banner

Thursday, March 7, 2013

10 Rahsia Supaya Anda Berjaya Dalam Bzns MLM


10 Rahsia Supaya Anda Berjaya Dalam Bzns MLM


   
Ramai mala'un di luar sana yang tak berapa suka sangat dengar nama Aidid Mu'addib dewasa ini. Dah mamatnya memang keparat, apa boleh buat bang? Bznz MLM di Malaya sekarang ada penurunan sket - AC Mangkok Hayon bungkus terus (lepas juta-juta duit orang Melayu lesap), Hairul Nizam Hyprobulkbullshit terus merajuk bukak kedai RM2 (lepas 3 kali tukar nama skim piramid kejadahnya), KhairolR dengar cite dah dikerjakan oleh LHDN (sekarang merempit sebijik cam mat rempit)... bla bla bla. Apa sahaja MLM dan skim piramid (dan gabungan kedua-duanya) yang tengah berkeliaran sejak-dua-menjak ni yang sakan mengelentong umat meleis semua dah terasa sedikit sebanyak, macam rasa kena sontot kat bontot oleh mamat barua gayboy yang tak reti bahasa. Dan aku akui, aku tak adil di dalam menangani isu ini. Okay lah, meh aku seimbangkan balik situasi yang ada sekarang, dan aku akan bantu mana-mana bebudak meleis yang dungupiang gilabab yang masih nekad untuk join mana-mana MLM dan skim piramid yang tumbuh bak cendawan kat dalam belukar, yang ada berlambak sekarang di Malaya.

Eh... minggu lepas aku jumpa selambak cendawan busut, tumbuh liar... err... dekat busut dalam kebun getah aku. Bawak balik rumah, aku rebus dengan serai aje beb. Dang! It was delicious man! Where the fuck am I going with this?

Kalau ko masih membaca setakat apa yang aku tulis ni - pertama sekali aku ucapkan tahniah sebab ko masih minat untuk jadi pencacai MLM/SP. Aku dengan rela-hati ingin menyampaikan dan menerangkan tentang kelebihan industri MLM/SP ini, di atas pengalaman dan pengetahuan yang aku dah kumpul sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Industri MLM adalah suatu bidang perniagaan yang "fantastic"... hok hebak mung! Pep-talk aku dalam entry blog keparat Aidid Mu'addib yang ini bertujuan untuk memberikan ko dik maklumat yang penting dan menyeluruh tentang kelebihan mekanisma marketing yang diguna-pakai dalam industri MLM, dan ianya pasti berguna di dalam semua jenis scam kejadah, skim piramid buta-buta dan apa-apa MLM a.k.a skim piramid berproduk. Setelah sekian lama aku menjadi musuh bangsat industri ini - sudah tiba masanya aku, Aidid Mu'addib, menggunakan pengetahuan yang aku ada untuk membantu mat rempit dan minah klepet meleis di dalam menjayakan kerjaya mereka sebagai penganut MLM, sampai ke puncak jaya... you know, supaya korang duduk di atas puncak piramid. Aku berjanji kalau korang berjaya ikut saranan aku dalam artikel ini, korang bukan sahaja akan bertakhta di puncak piramid, tapi korang juga akan kaya gilabab macam fira'un. Not joking.

Adalah sangat memeranjatkan bahawa di dalam apa-apa perniagaan MLM dan skim piramid, lebih-kurang 99.9% ahli yang join pasti akan rugi, selama mana MLM/SP itu beroperasi. Lagi lama ianya bergerak di dalam masyarakat jual barang semahal yang boleh dijual dengan produk yang manfaatnya ntah apekejadah, lagi besarlah jumlah manusia yang kerugian (sebagai contoh, Amway yang telah beroperasi selama lebih 60 tahun memegang rekod sebagai satu syarikat pengencing terbesar dalam sejarah dunia). Tapi janganlah terlalu gusar kalau korang mengetahui fakta ini baru pertama kali, sebab itu maknanya ko baru bersunat atau baru start pakai pad, dan tak faham setakat ini bahawa kalau kita manusia ni asyik bergantung kepada statistik - semua kerja tak akan jalan brader/sista. Contohnya dik, kalau ko sedar tentang statistik kemalangan jalanraya, ko pasti tak akan keluar rumah lepas ni, atau kalau ko tahu statistik tentang kapalterbang, ko sure tak nak pegi melancung keluar negeri. Jadi, lupakan aje statistik tentang MLM dan skim piramid tuh... ianya tak membantu untuk korang mencapai cita-cita untuk menjadi seekor fira'un. Yang paling penting, abang Aidid Mu'addib akan ajar korang bagaimana untuk menjadi manusia yang 0.01% tu. Kita usaha sungguh-sungguh dalam bzns MLM ni sampai kita berjaya jadi kaya-raya beb.

