banner

Sunday, August 29, 2021

Gempar!!! Strategi Ismail Sabri jinakkan musuh politiknya terbongkar​

Gempar!!! Strategi Ismail Sabri jinakkan musuh politiknya terbongkar​

August 27, 2021 10:41 pm

ismail-sabri_1413632_20200809170924-2.jpg


Apa strategi Ismail Sabri?

Jangan ingat Ismail Sabri nih takder planning besar… hahaha… orang macam ini korang jangan pandang sebelah mata… Dier pon nih tetap penyimpati kepada Mahathir Mohamed… walaupun dier tak percaya 100% kat Mahathir Mohamed…. tapi daripada susun atur kabinet yang Ismail Sabri nih buat… gua boleh nampak signature Mahathir Mohamed ader disini…
Hahaha…
1. 15 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik diri dari memberikan sokongan terhadap Muhyiddin Yasin (Perikatan Nasional) sampai jatuh Muhyiddin Yasin sebagai PM. Ismail Sabri adalah orang yang takder dalam senarai 15 orang yang tarik sokongan sebab Ismail Sabri taknak lepaskan jawatan TPM. Ini bijak sebenarnya… sebab dengannya Ismail Sabri boleh pengaruhi keputusan YDP Agong dan MRR.

2. Semua ahli yang satu kem denganya dikekalkan jawatan dalam kabinet… yang pro Ahmad Zahid Hamidi macam Shamsul Anuar Nasarah tak dapat tempat. Noraini Ahmad walaupun pro Ahmad Zahid Hamidi… tapi dapat jawatan… sebab ini strategi… supaya tak nampak sangat…. Azalina Othman Said nih pro Ahmad Zahid Hamidi… jadi gua tak nampak Ismail Sabri akan beri apa-apa spot dalam Kabinet dan sebagainya..

3. Ini semua antara strategi utama Ismail Sabri untuk bersedia bagi pemilihan UMNO yang akan dibuat tak lama lagi… Itu sebab Ismail Sabri kekalkan kedudukan Hamzah Zainuddin menjadi Menteri KDN yang sekaligus menjaga Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang pastinya akan push untuk UMNO buat pemilihan dalam masa terdekat.
4. Bayangkan Timbalan Presiden UMNO (Mohamad Hasan) pon tak dapat spot… ini kena dipastikan bukan lawan di pemilihan UMNO nanti… sama macam Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak… jangan terkejut kalu urusan Mahkamah akan dipercepatkan untuk semua kes kluster Mahkamah… hahaha

5. Korang tak pelik ka Tengku Zafrul dikekalkan?? Hahaha… Ini strategi kewangan untuk menghadapi pemilihan UMNO dan juga PRU15 yang akan datang…. Ini penting nih… hahaha… tambah lagi Tengku Zafrul nih tengah di grooming untuk bertanding Parlimen Titiwangsa… Jadi boleh diasak untuk masuk team Ismail Sabri nanti… hahaha

6. Noh Omar? Hahaha… ini perlu untuk planning kawal warlord kat Selangor… Noh Omar bukan lah clear sangat… Kes dadah adik dier pun dah cukup untuk goyahkan Noh Omar… jadi Noh Omar nih akan jadi macam anjing bulldog yang diikat tengkuknya… Hahaha … Kementerian yang Noh Omar kendalikan tue adalah lubuk duit… lubuk untuk salurkan projek dan duit… senang nanti nak gunakan bagi tujuan kempen…
7. Shahidan Kasim? Mamat pedo nih?? Hahaha… senang… sebab pengaruh dier masih lagi besar di Perlis… untuk Ismail Sabri dapatkan sokongan besar di Pemilihan UMNO nanti… dier perlukan sokongan semua nih…

8. Mustapa Mohamed dan Saifuddin Abdullah… ini semua lalang … kemana angin bertiup disitu depa condong…. hahaha… senang nak kawtim… Tengku Razaleigh…. hahaha… ini kasik senyap ja… tak payah layan… bukan ader signifikan power pon dalam Pemilihan UMNO

9. Puak Bersatu senang nak kawal… bagi jer jawatan penting kat puak-puak utama… depa senyap la… yang penting semua kena baiah ngan Ismail Sabri… Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin Hamzah Zainudin tue semua ader kes dan fail ngan SPRM … aper susah… senang ja nak setel… Radzi Jidin bukan pandai melawan dalam Politik pon… jadi kedudukan Ismail Sabri takkan tergugat..

