripada yang itu. All you distributors out there are making things happening for them - successfully, I might add. Money money money. Tanpa korang, kuli-batak Herbalife, takde omputeh tu semua kaya-raya der. You're the pawn in a game. A money game that involves billions of US dollars a year.

Perkara dalam artikel di atas berlaku di seluruh dunia, cuma Herbalife yang tahu tentang semua "detail" perkara tersebut, dan mintak hampon la dia orang nak dedahkan info tu semua kepada umum. Seperti jugak dalam kes Amway-Quixtar, dalam Herbalife perkara yang sama berlaku, tapi macamana perkara ni dapat didedahkan dan terus dapat sampai berjaya saman tu? Sebab walaupun Herbalife tak dedahkan maklumat, kumpulan distributor tu pulak yang kumpulkan maklumat. Dia orang beramai-ramai kumpul setiap helai resit belian dan jualan, simpan minit mesyuarat, simpan semua "tools" yang dipaksa ke atas mereka dan mencatat secara terperinci semua aktiviti yang dilakukan atau yang dianjurkan... you all follow me here? Bila sampai satu peringkat bila mana dia orang dah kerugian besar, dan new recruit dah "stagnant" - the things will surely collapse. It happens all the time, everywhere in the world. Cuma, ianya tak nampak depan mata, dan tidak berlaku ikut teori matematik, statitistik dan kalkulus, sebab data yang diperlukan untuk kiraannya ada pada syarikat MLM tu. Takde nya syarikat tu nak dedahkan info tu. Nak bunuh diri ke apa?

Orang bahalol dan terencat akal macam Razali penjual-fungi-cordyceps-penyembuh-kanser-dalam-masa-7-hari atau sakaigirl MsAwin aje yang fikir macam sakaiPNG olang talak sekolah, yang percaya bahawa teori matematik tentang "crash/collapse" MLM tu cerita dongeng. Apa yang dia orang tahu tak lebih daripada adalah apa yang diberitahu oleh upline atau wakil syarikat MLM tu sahaja, yang mana sekor-sekor ada kepentingan wang-ringgit. Orang yang setara dengan Forrest Gump tu tak nampak dan tak faham bahawa matematik tentang "crash/collapse" sesuatu MLM itu dapat dilihat daripada sudut lain, iaitu berapa banyak "class-action lawsuit" muncul menyerang sesuatu syarikat MLM selepas beberapa tahun. 

Sama jugak tentang kes Score A yang sekor-sekor bahalolnya cakap, "takde nampak collapse pun?". Bak sini suruh Jason Kok release maklumat tentang pendaftaran ahli yang terkumpul setakat ni, dan data ni sure ada tersimpan dalam PC kat ofis Jason Kok, bak aku boleh buatkan kiraan matematik dan aku boleh estimate bila skim piramid Score A akan collapse. Apa yang susahnya dik? Nak senang, ko buat aje graf jumlah keahlian against time, you'll get an exponential curve, dan akan tiba satu masa curve itu akan mendatar sebab manusia kat Malaysia ni finit. Crash will definitely happen, because mathematics never lie. Kalau ko tak nampak crash tu, tak bermaksud ianya tak berlaku. Sapa sebenarnya yang boleh settle kan "conundrum" ni? Adakah Score A akan collapse, dan bilakah ianya akan collapse? KPDNKK boleh settle kan kalau dia orang nak buat. Sepina aje daftar keahlian Score A daripada Kenshido. You'll get the answer. Ada pihak berkuasa (kerajaan Malaysia) nak buat tak? I don't have the answer for that. Aku bukan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. He has the power to do it. He has the means and the economists that can help him to decipher the data. Dan pehal pulak kesah Jason the Kok, lover of Malay kids, the mastermind of skim piramid Score F, keluar pulak neh?
  
  
Nak aku sambung lagik, dan kasi pembaca blog ni give-up separuh jalan sebab entry yang ini panjang sangat? Itu yang salesmen Herbalife suka tu. Trust me, hanya orang Islam yang mementingkan status halal-haram rezeki dia sahaja yang akan stop buat kerja kuli-batak kepada alkafirun yang ni, and we'll be lucky if we can get 1 in 100, yang akan terima fakta-fakta dalam entry blog kali ni. Mesti ada self-justification dan self-delusion kepada salesmen Herbalife tu semua, walaupun ko tunjukkan bukti depan mata tentang MLM yang lintah-darat ni. That can't be right, Herbalife has 2 billion dollars sales per year, Herbalife is a huge ethical company, Herbalife sells natural products, Herbalife make me lose weight, Herbalife give some people liver toxicity, Herbalife buat orang cirit darah dah 30 tahun dah dol.


How in the world orang Islam usaha sungguh-sungguh cuba nak kasi orang Islam lain makan produk makanan daripada kilang yang dikendalikan oleh tangan orang Cina kat China, atas arahan mastermind daripada California, dengan kaedah pyramid-selling MLM... I will never know. Uik! I know... money.

You know, rumours has it that, Herbalife sponsored the MLS football team LA Galaxy, because there's David Beckham in it. Tapi, ianya tak berhenti kat situ sahaja sebenarnya. Tak kesah la Beckham tu seorang athlete yang femes dan seorang yang agak encem, walaupun suaranya bunyi macam bunyi itik serati. Tujuan tersembunyi dalam "konspirasi" menaja LA Galaxy dan David Beckham adalah bertujuan untuk menggunakan imej Victoria Beckham sebagai seorang yang kurus-keding dan beranak 3, tapi body langsing macam papan. I am not joking man! Posh Spice tu walaupun millionaire, kan memang macam awek tak cukup makan mengalahkan orang Ethiopia, jadi Herbalife boleh sekaligus kasi produk menguruskan badan Herbalife advertisement secara indirect gitu. Kasi tempias-tempias sket-sket. Trust me, some consumers are so gullible. It works in more people than you think.


Some people are too easy. Macam lembu sekor-sekor. Orang Melayu, oh orang Melayu. Yang Mr. Current Affairs ada sorang-dua, tapi yang lain tak ubah macam lembu yang ada gelang kat idung, dan boleh ditarik ke mana sahaja... masuk lubang jamban pun bole jugak ya dol? Kalau ada advertisement tunjuk Beckham makan taik, percayalah, ada beberapa ekor lembu sesat akan makan taik jugak. Produk semulajadi maaa! Macam kelentongan Herbalife ni jugak. Produk semulajadi yang datang dari kilang kat Changsa dan Suzhou, China. Meh telan ramai-ramai meh.

No comments:

Post a Comment