banner

Tuesday, March 5, 2013

ECPbersepai - Air Jamban Lagi Baek Bro


ECPbersepai - Air Jamban Lagi Baek Bro


The first rule of fight club is, you don't talk about fight club. The second rule of fight club is, you don't talk about fight club. The third rule of fight club is, when someone says "stop" or goes limp, the fight is over. Fourth rule is, only two guys to a fight. Fifth rule, one fight at a time. Sixth rule, no shirts, no shoes. Seventh rule, fights go on as long as they have to. And the eighth and final rule, if this is your first night at fight club, you have to fight.  - Tyler Durden.


My last entry was a hit! Lots of comments, lots of emails. I'm glad you all like it. It was a piece on the issue of HEALTH-FOOD which has little connection with health, but more on dollars and cents. Money rules, baybeh! Consumerism - the disease that plague our modern life. That reminds me of that "Fight Club" movie. It'll be forever a cult-classic to me. I always enjoy Brad Pitt's movies, starting from "Legends of the Falls" (you know, that hunky Tristan) up to the latest "Inglourious Basterds" (Lt. Aldo Raine). His take on Mickey O'Neil the crazy bare-knuckle gypsy in "Snatch" was hilarious, and way back, he was David Mills in "Seven", that was pretty disturbing. Ya... gals ogles over him, but I find his take on those characters were really off-beat and crazy. In Fight Club, Tyler Durden's lines were: "Right. We're consumers. We're by-products of a lifestyle obsession. Murder, crime, poverty - these things don't concern me. What concerns me is celebrity magazines, television with five hundred channels, some guy's name on my underwear. Rogaine, Viagra, Olestra. F**k Martha Stewart. Martha's polishes on the brass of the Titanic. It's all going down, man! So f**k off with your sofa units and your green stripe patterns. I say never be complete. I say stop being perfect. I say let's evolve and let the chips fall where they may. But that's me, I could be wrong, maybe it's a terrible tragedy. THINGS YOU OWN, END UP OWNING YOU. But, do what you like, man".

Things we own, end up owning us. The obssession of money leads a lot of people to do many weird things in order to earn it, even though the things they do may turn out to be unethical, or just plain wrong. That's the gist of the MLM culture to Aidid Mu'addib. These MLM companies are selling the same 'ol things to consumers, with the same method of bragging their products' miniscule, negligible, or even non-existent benefits. Why do most of our fellow Malays fail to see that they're being played around, I could never understand. Malays are mostly the consumers of MLM products, and Malays are mostly the lowly resellers too. Who owns most of these companies by the way?

Kenapa MLM itu wujud dan berleluasa di dalam masyarakat kita sekarang? Kerana ada segelintir manusia itu nak ambik kesempatan kepada sejumlah besar manusia yang lain, dan yang anak murid dajjal tu tak kesah ambik duit orang lain tu, sebab dia lagi smart maaah... katanya. Dan memandangkan umat Melayu tu senang sungguh kena pujuk dengan magic daripada produk cikai, kemewahan yang seciput dan ntahapekebendanya lagi - Malaysia sekarang memang diiktiraf sebagai sebuah negara yang cukup mewah dengan MLM dan skim piramid... You'll always walk alone! Yeehaw! Macam-macam cara dan kelentongan saban hari berlaku di kalangan masyarakat Melayu kita - daripada gelang hikmat, kad kredit nanotech yang boleh kasi pokok dan manusia berdaun/bulu lebat, uncang abu yang boleh kasi bahan toksik yang tak pernah wujud keluar bagai paip air daripada kaki korang yang kematu, hinggalah kepada slimming corset yang ada plutonium... It's just a corset, you dumbass! Dan masalah terbesar sebenarnya adalah tamak wang-ringgit - itu yang iye nya. Tak kesah la skim piramid ke, MLM berproduk yang skim piramid jugak... janji aku dapat duit. Tapi, tunggu dulu. Korang ingat si AC Mang tu mangkok? Korang ingat si KhairolR tu badut? Korang ingat bebudak Ads4Faks tu bahalol? Wait till you see this!


Satu produk yang tak logik langsung kini melanda negara anda! Kehebatan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana negara di dunia. Why? Sebab takde negara lain dalam dunia ni yang akan benarkan sapa-sapa mala'un buat bzns sebegini... that's why. Negara-negara lain tu semua takut kena brand sebagai negara kelentongan. ECPI water - which is just water, you know, dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen. It's just plain old water. H2O... got coding some more ha? "Wave particle duality" kepala hatok dua pupu belah emak mertua dia! Korang boleh google "ECPI" dan bacalah mana-mana website atau blog yang bersepah tu - dey! Orang Melayu ni memang ramai sungguh yang bangang ka dey? At least AC Mang boleh kelentong pasal magnet, tapi kelentongan pasal air minuman macam yang syarikat (dan mastermind psycho) ni buat, beats everything I've encountered, so far. Ini aku kasi contoh website, tapi macam aku dah cakap, google aje: http://ecpinetwork.com/default.aspxhttp://www.gesundheitlabs.com/,http://www.ECPIShahAlam.com/http://www.ecpi.my/.