Sekarang, tujuan kita adalah untuk jadi mamat atau minah yang duduk kat atas, yang beruntung 0.01% tersebut. Jangan lupa "aim" kita yang ini tuan-puan - kito nak buek duik bebanyak jang. Memang sedih gak kengkadang kita dengar berduyun-duyun bahalol yang buat MLM ramai yang kecundang bagai nak rak, dan mereka terus menyalahkan syarikat MLM yang menganjurkan bzns palepundek jual jus buah keramat atau penapis air magik atau kaca bloodyshit yang boleh rawat kanser, dengan kaedah berbilang tingkat yang pasti akan collapse bila tiba masanya. Syarikat tu tak bersalah sebenarnya. Ahli yang dungupiang tarak sekolah tu yang sesaje memandai cakap benda merapu menuduh syarikat MLM yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Syarikat MLM sentiasa menitik-beratkan bahawa peluang untuk jadi millionaire jual produk mereka sentiasa wujud untuk yang 0.01% tersebut, dan ianya adalah adil dan saksama untuk yang 0.01% tu brader. Sapa-sapa yang cakap sebaliknya adalah manusia yang dengki-khianat dan yang tak pandai langsung berniaga... atau jealous tak keruan. 

Jadi maklumat yang aku ingin sampaikan di sini adalah untuk memastikan syarikat MLM sentiasa mempunyai bau yang harum (they deserved it man), dan aku janji bahawa peluang sapa-sapa korang yang berhasrat untuk berkecimpung dalam perniagaan jenis MLM pasti akan mencanak naik macam adik sedara di waktu pagi. Not joking. Knowledge is power baby... jadi fahami ilmu yang aku nak curahkan di sini. Ingat bahawa 99.9% ahli yang join akan kerugian selepas ko tolak modal join, perbelanjaan petrol, bill HP dan belanja prospek di kedai mamak... dan korang kena fahami bahawa manusia yang 99.9% itu adalah mereka yang korang perlukan sentiasa untuk memastikan cita-cita untuk jadi fira'un itu tercapai. Jadikan kegagalan mereka yang hyper-dungu sebegitu sebagai pengajaran, supaya korang sendiri tidak masuk ke dalam kumpulan tersebut. Pastikan korang akan jadi "the top 0.01%" yang diidam-idamkan oleh mana-mana bangsat scammers MLM haramjadah di Malaya. 

Meh aku huraikan 10 perkara yang ko perlu tahu untuk berjaya dalam bzns MLM neh.

# 1 - Jangan Cuba Fahami 100% Tentang Bzns MLM.
Jangan buang masa untuk memahami setiap fakta tentang bzns MLM yang akan korang ceburi - buang masa tuh. Join aje terus, terjun nekad dengan komitmen 100% - itu yang lebih penting. Kalau ko nak fahami tentang setiap ciri yang ada dalam produk, dalam pelan pemasaran, dan kesan sejagat kepada masyarakat, sampai bila korang tak akan menceburi bidang MLM neh. Ini akan membantutkan proses ko nak jadi kaya beb. Apa yang penting sebenarnya? Cari downline sendiri yang ko akan atur berderet kat bawah ko, dan pastikan dia orang pun cari downline dia orang (2 level kat bawah ko, dan 3 level dan 4 level, 5, 6, 7... dan seterusnya), sampai ko boleh bina satu rangkaian yang besar, dengan sejumlah mangkok-hayon yang sama dungu, yang akan menjana duit berkepok-kepok masuk poket ko, jika bzns ini berjalan lancar. Jangan fikir yang ko perlu study setiap apekebenda tentang bzns tu seperti yang disarankan oleh ulama' Islam - kalau nak ikut apa kata ulama' - al-namanya pokai sampai mati la ko beb. Semua benda imbuhan akan jadi riba', semua bzns jadi tak boleh, semua perkara jadi tak berkat. Forget what Islam says... what the fuck for man? You ain't gonna get rich that way.

