banner

Tuesday, March 5, 2013

MD dan PhD Daripada Mickey Mouse Clubhouse


MD dan PhD Daripada Mickey Mouse Clubhouse.


Aku dah masukkan isu ini pada entry ECPbersepai hari tu, tapi aku rasa elok mende ni duduk kat satu entry dia sendiri. Ini kira aku punya "open letter" pada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkenaan. Jadi kiranya ini entry sambungan. Entry tergempar yang original - aku tengah karang neh.


Surat Terbuka Kepada Pihak Berkuasa (Versi No. 1):

Tuan/Puan,

Saya, yang mewakili diri saya sendiri (kalau mewakili rakyat Malaysia tu terpulanglah) ingin bertanya kepada pihak tuan tentang perkara beberapa individu di negara ini yang menjaja gelaran "doktor" atau "professor" atau "emeritus professor" serta meletakkan "title" MD atau PhD di belakang nama cikai masing-masing... dan menggunakannya untuk cari makan duit haram laknat. Apa cer?

Tuan, contoh di bawah adalah beberapa individu yang menuntut dengan tekun di rumah masing-masing dengan pakai kain pelikat dan tak berbaju, dan seterusnya bayar USD850 wire-transferred - poop! dapat PhD! Pastu tu jajap nama masing-masing siap dengan Emeritus Professor la (hahaha! sekor-sekor dah tua bangka tak faham emeritus prof. tu apabenda), kira macam lanun kirana gitu. Seperti contoh yang saya telah bincangkan tempoh hari - sampai jadi millionaire taik kucing masuk TV3, promote mau jual air minuman kepada pakcik-makcik kat kampong yang senang kena kelentong di merata tempat di Malaysia ni. Air hebat datang daripada pili air SYABAS. Air kosong 1.5L jual dengan harga RM8 - sebab mamat psycho nya ada cipta formula baru dalam bidang "quantum mechanics" yang lebih hebat daripada Albert Einstein dan Max Planck - katanya dengan megah tak bertempat macam baboon duduk dalam zoo. Makcik-pakcik kat kampung-kampung tu bukan tahu atau faham sepatah-haram kelentongan dia orang pun - apa nak kesah? Psycho dah nyanyuk orang tuanya tu beb tuan. Emeritus Prof. Dr. Sir Amir Hamzah... Sir? Ko biar betul dol? Bloody crappy shit!

Daripada kajian saya yang bersangkutan, rupa-rupanya ada lagi manusia Melayu yang tak sedar keuntung yang bersekongkong dengan orang tua nyanyuk di atas, tapi nampak gayanya 2 orang lagi ni masih muda... jadi mungkin hanya psycho sahaja, dan belum nyanyuk sepenuhnya. Masing-masing ada Dr. dan Prof., tapi takde universiti tempat mengajar pun - dapat dr. dan prof. melalui internet rupanya. Kan sume orang ada broadband maaah?

Selain daripada Prof. Dr. Mickey, Prof. Dr. Donald dan Prof. Dr. Goofy bertiga tu, banyak anak-anak murid mereka yang sama terencat akal dah ada title Dr. yang mereka masing-masing beli daripada universiti Ceylon yang sama, dan ada yang siap buka klinik lagi tu ha - Klinik Elektronik Wadehel. Apekebendanya boleh dapat lesen bukak klinik buat kerja menipu terang-terangan ni? Anyway, tentang isu "The Open University of Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka", tuan boleh rujuk kepada entry blog saya sebelum ini - atau tuan boleh siasat sendiri dengan lebih terperinci. Jangan gusar, takde susah-susah. Tak kan nak percaya cakap Aidid Mu'addib ntah sapa-sapa ni bulat-bulat, tuan?