Diambil daripada website promosi (semua website cite mende yang sama):

KENAPA AIR ECPI? 
Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn.Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna (ye ke dol?). Setiap hari hanya memerlukan satu botol air minuman bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya pelbagai khasiat yang sudah digabungkan dengan menggunakan kaedah saintifik. Ia kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik (hahaha!), malah turut memilikikhasiat pelbagai herba, antiosida dan vitamin, seperti Ginseng collegen, Propolis, Royal jelly, Alfalfa, Madu, Colloid (ha?) dan lain-lain. Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukan. Berkesan dalam masa 15 minit. Molekul air minuman ECPI lebih halus (kelentong berapi yang tiada tandingan) kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa. Ia dihasilkan melalui proses yang sangat unik yang menggabungkan sistem rawatan seperti berikut; Activated carbon filteration, Ultra violet light disinfection, Ozone disinfection, Reverse Osmosis, Alkalinization, Oxygenation, Electro Magnetic Wave Technology. Kesannya boleh dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi(dah pulak.... tadi cakap lain kat atas tu).

Teknologi Gelombang- Elektromagnetik di dalam Air ECPI. 
Di dalam proses ini, gelombang tenaga makanan tambahan, multivitamin, pro hormon, kod organ telah dimasukkan kedalam molekul- molekul air ECPI (dah tercirit aku dalam spenda).Gelombang-gelombang tenaga ini akan menghasikan rangkaian memori yang stabil di dalam air ECPI dan seterusnya menambah tahap tenaga (Aiyo ma! Aiyo pa!). Apabila anda meminum air ECPI ini, sistem saraf tunjang (central nervous system) akan membaca gelombang tenaga di dalamnya dan seterusnya menghantar gelombang tenaga ini ke seluruh bahagian badan mengikut keperluan tertentu. Air ECPI mengembalikan tenaga kepada sel-sel ditubuh badan kita untuk berfungsi semula dan menyembuh segala jenis penyakit (nukilan samdol paling hebat dalam sejarah). Seperti Kencing Manis, Darah Tinggi dan lain-lain.


It's just water you freaking idiot! Macamana nak kecilkan lagi saiz dua atom hidrogen dan satu atom oksigen? Spacetime Technology konon... kalau begini gayanya, spacetime-continuum pun boleh terbelah dibuatnya - kena "Go Back To The Future" dengan Doc Emmett Brown, kasi sambung balik. Ada jugak orang Melayu percaya sains yang sebegini punya karut-marut? Serius beb? Aku ingat Malaysia antara negara di dunia yang menitik-beratkan pelajaran untuk rakyatnya, tapi tak sangka la pulak, ramai orang Melayu tak pegi sekolah. Tabika Kemas pun tak pegi ke bang? Aku nak tanya korang ni - sapa yang bertanggung jawab, sampai begini sekali jadinya tahap pelajaran orang Melayu. Ater kalau ada mala'un cite kat kome pasal sains ntahapekemende, terus percaye aje ke yeop?

Ada lagi ajaran sesat daripada Marikh, sila baca lagik:

Asas Kajian Perubatan Elektronik 
1. Asas Tenaga
Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim (mass) digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Enstein E = mc2. Persamaan ini menunjukkan tenaga hanya boleh terhasil dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan. Persamaan ini didapati tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang bersifat "microscopic particle" (e=hf) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck. Kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak bersifat jisim (mass).

These are really crazy freaking stupid stuff, man! Aku rasa aku boleh faham teknik marketing sebegini yang dilakukan oleh company ni (yang mastermind nye gila baboon punya psycho, dan baboon tu sendiri tak psycho macam CEO ni). Korang faham tak? Memandangkan orang Melayu rata-rata banyak yang tak tinggi pelajaran dan senang di ayat dengan bahasa sains, mamat tu ingat kalau dia cerita sesuatu aspek sains dengan gah dan berdegar-degar, jadi boleh nampak hebat gila bab produk yang nak disuapkannya ke mulut orang Melayu tu semua. Ramai yang sepatah haram tak tahu pasal Einstein's theory of relativity atau tak pernah dengar nama Max Planck, akan terus diam dan nganguk-nganguk leee! "Ini best punya produk ni... tapi aku sendiri tak faham sepatah haram", kata Samdol Bin Cikai.