# 2 - Jangan Buat Bzns MLM Secara Perlahan.
Bila ko join aje mana-mana MLM atau skim piramid, pastikan balik rumah aje, terus ko cari downline. Jangan tunggu sampai esok, jangan tunggu sampai minggu depan... sampai rumah aje, terus jadikan bini, adik, kakak, abang, bapak, mama atau opah ko yang dah stroke tu... sebagai downline pertama - dan pesan dia orang untuk cari downline dia orang, kalau boleh malam itu jugak. Tolong opah ko tu dial nombor kat henpon, biar dia cari sepupu dia (yang stroke jugak) untuk jadi downline. Kena agresif... no time to waste man! Kalau ko nak samakan kadar naik bzns MLM dengan bzns konvensional, memang akan jadi susah bang. Kalau bzns konvensional, ko kena melabur jumlah modal yang besar, lepas tu ko kena tunggu bzns naik, dan ko mungkin pulang modal lepas 2 atau 3 tahun... dan kalau semua berjalan lancar, mungkin ko akan jadi millionaire dalam masa 17 tahun. Where got time meh? Dengan bzns MLM, ko boleh jadi millionaire dalam masa 60 hari, macam KhairolR KepundekR. Itu aku cakap - balik rumah lepas NDO/taklimat MLM tu, terus cari downline, dan pastikan setiap hari untuk 20 hari pertama, ko cari dan dapat sekurang-kurangnya satu downline sehari. Daripada 20 downline, dia orang akan cari mungkin 5 downline seorang, dan daripada 100 orang (level 2), dia orang cari 500 downline (level 3), pastu ia akan mencanak naik secara ekponensial beb - 2,500... 12,500... 62,500... woohoohoo! Millionaire bebeh!

# 3 - Berhenti Kerja Secepat Mungkin.
MLM atau yang sekarang ni geng kapiaq suka panggil "Network Marketing" atau "Affiliate Marketing" adalah satu tiket untuk korang jadi kaya-raya dengan sekelip mata - jadi tinggalkan aje kerja bangang seperti jawatan guru, jurutera, doktor, misi, technician, mat despatch atau juga mat rempit yang merempit itu semua. Korang tak akan berjaya buat bzns MLM kalau buat kerja ni part-time. Korang takleh sambil-sambil kerja makan gaji, buat bzns MLM, sebagai satu cara untuk menambah pendapatan, sedangkan korang ada kerja yang tetap yang akan mengambil sebahagian besar masa harian tu. Kalau korang resign, berhenti jadi kulibatak majikan/boss, korang akan merasa kebebasan untuk cari downline, tanpa ada halangan. Daripada subuh sapi'e, sampai pulak subuh sapi'e keesokan harinya ko boleh melepak kat kedai mamak, layan lepas satu prospek ke satu prospek tanpa putus-putus. Silap-silap dalam masa 60 hari ko dah boleh beli BMW 525i (2nd/3rd hand), sedangkan ko punya boss masih bawak kereta Camry cabuk. Not joking.

# 4 - Rayu/Hasut/Pujuk Orang Lain Untuk Join Bzns MLM. 
Ramai orang-ramai yang tak faham tentang mekanisma pencarian downline, dan apa kegunaannya melayan dan membelanja prospek di kedai mamak itu. Pencarian downline itu adalah intipati perniagaan MLM ini - dan orang ramai keliru sebab mereka tidak faham bahawa dengan adanya downline baru, akan ada satu lagi punca duit riba' yang akan masuk poket upline (seperti ko) berkepok-kepok brader. Jadi, biarlah orang-ramai pandang kita hina macam khinzir, biarlah mereka kata kita pengemis moden, biarlah orang kata kita monkey tarak sekolah, biarlah Aidid Mu'addib dulu pernah maki-hamun yang penganut MLM itu anak kapiaq yahudi yang tak kenal rezeki halal-haram.... peeraaah! Apa yang dia orang tahu bang? Ada dia orang dapat gaji 5 angka seminggu? Ada dia orang dapat ngompol duit lebih sampai boleh bawak bekal ke liang lahad? Tarak pun aku nampak - tapi saban hari dia orang sebok jadi kulibatak bos dia orang. Apadaaa?