Jadi, soalan saya kepada pihak tuan: 
1. Kenapa pihak kerajaan dan agensi yang bertanggung-jawab tidak memantau (atau tidak ambil kesah) tentang perkara ijazah kelentongan ini sehingga pengguna di Malaysia (yang ramai memang tak tahu menahu... contohnya makcik-pakcik di kampong tadi) terus tertipu dengan promosi yang gah tentang air keramat yang boleh membantu dan ada pulak promoter yang menjanjikan ianya boleh menyembuhkan berpuluh penyakit dengan minum air paip sebotol 8 hengget, dalam 2-3 botol setiap hari? Bila nak serbu dan sita ofis mala'un tu tuan?
2. Atau pun dengan title "Dr." pengguna terus terpengaruh untuk merujuk dan dan mendapatkan rawatan kesihatan daripada "pretend-doctor" daripada "Mickey Mouse Club House" sebegini di klinik-klinik yang saya sendiri tak tahu nak describe klinik apekebendanya? Ada ke klinik perubatan elektronik wujud dalam dunia ni... kecuali kat Kapar dan Shah Alam dan Ceruk Tok Mamat?
3. Adakah pihak tuan akan terus membiarkan orang Melayu yang musuh dalam selimut... yang munafiq ini, terus memperlekehkan institusi perubatan di Malaysia, sekaligus menjadikan fakta bahawa setiap tahun "The Registrar of Medical Practitioners" yang meluluskan permohonan lesen "Perakuan Amalan Tahunan" untuk doktor-doktor bertauliah di Malaysia ini jadi tak bermakna satu sen pun? Ada lebih 20,000 doktor perubatan yang dapat lesen tu setiap tahun ya? Tak payah la para doktor semua ya, susah-susah bertungkus-lumus belajar macam nak mati kat universiti, dan bertungkus-lumus saban hari kerja bagai nak rak, kat hospital dan klinik, sampai tak ingat anak-bini kat rumah. Doktor tu semua memang bangang semuanya. Ada cara nak dapat MD dan MBBS yang lagi senang, pehal sebok nak masuk UM, UKM, USM, UPM, IMU dan pegi oversea tu semua? Buang duit seehh!
4. Memperlekehkan warganegara Malaysia yang terpelajar yang ada PhD yang sebenar dalam bidang masing-masing dan diiktiraf oleh kerajaan seramai lebih daripada 14,000 orang sekarang, di mana mereka bertungkus-lumus melakukan ijazah lanjutan dengan pengorbanan yang besar dan belanja yang tinggi... dan jangan pula lupa pada yang gagal dalam peperiksaan untuk dapat PhD yang ada beribu lagi di luar sana. Apa kesah? Dia orang tu semua pun sama bangang dan bahalol sampai exam PhD pun takleh lepas. Amir Hamzah, Ibrahim Ahmad dan Norhisham Wahab tak perlu buat itu semua - dia orang kan genius maaah? Zaasss! Ane Ceylon dey... PhD satu! Ada? Yenadey!
5. Dah la... lantak tuan la nak buat apa.

Sekian, terima kasih.
Aidid Mu'addib.

>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<



An Open Letter to The Government:
(Version No. 2 - sent to all English newspapers - see which one will catch, if ever).

Dear Sir,

I am here to inform you that there are certain people in this great country of ours, who are taking the consumers for a ride, for quite a number of years now. From the research that I had done, I had found that there are a number of suspicious (as so far.. "alleged fraud") cases concerning the the title of "Dr.", "Professor" and even "Emeritus Professor" being bandied around as a mode of self-promotion, where in turn, it is used as a tool in their respective business-schemes. Sometimes the technology in the products being promoted themselves are clearly non-existent and as bogus as the degree that these individuals paraded.

The business of drinking water that sells RM8 a bottle, whereas a bottle of 1.5L of mineral/drinking water cost one-tenth of that. How did the relevant government agencies let this scam go unchecked for these last few years? The technology that is promoted along with this scam is said to come from Albert Einstein and Max Planck, really big names in Physics (Quantum Mechanics specifically), but there is absolutely no such science existed except the mind of the owner of the company. And he gets away with it, building his empire of MLM products, along with the fact that he has a line of bogus academic credentials too, including the titles above, plus the knighthood that carry the title "Sir". Really mind-boggling.

The title of "Emeritus Professor Dr. Sir" is blatantly a fraud, and there are a few of those individuals that carry almost the same title such as "Professor Dr"... which evidently comes from an institution of higher learning from Sri Lanka that doesn't exist, except on a website. No buildings, no teaching staffs, not known to Sri Lankan Ministry of Education. A complete well-known fraud for years, and apparently well-documented all over the world. In Malaysia, there exist a young motivational speaker with the title of Prof. Dr. with a side-business of alternative medicine that doesn't make sense. Another case of Emeritus Prof. Dr. has yet another MLM company that has his own line of suspicious products. And there are also those Doctors of a-dime-a-dozen variety around the country getting their MD from the same source. Please check the entities/companies of ECPI, Colour Vibration Therapy and Millionaire Mind Power.