Sedap-sedap aje mamat psycho tu nak menyanggah Einstein... "persamaan ini didapati tidak tepat".... hahahaha! Badut mangalahkan KhairolR jugak neh. Kalau betul ada la kaitan E=mcdalam produk cikai ni, kan elok jangan minum, sebab formula tu secara amnya mengatakan bahawa jisim yang sedikit dapat ditukarkan kepada jumlah tenaga yang sangat banyak - itu isu tenaga nuklear tu beb! Kok nak bunuh diri ke minum air radioaktif. Tapi yang paling aku tak tahan tu, isu Max Planck tu... hahahaha! Formula e=hf tu tak wujud langsung dan penerangan kat atas tu ntah datang dari mana ntah. Dari mimpi masa CEO tu terbongkang atas sofa kut. Max Planck tak pernah buat postulasi pasal "microscopic particle"... dey mamat CEO, Max Planck adalah bapak kepada Quantum Mechanics (lebih awal daripada Albert Einstein, Werner Heisenberg, Max Born, Wolfgang Pauli,  Paul Dirac dan Neils Bohr) dan formulanya bukan kat atas tu, tapi E = hν, di mana h ialah Planck's constant (diterbitkan pada tahun 1900). Formula E=hv terhasil dalam kajian Planck tentang isu black-body radiation, di mana dia mendapati tenaga elektomagnetik hanya boleh wujud dalam bentuk "quantized" (the energy could only be a multiple of an elementary unit E = hν, where h is Planck's constant, also known as Planck's action quantum, and ν is the frequency of the radiation). Tetapi kajian Planck yang ini, tidak pernah ada kaitan secara direct dengan E=mc2, tetapi berkait kemudiannya dengan satu lagi kajian Einstein, iaitu tentang photoelectric effect (diterbitkan pada 1905). Kajian tentang photoelectric effect ini yang seterusnya membawa kepada kefahaman tentang ciri quantum cahaya dan elektron, dan kemudiannya mempengaruhi ahli sains lain dalam pembentukan konsep wave-particle duality dalam quantum mechanics. 

Apa kaitan quantum mechanics dan nuclear power dalam pembotolan air paip masuk dalam botol plastik? You f**king retarded ass! (I have the answer later on... diharap bersabar). Aku perkenalkan syarikat ni lebih lanjut dulu... sket-sket.



Produk-produk sebegini yang aku dah bincangkan dalam entry aku 2 hari lepas adalah typical untuk kebanyakan syarikat MLM - lots of smokescreen, but very little substance. Banyak kelentong daripada kebenaran. Memang bukan kerja typikal orang Islam yang sebenar yang berniaga. Menipu orang bulat-bulat dengan harapan pengguna telan aje apa sahaja cerita yang dia nak buat, dan suruh aje pengguna telan apa saja produk dia nak jual. Janji duit masuk poket. Mari kita tengok pulak plan pemasarannya.


Buat kerja mungkar "skim piramid berproduk" puas-puas bang, kak. Sampai 9 level tu ha! Si CEO mengikik ketawa dapat 9 peringkat kuli-batak, sebab dia dipuncak piramid. Sistem 1 downline 5, yang aku anggarkan akan collapse pada level 6 hingga 7.... jangan la mimpi nak sampai level 9 pun. Ada ke orang Melayu kat Malaysia ni sampai dekat 2 juta orang tak abis sekolah menengah? CEO syarikat ini hanya boleh harapkan mamat samdol dan minah sengal yang tak berpendidikan aje untuk jadi reseller, sebab orang yang at least ada sikit berpelajaran tak kan boleh senang sungguh kena kelentong bulat-bulat sebegini.

Aku ada satu secret yang aku nak cerita kat korang tentang organisasi atau orang perseorangan tertentu ECPI ni yang memang kepala hotak dah bersepai gila babai. Korang tengok aku screen-capture beberapa stockis dan pusat jualan dia orang ni. Banyak doktor buat bzns ni beb. Lepas tu banyak jugak klinik yang promote kejadah air spacetime-continuum neh. Masing-masing doktor Mickey Mouse... aku tak kelentong korang punya. Senang sungguh nak dapat MD, tak pass SPM pun tak apa, aku boleh dapatkan korang ijazah MD dan lepas tu korang boleh letak Dr. kat depan nama masing-masing. Aku tak tipu punya... aku cakap kau.