# 5 - Mesti Jumpa Prospek Face-to-Face.
Jangan cuba menerangkan bzns MLM ko tu kepada mana-mana prospek dengan bercakap melalui telefon - nahas ko nanti. Mest ajak jumpa face-to-face... sebab kajian yang dilakukan di Amerika oleh Persatuan Scammers MLM Seantero Amerika mendapati bahawa kalau ko buat "pitch" tentang bzns MLM ko tu melalui henpon - ko akan menghadapi kemungkinan 99% "failure-rate". Tapi, kalau ko ajak prospek minum-minum dan makan-makan (pegi kedai mamak, save duit sket), kadar ko boleh pancing bahalol itu akan meningkat daripada 1% tadi kepada kebih-kurang 23%. Keberkesanan hasutan dan pujukan face-to-face adalah 23 kali ganda lebih berkesan tu beb. Tapi, ko kena lupakan fakta bahawa kebarangkalian ko akan berjaya dapat downline hanyalah lebih-kurang 1 per 5. Jangan fikir ke situ... ko kena tipu diri sendiri sebaik mungkin. Kalau tak, ko akan depressed cepat sangat, nanti susah pulak nak jadi millionaire. Korang kena ambik iktibar si AssCramp penjual kaca kepundek QuestNet - dah ada seribu fakta yang mengatakan kaca BioDisc tu hanyalah scam skim piramid bawaan hindu - dia masih berkeras ayaq kaca tu boleh kasi sembuhkan kanser, stroke dan low IQ. Sengap-bingai 1st class macam cipan bingai.

# 6 - Jangan Kasi Tahu Prospek Bzns Ko Adalah MLM.
Kalau awal-awal lagik ko dah kasi tahu mamat atau minah prospek yang ko layan tu bahawa bzns yang ko ajak dia join itu adalah MLM, alamat mampos la cita-cita ko nak jadi kaya dik. Trick MLM ni sempoi aje... ko kena jadikan prospek-prospek ko tu sebagai downline, by hook or by crook. Selepas dia orang dah join, tak kesah la dia orang dah tahu atau dah faham bahawa bzns yang dia orang join itu MLM atau skim piramid... who the fuck cares? Dia orang akan stuck macam ko jugak, dan dia orang kan kena cari downline macam ko jugak... so again, who the fuck cares? Jadi, masa awal-awal tu, ko kena pandai kelentong dan kasi usap-usap cerita bzns tu kepada- berapa kadar keuntungan, bila boleh beli BMW 2nd hand, bila boleh melancung ke Hong Kong, kasi tunjuk cek kelentongan sampai ratus ribu macam Hanis Haizi scammer mala'un 1st class... you know, the usual stuff. Kalau dah terpaksa, tipu-tipu dan kelentong-kelentong aje gitu beb. Cakap ini bukan MLM tapi "affiliate marketing" atau "direct selling". Cakap Muhyidin Yassin hari tu datang buat perasmian, atau cakap Score A ni ada sokongan daripada USM what-the-fuck. You know... the usual stuff.

# 7 - Trick Kengkawan Dan Sedara-Mara Untuk Pergi Taklimat/Talk/NDO.
Hui! Ini cara paling best dan paling cilanat korang boleh buat kat kengkawan atau sedara-mara korang beb. Korang ajak sapa-sapa yang lemau tu untuk keluar makan, lepas tu ko terus drive kereta buat tak tahu sampai ke HQ untuk talk/taklimat kejadah MLM whatever. Jangan lupa suruh dia bayar sendiri yuran RM70 untuk masuk dewan dan lepas tu kasi dia dengar pep-talk berdegar-degar daripada gorilla wakil syarikat MLM tu bertempik-sorak untuk kasi chimpanzee yang beratus orang duduk kat bawah masing-masing naik seh, jadi horny semacam... well, macam chimpanzee yang horny. It always work like a charm baby. Kalau ada prospek sebegitu yang mengamuk sebab dia kena trick buta-buta, ko sebagai penganut MLM yang tegar, jangan terlalu ambik hati dengan maki-hamun atau kena ludah atau kena sontot... itu semua adalah sebahagian daripada lumrah orang untuk jadi millionaire buat MLM palepundek neh. Apa nak kesah orang marah? Janji pakcik kayo!


# 8 - Kasi Tahu Satu Dunia Income Ko Berapa.
Mesti war-warkan benda riak sebegini dik - ini bertujuan untuk kasi prospek tu semua leleh (ayaq liuk, bukan ayaq...) dengar berapa banyak duit keuntungan dan duit riba' yang ko dah kumpul selama ko buat bzns misteri ko ni. Kena beli BMW 525i (2nd hand), sebab kalau ko masih bawak Kancil... what the fuck nye ada orang nak percaya yang ko dah berjaya dalam bzns neh... you follow? Itu sebab korang boleh tengok kat internet dan khasnya kat fesbuk, mala'un-mala'un meleis baik species mat rempit mahupun minah klepet semua kipas-kipas duit, dan bergambar dengan BMW 2nd hand masing-masing, siap dengan ibu-jari melentik - korang tengok AC Mangkok-Hayon, KhairolR, Ustaz Wadefak Bin Wadehel... semua dia orang kipas-kipas duit dan bergambar dengan kereta mewah beb. Tujuan utama adalah untuk menghasut dan melayor bebudak meleis yang dungupiang dan yang lemah iman tak cukup tunjuk-ajar emak-bapak, supaya terpengaruh untuk join mana-mana MLM dan skim piramid. Nak harapkan manusia yang tinggi IQ dan yang profesional untuk join bzns scam kejadah macam MLM... mintak mahap la brader. Always aim for the little ones, and the poorest ones... and the most stupid ones. You will be a millionaire in 60 days. Not joking.

