banner

Thursday, March 7, 2013

Meh Pegi Umrah Dengan Duit Scam Haram-Laknat Meh! Apedehal?


Meh Pegi Umrah Dengan Duit Scam Haram-Laknat Meh! Apedehal?

 
Sori erk... lama tak singgah kat blog gua sendiri. Sebab? Woi! Cuti sekolah dah start oi! Korang yelah ramai yang takde anak lagik, atau mungkin ada anak yang masih tak sekolah. Anak aku 8 orang wei! Kalau dalam bulan Nov atau Dec ni aku kengkadang senyap, maknanya aku tengah driving somewhere la tu, atau tengah melepak kat kampong, atau tengah melayan kerenah 8 orang manusia... or whatever. Manyak koje lain man nak buat yeop, selain daripade ngesahkan scammers dan species meleis palejadoh yang suke nelan duit laknat skim piramid.

Tapi, hari ni aku masuk ofis. Bila aku masuk ofis... selalunya aku ada masa untuk menulis blog. Ain't that sumthing huh? Kalau cuti, aku takleh melayan blog. Kalau aku keje, aku boleh mengarang sesuka hati. Kalau aku keje gomen atau keje kat syarikat swasta - itu dah dikira makan duit haram dah tu, sebab buat aktiviti "extra-curricular" semasa bekerja. Macam beromen dengan sekretari kat ofis, atau main fesbuk bila bos keluar, dan lain-lain aktiviti yang sama waktu dengannya. Seb-baek gua boss... I'm the head-honcho of this here outfit... the BIG kahuna, the guy with the biggest balls. Anyone wanna accuse me of taking my boss' money unlawfully - well you can eat shit! Iyo lah, sementara nunggu gotah tu kogheng kek tongah paneh, elok gak den ado dapek buek bondo lain yang berpekdah. Berpekdah kek non-scammer laaaa... Pada scammers MLM dan skim piramid - woohoohoo! Dah berlambak yang butthurt brader. Siap ugut dan warning lagik... macam bahalol amatur kepundekan. Sebok la korang scammers nak men-scam orang tak sudah-sudah, sebok la korang nak mengelentong orang-ramai untuk cari duit seciput, sambil-sambil sebok nak mengayakan kapiaq dan al-munafiqun kesayangan korang... fucking lame-ass!
 


1. Untuk membuat Umrah secara puratanya memerlukan purata wang berjumlah RM6,500 setiap seorang. Oleh itu mengikut kajian kami ramai diantara masyarakat kita yang tidak mampu mengeluarkan modal "lumpsum" berjumlah RM6,500, oleh itu program ini dapat menyelesaikan masalah anda kerana ianya adalah suatu konsep "MENABUNG".

2. Benarlah pepatah kata orang tua-tua; menyimpan sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Melalui Program Tabung Umrah Dot Com ini anda boleh mula menyimpan serendah RM10 atau RM50.00 setiap bulan. Jika anda membuat tabungan dengan jumlah yang lebih banyak maka bila tabung sudah penuh, anda akan dapat pergi Umrah lebih awal. Jumlah terkumpul yang perlu anda simpan hanyalah RM1,400 setiap seorang.

3. Bagaimana dengan jumlah hanya RM1,400 anda sudah dapat menunaikan umrah? Melalui Program Umrah ini, kita mengamalkan konsep "menabung secara berkumpulan". Setiap seorang hanya perlu perkenalkan 7 orang dari rakan anda dan apabila rakan anda juga telah dapat menyumbangkan RM1,400 setiap seorang maka anda sudah dapat Pakej Umrah secara
percuma.

4. Merancang Kewangan Anda adalah suatu tindakan yang amat bijak. Sebagai contoh jika anda menyimpan RM200 sebulan, maka dengan hanya mengambil masa 7 bulan, tabung anda sudah penuh iaitu: RM200 X 7 bulan = RM1,400 dan jika 7 rakan anda yang anda perkenalkan juga berbuat demikian maka dalam tempoh 7 bulan anda sudah dapat pergi Umrah secara percuma.