Mana nak dapat ijazah MD (Hom) ni? Kat sini: http://www.oiucm.org/... hahaha!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Sekarang semua orang boleh dapat title doktor, siap dengan DR. kat depan nama masing-masing. Tak payah susah-susah bertungkus-lumus 6 tahun kat universiti, 4 tahun mandatori government service, lupakan itu semua. Ada cara yang lebih mudah. Open any time, kasi aje duit kat mamat Ceylon sana, nanti dia print scroll ijazah sebijik... yabedabedoo!

OK... begini ceritanya. Aku dah sangsi asalnya kenapa ramai doktor buat bzns ni, so research punya research, rupanya mala'un perasan tu semua "Doctor in Alternative Medicine". Tapi, kat mana universitinya? Aku pun nak jugak ada title Dr. kat depan nama Aidid Mu'addib... mesti gah meh! Boleh jual air Star Trek, mesti longkah bzns nya kalau doktor yang jual. So, aku hantar email ke Sri Lanka Ministry of Education - punya la cokia' ministry nya, mail server setiap department Kementerian Pelajaran Sri Lanka reject email aku - central server tak berfungsi langsung. Kesian pulak aku rasa pasal negara Sri Lanka ni. What to do? What to do? Jadi, aku email Jabatan Vice Chancellor 5 universiti di Sri Lanka... aku dapat reply beb!

Vice Chancellor The Open University of Sri Lanka personally jawab email aku... hahaha! That bogus university does not exist in the University Grants Commision list! So, selidik punya selidik, rupanya ini kes pasal "Universiti Mickey Mouse and Friends" ni dah tersebar luas kat merata dunia.



So, sapa-sapa yang berminat nak jadi doktor, tapi tak lulus SPM, sila hubungi The Open University of Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka, dengan kadar yang segera. Tak lama lagi nama anda akan bertukar daripada Samdol Bin Cikai kepada Dr. Samdol Bin Cikai. Yahoo! Ada title Dr. maaaaa! Berapa rege beb? Berapa kupang itu orang Ceylon mau? Tak mahe yeop....


Woohoohoo! Easy-peasy-lemon-squeasy! Yang dah sedia ada Dr. kat title nama, tapi masih tak puas hati, sekarang korang nak PhD pulak? No problemo brutha! Gimme USD850, I can get you a PhD - So now you can put your name like so... Dr. Samdol Bin Cikai MD, PhD. Kencang seeeehh!

OK... Sapa yang mengajar bahalol ni semua buat kerja lahanat ni? Mana-mana orang Melayu yang sebok nak jadi doktor Mickey Mouse ni untuk kasi gah dan dapat buat bzns jual produk satu-sen-tarak-guna ECPI, dan boleh pulak bukak klinik dengan signboard KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK SAMDOL yang terpampang megah kat Kapar, Klang... sapa punya idea ni semua? Nah ini lahanatnya: EMERITUS PROFESSOR DR. SIR HAJI AMIR HAMZAH ABDUL HAMID, pengasas syarikat ECPI yang bersepai, gila baboon ya amat cikai, tak tahu macamana aku nak explain bhai! Emeritus professor bhai... hahaha! Personal Physician to the First Lady of SUDAN... what the FCUK!



Do you all know what we call this in psychiatry? Psychotic. Egomania. Narcissistic Personality Disorder. Orang Melayu cakap... hmmm, meroyan macam monkey. Eh, iye ke? Tengok tu, tak pasal-pasal gambar Max Planck dan Albert Einstein duduk sebelah mamat psycho ni. Mamat ni ada keluar TV3 MHI promote produk ECPI beb! Si pengacara yg kiut-miut siap panggil orang tua tak sedar diri psycho baruanya... Emetikus (u know, Mickey Mouse) Professor Doctor Sir f**king shit taik kucing meh!



Oi! Orang Melayu... This has been one
HUGE HUMONGOUS EPIC SCAM!!!


I thought I've seen it all - well, there's a first time for everything.


p/s: Kasi la aku relaks sket... sapa-sapa orang KKM, KPDNKK, PDRM, dan mana-mana jabatan yang berkaitan... buatlah sesuatu. Tak kan la aku nak buat semua mende? (macam la iye aku buat semuanya... hahaha). Sampai bini aku pun dah moncong sebab aku asyik mengerjakan blog. Dia pun nak dilayan jugak. Cuma satu aje permintaan aku - jangan la badut kat atas tu dihumban masuk jail. Letak kat wad psikiatri HKL sudahlah ya? Takut Tanjung Rambutan takde katil kosong. Oh ya... nape tajuk aku tu kata air jamban lagi baik? Sebab air jamban tu tak melibatkan apa-apa penipuan dan air jamban tu aku confident bendanya 100% jujur beb.

No comments:

Post a Comment