10. Bab Agama memang sajer di plankan untuk bagi kat PAS… dan lepas nih… PAS dah tak boleh nak pusing-pusing cerita kenapa PAS gagal dalam melaksanakan RUU55, agenda Islam dan jugak judi serta arak… hahaha… “once and for all” strategi untuk melumpuhkan dan menjahanamkan PAS selamanya… ini sama macam strategi Mahathir Mohamed menjahanamkan DAP dan AMANAH…. Bagi jawatan yang pastinya depa tak boleh nak handle… pastu boleh menganjingkan sampai bila-bila…

11. Buat pertama kali Kerajaan Malaysia memperkenalkan jawatan Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak)… dan ini dibagi kepada GPS… sebab apa… sebab nak bodek… walhal bukan boleh buat apa sangat pun… bajet pon terikat dengan bajet JPM…. Hahaha

12. Menteri Kesihatan nih sajer dibagai kat Khairy Jamaluddin…. senang nak dipersalahkan kalu tak boleh nak handle isu Covid-19… hahaha… Lagipun Khairy Jamaluddin nih bukan dalam kem Ismail Sabri di Pemilihan UMNO… silap-silap Khairy Jamaluddin akan mencabar Ismail Sabri dalam Pemilihan UMNO nanti… Ingat Ismail Sabri tatau ka?? Hahaha

13. Kenapa MCA dapat 1 kerusi Menteri dan 4 kerusi Timbalan Menteri… Hahaha…. ini semua planning ja… planning nak kekalkan pengaruh dalam Barisan Nasional… dah termakan budi mesti la MCA akan tergadai bodi bekap Ismail Sabri nanti…. Ini plan panjang nih..

14. Menteri Alam Sekitar dan Air dibagi kat Tuan Ibrahim…. ini strategi nak kenakan TITM lar… benda yang banyak sangkut ngan Kayangan dan Kayangan dan Kayangan…. hahahaha… apa-apa Ismail Sabri boleh salahkan kepada PAS… contoh kes Air di Kelantan la… Hahaha… kan senang nak setel… takkan Menteri taknak bantu setel kemelut air AKSB?? Hahahaha… naya TITM…

15. Halimah Saddique nih orang Mahiaddin Md Yasin… jadi kena la bagi muka sikit… tapi lantik kat kementerian paling lekeh…. dulu kementerian yang P. Waythamorthy jaga… senang nak cantas….

Semua nih ader master plannernyer… dan jangan terkejut kalu gua kata Ismail Sabri ni juga telah digrooming oleh Mahathir… Sebab … once Ismail Sabri dapat jadi Presiden UMNO… gua suspek akan mula menonjol orang-orang Mahathir dalam UMNO…

Dan lepas tue kita boleh tengok permainan selanjutnya… BTW… Mahathir takder plan nak naikkan anak dier jadi PM…. tapi maybe dalam Kabinet satu masa nanti.. satu jawatan penting… otw….

Aper pon…. siapa PM 10 selepas PRU15…. Hahaha…. sudah pasti bukan Anwar Ibrahim… tapi… nanti la gua sembang lain… hahahaha
p/s…. ini analisis sempoi ja… tak detail… dan berapa lama ianya boleh bertahan sebelum Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak tak sailang gua tatau la… tapi boleh ja pushkan Pendaftar Pertubuhan tue… nanti orang tabley nak katakan terlebih politiking… sebab itu arahan RoS…. hahaha

korang taknak percaya… gua tak heran pon… nak maki pon gua takak hal…. hahahaha
tapi jangan terkezut nanti…. PRU15…… hahaha

No comments:

Post a Comment