5. Adakah Pakej Umrah Bijak ini boleh dihadiahkan kepada orang yang paling anda sayang? Itu sudah semestinya. Apa salahnya jika anda menghadiahkan Tabung Umrah RM1,400 ini kepada ibu atau ayah anda? Dengan hanya menabung untuk ibu atau ayah berjumlah RM200 sebulan, pasti ianya akan menjadi suatu hadiah yang paling bermakna buat orang yang telah membesarkan kita...

6. Adakah Tabung Umrah Dot Com ini boleh dijadikan sumber pendapatan atau Gaji Kedua untuk anda? Sudah pastinya boleh!!! Cuba anda bayangkan pendapatan anda jika anda memperkenalkan hanya 10 orang yang berminat untuk menunaikan umrah. Berikut adalah pendapatan anda: RM600 (komisen anda) X 10 orang yang anda perkenalkan = RM6,000 sebulan (pendapatan anda). Bukan itu sahaja, anda juga akan layak menerima hadiah bonus dari syarikat berupa, wang tunai extra bonus, hadiah laptop, motorsikal, kereta, rumah......Segalanya bergantung kepada "performance" anda...

7. Pergilah Umrah sementara kita berpeluang untuk menerima jemputan Allah ini, segalanya telah dimudahkan, adakah kita masih mencari 1000 alasan? Tepuk dada tanya iman :)


42.85% tu brader kopiah dol! Jadi, tepuklah dada korang yang mungkin ada yang dah itam legam tuh, dan tanya adakah aku anak hindu atau kapiaq atau musyrik atau munafiq atau fasiq atau mungkin jugak species meleis scammer... yang suka cari makan dengan kaedah MLM dan skim piramid... tapi dalam pada itu, ya amat sungguh-sungguh perasan alim-alim gilabab. Korang pun tahu kan, berlambak umat meleis sekarang perasan alim, tapi menyokong orang bukan Islam tanpa berbelah-bagi, dan mengampu orang-orang yang menjauhi Islam dalam kehidupan (err... politik) mereka. Dan berlambak jugak orang yang telan duit haram-laknat riba, MLM dan skim piramid sampai tak hengat dunia. Ramai jugak yang perasan alim, sembahyang 5 waktu sehari, tapi takdo nak pakai tudung pun, takdo kesah buek scam, takdo rasa guilty bilo buek doso... duh! Ramai yang terasa nak pegi umrah dan haji, tapi tak kesah sangat sumber duit yang dibelanjakan ke situ datang dari mana. Janji dapek poei! Nanti kat depan kaa'bah, boleh mintak halalkan aje penganiayaan kat orang lain tu... sure A-OK bebeh! God don't really mind, or care... you're doing one helluva good thing anyway... ain't it? Good for ya!

OK, sapa yang sesuai pegi umrah cara TabungUmrah.com?

1. Kepada mereka yang ada nama bunyi-bunyi macam nama Islam gitu (tapi tak sure ntah Islam betul-betul ntah idak), dan ada pulak aspirasi untuk ke Makkah dan Madinah untuk makan angin dan buat wayang kulit - tapi tak kesah makan duit haram, dan tak kesah buat skim piramid... sebab tak pernah tahu-menahu apekejadahnya skim piramid itu (ini alasan penting untuk digunakan sebagai "escape-clause" di padang mahshar nanti: "aku tak tahu bendanya skim piramid bos!"), jadi skim TabungUmrah.com ini amat sesuai untuk anda. Kalau kena sambar petir kat depan kaa'bah, lagi best - terus one-way-ticket ke syurga brader!

2. Kepada mana-mana mamat dan minah yang berkopiah dan bertudung yang tak abis sekolah menengah atau pun sekolah rendah, atau yang dapat G dalam subjek matematik SPM, dan tak boleh berfikir lebih daripada 3 kaki depan mata... iaitu mana-mana ahli umat yang lurus-bendol yang berfikiran bahawa RM1400 itu sememangnya cukup buat modal pergi umrah, dan RM4200 daripada sedekah mamat/minah yang lain itu adalah sesuatu yang masuk akal - KENA CARI HANYA 7 ORANG LAIN UNTUK PEGI UMRAH JUGAK. Benda yang banyak berkat, apa salahnya bang? Tapi, apa agaknya jadi lepas tu bang/kak? Ntah... gua tak-taw. Janji aku dapat pegi umrah dengan modal RM1400. Aku orang miskin, bukan ada banyak duit... tapi aku tak kesah sangat makan duit orang lain... jadi ini adalah jalan yang agak sesuai untuk orang seperti aku. [Reply]: Oi bang, kalau dah miskin tu, pegi la keje rajin-rajin carikan RM6,600 tu samdol woi. Pehal pulak nak duit orang lain untuk sponsor-kan pulak buat keje mulia sebegini? Korang yang berperangai sebegini memang anak kapiaq@yahudi kejadah ka apa? Duh!