I think these whole series of scams are really making a mockery of our own institutions of higher learning here in Malaysia. For all those 20,000 plus doctors registered with Malaysian Medical Council and for all those 14,000 plus PhD holders, they must be turning crimson from anger and loathing, learning the existent of such lunacy. And what about the feelings of those people who failed in those tedious exams after exams in their respective courses, and those who did not complete their theses?

There are 2 clear issues here concerning our consumers. One, the MLM products that has no basis in science and produced by suspect fraudsters that claim they have credentials sky-high, and they are actually making a killing in selling useless products to unsuspecting Malaysian consumers for years now. Two, what action should be taken by Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) and Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PKDNKK) about the issue of those "Mickey Mouse MD and PhD" and about the MLM products that is sold like nobody's business as we speak? How long will these go on?

Aidid Mu'addib.


p/s: Concerning the issue of this fraud, please refer in full at Fraud from Ceylon.




>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<


OK baby... here we go!




Apa ceritanya bang? Sampai Rosyam Noor pun jadi duta produk... produk kasi aura bahalol menyerlah keluar daripada sapa-sapa yang lurus-bendol yang mandi dalam bath-tub atau tempayan kat Malaysia ni. Ah mamat artis ni kesah apa? Semua benda dia nak jadi duta. "Skim piramid berproduk" Power Impian pun jadi duta jugak kan? Bzns artis cikai tengah slow ka dey?




Di atas adalah contoh-contoh pengamal perubatan yang bukan perubatan sebenar, yang sedang berkeliaran di negara Malaysia, dan kalau korang google pasal isu ni (+ECPI) aku rasa ada lagi doktor-doktor perasan ni korang akan jumpa. Tanpa rasa segan-silu mala'un tu semua cari makan menipu orang Melayu saban hari... siap bismillah, alhamdulillah dan macam-macam ayat bahasa arab keluar daripada mulut anak angkat dajjal ni semua. Sedangkan masing-masing sebenarnya tengah tunggu barua antichrist yang akan muncul tidak lama lagi... kata mereka la dalam kenyataan Akhbar Membiol baru-baru ni. Entoh le yeop! Man pun tak tau nak kate ape... ater.


>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<

Hey... got one more here! http://www.drazizan.com/. But, this one is not made-in-Sri-Lanka. This came all the way from Florida, ooh mama! Cuma, kalau mamat ni pegi Florida... memang agaknya kena campak dalam laut Atlantik tu aje kut. Kasi tanned dulu, lepas tu campak dalam laut. Especially kalau mala'un ni terserempak dengan team CSI Miami, macam Lt. Horatio Caine yang tak abis-abis bukak dan pakai Ray-Ban dia tu (tapi, kalau ada jumpa Calleigh Dusquene kirim salam beb). Mangkok-hayon tak sedar diri punya mamat. Gila baboon, kalah baboon!






Kat mana kelentongnya? Aku dengar banyak, tapi cukup aku cakap 2 daripadanya sudah. Satu, PhD daripada Gordon University yang kasi mamatnya title Dr. tu doesn't exist. There's no such thing - korang boleh check masing-masing. Nak email University tu pun boleh bang, kat sini:http://gordonuniversity.info/. Ada ke buat PhD dalam Metafizik? Metafizik! Gila punya mangkok hayon punya orang. Yang kedua, dia claim: "Beliau juga pernah menjawat jawatan tertinggi sebagai anak Melayu pertama di dunia yang menjadi Ketua Organisasi kepada syarikat UK The Cobra Group PLC yang beribu-pejabat di London dan mempunyai syarikat di lebih 25 buah negara seluruh dunia. Dr Azizan telah banyak memenangi anugerah Cobra peringkat antarabangsa termasuklah Platinum International Award. Beliau juga adalah pakar perunding dan jurulatih potensi diri ini yang dikenali sebagai “Dr.Tarikh Lahir” ini banyak berkongsi tentang mekanisma mengenali potensi diri, kekuatan serta kelemahan seseorang melalui kajian tarikh lahir serta berkongsi tentang bagaimana mengaktifkan getaran tarikan kekayaan dan kejayaan di dalam kehidupan." Ketua Organisasi The Cobra Group PLC tu... bloody crap, again! Please check about this group here: http://cobragroup-plc.co.uk/
  
Apa nak jadi korang neh?

>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<


Ada lagi meh!


No comments:

Post a Comment