# 9 - Jangan Tonjolkan Diri Sendiri Yang Sebenar.
Menonjolkan siapa diri sebenar adalah penyakit yang paling berat yang selalu berlaku kepada penganut MLM yang akan kantoi dalam bzns ni awal-awal lagik. Korang takleh tunjukkan sapa ko sebenarnya - mesti pandai berlakun macam Brad Pitt. Kalau ko berlakun macam Jean Claude Van Damme... hai alamak jadi kulibatak yang sangkut tengah jalan la jawabnya. Dan kalau ko berlakun macam mana-mana pelakun melayu kat Astro... hahaha! Ko tengah high hisap ganja ke apa bang? Ko kena tonjolkan bahawa ko seorang yang telah berjaya dan ada banyak duik - walaupun malam tadi ko hanya makan maggi. Ko kena melaram dengan 525i 2nd ko tu, walaupun ko isi petrol RM10. Mesti kekalkan lakonan ko ke titisan darah terakhir, sebab setiap prospek adalah sumber kewangan ko, kalau ko berjaya tukarkan dia dari seorang prospek kepada seorang downline kulibatak dungupiang. Jadi, kena pastikan prospek yang dungupiang itu sentiasa "look up to you". Kalau benda sempoi sebegini pun takleh buat, baik ko humban BMW ko tu masuk lubang jamban. You will not make it to be a filthy fucking dumbfuck millionaire man!

# 10 - Jangan Ada Kaitan Emosi Dengan Prospek/Downline. 
Tak kesah downline ko tu bini atau emak ko atau opah ko yang dah kena stroke - ko takleh terlalu emosional dengan sapa-sapa yang ko dah jadikan downline. Ko nak jadi millionaire ke idak ni dik? Ko dengar cakap aku neh. Kalau ko hasut prospek dengan kaedah cumbu-rayu atau ungkit-mengungkit atau whatever, pastikan ko tidak akan rasa bersalah bila ada downline kerugian atau dah kena kencing oleh diri ko sendiri. Kalau ko senang mengalah dan senang dipujuk oleh orang di bawah network ko... ha siap satu hari nanti ko akan dibebankan dengan rasa bersalah dan rasa menyesal. That is not good. No remorse, no regret, no mercy. Mesti jadi macam mesin (macam Arnold si Terminator gitu). Ko hasut, ko pujuk, ko ayat - lepas tu bila dia orang join bzns MLM tu di bawah ko, apa lagi beb... kigho duik ajo la lopeh tuh. Kalau dia orang tak berjaya, bungkus awal, kerugian atau whatever... dia orang leh gi mampos macam Khairul Hazwan yang sesat jalan, gitu. Mat rempitnya dengan bangga "idolized" Robert Kiyosaki, sedangkan mamat scammer kapiaq tu dah bertahun jadi bahan jenaka di USA. Mangkok-hayon punya anak sakai tak sekolah, baru keluar hutan. Tapi, korang elok ambik iktibar daripada Khairul Hazwan... walaupun Kiyosaki tu ramai yang tahu adalah pengelentong yang takde perasaan malu, masih ada budak dungu yang mengagung-agungkan kapiaq tu. Maknanya? Kebanyakan korang dah sememangnya tak dikenali, dan takde sapa tahu ko datang dari mana, atau berapa kali ko dah bankrap - jadi dengan lakonan macam George Clooney, serta tiadanya perasaan belas kasihan seperti Bernie Madoff - ko yang akan jadi upline terunggul pasti kan berjaya dalam bzns MLM neh. Not joking.


Aidid Mu'addib is an expert. Follow my secrets to MLM success. Do not care about the implications of MLM to The Malay Race. Let's drain out lots of Malay money to those MLM masterminds amongst the alkafirun parasites and the al-munafiqun fuckshits. Be a munafiqun yourselves, to your own people... who the fuck cares baby? As long as you get money... a bit. Not joking.


No comments:

Post a Comment