3. Skim piramid untuk pegi umrah ini amat sesuai untuk bahalol yang perasan dianya seorang Islam sejati dan dia pasti dia dah berjaya book siap-siap bilik hotel kat syurga - cuma sekarang kena pegi umrah dulu, mahu kasi feeling-feeling gitu, mahu kasi nangis-nangis kat depan kaa'bah gitu. Dan untuk mencapai hasrat ini - meh kita scam.. err... ajak dengan ikhlas 7 orang lain setiap sorang. Kepada abang-kakak dan pakcik-makcik yang masih "blur-blur" dan tak faham apa yang sedang berlaku (satu perkara yang amat disenangi oleh si mastermind skim kejadah ini) - yang sekarang ingin tahu bagaimanakah cara scam ni bergerak, senangnya aje tuan-puan. Setiap sorang anda mendaftar untuk pegi umrah dan anda kena kumpulkan RM1,400 setiap sorang. Yang lebihnya? Kena cari 7 orang lain (yang jugak akan keluarkan RM1,400 setiap sorang) yang akan menderma RM600 kepada anda yang berusaha mencari mereka. Adil la kan? Ko susah-susah cari, ko patut dapat habuan kan? So what is the problem? Masalahnya yang orang yang ko cari tu perlukan 49 orang lain untuk hantar dia orang pulak pegi umrah. Yang 49 tu pulak kena cari 343orang, dan yang 343 orang kena cari 2,401 orang, dan yang 2,401 orang tu kena cari 16,807orang.... err... bila nak abis? Memang tak kan abis... setiap level pasti akan ada yang kerugian, sebab tidak semua orang akan berjaya mengelentong orang lain sewenang-wenangnya. Tapi, kalau ikut cakap mastermind scam ini - ianya pasti boleh diteruskan - 16,807 orang itu boleh mintak sedekah (a.k.a. SCAM orang lain buat modal gi umrah) kepada 117,649 orang lain, dan yang117,649 orang lain itu pulak boleh berusaha cari 823,543 bahalol di kalangan meleis (yang perasan gilabab nak pegi Makkah buat ibadah), dan yang 823,543 orang tu pulak kena dapatkan dana daripada 5,764,801 orang lain... eh, ada ke 5.7 juta orang Islam yang dungupiang dan tak sekolah, tapi sembahyang 5 waktu tonggang-langgang? Ade kut... tapi sapa pulak yang nak sponsor dia orang ni pegi umrah? No problem... mesti ada 40,353,607 orang pak sanggup lain yang boleh dikelentong brader. You wanna bet? No, I don't wanna bet with you. Bet la ko dengan penganut MLM/SP yang bersepah di kalangan meleis tu ha... Untuk skim piramid 1 cari 7 downline sebegini, kat mana-mana level skimnya sangkut, 85.71428% tidak akan dapat apa-apa pulangan... usahkan pegi umrah bang/kak. Seposen duaposen apa habuk pun tarak. Hebat erk? Duh!

