banner

Wednesday, March 6, 2013

Kopi AlKapiaq Starbucks Tu HARAM - Dah Pulak Eh?

Kopi AlKapiaq Starbucks Tu HARAM - Dah Pulak Eh?




This is off-topic. And for the first time, 2 entries in one day. I must be bored today...




IYO KO JANG?


Uik! What The......?


Kepada Admin Page Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk umat Islam: Dik... kok iye nak buat gempaq dik, jangan la buat cite tergantung yang boleh mengelirukan orang ramai... get straight to the point, do proper research, dan jangan buat fitnah. Jangan ikut perangai Jaffar Hani balaci HPA (yang sekarang sebok merata cakap dirinya pulak yang difitnah oleh yours truly, tentang isu KFC hari tu, bangang nak mamps... hopeless). Double-check betul-betul apa yang nak diwar-warkan tu.

Anyway, kalau pihak unit penguatkuasa kerajaan/jabatan agama (JAKIM) dah kata HALAL, dan tiada announcement yang sebaliknya daripada JAKIM tentang isu ni - just say so. Bersusah-payah pihak penguatkuasa tu buat kerja dia orang - tiba-tiba ada pulak mala'un yang menyanggah. Baik tak payah ada JAKIM erk? Jangan la beritahu orang Islam supaya jangan minum Starbucks sebab kopi Starbucks tu HARAM kerana ianya ada emulsifier E76243735X765 or whatever... ini isu zaman tok janggut dah ni. Ada ramai umat Islam yang bekerja cari makan dengan cara halal dengan syarikat franchise Starbucks Malaysia yang asalnya memang daripada geng Yahudi kat Seattle tu ha. Faham franchise tu apa dik?

Beritahu aje la isu bahawa korang jangan la minum dan makan kat Starbucks tu sebab:
1. Orang bangang aje nak beli kopi satu cup RM15 - banyak kopi lain yang sama atau lebih sedap dengan yang dijual dengan harga dalam 5 hengget... atau kurang lagik dari itu. Banyak amek duik yo? Buleh buang-buang sesuko hati tak ingek ughang susah, ikut nafsu ajo... RM15 boleh kasi satu famili orang susah makan sehari... mungkin dua.
2. Memang ada keuntungan Starbucks Malaysia dihantar ke Seattle - dan Starbucks memang ada bersedekah dan berzakat setiap tahun ke Israel tu... tapi kopinya haram ke idak?
3. Jangan cakap benda yang halal tu haram dan jangan cakap benda yang haram tu halal - itu bukan ke menipu namanya tu dik? Orang Melayu memang hobinya suka kena kelentong.
4. Mahu buat side-income jual buku ke dik - you know, buku Halal-Haram something?

Kalau nak boikot syarikat tali-barut yahudi tu semua - buat sungguh-sungguh. Jangan buat keje separuh jalan. Go all-out man! Boikot semua syarikat yahudi tu. Ni ha... boikot semua company kat bawah ni. Ingat nama setiap company tu - then do it! (aku mintak mahap, aku pernah bersalah sebab aku ada beli produk Victoria's Secret satu masa dulu. Gua tak tahan - memang leleh beb... tapi sekali aje. Lepas tu aku koyakkan... u know, ada ter-accident sket kat bilik tido. Pastu gua tak beli lagik dah).




Good night and good luck....

No comments:

Post a Comment