Nota: Kepada yang tertinggal bas atau terlalu lurus-bendol untuk memahami permainan perniagaan skim piramid sebegini, meh aku kasi "the low-down" tentang kaedah skim ini. Kalau seseorang itu jadi agen dan dapat mencari pelanggan untuk menyertai rombongan umrah dan syarikat memberikannya upah (atau mala'un tabungumrah.com kata kat atas tadi: "ujrah") untuk setiap pelanggan tersebut (dalam hal ini - RM600 satu kepala), maka tiada masalahnya dalam keadaan tersebut. Knock yourselves out man! Kerja sebegitu adalah halal, selagi mana ianya tiada melibatkan penipuan dan pecah amanah. Carilah pelanggan bebanyak - lagi ramai pelanggan ko dapat lagi banyak dapat duit. Tapi dalam kes ini, kalau seseorang itu mencari pelanggan dan 7 pelanggan yang dicari itu pulak juga perlu mencari 7 pelanggan masing-masing, dan 49 orang itu pun perlu cari 343 orang lain, 2401, 16807, 117649, dan so on and so forth - untuk setiap pelanggan itu dapat pergi umrah, ITU SKIM PIRAMID TU BANG. You know... skim piramid haramjadah. Ada jugak wujud parasite meleis sebegini dalam negara "Islamik" ni buat keje haramjadah sebegini erk? Mesti la ada selagi ada meleis berkeliaran... apadaaa luuu?

Btw... sapa punya keje neh? Anyone knows the mastermind of this shit? Apekehenye nama syarikat scam ni - Koperasi Agro Jaya Kedah? Agro? Kedah? What the hell is going on man? 


Well, harap-harap ada pihak JAKIM, atau Pegawai Jabatan Agama Negeri yang pritahin (dan pass matematik SPM) yang akan ambik tindakan. Harap-harap dia orang bawak geng PDRM sekali, pastu humban si mastermind masuk jail dengan kadar yang segera. Well, all you readers - jalankan tugas. Laporkan segera, sebelum emak-bapak, pakcik-makcik, abang-kakak dan sahabat-handai korang (yang lurus-bendol) kena sapu sekali masuk dalam scam neh.

Oh ya... kat atas tu hanya salah-satu geng berjanggut dan berkopiah yang tengah cari pakcik-makcik yang takde duit sangat, tapi nak jugak pegi umrah, dengan adanya kaedah yang diamalkan oleh species bahalol wadefak sebegini. Ada geng lain tak? Bulan Januari dulu lagik aku ada highlight kes-kes seperti WasilahUmrah (dari Ipoh) dan Bakalhaji.com (dari Damansara) - ntah berapa ramai umat dah kena scam ntah - and I wonder what JAKIM actually did in those cases. Hey... ada satu lagi kes:



  


Email yang aku terima 2 hari lepas (kalau mamat ni salah, mintak korang betulkan la erk?):

Ok, harap dapat buat cerita tentang akademi mutawwif ni.
Baru lepas join prebiu diaorang tadi since dekat dengan rumah.
Ini sistem dia orang:
Pakej umrah = RM6500 atas nama pakej umrah eksklusif
OK kiraannya macamni.. 
cari 7 pax, dapat 1pax X 700 = 4900
yuran keahlian = RM1700
so RM4900 + RM 1700 = RM6600 
RM6500 dah boleh beli pakej diaorang.. mana pegi RM100? dijadikan yuran kursus formula MLM yang dinamakan SBK (Silaturrahim Berjamaah, yang K tak ingat)
so, sapa berdaftar dengan diaorang sebagai konsultan, boleh la menikmati kemudahan ini.. yang geng ni target, geng2 ustaz.. sebagai head hunter dia orang.
Anyway, good luck bro...

Aiyooyoo ane dey... ini geng scammers alaf baru ni erk? Goddamnit people! Sekoq-sekoq dah psycho erk? Atau memang tak sekolah? Atau anak yahudi sesat kat Kajang? Sapa mastermind dan kroni-kroninya neh... err... tali-barut... err... kuncu-kuncu... err... gang fucking dumbfuck nya neh? Jeng! Jeng! Jeng! Tadaaaaa!



 NOW, THAT EXPLAINS IT...
NOW I UNDERSTAND IT QUITE WELL BRADER.
HAHAHAHAHAHAHAHA!


(Adeesss! Kalau la arwah Pakcik Abdul Hayy tahu kerja anaknya sekarang... I wonder how he'd feel about all these freaking shit. Oh man! Buat malu orang Gunung Mesah aje la keje mamat neh. Dah udah ada nama, dia mahu gunakan nama femes tuh sebaik mungkin untuk ngompol duit manyak-manyak. Milk it baby... ooh yeah milk it. Ooh baby baby yeah! Baby ooh ooh yeah! Come on baybeh! Milk it all the way... fucking dumbfuck.)

No comments:

Post a Comment